No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 7 Ogos 2014

Hamper Aidilfitri

 Dek kesibukan minggu pertama bulan Syawal ini, announcement pemenang-pemenang Hamper Aidilfitri Kebun Bahagia Bersama ambil masa sedikit. Terima kasih banyak-banyak yang meluangkan masa bersama-sama meriahkan this little Give-Away dan sabar menunggu. Ada tukang kebun lampirkan syarat-syarat sebagai calon di posting hujung bulan Jun lepas. Dear pemenang-pemenang nanti contact tukang kebun ya claim hamper aidilfitri. Asyik bagi duit raya, nak juga dapat hadiah raya kan.
 Pemenang-pemenang Hamper Aidilfitri Kebun Bahagia Bersama 2014 ialah :

~ ID: Cactus Zinnia (Raiyan Jazlan) dari Sarawak

~ Julie pemilik blog 'My Wonderful Timez'. 

~ ID: Aeia Morning Glory (Seri7ujuh) pemilik blog 'Seri7ujuh & Co.'.

 Setelah balik dari Terengganu beraya, mula beraya di area Lembah Klang terfikir-fikirlah pula apa hamper Aidilfitri yang dapat dibawa pada raya ke-empat ni dengan masih kelam kabut belum ada masa nak pusing-pusing kebun. Barulah teringat ada rambutan gading dah mula nak masak. Walaupun musim rambutan gading kali ini bukan the best sebab kemarau jadi tak berapa juicy. Biasanya dia berbuah hujung tahun tapi keadaan cuaca tahun 2014 ini membuatkan ianya berbuah pada pertengahan tahun.
 Pokok-pokok cabai burung pun di keliling frontyard tahun ini, Syukur Alhamdulillah tidak putus-putus berbuah. Gambar di atas antara pokok cabai burung utama yang tumbuh sendiri baru dipetik cili yang dah masak sebelum snap gambar. Bolehlah juga menjadi antara selitan Hamper Aidilfitri dari Kebun Bahagia Bersama dibawa masa beraya ke-4 ke rumah sanak saudara yang tiada pokok cili.

 Sambil-sambil tukang kebun petik cili berdekatan dengan pokok mata kucing pada petang raya ke-empat. Tiba-tiba terdengar macam dalam rimbunan daun pokok mata kucing tu bergerak-gerak daunnya dipukul banyak kali macam ada benda melompat. Instinct tukang kebun rasa bukan seperti tupai-tupai yang biasa lompat sama-sama mengekor dalam kebun tengok keadaan bergoyang daunnya. Biasanya kalau tupai melompat-lompat dengan bunyi kuat dahan-dahan pokok akan bergoyang sekali. Tapi ini cuma daun-daun je bergerak seakan dipukul. Bila tukang kebun perhatikan betul-betul, kenapa pula macam ada ranting seperti melentur bergerak melompat-lompat dalam rimbunan daun tersebut. Rupa-rupanya Si ular. 

 Mulalah tukang kebun menjerit memanggil dearest husband yang tak reti bahasa. Sakit hati tengok berjalan lengang-lengok ke arah kita ni. Yang kita ni mata masih nak mengekor si ular tu sebab tak nampak friendly sekejap lompat ke pokok pulasan sekejap ke pokok durian, lompat sini sana sahaja kerja dia very aggresive type. Selalunya bila tukang kebun nampak ular dia cuma menyusur dan kemudian tarik diri perlahan-lahan menghilangkan diri. Yang jenis ini rancak sangat pula pergerakan dia. Supaya budak-budak hero tu tak faham dan datang sekali dengan papa-nya, bila papa tanya untuk diorang tak faham , tukang kebun cakap 'Hebi' (bahasa jepun), tanya apa banyak kali, bila cakap 'lanut' (bahasa dusun-kadazan) pun muka blank even though I taught him that already. Arrrghhh tengok dalam raut muka macam sengaja buat tak faham je, jadi terpaksalah tukang kebun cakap 'ular' direct depan budak-budak tu. Mulalah budak-budak ni pun jadi excited yang tak sepatutnya dan nak sibuk menyibuk. Jadi mama-nya kena garang supaya ikut perintah not to come over.
  Haisssyyyyhhh...nasib baik bukan ular saiz besar. Tetapi terpaksalah kami berdosa pada hari ke-empat  Raya kerana menamatkan riwayat dia tu. Biasanya kalau yang menyusur tarik diri hilangkan  diri, tukang kebun just let it go. Tetapi yang lompat aggressive ni terpaksalah kami lakukannya demi keselamatan penghuni di Kebun Bahagia Bersama ini. Lagipun memang dekat sahaja dengan di rumah. Antara sebab utama bila tukang kebun dekat halaman luar rumah tak memakai earphone untuk peka dengan surrounding kita. Kalau mata kita nampak yang depan sahaja bukan 360 darjah. Tapi dengan deria telinga walaupun tak nampak kita boleh mendengar bunyi-bunyi di sekeliling. Penggunaan semua deria di kebun adalah sangat penting.

 Tukang kebun tak pasti ini ular jenis apa? Jika ada siapa yang tahu silalah kongsikan ilmu.

6 ulasan:

Julie M berkata...

Syukur Alhamdulillah, Xsangka Julie pemenangnya, terima kasih banyak2 kak Diana, moga2 luas rezeki kakak sefamily :), Kalo Julie nampak ular kak memang Julie pun panik, even ular tu dh mati or x berbisa mcm ular tambang/ular pokok (Gmelin’s Bronzeback) mcm dlm pic kakak tu hehe...Selamat hari Raya Aidilfitri buat kakak & family :), lambat Julie wish coz baru ja balik Pontian setelah 10 bari berhari raya d Papar :)

Suzie berkata...

Ular apa tu.....

Seri7ujuh berkata...

tak pernah tengok ular ni, kt rumah sy dulu byk ular hitam...

Ummu Madihah berkata...

Salam Diana,

Aiyoh, seramnya tengok ular tu! Lagilah jenis yang agresif dan tak takut orang! Kalau Mak Aji dah lari tak cukup tanah dah!!

Tanpa Nama berkata...

Salam Aidilfitri, Ular tu ular tambang sejenis ular pokok yang agak agresif tetapi tidak berbisa.

TukangKebun berkata...

Salam Syawal Julie,

Dah balik Pontian ke. Kami dah setahun tak balik Sabah belum ada plan lagi nak balik bila. Tak sangka pula ular tambang ni nak ramah dengan kita.

Salam Syawal Suzie,

Ular suka duduk atas pokok tapi tak berbisa. Seperti Julie dan 'Tanpa Nama' kongsikan Ular Tambang.

Salam Syawal Makngah,

Masa awal-awal pindah sini yang hitam bisa tu banyak gak sesat dekat halaman luar rumah.

Salam Syawal Mak Aji,

Ular ni kalau kita duduk diam dia tak cepat melonjak. Jadi nak kena tenangkan hati banyak-banyak sebelum buat keputusan nak lakukan apa. Orang Jepun kalau masuk hutan selalu pasang macam ada jingle jingle loceng supaya binatang tahu ada manusia berdekatan jadi mereka tak terkejut dan datang dekat.

Salam Syawal.

Terima kasih kongsi ilmu.
Sedih pula terbunuh ular yang cuma nak ramah mesra dengan tukang kebun ini.
Rupa-rupanya dia jenis playful ya.
Biasa masa awal pindah tengok yang jenis ular daun tak sangka pula ada warna yang macam ni tak berbisa suka duduk atas pokok juga.