Dalam sejarah anak-anak tukang kebun, pertama kali mereka dibawa ke Muzium Negara Ahad lepas. Mama dan Papa mereka pun dah lama tak pergi, lagipun dari rumah dengan menaiki kereta kurang dari 20km sahaja perjalanannya bersama dengan bekalan Malaysian Fries yang digoreng oleh papa Abby. Smooth traffic tak sampai 15~20minit pun. Salah satu artifact yang dipamerkan bulan ini di Muzium Negara yang menarik perhatian tukang kebun ialah hiasan kepala kapal yang berusia sudah melebihi seratus tahun diperbuat dari kayu pokok nangka.
Tak disangka batang pokok kayu nangka pun boleh tahan sebegini lama dan boleh menjadi hasil ukiran yang sangat menarik. Mulalah tengok pokok kayu nangka madu Thai yang sentiasa berbuah di backyard KBB, tapi malas dibalut oleh tukang-tukang kebun buahnya. Lagipun kami pun tak termakan isinya semua, jadi kalau teringin makan yang masak pun masih ada bahagian untuk kami. Angsa pun tak usik nangka bila musim buah sebab banyak makanan lain mereka tengok-tengok sahaja bersama tukang kebun. Rupanya pokok nangka bukan sahaja buahnya berharga tetapi batangnya juga mempunyai nilai untuk membuat perabot yang kukuh.
Minggu ini untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama yang pesanan kotak prepaid bagi saiz medium (<5kg) ada kami selitkan buah cempedak, jangan semerbak sangat bila sampai dahlah ya. Kalau belum bau semerbak peramlah dulu. Bulan ini musim cempedak di Kebun Bahagia Bersama. Pasar Online Kebun Bahagia Bersama masih open untuk tempahan minggu depan.
4 ulasan:
nk tanya tukang kebun knapa nagka saya tak mau bebuah wpun sudah dibubuh baja buah.
Yer diana... Kayu nangka amat tahan. Orang di Indon buat gasing dan perabot juga. Tapi susah laa nk carik...
Tukang kebun pun tak pasti sudais kenapa. Dah matang ke belum pokoknya dah berapa tahun.
Susah nak cari mungkin di sana banyak perabot jati agaknya Ima. Teringin pula nak cari gasing.
Catat Ulasan