No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 26 Ogos 2015

The First Ayam Botak Supper

   Jumaat lepas, batch pertama ayam botak yang dibela yang hanya tinggal 3 ekor sahaja disembelih. Dari 10 ekor anak ayam yang membesar dibela dari hujung bulan April hingga minggu lepas cuma tinggal 3 ekor sahaja. Jadi nak masuk usia 4 bulan sudah, dari tak sempat anak-anak nak merasa buat pertama kalinya daging ayam botak. Maka 3 ekor yang tinggal dari batch pertama disembelih. Mungkin banyak kesilapan dari Tukang Kebun yang kurang pengalaman bela ayam botak jadi banyak tak survive. Mula-mula ingatkan nak buat induk, tapi dari tak rasa langsung, batch kali ini sembelih jelah.
   Dinner Jumaat lepas, kami gunakan seekor daging ayam botak untuk Nasi Ayam. Licin dimakan, yang seronok makan ayam segar ialah kita boleh bandingkan betapa mudah isi nak terlerai dari tulang, dan tulang pun nampak warnanya cerah. Cuba goreng ayam instant 'Aya*as' atau seumpama dengannya tengok tulangnya warna apa lepas dimakan? 

  Dinner Sabtu lepas, agak kalut juga preparation sebab kerja di luar tak sudah-sudah lagi. Nak tumbuk-tumbuk buat home-made marinade pula macam tak sempat nak buat untuk seekor daging ayam botak. Tengok ada bbq sauce marinade instant adiknya punya tak habis-habis dalam peti ais, jadi pakai itu je lah. Nak sedapkan hati dan kasi wangi daging ayam botak yang bakal dipanggang dalam ketuhar, Tukang Kebun selit-selitkan daun salam.

   Pertama kali merasa daging ayam botak bela sendiri, tak sangka rasa manis dagingnya. Terkejut sungguh such an eye-opener that a chicken can taste like this. Meaning, selama ini terlampau makan daging ayam komersial, yang dah tak rasa apa-apa. What happened to our taste bud? Eating tasteless food. Budak-budak pun okay makan ayam botak. Jadi Tukang Kebun tak boleh putus asa, must try again to grow ayam botak. 
  2nd batch anak ayam menetas yang dieram dari 5hb Ogos 2015 juga sudah menetas semua. Cuma kelalaian small assistants menutup tudung dengan kemas menyebabkan beberapa anak ayam kena makan kucing. Sebab kecik sangat memang licin si kucing makan 3 ekor anak ayam nampak kesan darah-darah di atas tangga. Belum kenal pasti kucing yang mana satu nak kena pulas telinga nakal sangat. Next batch yang menanti menetas ialah yang mula eram telurnya pada 8hb Ogos 2015. Yang berminat nak dapatkan ayam kampung atau ayam daging KFC dari Kebun Bahagia Bersama juga masih ada live stock yang boleh diproses untuk self-collect.

~ Ayam kampung sudah diproses seekor RM25 ~

~ Ayam daging KFC sudah diproses seekor RM35 ~
  Sekarang size telur dari jenis Ayam Gajah memang sungguh besar saiznya. Lebih besar dari supergred AA di kedai, walaupun tak de special diet makanan apa-apa. Ayam gajah semua bebas berjalan mencari makanan sendiri dalam kebun. Yang menariknya telur ayam gajah telurnya besar dan lebih berbentuk bulat macam bola dari bujur. Boleh cari mana satu telur ayam gajah di bawah? Kadang-kadang bila Tukang Kebun nak masukkan telur ayam gajah dalam tray incubator macam tak muat pun ada. Minggu ini Tukang Kebun boleh offer nak bekalkan telur ayam sebab incubator tengah penuh dan tak termakan sebab stok dapur banyak. Jika sehari lebih 10 butir telur boleh kutip dari belakang, memang tak terhabis nak makan. Bolehlah rasa pelbagai jenis telur ayam dan bentuk dari Kebun Bahagia Bersama jika sudi self-collect.

