No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 23 Januari 2015

Growing With Arugula

  Minggu ini re-stock semula biji benih sayur daun Arugula. Arugula ini mudah ditanam dan tak banyak pakai ruang boleh tanam dalam bekas. Masa balik dari Sabah dapatlah juga selamat tuai arugula yang ditinggalkan mengharapkan rezeki air hujan semasa tukang kebun on leave hampir 2 minggu. Yang membesar bersama-sama batch Arugula yang dituai ialah si Tigger. Si Tigger yang nakal asyik guling-guling dalam pasu arugula ditanam sunbathing (caught in the act). Hai...nasib baiklah ko ringan Tigger tak de satu pun Arugula yang tak sempat masuk dalam perut dalam pasu ini.
 Bagi gardeners yang mempunyai ruang yang terhad untuk bercucuk tanam. Boleh juga selit tanam sepokok bunga kemunting cina bersama-sama seperti gambar di bawah dalam full sun. Pokok kemunting cina juga amat mudah ditanam dalam pasu (Ada beberapa stock biji benih kemunting cina/periwinkle/vinca dalam tabung Kebun Bahagia Bersama).
  Bulan January ini banyak re-stock pilihan sayur-sayur daun (Asian Green) ke dalam senarai kembali. Ada lebih dari 10 jenis pilihan sayur daun (Asian Green) yang setiap 1 pek anggaran 50 biji benih hanya RM1.00 . Mulai hari ini (23hb Januari 2015) hingga hujung bulan (31hb Januari 2015), Kebun Bahagia Bersama buat promosi beli 5 pek sayur daun dapat percuma 1 pek sayur daun yang anda boleh buat pilihan sendiri. Jika pesanan 10 pek sayur daun dapat percuma 3 pek sayur daun yang anda boleh buat pilihan sendiri. Syarat promosi ialah transaksi pembayaran selesai pada 31hb Januari 2015.

 Antara sayur-sayur daun pilihan terbaru bulan ini ialah Mizuna Hijau 'Kyoumizore' dan Mizuna Merah (Benihoushi).
  Pada hari Natal lepas sebelum bertolak ke Sabah, tukang kebun tabur biji-biji benih Bok Choy Jepun 'Vitaminna'. Syukur Alhamdulillah bila balik dari Sabah, banyak anak-anak pokok yang telah menunggu untuk dipindahkan. Jenis Bok Choy Jepun yang ada pada bulan ini ialah 'Hiroshimana' dan 'Vitaminna'.
  Antara sayur lain yang re-stock bulan ini ialah Komatsuna 'Nanane' (klik sini) dan Tatsoi (klik sini).
 Antara aksi nakal Si Tigger selain sunbathing atas pasu ada arugula ialah pergi kutip telur-telur burung yang sarangnya di atas pokok kemuning dalam ketinggian 2 meter. Nasib baiklah papa ada di tempat kejadian. Dahlah telur burung ni jenis besar, lebih besar dari burung puyuh. Ada ke tamak punya pasal si Tigger campak semua telur burung satu persatu ke tanah dalam ketinggian 2 meter. Nasib baik tak pecah. Yang lagi sebutir telur dia bawa turun pegang dengan mulut. Apalagi tukang kebun suruh dia luah keluar telur tu. Terpaksalah dearest hubby ambil tangga letak balik telur ke dalam sarang.
 Gambaran tuaian Kebun Bahagia Bersama semalam. Tak perasan Limau Kasturi dekat sudut penjuru belakang ada buah sampai dah masak. Markisa, ciku, canistel yang tergolek-golek di tanah. Terung pipit campur untuk masak berlada dengan ikan bilis dan tempe. Lada pakai tumbuk lada burung fresh from the garden.

6 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Tigger ni boleh tahan pandai nak posing bagai dan faham arahan. Tak pulak dia telan telur burung tu Dee. Kakak boleh senyum membayangkannya:)

Agaknya tiap hari memang tak membeli sayur kalau macam ini gayanya. Suka kakak tengok.

AMIIZAA@Mieja berkata...

huwarghhhh mcm oyen :(.....sebiji mcm oyen dak tigger nie....

Shasrine berkata...

Bestnyer tengok your harvest. Btw, my passion fruit plant yg beli from you last year dah berbuah although hanya tanam dalam pasu. Alhamdulillah. Cant wait for it to turn purple.


Can you pls email me the latest listing. Tq.

Awin berkata...

Saya nak semua sayur di atas

carlz berkata...

Salam Diana,

Saya nak order semua benih sayur di atas dengan benih markisa jika ada stok. Tq

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie,

Telor burung tu besar Kak, tak mudah nak ditelan takut tercekik pula si Tigger hehehe....Syukur Alhamdulillah kena rajin-rajinkan cari dan petik sayur sendiri di belakang InsyaAllah ada.

Salam Bahagia Kak AMIIZAA<

Bolehlah Tigger hilangkan rindu dekat OYEN.

Salam Bahagia Shas,

Syukur Alhamdulillah duduk dalam pasu dah berbuah. Mesti sekeluarga excited tunggu buahnya ranum.

Salam Bahagia Awin,

Ada hantar email tadi.

Salam Bahagia Carlz Jafran.

Ada hantar email tadi.