Sedikit demi sedikit baru selesai mengemaskan Petak F. Kebiasaannya dalam sehari sudah boleh menghabiskan 2 petak. Kerana sibuk dengan urusan lain, curi-curi masa sahaja mengemaskannya. Setelah seminggu projek merumput di situ baru selesai sebab off and on sahaja merumput. Sambil merumput hasilnya diberikan kepada yang akan datang untuk bekalan daging ayam kampung batch 'Shiro Offspring'.
Di dalam Petak F ini dahulu ada rasanya Big Boss pernah tanam keladi. Jadi banyak sulur-sulur anaknya tumbuh sendiri dan membesar tanpa dipindahkan. Jadi sambil merumput bahagian ada sulur keladi Tukang Kebun cabut dan yang mana ada ubinya bolehlah jadi bekalan untuk dapur.
Pokok keladi yang tumbuh di sini jenis yang batangnya hijau besar. Isinya pula berwarna putih dengan ada keliling kulitnya berwarna merah jambu terang.
Sebab Tukang Kebun tak kenal ini jenis ubi keladi apa. Jadi lebih elok direbus dahulu ubinya sebelum dicampur dengan masakan lain. Tips dari arwah nenek pesan ke Big Boss kalau ubi keladi tak nak menjadi gatal masa kita memegangnya, kupas kulitnya biar masa dalam keadaan kering. Kalau kita cuci ubinya lepas cuci dalam keadaan basah, kalau jenis ubi keladi gatal atau kulit kita sensitif akan menyebabkan gatal. Kekadang ada interaksi ubi keladi dengan air bila mereka basah ikut jenis menyebabkan kulit rasa pedih gatal.
Jika Tukang Kebun sibuk biasanya lepas tuai tak cuci pun, biar sahaja kering tanahnya dalam bekas dan ketuk-ketuk tanah buang bila dah kering. Lagipun sendiri tahu tanah dari kebun sendiri dalam petak tu tak kotor. Lagipun najis besar pun kita cuci dengan tanah dulu kan baru bilas dengan air beberapa kali. Bila dah kupas kulitnya baru dicuci elok-elok.
Gardeners lain ada tips cara mudah nak kupas kulit ubi keladi? Mohon kongsi bersama.
Kali ini kami masak lemak putih rencah ikan bilis bersama ubi keladi dan pucuk ubi kayu makan bersama sambal tempoyak dengan nasi panas masa makan malam menyelerakan. Patutlah berat badan Tukang Kebun sekarang paling berat lepas lama tak beranak direkodkan dalam medical check up semalam. Terlebih makan dengan musim buah-buahan dan musim hujan yang menyekat banyak pergerakkan. Dah macam bear nak get ready musim hibernasi hehehe....
Juga available hujung minggu ini untuk self-collect:~ Daun Pucuk Muda Ubi Kayu seikat RM1.
~ Daun Pucuk Assam Gelugor seikat RM1.
~ Telur Itik sebutir 70sen.
~ Isi Kelapa Kukur 3 biji RM5.
Jika yang berminat untuk menanam pokok ubi kayu untuk pucuk mudanya yang kaya dengan unsur untuk kuatkan tulang badan juga boleh dapatkan keratannya dari Kebun Bahagia Bersama.
More info untuk khasiat pucuk muda daun ubi kayu (klik sini).
~ 7 keratan ubi kayu Manihot RM5.
Kemungkinan juga available isi saiz baby ubi keladi juga available hujung minggu ini untuk yang berminat for self-collect.
~ Ubi keladi sekilogram RM5 ~
15 ulasan:
Jantung pisang tu Dee
Rebus makan cecah dgn air asam kakak suka:)
Betul cara kita sama kena keringkan dulu baru tak gatal. Lagi satu masa kupas pun jgn kenakan air. Lepas dah siap nak rebus baru cuci bersihkan.
Sedapnya kalau buat gulai lemak pucuk ubi tumbuk lawan sambal ikan bilis.. geram tgk pucuk-pucuk ubi tu..
Cantik lah pokok keladi tu, ni ke keladi mawar?
masak lemak keladi makan dengan ikan pekasam..sedapnyaa...
Masak lemak...saya belum pernah lagi la....masak asam pedas rebus dah pernah rasa.....
Semua pokok ada. Berapa keluasan tanah
Salam Diana
Lamanya tak ronda2 kt blog Diana ni.Dapur maya sekali sekala je update 😭😭😭
Salam Bahagia KakZakie.
Tukang Kebun belum pandai sangat nak prepare bahan jantung pisang.
Moga tahun 2016 nak mencuba juga lauk dari jantung pisang.
Ya kan Kak Zakie lepas selesai kupas baru cuci.
Salam Bahagia Sis Shahida.
Memang sedap geng pucuk ubi dengan ikan bilis.
Salam Bahagia Sis Diana.
Hari tu masak batang keladi ala asam pedas makan banyak kali.
Itu bukan keladi mawar.
Salam Bahagia Kak Mala.
OH lama tak makan ikan pekasam. Kena cari ni.
Salam Bahagia Kak Fida.
Rasanya tukang kebun pun belum lagi makan yang masak lemak.
Salam Bahagua Zool Talib.
oh cuma seekar termasuk rumah.
Salam Bahagia CikManggis.
Bulan 12 ni mesti lagi sibuk nak sambut ahli keluarga baru kan. Thank you for the invitation.
Catat Ulasan