Minggu ini dalam kawasan kampung Kebun Bahagia Bersama kelihatan ramai tukang kebun yang memiliki bunga amaryllis ini di tamannya sedang kembang berseri. Ya musim bunganya sudah tiba setelah lama tido dalam musim kemarau tempoh lalu, bangun menghasilkan bunga apabila hujan sudah kerap bertandang. Bunga amaryllis big boss yang jenis ini, mula memberikan warna di pelbagai lokasi. Baka amaryllis ini adalah antara yang paling mudah dan sesuai tumbuh di tanah rendah Malaysia serta bagus untuk novice/beginners gardeners. Tak perlu banyak penjagaan. Siram pun tak perlu jika terdedah dekat mother nature, biar dia ikut flow mother nature.
Syukur Alhamdulillah amaryllis yang dihadiahkan kepada kami tahun lepas dari Kak Mar (tuan tanah Suka-Suka) juga sudah mula berbunga di Kebun Bahagia Bersama bersebelahan Abby yang dah pandai petik-petik bunga. Nasib petik yang jenis tumbuh banyak sendiri jadi mama tak kisah pun. Amaryllis yang dihadiahkan oleh Kak Mar juga dah mula beranak-pinak di Kebun Bahagia Bersama dan teringat pesanan Kak Mar jika banyak bolehlah dikongsikan dengan tukang-tukang kebun lain. Jadi tukang kebun gabung hari ini buat Give-Away dengan Kak Mar.
Minggu ini, perkembangan minda si kecil dah pandai tolong petik bunga telang. Tiada siapa pun yang ajar, kami pun terkejut tengok dia mula petik-petik dengan khusyuk selama ni memerhatikan abang-abangnya agaknya. Amboi abangnya si Rayyan lost in action pandai mengelat sebab ada tukang pengganti. Si Ilhan pun dah lantik diri sendiri jadi supervisor bagi komen yang mana elok, mana dah tak elok layu yang semalam. Bunga telang jenis multi-layer sudah setahun dekat lokasi ni hidup bahagia sendiri, musim kemarau tidak disiram pun boleh hidup subur lagi. Tumbuhan yang sesuai untuk yang baru mula berjinak dengan gardening.
Give-Away Suka-Suka dan Kebun Bahagia Bersama posting kali ini untuk 5 gardeners dengan 5 goodies.
Antara goodies yang akan disertakan ialah bawang amaryllis seperti gambar di atas, bawang spider lily, biji benih multi-petal bunga telang, biji benih ulam raja dan 1 hadiah misteri.
Syarat-syarat:
~ Kos penghantaran dibiayai oleh penerima (Pos Laju Semenanjung Malaysia RM6 dan Sabah/Sarawak RM10).
~ Follower blog Kak Mar 'Suka-Suka' dan 'Kebun Bahagia Bersama'.
~ Tinggalkan komen minat untuk menerima give-away posting ini di posting Kebun Bahagia Bersama yang ini dan posting Kak Mar pada 2hb April 2014 (WW: Cotton Rose sepanjang 3 bulan pertama 2014). Sertakan email sekali untuk mudah dihubungi.
~ Siapa cepat dia dapat dahulu ya.
17 ulasan:
Saya berminat nak terima give-away ni :)
Email saya: ros_r78@yahoo.com
Salam, saya bukan gardener disebabkan tiada ruang mengisinkan untuk bercucuk tanam tapi minat nak dapat hadiah give away ini...my email nasalia8973@gmail.com...tq
salam, tawaran hebat untuk masa terhad...saya nak...tolong email julitan1965@gmail.com...tq
benih bunga telang yg dpt free drpd bulan lepas punya purchase sy baru tanam semalam dan hari ni dah mula sprout..tadi ade tgok youtube,rupanya kekacang pokok bunga telang neyh boleh makan..masak tumis pown sodap..
http://www.youtube.com/watch?v=5Wor9SvpdfY
Salam.
Saya minat untuk sertai giveaway ini.
E-mail saya: abuyahayat@yahoo.com
Terima kasih
Salam,
saya sgt berminat dgn give away!!
nie email sy.. shahiela_12@yahoo.com
tq
salam,
saya beminat juga nk dapatkan giveaway nie...
email saya: nk393939@gmail.com
Terima Kasih..
salam,
saya berminat juga nak dapatkan giveaway nie...
terima kasih...
salam saya berminat menerima give away suka-suka ...email saya razakismath@yahoo.com.my
Pandainya Abby jd gardener :)
Berminat sgt, tapi ada peluang ke saya boleh dptkan bawang ni? saya takde blog cuma follow blog KBB ni almost every day...
Salam.
Kalau ada rezeki nak jugak giveaway ni.
fariha.sulaiman@hotmail.com
:)
Salam Diana,
Lamanya tak jumpa, rindulah pulak, especially kat budak2 tu! Abby dah pandai petik bunga! Last time tengok atas dukung lagi!
Congratulation Neny, we have email you the details.
Salam Bahagia Nasa Mulia,
Boleh sahaja tanam di container the goodies that will be received. Syukur Alhamdulillah terbuka hati nak mencuba gardening ;) . Ada kawan baru :).
Salam Bahagia Julie Tan,
We make an exception this time, but do follow the blog not anonymously cos I can't detect your name on our member dashboard.
Kash Kurabable, lovely news, thank you dear. Syukur Alhamdulillah dia tak sabar-sabar nak keluar. Ya kacang bunga telang pun boleh makan. Good source of protein.
Abu Hayat, tahniah bolehlah check email.
Syahila next time select bukan follow anonymously ya. Sebab tukang kebun tak dapat nak confirm.
Sorry Kak Mala dan Razak, hopefully next time sebab tak cukup syarat.
Gina, moga-moga bertambah pembantu tukang kebun.
Farah, InsyaAllah lain kali tukang kebun open give-away untuk yang tiada blog ok :). Terima kasih banyak-banyak sudi membaca gardening ramblings kami.
Fariha Sulaiman, tahniah dan terima kasih berminat nak hijaukan bumi kita ini.
Salam Mak Aji,
Lama kita tak berjumpa ya walaupun tak jauh. Abby memang dah berlari-lari kejar abangnya sekarang.
Waalaikumsalam Zee Azy,
Minta maaf kali ni dah cukup participant. Pokok bunga telang memang sesuai untuk jadikan tutup aurat. Memang bagus tutup aurat. Kami pun dikelilingi banyak pokok jadi selesa nak buat urusan harian dari dipandang orang.
Hi My name is 'Bruno Rico' just want to share my experience with the world on how i got my love back and saved my marriage... I was married for 7years with 2kids and we lived happily until things started getting ugly and we had fights and arguments almost every time... it got worse at a point that she filed for divorce... I tried my best to make her change her mind & stay with me cause i loved her with all my heart and didn't want to loose her but everything just didn't work out...
she moved out of the house and still went ahead to file for divorce...
I pleaded and tried everything but still nothing worked. The breakthrough came when someone introduced me to this wonderful, great spell caster who eventually helped me out... I have never been a fan of things like this but just decided to try reluctantly cause I was desperate and left with no choice... He did special prayers and used roots and herbs... Within 7 days she called me and was sorry for all the emotional trauma she had cost me, moved back to the house and we continue to live happily, the kids are happy too and we are expecting our third child. I have introduced him to a lot of
couples with problems across the world and they have had good news... Just thought I should share my experience cause I strongly believe someone out there need's it... You can email him via (rivertemplekingdom@hotmail.com)
Don't give up just yet, the different between 'Ordinary' & 'Extra-Ordinary' is the 'Extra' so make extra effort to save your
Catat Ulasan