No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 18 Disember 2017

Pulau Mantabuan

 Selepas makan tengahari di Pulau Bohey Dulang (related posting klik sini), guide bawa kami ke Pulau Mantabuan pula yang tidak jauh dari Pulau Bohey Dulang. Kami tak jejak kaki pun dekat Pulau Mantabuan. Dari jauh kelihatan ada beberapa buah rumah orang Bajau Laut di situ. Elok juga bot tak pergi makin ke pulau tu sebab Tukang Kebun rasa dah terlalu cetek dan ada kemungkinan merosakkan batu karang je nanti. Di sini boleh dikatakan distribution batu karang dia very dense juga lah.
 Semua tak sabar-sabar nak terjun dalam laut sebab badan masih panas lagi lepas aktivity mendaki puncak Pulau Bohey Dulang dan cuaca pun dah tengahari.
 Cuma sebab air lautnya sangat cetek, flip flip kaki tu kena jaga-jaga sikit supaya tak tertendang merosakkan batu karang ya. Tempat ini amat sesuai untuk mereka yang tak cekap berenang dan beginners snorkeling untuk enjoy.
 Kaya nya biodiversity di Laut Celebes Semporna ini yang termasuk dalam kawasan Coral Triangle Initiative. Kawasan antara paling kaya dengan marine biodiversity di dunia ini. Warisan khazanah yang patut dibanggakan dan dipelihara dengan baik.
 Mama partner dengan Rayyan, Papa partner dengan princess dia la Abby kan untuk aktivity snorkeling. Si Ilhan pula dah pandai-pandai nak bawa diri sorang-sorang. Kekadang kena panggil checking entah dah berenang ke mana pula. Ilhan really loves snorkeling sampai kena panggil beberapa kali balik bot dah nak gerak ke tempat lain, dia paling last naik.
Tukang Kebun dulu ada jugalah konon cita-cita nak jadi marine biologist. Tapi masa di university program yang Tukang Kebun study tiada lecturer dalam bidang marin sains. Lalu Tukang Kebun pilih kaji ikan air tawar masa final year projek sebab minat biology dari dulu lagi. Pastu rasa tak puas kaji ikan tu terus sambung belajar lagi dengan supervisor sama mentor bagi sokongan padu.
Pelbagai jenis ikan ikut Abby berenang rupanya. Eloklah sebab middle name Abby pun 'Ariel' juga jadi Disney Princess Little Mermaid seketika.
Gambar-gambar posting ini semua photo credit kepada adik perempuan Tukang Kebun. Siapa sangka antara kami empat beradik, semua yang lebih lasak dari adik perempuan yang no ketiga ini belum lagi conquer Gunung Kinabalu tapi dia sudah conquer Kinabalu awal tahun ini. Menambah keyakinan kepada semua untuk cuba juga ini, mak pun cakap kalau no. ketiga ini yang lembik dari lain boleh conquer, jadi mak pun masih boleh juga. Resolusi 2018 tahun: Kasi fit badan balik untuk daki gunung?????
 Lama juga kami dapat snorkeling di sini, lama-lama tengok pelbagai jenis ikan warna-warni ini, lebih-lebih yang warna biru rasa terliur nak makan pula....ahaks...kenapa?
 Teringat dekat ikan bayan pula. Tukang Kebun dan Ilhan tahun ini paling suka makan ikan jenis ikan bayan. Kalau ada kesempatan ke Tamu Tuaran pasti kami beli ikan bayan. Siapa kenal ikan bayan?

 Ikan bayan ni mirip spesies parrotfish. Dulu kan rasa pelik kenapa orang tempatan suka makan ikan yang macam cantik berenang kat batu karang tu kat TV documentary. Sekarang bila dah rasa jadi gian nak makan ikan bayan tau. Isinya manis lagi sedap dari siakap atau kerapu, sedap stim atau bakar atau berlada. Ilhan lah assistant Tukang Kebun kasi roger kalau nampak ikan bayan di tamu. Ini antara hasil tangkapan ikan-ikan yng kami beli di Tamu Tuaran tahun ini. Sebagai contoh macam gambar di atas sebelah kiri tu, jumlah bayarnya hanya RM30. Kalau kat Semenanjung Malaysia mana dapat banyak ni RM30 kan.

 Abby dah puas floating under the sea, papa hantar ke bot. Baik driver bot tolong tengokkan layan Abby sekali bagi main dengan starfish warna biru. Batu Karang sini tinggi pertumbuhannya jadi nampak cetek boleh terdiri atas batu karang ni.
Minggu terakhir self-collect untuk tahun 2017 ini adalah 23rd/24th/25th Disember 2017 pagi seperti biasa di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (please email first for order confirmation kebunkmg@gmail.com).

Organic Fruits available this week:

1 kilogram buah ciku RM4.00.
1 kilogram buah limau (citrus) mix RM5.00.
1 sisir buah pisang kadau jenis kuning RM5.00.
5 biji buah nam nam RM2.00.
1  biji buah nangka muda RM5.00 .
7 biji buah kelapa tua RM10.00 .

Ulam-ulaman juga ada seperti biasa seikat RM1.00 untuk sejenis ulam.
Tanah bakar juga ada minggu ini 1 beg RM5.00 .

3 ulasan:

mamapp berkata...

Subhanallah cantik nya air dia. Jernih sangat. Barangan pun boleh tahan murah

Normala Saad berkata...

Cantiknya perairan di pulau ini...best dapat snorkelling juga.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia sis Mamapp,

Kalau barang basah macam seafood dan sayur-sayuran di Sabah ini boleh kira murah lagi.
Barang proses mahal sikit dari Semenanjung.
Kalau beberapa hari tak hujan lagi clear airnya.

Salam Bahagia Kak Mala,

Beza betul perairan di Semporna ni Kak Mala banding dengan Selat Melaka.
Airnya cetek dan banyak ikan.