No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 9 November 2013

Cili Tapurak

 Musim Tuaian Cili Tapurak Syukur Alhamdulillah telah bermula sejak bulan Oktober lepas. Bolehlah melepaskan kerinduan nak balik kampung sebelah Big Boss. Cili tapurak adalah cili kampung yang kebiasaannya dijual di Tamu Sabah. Biasanya cili tapurak dituai semasa masih muda berwarna creamy white sebelum bertukar kepada warna merah kejinggaan. Orang Sabah tak kuat makan pedas, jadi cili tapurak enjoy dimasak semasa muda untuk pelbagai masakkan. Kalau dah buahnya masak merah pun bukanlah sepedas cili habanero. Susah juga nak ambil gambar sebelah tangan dengan camera, sebelah lagi pegang tuaian cili tapurak...hehehe...anggaran saiz cili tapurak yang moleh sudah untuk dituai. Gambar di bawah adalah cili yang di atas tapak tangan semasa proses membesar.
 Gambar ini pula before nak dituai :) .

~ Open Pollinated Biji Benih Kampung Cili Tapurak ~
Anggaran 30 biji benih sepek for RM3.00 .

(Belum sempat buat posting ada juga stok baru Mexican Cili Jalapeno dan Japanese Cili Shishitou) dalam latest catalog).

19 ulasan:

nadia rashid berkata...

sy suka jenis cili mcm ni...sebagai rencah dalam budu...bau dia wangi sikit kan?

suka suka berkata...

K mar nak 1 pek cili tapurak..

@na berkata...

ooo cili ni nama tapurak ya? baru je tanam...cantik!

Cheq Sue berkata...

baru tahu namanya cili tapurak... banyak ada di kampung..

Tanpa Nama berkata...

Salam diana, eila nk reserve mexican cili jalapeno dan japanese cili shishitou. Cili tapurak tu mcm same kat umah eila tapi serius pedas..heheh

gina marna berkata...

Saya panggil lada kecik/lada burung je x tau nama...baru je ambik benih dr kg..kakak sy tnm mmg menjadi. jeruk pun sedap..

TukangKebun berkata...

Ya Nadia adalah juga bau cili ini. Budu stok dah habis bila balik kampung hubby nak kena stock up.

TukangKebun berkata...

Reserved 1pek for Kak Mar.

TukangKebun berkata...

Tapurak tu dalam bahasa dusun kadazan putih maksudnya Ana.

TukangKebun berkata...

Cili ini memang mudah ditanam Cheq Sue.

TukangKebun berkata...

Salam Eila. OK Reserved cili jalapeno dan shishitou. Jarang nampak orang jual yang dah merah kat tamu Sabah selalunya putih. Lagipun orang sana tak makan pedas. Kalau makan kat restoran sana Diana kena stress kat waitress mesti pedas pedas huhuhu..

TukangKebun berkata...

Minta anak pokok dari kakaklah Gina lagi cepat bawa balik tanam terus hehehe...jangan marah.

nor berkata...

Ada lagi tak benih. Kalau masih ada, saya nak satu. Nnt saya bank in. Tq.

TukangKebun berkata...

Biji benih ni dah ada fresh stock kembali Nor. Bolehlah hubungi (kebunkmg@gmail.com) .

Tanpa Nama berkata...

ingat cili apa la yg namanya tapurak ni, rupa2nya lada putih atau 'lado topurak' :) sbbnya sy belum pernah dengar tapurak, selalunya org dusun/kadazan gunakan 'topurak/topuak'...mungkin perbezaan dialek @ loghat?

TukangKebun berkata...

Mungkin perbezaan loghat kut hehehe...atau saya salah dengar. Bila saya sebut depan family ndak dibetulkan pula.

TukangKebun berkata...

Mungkin perbezaan loghat kut hehehe...atau saya salah dengar. Bila saya sebut depan family ndak dibetulkan pula.

Tanpa Nama berkata...

mungkin... :) sbb dusun sendiri ada byk cbgnya... TK xda tanam buah belunu/bundu di sana? sy lupa apa Malay panggil tu buah...binjai kali tu...

TukangKebun berkata...

Ada tu bundu tapi masih kecil lagi. Yang saya tanam tengah berteduh di antara pokok pisang, tak tahulah kalau nyawa-nyawa ikan masa musim kemarau tidak disiram. Sekarang pun lupa juga dekat dia.