No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 15 Jun 2015

Lidah Mak Mertua

  All time favourite plant yang berdekad-dekad masih bukan out of fashion digemari dalam landscape ialah pokok Lidah Mak Mertua. Tukang Kebun rasanya memang sentiasa membesar dengan Lidah Mak Mertua dalam kebun dari kecil lagi. Dari childhood di Shah Alam hinggalah zaman remaja pindah di Sungai Buloh. Penjagaan pokoknya tidak remeh dan amat mudah sekali hidup dalam pasu walaupun sibuk kerana keperluan airnya tidak banyak. Ianya sesuai juga dijadikan sebagai indoor plant, dalam tandas pun boleh. Bukan sekadar hiasan ya. Tapi pokok ini telah dikaji bagus untuk buat agen semulajadi 'air purifier' untuk menyerap buang racun di udara seperti bahan kimia nitrogen oxides dan formaldehyde. Jika Tukang Kebun tahu dulu, ada juga nak bela dekat-dekat benchwork makmal dulu pokok lidah mak mertua ni. Kalau tiada ruang di rumah, boleh tumpang buat koleksi Lidah Mertua dekat pejabat. Cakap dekat Boss, save cost as air purifier.

  Oleh itu Lidah Mak Mertua ini bagus dijadikan sebagai house-warming gift. Kita boleh galakkan orang yang belum jejak kaki ke dalam dunia gardening dengan jinak perkenalkan tumbuhan yang mudah bela ini. Lidah Mak Mertua is a hard to die plant as long as you don't overwater dan akar dia tak berendam dalam air lama. Kalau orang bagi alasan busy, kata je cukup seminggu 2 ~ 3 kali siraman dah memadai. Pokoknya pun boleh dikaitkan dengan element teratur Feng Shui.
 Kalau orang Jepun panggil pokok Lidah Mak Mertua ni sebagai ekor harimau. Tepi daunnya bergarisan kuning manakala antara garisan tersebut berbelang-belang macam ekor harimau. Lidah Mak Mertua juga menghasilkan bunga yang berwarna putih bermisai-misai sangat menawan. Tak kalah dengan misai harimau. Dari celah-celah rumpunan daunnya akan keluar meninggi sedikit demi hari tangkai bunganya. Lebih kurang macam lengang lengok tangkai bunga Harum Sundal Malam progressnya terbentuk. Cuma pokok Lidah Mertua ini daun lebar memanjang tinggi tak pening kepala macam pokok Harum Sundal Malam nak merumput di celah-celahnya. 
  Kecantikan kembang mekar bunganya juga tak kalah seperti pokok bunga Harum Sundal Malam. Baunya juga wangi tapi takdelah semerbak macam bunga Harum Sundal Malam pada tengah malam. Baru Tukang Kebun faham kenapa Big Boss gemarkan pokok ini, bila tengok keanggunan indah mekar bunganya pasti akan rindu nak tengok lagi. Kalau di Kebun Bahagia Bersama biasanya pokok Lidah Mertua ini musim bunganya kira-kira dalam lingkungan 2nd quarter of the year.
~ 2 moist bare-rooted pokok lidah mertua (Sansevieria trifasciata) for RM5~

8 ulasan:

ct aju berkata...

ooo...mmg biasa sgt pokok ni...mudah tanam...tp xpernah tau plak namanya pokok lidah mak mertua...hahahahha

Normala Saad berkata...

Pokok yang paling mudah ditanam.Kak sampai terpaksa buang setengah dari pasu. Buang dalam semak2 kat homestay sebelah. Dah dekat setahun tengok-tengok dah penuh pula anaknya gebu-gebu tumbuh dalam semak. Rasa macam nak ambil tanam balik pula...

nasa mulia berkata...

hihihi macam lucu pulak nama pokok ini, lidah mak mertua.

azri hassan berkata...

cantik pokok mak mertua nie.yang biasa saya lihat ada 2 jenis.

Carlz Jafran berkata...

pokok ni kat tempat saya boleh dijadikan ubat masalah buah pinggang. Tapi tak tahulah cara buat....

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia CT AJU,

Ada yang panggil pokok lidah jin / Devils' Tongue...hehehe..

Salam Bahagia Kak Mala.

Sini pun sama yang disisihkan bila kemas-kemas dah padat sangat tak de masa terlentang kat satu tempat. Lama-lama tengok masih hidup dan makin beranak pinak cantik.

Salam Bahagia Nasa Mulia.

Hahaha memang lucu bila teringat namanya lidah mak mertua.

Salam Bahagia Azri Hassan.

Yang ini memang jenis biasa dari dulu lagi orang tanam, old time favourite.

Salam Bahagia Carlz,

Teringat juga mak ada bilang orang buat ubat, tapi tak pasti macam mana.

yaya berkata...

owh tak boleh terlebih air ye?
saya tanam anak pokok dalam air.
letak dalam bilik pejabat.
kena letak tanah lah.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Yaya.

Kalau nak pokoknya berbunga baik tanam dekat tanah. Sebab pokok ini kalau sentiasa banyak air jadi malas nak berbunga.