No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 19 Disember 2015

40 hari pisang masak

 Pokok pisang yang hampir nak mula masak di nun belakang hampir sempadan Kebun Bahagia Bersama di belah kiri ini rasanya selain dipanggil pisang bantan juga dikenali sebagai pisang 40 hari. Semasa menuai setandan buah pisang di sebelah jirannya jenis pisang yang sama hujung bulan lepas (related posting klik sini), baru Tukang Kebun perasan yang pokok pisang ini baru mula berbunga keluar dari jantung pisangnya seperti gambar di bawah.
  Begitu pesat pembesaran buah pisangnya untuk jenis pokok pisang ini yang dipanggil bantan. Ikut jenis-jenis pisang biasanya buahnya mula masak dari keluar jantung pisang mengambil masa antara 2 bulan ke 3 bulan. Tetapi jenis pokok pisang bantan ini dalam sebulan lebih sudah mula kelihatan buahnya hendak masak. Dalam sebulan setengah mengambil masa untuk ranum buahnya dari keluar jantung pisang hingga buahnya masak bertukar ke kuning. Oleh itu main suka-suka je Tukang Kebun rasa inilah juga yang dipanggil jenis pokok pisang 40hari. Andainya Tukang Kebun silap sila-silalah betulkan.

Antara kegunaan buah pisang bantan atau 40 hari:

~ Yang belum masak betul boleh disagat isinya buat kerepek
~ Yang belum masak betul boleh buat masak lemak.
~ Yang dah masak kuning boleh makan begitu sahaja, anak-anak sangat suka. Tukang Kebun kecil umur 3 tahun Abbiyana boleh habis sesisir dia sorang sekelip mata.
~ Yang dah masak juga boleh buat bahan untuk cekodok

Macam multi-purpose jugalah pisang bantan atau 40 hari ini, belum masak betul pun boleh digunakan untuk isi perut, dan dah masak pun boleh buat macam-macam.

  Hmmm...yang tengok kata macam pisang mas berlainan ya, pisang bantan ni saiz buahnya lebih kecil dari pisang mas. 

  Pokok pisang bantan atau pokok pisang 40hari ini pokoknya jenis tak besar sesuai untuk mereka yang terhad kawasan untuk berkebun. Kalau rendah macam Tukang Kebun pakai bangku biasa bolehlah nak menuai tandannya. Tak perlu nak guna tangga. Kalau siapa yang tinggi nak dekat 6 kaki tak perlu pakai bangku pun sampai lagi nak potong tandannya. Batang pisangnya pun tak besar jadi mudah nak dibelah-belah bila nak mengemas.

  Yang berminat untuk dapatkan buah pisang organik bantan atau 40 hari ini boleh dapatkan dari Kebun Bahagia Bersama esok atau cuti Maulidul Rasul Khamis depan. Pokoknya tidak pernah diberikan baja kimia dan buahnya tidak diletakkan bahan kimia untuk kasi ianya cepat masak. Buah pisang kegemaran anak-anak kecil sebab bila buahnya masak senang dileraikan kulitnya dari buah. Nampak macam banyak je setandan, tapi cepat je habis ni kalau dah masak. Dah kalau anak kecil seorang pun boleh habiskan sesisir, belum lagi masuk bahagian ibubapa dan anak-anak lain.

~ 1 sisir RM5  atau nak booking setandan pun boleh RM30 ~
Untuk pisang bantan ni nak self-collect hari biasa pun boleh cuma kena confirm hari sebelumnya jika nak pick up hari bekerja lepas pukul 9 malam.

~ 1 sulur anak pokok pisang bantan/40 hari RM8 ~


~ Self-Collect Minggu Depan (Hari Self-collect terakhir untuk tahun 2015) ~

 Public holiday Maulidul Rasul 24hb Disember 2015 hari Khamis antara pukul 9:00AM~9:30AM pagi di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
  Tadi kisah pasal bantan sekarang nak masuk pasal batman pula. Catatan batch ayam kampung Kebun Bahagia Bersama yang kami panggil batch Batman. Kenapa panggil Batman? Sebab semasa hendak masuk minggu ke-4 bulan November 2015 lalu lahirnya pertama kali anak-anak ayam yang hitam kesemua bahagian anggotanya termasuklah paruh dan kaki. Tukang Kebun pun tak dapat kenalpasti siapa ayah dan maknya dapat campuran ayam batman ini. Anak-anak pun seronoklah tengok anak ayam hitam ini lalu mereka panggilkan batman. Gambar No. 3 di atas semasa anak-anak ayam batch batman berumur lingkungan 2 minggu.
  Sekarang dalam lingkungan umurnya 3 minggu ke 4 minggu. Hari ini batch batman dipindahkan ke Kandang D lebih luas untuk mereka membesar. Luas kawasan untuk mereka berlari ke melompat ke untuk muscle training. InsyaAllah jika pembesarannya baik dan cepat, batch batman ini dapat dibekalkan sekitar Tahun Baru Cina. Bolehlah menikmati daging ayam kampung dari Kebun Bahagia Bersama untuk makan besar bersama keluarga tersayang. Tahun Baru Cina InsyaAllah cuti long weekend Kebun Bahagia Bersama ada buat self-collect day. Cuma dari Hari Natal hingga Tahun Baru 2016, Kebun Bahagia Bersama tak available untuk buat self-collect day dan penghantaran melalui pos. Cuti Rehat.
Gardeners lain hujung minggu ini buat apa di kebun?

Tiada ulasan: