No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 13 Ogos 2014

Tsai Hsin

 Sayur daun kampung Tsai Hsin ialah sejenis sawi bunga yang mudah dan cepat tumbuh sesuai untuk mereka yang berjinak-jinak berkebun. Begitu jua untuk mereka yang mempunyai ruang bercucuk tanam yang terhad boleh ditanam dalam pasu dan boleh memberikan supply yang cepat semasa menunggu jenis tumbuhan lain sedang membesar. Cuma menggunakan bekas kitar semula sebesar 5 cm boleh semai banyak biji-biji benih Tsai-Hsin. Disebabkan tukang kebun letak di bawah canopy ri ri ying di depan dapur, jadi anak-anak pokoknya bila dah masuk minggu mendung dan hujan kenalah dipercepatkan proses pemindahan anak-anak pokoknya sebelum jadi tinggi dan kurus serta batang lembik tak cukup cahaya. Lagipun semalam cuaca mendung macam nak hujan dari pagi. Lepas hantar Ilhan ke Sekolah Kebangsaan pukul 12:30 tengahari cepat-cepat tukang kebun alihkan anak-anak pokok tersebut.
  Semasa nak lerai-leraikan anak-anak pokok dari tanah terkejut tukang kebun tengok ada cacing dah kat dalam tanah bekas kecik ini. Tak sampai 2 minggu lagi bekas ini diisi dengan black gold kami dah ada yang sudi nak duduk dalam bekas kecil ini. Ini adalah hasil tanah bakar di Kebun Bahagia Bersama, walaupun rumah kecik bebas dari baja buatan tiruan manusia, bahagia si cacing duduk dalamnya. 

~ Biji Benih Sawi Bunga Tsai-Hsin ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek berharga RM1.00 (kebunkmg@gmail.com) .

5 ulasan:

nadia rashid berkata...

Nak 1 pek yg ni

Normala Saad berkata...

Oh rupanya sawi bunga ni ada benihnya sendiri. Kak ingat sawi bunga yang jual kat pasar tu bunga yang keluar dari sawi biasa.

TukangKebun berkata...

Tukang kebun ada simpankan untuk Nadia.

Sawi bunga pun ada pelbagai jenis Kak Mala, tukang kebun pun tak berapa mahir lagi yang mana satu kalau duduk dalam satu tempat nak bezakan. Bila ada masa nak rekodkan pemerhatian satu persatu.

Carlz Jafran berkata...

Tempah dua pek...

TukangKebun berkata...

Boleh Bah Carlz Jafran