Ini buah hutan kalau di Sabah yang kadang-kala ada dijual di Tamu boleh juga dikatakan buah nadir Malaysia.Buah apa ni ya? Buah ni kalau dalam bahasa Dusun-Kadazan dipanggil 'Liposuk'. Kalau di Semananjung Malaysia dikenali dengan nama Asam Pahong (Baccaurea lanceolata). Trip kedua tahun ni bercuti ke Sabah seisi keluarga baru ternampak buah ni dijual di tamu. Trip pertama dulu ada tukang kebun bawa balik ole-ole buah 'Pugi' jadi papa Rayyan bila nampak ingatkan pugi mahu belikan untuk anaknya (papa Rayyan tak kenal buah ini lagi ketika itu). Rayyan suka sangat pugi makan berdua dengan papanya tak sempat papanya nak makan asyik ada tangan kecil speeding menghulur nak lagi (gelojoh). Oh ya ada satu hari tu ternampak orang menjual buah tampoi di tamu ternyata mereka pun berkata lain buah tampoi dan buah pugi. Keluarga Baccurea ni memang banyak jenisnya di Malaysia tetapi belum lagi diperkenalkan secara betul atau dikategorikan untuk mudah bagi orang awam mengenali lebih dekat. Tukang kebun pun setuju dengan Sean yang keluarga baccurea ni yang banyak mirip antara satu sama lain masih lagi dipanggil sahaja buah tampoi. Terpesong sekejap sebab nak clarify entry 'Pugi' dahulu. Untuk cadangan next MAHA kalau ada section untuk buah nadir keluarga baccurea can be fun untuk bandingkan buahnya walaupun nampak lebih kurang sama.
Bagaimana rasanya buah liposuk?
Berlainan sungguh rasa buah liposuk dengan pugi. Di mana pugi adalah manis, buah liposuk tersangatlah masam. Tukang kebun yang boleh tahan buah-buahan masam pun boleh angkat tangan surrender tak boleh makan banyak. Rasanya antara buah-buahan masam pernah tukang kebun makan, liposuk paling masam.
Beginilah rupa isi buahnya bila dibelah dua. Isinya yang putih awan di mana bijinya tersimpan tu teramat masam nyilu rasa. Kulit dalam buah liposuk adalah tebal dan sebenarnya bahagian itulah yang biasanya dimakan. Salah satu cara untuk enjoy buah liposuk ini ialah menhiris isi kulit yang tebal itu, tumbuk dengan udang kering/ikan bilis dan cili, gaul mix dengan garam dan jus perahan limau. Pastu makan dengan nasi panas, naik selera makan.
8 ulasan:
kecur air liur bila baca last paragraph... hehehe
kecur air liur
Salam Diana,
Betul la,saya pun kecur liur sampai meleleh leleh membayangkan rasa resepi kat perenggan akhir tu,hehe.ada sejenis buah kat kampung masa saya kecik kecik dulu,sama juga bijinya masam dibuang aje,isinya dimakan colek atau buat masak sayur lemak.saiznya besar sikit dari buah liposuk.
Bila dah badan penat takde selera, ni boleh bagi selera makan.
Memang kecur air liur dibuatnya Eila.
Salam Shifa.
Nanti kongsilah gambarnya. Belum try masak sayur lemak lagi tapi kalau campur dalam masak lemak cili api mungkin boleh.
Salam Kenal Diana,
buah ni orang Bajau Samah panggil 'LEMPAUNG'..buah muda sedap di tumbuk jadi sambal..team dgn belacan, cili dan garam...kecur air liur..:)
Salam Kenal Dafiza.
Terima kasih berkongsi, orang Bajau panggil lempaung ya.
Catat Ulasan