No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 12 Ogos 2015

Mesin Pengeram PertamaKu

   Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang dapat dikutip setiap hari dari kebun. Sebagai contoh, dalam keadaan sibuk tiada masa nak berkebun, sayur manis atau dikenali asin-asin selalu jadi bekalan emergency. Salah satu jenis sayur yang mudah dibela dah boleh hidup bertahun-tahun. Memang betul-betul jimat belanja dapur apalagi bila telur-telur segar pun dikutip dari kebun sendiri. Bolehlah buat ala goreng sup sayur manis dan pecahkan telur ke dalamnya gaul-gaul menjadi hidangan untuk seisi keluarga.Sedap dihirup suam-suam masa musim hujan ini. Kalau nak pedas campurkan beberapa cili burung goreng sekali.

~ 1 pot Sayur Manis RM5.00~
  Syukur Alhamdulillah bulan Ogos ini rezeki telur segar dari ayam dan itik belaan memang supply untuk dapur kami banyak. Seronok masa kutip, kalau telur ayam boleh bezakan yang mana telur ayam dari jenis kacuk gajah dan kampung original. Saiz telurnya amat ketara berbeza. Kalau telur ayam kampung setengah saiz dari ayam campuran kacuk gajah. 
   Syukur Alhamdulillah investment Tukang Kebun beli 20ekor itik telur pada penghujung February lalu (related posting klik sini) sudah pun berhasil. Penghujung bulan ini hampir nak genap 6 bulan, sudah pun matang dan menghasilkan telur-telur itik dalam bulan ini. Tinggal 17 ekor tapi kematian 3 ekor pun dari kesilapan Tukang Kebun sendiri. Nampaknya dalam batch ini ada 3 ekor jantan dan yang lainnya adalah betina. Air kolam tengah penuh minggu ini, itik-itik telur sungguh seronok bermandi-manda dan rancak juga mengawan (banyak free show). Jadi yang ambil bekalan telur itik dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini elok simpan dalam peti ais, ada kemungkinan telur-telur tersebut ada yang fertile, kalau nak mengeram ada possibility keluar anak itik kang. Untuk memory Kebun Bahagia Bersama dalam Ogos 2015, ada total 23 ekor jenis itik telur (itik campbell) yang matang bebas berjalan-jalan pada siang hari.
  Julai lepas selepas raya, Tukang Kebun bertambah usia jadi Birthday Gift dari dearest husband ialah incubator (mengelat). Bolehlah menambahkan productivity kebun untuk menghasilkan anak-anak ayam born in Kebun Bahagia Bersama. Boleh jimat kos tidak perlu beli anak-anak ayam yang baru lahir harganya seekor pun dalam linkungan harga RM3~RM4. Memandangkan telur-telur ayam pun banyak tak termakan at the moment, jadi bolehlah gunakan incubator untuk membantu mengeram dan menetas. Ayam-ayam pula takde seekor rajin nak mengeram at the moment. Siap mengelat pergi bertelur tumpangkan telur-telur mereka dekat itik-itik yang sedang mengeram.
  Nampaknya dearest husband makin seronok buka sangkar itik pagi-pagi kutip telur itik segar sambil kasi makan sebelum pergi kerja. Karang-karang lepas ambil Ilhan dari Sekolah Agama, Tukang Kebun pula mencari telur ayam. Itik dia bertelur biasanya sebelah malam, ayam pula sebelah siang kekadang tak tetap masa. Kalau pegang telur ayam masih panas-panas memang sah barulah keluar telurnya tu.
  Baru-baru ini musim buah belimbing buloh memang seronoklah menggulai masak lemak cili api telur itik dan belimbing buloh. Masa Tuan Tanah balik hari tu dapatlah merasa dan menambah-nambah nasi. Memang terasa seronok main masak-masak di dapur sekarang lebih-lebih lagi bahan dari kebun sendiri. Santan pun perah dari buah yang pokoknya dari dalam kebun sendiri.
   Minggu lepas masa Tukang Kebun sakit dan dearest husband ambil cuti sehari sebab dah dalam keadaan tak terurus dah dengan anak-anak dan rumah, sempatlah darling buat stok telur itik masin lagi. Sekarang ni dalam grocery list nak kena rajin ingat-ingat beli garam kasar, senang bila-bila ada masa nak buat telur itik masin ada stok garam kasar dalam pantry.
  Rasa teruja simpan stok telur-telur itik masin juga dalam pantry sekarang bila dah ada resepi-resepi yang boleh digandingkan dengan telur itik masin. Sebagai contoh, semasa bulan Ramadhan lepas ada Tukang Kebun masak udang goreng dengan telur itik masin (related posting klik sini). Bulan Syawal ini pula cuba masak ketam goreng dengan telur itik masin. Kebetulan adik lelaki balik beraya ke Sungai Buloh dibawanya bersama-sama stok frozen ketam dari Sabah yang dikirim oleh Big Boss dan Tuan Tanah untuk kami. Ketam-ketam kedua ibubapa kami beli direct dari bot-bot nelayan di Kota Kinabalu. Not ketam segar tapi ketam hidup terus frozen. Masa Tuan Tanah balik ada seminar di Kuala Lumpur ada Tukang Kebun masak ketam goreng dengan telur itik masin, menjilat-jilat jari makan.


