No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 9 Disember 2015

Green Mountain Spiral Ginger

   Ada pelbagai jenis halia di dalam dunia ini yang dicipta olehNYA untuk dimanfaatkan kepada makhluk yang dicipta olehNYA. Bila direnungkan kebesaran Maha AdilNYA, jenis-jenis halia seperti halia makan, kantan dan lengkuas yang keseluruhan pokoknya mempunyai pelbagai khasiat berasal di benua Asia. Untuk mereka yang duduk di kawasan tropika benua Amerika pula dikurniakan pula lebih banyak pelbagai jenis sepupu halia dalam bentuk 'spiral ginger' atau juga dipanggil 'costus'. Dipanggil 'spiral ginger' kerana batang pokoknya tumbuh dalam arah lingkaran. Kalau macam kantan dan lengkuas kan batangnya tumbuh menegak ke atas.

  Dengan adanya phenomena globalisation sekarang, beberapa tahun ini kelihatan di Malaysia juga menggunakan pokok keluarga spiral ginger yang berasal dari benua Amerika dalam landskap bukanlah sesuatu perkara yang janggal. Kerana pokok keluarga spiral ginger ini lebih mudah dijaga dan low maintenance. Tambahan pula terdapat beberapa jenis spiral ginger yang amat sesuai ditanam di dalam pasu dan menjadikan hiasan dalaman yang cantik di dalam bangunan. Salah satu faktor ianya sesuai digunakan dalam kawasan bangunan kerana ada juga jenis spiral ginger dapat juga hidup dalam kawasan yang mempunyai kurang cahaya matahari. 

  Sebagai contoh jenis spiral ginger 'Green Mountain' kantung bunganya yang juga boleh dipanggil cone/bract ini tahan lama berminggu-minggu menjadikan ianya juga cantik sebagai hiasan bunga. Cone costus green mountain berwarna merah dengan lapisan hujungnya ada warna kehijauan. Dari kon bunga ini akan terkeluar bud bunga berwarna jingga yang akan makin mengemuk yang kemudiannya akan kembang mengeluarkan bunga berwarna merah berbentuk bibir berlipstik seperti gambar no. 1. Bunga sebenar 'Green Mountain' ini hanya kembang sekejap sahaja dan tidak berbau.
  Yang menarik minat Tukang Kebun dalam mengenali dunia spiral ginger sebenarnya ialah yang ada sesetengah jenis spiral ginger boleh dimasukkan dalam kategori tumbuhan yang boleh dimakan. Bahagian bud bunga yang sedang menggemuk belum lagi kembang bunganya itu boleh dimakan segar begitu setelah dipetik. Rasa bud bunga mengikut jenis spiral ginger juga mempunyai rasa yang berlainan. Tukang Kebun cukup suka bud bunga yang dikeluarkan dari jenis spiral ginger 'Green Mountain'. Sambil meronda dalam kebun, jika Tukang Kebun ternampak ada kudup bunga yang dah besar gemuk akan segera dituai dan terus masuk dalam mulut kunyah-kunyah sambil berjalan menjadi kudapan. Untuk bud bunga 'Green Mountain' rasanya masam-masam manis. A fruity flavor? Lihatlah di mana dalam gambar yang cone terkandung banyak kudup bunga si kerengga pun rajin nak menumpang rasa manisannya.

Maklumat mengenai spiral ginger 'Green Montain' juga boleh dibaca di posting sebelum ini (klik sini).

   Kalau gardeners yang suka rasa masam-masam macam pucuk assam gelugor sebagai ulam, bud bunga spiral ginger 'Green Mountain' boleh dijadikan sebagai pengganti pembuka selera juga. Begitu juga bud bunga 'Green Mountain' boleh dicampurkan dalam campuran hidangan salad untuk menambahkan keceriaan sidedish tersebut atau pengganti buah tomato cuma texture lebih ranggup. Jika nak kekalkan kerangupan bud bunga spiral ginger 'Green Mountain' ianya lebih elok dimakan segar mentah. Pernah juga Tukang Kebun campurkan dalam nasi goreng jadi layu sudah tak ranggup tapi rasanya menjadi lebih kuat atau orang putih kata more intense. Mungkin sedap juga dicampurkan dalam asam pedas ataupun masak lemak cili api.

~ 1 set rhizome RM8.00 ~

   Seperti halia makan, pokok spiral ginger juga ada yang berizom. Kalau pokok yang simpan tenaga dalam rizom ini bagi orang berkerja yang selalu outstation atau travel tak perlu beberapa nak risaukan takut pokoknya kering mati. Bila disiram akan keluar tunas-tunas baru apabila pokok asalnya sudah mengering, jika rizomnya masih tidak kecut kering disimpan dalam tanah. Untuk balcony gardener atau container gardener yang minat untuk menambahkan kepelbagaian edible food di kebun ala-ala ulam gitu bolehlah mencuba bela spiral ginger 'Green Mountain'. Kebarangkalian lebih mudah nak bela costus green mountain dalam pot berbanding dengan pokok grafted asam gelugor dalam bekas terutamanya jika anda adalah weekend gardener.



   Ini pula jenis spiral ginger yang berasal dari Asia Tenggara atau native kepada tanahair kita. Salah satu nama panggilan orang kita untuk pokok bunga ini ialah Setawar Putih manakala orang barat panggil Crepe Ginger. Seperti ' Green Mountain' kudup bunganya pula yang berwarna putih pun boleh dimakan cuma tak de rasa sangat tawar. Jadi bolehlah juga kalau nak campur dalam salad mix kasi warna warni dengan 'Green Mountain' with your favourite dressings. Ataupun cicah dengan budu atau sambal tempoyak dengan ulam-ulam lain.

Cerita-cerita tambahan mengenai Crepe Ginger juga boleh dibaca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 set rhizome Crepe Ginger/Setawar Putih RM8.00 ~

  Pokok-pokok spiral ginger ini senang dijaga sebab tak de sangat masalah serangan serangga. Cuma just to note ini adalah pokok yang selamat untuk PETS. PETS dekat belakang tu suka sangat makan pokok spiral ginger yang muda terutamanya si angsa habis diorang makan. Dari pemerhatian Tukang Kebun PETS lebih suka makan yang tunas spiral ginger 'Green Mountain' dari Crepe Ginger. Habis diratahnya bila kebuluran atau musim kuat makan. Hai nasib baiklah jenis pokok berizom jadi bolehlah selamat dipindahkan ke tempat lain rizomnya.


  Minggu ini tiada self-collect day, tapi ada pengeposan minggu depan InsyaAllah.

   Jika ada yang mengidam fresh organic produces dari Kebun Bahagia Bersama yang available untuk penghantaran dengan Pos Laju minggu depan ialah :

~ 1 ikat pucuk asam gelugor RM1.00 .

~ 5 biji buah nam nam / katak puru RM2.00.

~ 500gram limau mixed RM3.00 .

~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .

~ 1 kilogram buah canistel/kuning telor RM5.00 .

4 ulasan:

AMIIZAA berkata...

salams diana,
sedapnyaaa...

LadyBird berkata...

Cantik2nye bunge halia..

Selama ni xpernah tahu bunga kantan satu spesis dgn halia..

Normala Saad berkata...

betul Diana, pokok spiral costus ni sangat low maintenance. Senang membiak dan di biakkan. Tak rugi tanam.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mieja,

Ulam-ulaman yang sihat untuk kesihatan dan maintain muda kut hehehe....

Salam Bahagia LadyBird.

Kantan kaum kerabat juga dengan halia.

Salam Bahagia Kak Mala.

Pokok Spiral ginger/costus memang mudah membiak.
Kalau nak tinggalkan beberapa hari pun tak risau, kalau kering pun nanti ada tunas baru naik gantikan yang dah mati bila disiram selalu semula.