~ Free range organic chicken egg for 50sen each ~
   Anak-anak ayam yang lahir baru-baru ini di Kebun Bahagia Bersama belum seminggu umurnya pun dah kami berikan isi kelapa parut yang sudah diperah santannya (Nothing goes to waste). Nak kasi biasa dari kecik lagi anak-anak ayam ini suka fresh food dari pellet commercial food. Semalam pergi beli makanan ayam, naik lagi harga RM2 dengan keadaan ekonomi negara yang teruk sekarang. Tahun ini sahaja seguni 50kilogram jagung sudah naik harga sekurang-kurangnya RM5. 
   Yang berminat nak buat stock kelapa parut juga available dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini. Sebiji kelapa yang sudah dikukur RM1.00 sahaja.
  Nampaknya makin banyak itik-itik telur betina dah mula nak belajar menghasilkan telur. Yang mengejutkan minggu lepas terjumpa telur itik yang saiznya sangatlah kecil macam besar jenis guli besar je. Bila dipecahkan memang tiada kuning telor yang ketara.
   Minggu ini juga bekalan telur itik segar boleh juga didapatkan dari Kebun Bahagia Bersama dengan sebutir hanya 70sen.
   Syukur Alhamdulillah makin anak-anak membesar sekarang, banyak juga dah boleh agih-agihkan tugas dan ringankan kerja Tukang Kebun. Sebagai contoh, kalau kutip-kutip bunga telang dan cili memang Tukang Kebun boleh 100% harapkan anak-anak yang bantu petik. Dengan kelahiran anak-anak ayam di Kebun Bahagia Bersama menjadikan penawar kegeliaan nak pegang anak ayam untuk Ilhan. Dulu tak nak pegang anak-anak ayam. Sekarang ini si Ilhan asyik main anak-anak ayam, kekadang guling-guling dekat lantai dapur sambil pegang anak-anak ayam sampai mama kena warning kalau anak ayam tu berak, mama tak mau bersihkan ya, Ilhan yang kemaskan. Ilhan in training tolong jaga anak-anak ayam, dah pandai isi air baru dan bagi makanan dalam sangkar, sebelum pergi sekolah pindahkan ke sangkar luar dan bila senja masukkan dalam kotak untuk masuk dalam rumah. Cuma nak kena check balik tudung ketat atau tidak nanti kena ngap dengan kucing lagi. Biasalah masih in training, mama pun masih banyak buat kesilapan juga, cuma papa Ilhan lupa nak follow up check pagi kejadian tu.
  Minggu ini bukan sahaja menyambut kelahiran anak-anak ayam tetapi menyambut tahun ke-6 kelahiran Rayyan Haniel. Cepat betul masa berlalu, dah 6 tahun Rayyan Haniel, you always have been a very super strong boy. Mama and Papa strongly believe when the time comes again when you have to open your heart, that strong spirit will always be there in you to endure it once again.
  Mudah nak ingat dah berapa lama Tukang Kebun ada passion in gardening, dah 6 tahun ikut umur Rayyan Haniel. Dapat hidayah nak grow food sendiri masa pregnant Rayyan. Since then, we never look back, gardening has been good for the soul. Kalau kepala dah rasa macam mula nak meracau-racau, work out dalam kebun rasa otak clear, setakat-takat cabut rumput weeds segala pun boleh rasa ringan bahu dan kepala. As years goes by, my faith goes deeper that setiap tumbuhan itu, tak berhenti-henti berzikir, jika kita dikelilingi oleh tumbuhan, InsyaAllah ianya bagus untuk mengubati gardeners soul.

Self-Collect Schedules This Week:

~ Rabu malam, 26hb Ogos 2015 antara 9:00PM~9:30PM berdekatan dengan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ Sabtu pagi, 29hb Ogos 2015 antara 9:00AM~9:30AM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ Ahad pagi, 30hb Ogos 2015 antara 9:00AM~9:30AM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ Isnin pagi, 31hb Ogos 2015 antara 9:00AM~9:30AM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak. Sungai Buloh.

11 ulasan:

Fida Z Ein berkata...

Comelnya anak ayam baru menetas tu....ayam botak ni memang bulunya macam tu sampai besar ke...?

Norish.NN berkata...

Alhamdulillah pd rezeki yg dilimpahkn olehNya.Smoga berkekalan Sis Diana. :-)

@na berkata...

memang cantik la tulang2 ayam botak tu diana...berseri2...untung bela ayam seniri kan, segar lagi berkhasiat...syabas!

Kebun Kecil Ajer berkata...

Salam Diana, seronok betul tengok hasil-hasil KBB, tambah semangat nak follow ur steps. And happy besday to Rayyan dearie oso.

olive berkata...

Diana, i nak telur ayam kampung & ayam kampung..huhu..but jauh..

Bunda_nora berkata...

Ayam botak ni memang besar ke saiz nyer...sebab tu saiz telo nyer pun besar yer...
Sedap jer tengok hidangan ayam botak tu...pasti tak lama proses memasaknyer kan...

Nudabuffy berkata...

Salam Diana.. Kalau dah makan ayam bela sendiri, bukan setakat masakan ayam komersial je yang macam tak ada rasa, masakan kedai yang gunakan ayam sebagai perencah pun rasa tawar semacam (contoh paprik, tomyam). Kalau dulu tak pernah peduli semua tu, sekarang lidah jadi lebih peka. Cuma nurul masih belum berani pegang dan tangkap ayam.

Oh ya, boleh emailkan senarai jualan yang terkini? Terima kasih.

Obat Serbaguna berkata...

ayam kesukaan ==>> Obat Alami Vitiligo Tradisional paling Efektif
Obat Tradisional Penghilang Vitiligo Paling Ampuh

Suzie berkata...

mcm best dapt ayam fresh....jauh nak pergi kat diana...huhuhu

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Fida.

Ayam botak tu kepala skinhead dan bahagian leher memang takde bulu.
Sedap dagingnya lebih dari ayam daging KFC putih.

Salam Bahagia Sis Norish.

Syukur Alhamdulillah selagi ada rezeki masa juga diberikan nak mencuba=cuba ternak ayam untuk bekalan dapur.

Salam Bahagia @na.

Ayam segar memang isi mudah terlerai dari tulang dan tak hitam tulangnya.
Berseri-seri.

Salam Bahagia Ju.

Thank you for the Birthday wish.
Syukur Alhamdulillah terbuka pintu hati nak cuba ternak unggas-unggas sendiri, puas dengan hasilnya dan puas makan.

Salam Bahagia Olive.

Dengar dekat your area macam Sri Kembangan also got farm.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Bunda_Nora.

Ayam botak ini saiz sederhana sahaja.
Mak yang cakap telur boleh dikatakan besar.
Tukang Kebun tak sempat tengok lagi.
Tapi kulit ayam botak ini lebih liat rasanya dari ayam kampung biasa.

Salam Bahagia Nurul.

Betul tu, sekarang kalau masakan ayam dekat kedai ataupun buat rencah seperti Nurul kata memang tak selera. Kita boleh rasa terus kelainannya dekat lidah, dah tak masuk tekak.Bukan setakat tawar macam ada rasa hanyir tu terasa.
Diana dah email dah senarai dekat Nurul, cuma takut tersilap address ke apa jika Nurul tak dapat lagi.

Salam Bahagia Kak Suzie.

Diana pun belum pasti lagi Kak Suzie duduk area mana.