~ Telur Itik Segar sebutir 70 sen sahaja~.

Sementara stok telur itik segar masih ada bolehlah dapatkan dari Kebun Bahagia Bersama pada hari-hari di bawah.

Self-Collect Schedule This Week:

~ 12th August 2015, Wednesday night from 9:00PM~9:30PM at Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 15th August 2015, Saturday morning from 9:00AM~9:30AM at Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ 16th August 2015, Saturday morning from 9:00AM~9:30AM at Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

9 ulasan:

jazzeyra aj berkata...

Allah, seronoknya dgn perkembangan kebun kak diana, hihi.. Kalau dekat dah jd pembeli tetap telur itik :)

Juliana berkata...

Tahniah Diana- dah dapat incubator baru, yey !! and happy besday juga :D
Keep on with the organics- tumb up !

Kakzakie berkata...

Kakak tunggu macamana Dee gunakan incubator tu sampai dpt chikcen kuning-kuning comel (kakak membayangkan bestnya).

olive berkata...

Wow, You got new toy Diana SIS! haha..excited to tengok. but must remember to rest more

Carlz Jafran berkata...

mencanak-canak rezeki. Incubator tu harganya berapa?

Fida Z Ein berkata...

Sukanya saya makan daun cekur manis...

Tanpa Nama berkata...

Belated Bithday Wish to you Diana, wish you all the happiness as you did make us happy reading your entries and wishing you good health as you must take care of yourself always, not forgetting little Abby, wishing her everything nice in this world...Hayyat

Normala Saad berkata...

Tahniah, maju setapak lagi. Tak sabar nak tengok hasil tetas pertama...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Jazzeyra aj.

Syukur Alhamdulillah berkembang jugalah sedikit demi sedikit pilihan hasil dari Kebun Bahagia Bersama.

Salam Bahagia Juliana.

Akhirnya cukup budget nak beli incubator.
Tambahan pula telur-telur ayam dah tak termakan, bolehlah dapat anak ayam sendiri born in Kebun Bahagia Bersama.
Thank you for the Birthday wish dear.

Salam Bahagia Kakzakie.

Kami ni menghitung hari nak timang anak-anak ayam juga.
Moga hujung minggu ini adalah hasil keluar dari incubator hehehe...

Salam Bahagia Olive.

Seronok dapat toy baru ni Olive.
Boleh experiment hatch ayam sendiri pakai mesin pula.
Ya ya selalu lupa nak jaga kesihatan diri, with all the work need to do, kepala pusing-pusing rasa.
Thank you for the reminder.

Salam Bahagia Carlz.

Selagi ada peluang nak mencuba.
Incubator boleh muat 48 butir telur ayam/itik full automatik pusing every 2 hours. Dapat harga RM350 lepas puas husha-husha.

Salam Bahagia Fida.

Manis-manis rasanya walaupun kekadang tengok macam bukan sayur daun biasa cam sawi tu.

Salam Bahagia Kak Hayyat.

Thank you for the Birthday wishes.
Ameen.

Salam Bahagia Kak Mala.

Perlahan-lahan cuba meneroka macam-macam bab grow makanan sendiri ni organically.