Ya ada celery heirloom yang batangnya berwarna merah, ada juga sebenarnya warna pink. Antara jenis celery heirloom yang pernah tukang kebun cuba tanam, heirloom red celery batangnya rasa strong-flavoured berbanding lain. Rasa tradisional sebenar celery bukan seperti yang commercial di kedai. Ini adalah antara keseronokkan menanam sayur-sayuran atau herba sendiri, tak delah asyik merasa yang hijau biasa dekat supermarket.
Biji benih celery purata masa percambahannya lebih kurang 3 minggu, biji benihnya halus jadi pastikan tanah yang digunakan untuk percambahan bukan jenis padat dan keras. Elok loose soil dan pastikan tanah moist untuk percambahan yang baik. Bila dah ada 5~7 helai daun dan ketinggian lebih 5cm barulah dipindahkan ke tanah yang subur dan elakkan dari lokasi tanahnya yang berpasir.
Pokok celery perlukan banyak air terutama pada pertumbuhan awalnya, jika kurang air nanti batangnya ditengah jadi berlubang sebab kekurangan air. Disebabkan itu, tidak sesuai dengan tanah berpasir sebab tanah seperti ini very well-drained tak menampung air yang banyak. Cukup air dan tanah yang subur akan memberikan pertumbuhan celery yang baik. Pokok-pokok Red Giant Celery yang tengah membesar.
Celery adalah sumber makanan yang kaya dengan sodium dan potassium. Menguyah-nguyah batang celery membakar lebih kalori dari penerimaan jumlah celery yang dimakan. Kandungan kalori celery adalah hampir kepada 0%, sebab itu bagus untuk orang yang ingin menguruskan badan. Red Giant Celery bunganya adalah berwarna putih.
~ Heirloom Giant Red Celery ~
Anggaran biji benih dalan 1 pek 100 seeds (RM3.00) .
5 ulasan:
Salam diana..,
Avia nak satu pek
Salam Diana simpan akak dua pek.TK (Kak Faiza)
Salam diana,
Saya nak satu.
Salam diana,
Eila nak 1 peket heirloom giant red celery yerk..tq
Salam Bahagia.
Tukang Kebun ada simpankan untuk Avia, Kak Faiza,
Srikota Garden dan Eila.
Catat Ulasan