No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 7 April 2015

The Real Bunga of Pisang Bunga

  Antara jenis pokok pisang yang cepat tumbuh dan berbunga ialah jenis pisang bunga. Pisang bunga dengan jantungnya berwarna pinkish lebih popular sebagai tanaman hiasan. Bila terbuka kelopak demi kelopak jantungnya seperti gambar No. 1 terbayang bunga lotus pun ada. Kekadang ada yang ingat jantung pisang itu adalah bunga pisang. Tetapi sebenarnya bunga pisang yang betul terselit dalam kudupan kuning seperti gambar di bawah. Kalau pendebungaan menjadi akan bertukarlah kemudian membentuk buah pisang.
  Panjangnya pula kali ini terjadi jantung pisang pokok pisang bunga ini naik ke atas seperti obor yang dibawa lari oleh atlit. Obor pun tak panjang ini macam kepala nagalah. Kelihatan di bawah tangkai tersebut ada buah-buah pisang yang boleh dimakan kalau teringin. Kalau darurat ini juga boleh dijadikan sumber makanan.

~ 1 anak pokok pisang bunga moist bare-rooted RM10.00 ~

 Info pisang bunga boleh juga dibaca di posting sebelum ini (klik sini).
  Daunnya juga seperti pokok pisang yang lain boleh untuk dibuat bekas atau alas nasi lemak juga boleh. Hujung minggu lepas kami gunakan daun pisangnya untuk bungkus ayam dara kami yang dagingnya telah diperam untuk dipanggang dalam oven.
 Macam rupa peking duck pun ada. Anak-anak suka betul makan ayam dara panggang bela dari kebun sendiri.
   Antara tuaian kebun awal bulan April ini.
  Asparagus rajin muncul sebab malam-malam pun dingin agaknya. Terung pipit satu pokok pun boleh hasilkan buah yang banyak. Petik dari sepokok pun selalunya dah mencukupi (malas nak pergi petik lain).

 Self-Collect Schedule This Week :

~ 8th April 2015, Wednesday at Sungai Buloh 8:30PM~9:00PM.

~ 11th April 2015, Saturday at Sungai Buloh 5:30PM~6:00PM.

4 ulasan:

Kakzakie berkata...

Tiap hari ada saja yg boleh di harvest. Kacang botor tu kakak suka makan cecah dgn sambal sedapnyaaa. Selalu kakak beli tau. Seringgit dapatlah 5-6 papan.

Normala Saad berkata...

Oh..kak tak tahu pula buah pisang hiasan ini boleh dimakan..kak ada tanam, tapi buangkan saja sebab tengok kecil2 sangat

Juliana berkata...

Diana dearie, buatkan satu bahagian utk resepi masakan yang awak buat boleh? memang nampak menarik sangat apa yang Diana masak fresh daripada garden. Boleh juga kalau saya nak jadikan rujuka (heheh)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie,

Syukur Alhamdulillah ada je boleh dimakan dalam kebun jika rajin mencari. Kekadang ada juga rasa hari yang macam tak de je benda nak tuai tapi bila jalan-jalan yang macam weed pun boleh jadi makanan.

Salam Bahagia Kak Mala.

BOleh makan tapi bijinya banyak jadi leceh.
Bak kata orang putih edible but not palatable.

Salam Bahagia Julianna.

Sebenarnya malu nak buat label resepi sebab tak pandai masak. Ramai otai lagi yang pandai masak hehehe...Tukang kebun masak pun tak de sukat-sukat punya style main campak-campak je.
InsyaAllah suatu hari nanti dah ada confident ada label resepi.
For the time being kalau blur tak de idea nak masak apa dengan specific harvest bolehlah cari sebagai contoh nak fikir masak ginseng jawa apa. Bolehlah pergi ke label ginseng jawa.