No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 12 Julai 2012

Leaf Amaranth / Chinese Spinach/ Bayam


Bayam merah mudah ditanam. Bijinya sangat halus. Tabur benih di tanah yang telah disediakan, tidak perlu timbus tanah, cuma siram air pada tanah bila sudah tabur benih-benih. Untuk warna bayam jenis ini menjadi warna kemerahan yang menarik, elakkan tanah terlampau mempunyai kandungan nutrient baja yang tinggi atau bahan kompos organik yang banyak. Anak benih yang baru bercambah adalah menarik kerana ianya adalah warna merah (lihat gambar). Bayam tidak perlu dituai keseluruhan pokok, tapi boleh dipotong batangnya dengan meninggalkan beberapa pucuk daun di bahagian bawah pokok bayam dan ianya akan tumbuh menghasilkan daun lagi. Kerap tuai bayam untuk mengelakkan ianya berbunga atau batangnya menjadi keras berserat. Bunga pokok bayam juga menarik dan disukai oleh kumbang yang boleh membantu menjaga tanaman dari serangga perosak yang lain. Sekiranya banyak hasil tuaian bayam ianya bolehlah segera disimpan dalam freezer. Bayam cepat layu setelah dituai. Untuk menyimpan dalam freezer, bayam hendaklah direbus selama seminit, dan lekas direndam air yang sangat sejuk. Kemudian segera simpan di dalam freezer dan boleh tahan selama 6 bulan.

~Pre-Order Biji Benih Organik Bayam (RM3.00-anggaran lebih 250biji benih dalam satu pek)~

Stok offer Habis.
Tukang Kebun tengah tuai, hujung tahun baru stok up.

Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email ( kebunkmg@gmail.com ).
Pembayaran melalui bank deposit dengan Bank RHB atau CIMB dalam bulan Ogos.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

17 ulasan:

Nudabuffy berkata...

macamana rupa bayam yang dah direbus untuk disimpan dalam freezer tu?

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

owhh.. tak sangka sayur bayam pun boleh difrozenkan...

TukangKebun berkata...

Nudabuffy, Madihaa~ Saya tak pernah cuba lagi sebab freezer penuh dengan sayur lain. Lagipun sekarang ni bayam tu tumbuh suka-suka hati di mana sahaja sepanjang tahun dalam kebun kami.Bayam orang barat (spinach) atau Swiss Chard pun selalu orang barat buat macam ni juga simpan stok untuk musim sejuk. Rasanya Spinach malabar pun boleh disimpan dalam freezer mengikut kaedah sama.

lynnhelite berkata...

we practically eat bayam alternate days now. My girls suka sgt rebus then mkn dgn thousand island. Benih yg you bagi tu sgt menjadi, sampai dah termakan. At one time kami tuai & bagi neighbour. Kira2 sistem batter la, dia kasi pasu, i balas ngan sayur..

TukangKebun berkata...

Lynn~ Murah rezeki you. Bahagia bayam-bayam kat kebun you. Oh I should try macam tu juga rebus dan bagi my toddler cicah dengan mayoinese ke tu put on more weight. Loss weight sikit after surgery. Pasu yang your neighbour bagi tu really a treasure.

Mama Pongkey berkata...

Saya baru aje semai bayam ni, di bawah teduh. Sepatutnya bayam ni di teduhan atau panas terik? Anak-anak bayam nimemang comel berwarna merah.

TukangKebun berkata...

Mama Pongkey~Bayam suka matahari. But it will depend on how the weather is. Kalau musim panas dan kering elok partial shade kalau musim biasa-biasa je maybe under the sun should be fine. It does need some light to grow well. Tried in shade before during our extreme summer but did not grow well compared to the ones growing at location that received morning sun only.

arifternak berkata...

Salam,

Ada lagi ke biji benih bayam merah ni? Pokok dia memanjat atau menegak mcm bayam biasa tu? terima kasih.
Arif Hasani

TukangKebun berkata...

Arif~Ada lagi benihnya. Pokoknya jenis menegak. Sama-sama.

arifternak berkata...

Saya nak order 5 pek biji benih bayam merah. Berapa bayaran termasuk pos ke Sabak Bernam, Selangor?

arif hasani
E-mail: arifcomp82@yahoo.com

TukangKebun berkata...

Arif~ Boleh order 5 pek. Tapi penghantaran cuma boleh dibuat lepas raya sebab tukang-tukang kebun semua bercuti sekarang. Kalau saya terlupa bagi email (kebunkmg@gmail.com)

sopiemohd orchid species gallery berkata...

saya order 2 pack bayam

TukangKebun berkata...

Sopiemohd~ Pesanan diterima.

zamzurina zulkafli berkata...

ada lg ke benihnya

TukangKebun berkata...

Zamzurina~ Yang ini pun baru sahaja out of stock. Hujung tahun baru ada fresh stok kembali. Jika berminat nak semua benih yang masih ada list untuk senang browing, boleh email (kebunkmg@gmail.com) untuk dapatkan senarai.

Adam Ibrahim berkata...

I want one packet. nocturnalb@gmail.com

TukangKebun berkata...

No Worries Adam will keep for you.