Balsam Candy Rose pemberian biji benih asal dari Kak Ros Jasin dah lama terima, tapi tak semai-semai sedangkan Blood Lily dah lama kembang dalam kebun. Biji benih balsam Kak Ros mudah sahaja ditanam nak cepat tukang kebun tabur-tabur sahaja atas tanah yang telah digembur, tumbuh sendiri sahaja tanpa penjagaan. Seronok sangat tengok gandingan surprise Balsam Candy Rose dan Balsam warna merah yang menceriakan beberapa sudut di dalam Kebun Bahagia Bersama.
Penghujung tahun 2013, tukang kebun suka tanam balsam sebab dengan cuaca di Lembah Klang sekarang ianya mudah hidup sendiri tanpa banyak penjagaan terutamanya hujung tahun biasanya antara masa paling sibuk. Ada rasa festive season, tiada masa nak jaga kebun sangat tapi nak juga ada sesuatu yang menceriakan kebun di rumah, jadi tanamlah balsam. Warna ini juga sangat sesuai untuk sambutan Krismas dan Tahun Baru Cina akan datang. Kalau tanam biji benih Balsam sekarang, InsyaAllah sempat menceriakan Tahun Baru Cina. Untuk hiasan Krismas, tahun depan bulan Oktober semailah biji benih Balsam.
Biji-biji benih balsam yang Kebun Bahagia Bersama bekalkan adalah segar bulan Disember ini yang dituai sendiri oleh tukang kebun termasuklah biji benih bunga Cypress Vine. Siapa boleh nampak dan bilang berapa kantung biji benih (seed pod) cypress vine yang matang dalam gambar di atas. Kebiasaannya sejak kami bekalkan biji benih cypress vine, biji benih yang telah dituai dan dihantar belum lagi masuk 2 minggu setelah dituai dan dipek. Fresh out from the garden. Yang gambar bawah kerana kesibukkan masa, balsam Candy Red masih mampu bersaing dengan rumpai dalam satu sudut Kebun Bahagia Bersama di mana Kacang Soya Fuuki sudah habis dituai jadi tanah terbiar kosong bersama Balsam. Tapi nampaknya Sweet Basil Large Italian Leaves yang bijinya dicampak ke dalam pun dah tumbuh sendiri. Memandangkan sudut di sini antara percubaan beberapa tanaman edible, kacang soya paling senang tumbuh with neglect, jadi akan ditanam semula kacang soya di sini bila ada masa. Itu terung pipit dalam gambar tumbuh sendiri bukan tukang kebun tanam.
Ada beberapa lagi jenis balsam segar yang sedang dituai di Kebun Bahagia Bersama dalam bulan Disember ini, sebagai contoh:~ Balsam Purple Painted Face (Gambar bawah main pokoknya yang akan dituai biji benihnya, salah satu tujuan Kebun Bahagia Bersama ialah so you know where your seeds originally come from).
~ Balsam Multi-petal (Syukur Alhamdulillah banyak anak-anak tumbuh sendiri di celah pokok kembang bugang yang sedang berbunga) .
~ Balsam White Multi-Layer Purple/Red Splash juga InsyaAllah second generation tumbuh di Kebun Bahagia Bersama juga akan berkembang lagi bulan ini.
Sekiranya biji benih balsam di atas tiada dalam catalog, boleh tanya tukang kebun personally sebab kadangkala ada tapi tukang kebun dalam proses kemas atau belum packing (sabar ya sebab tukang kebun sorang je yang uruskan). InsyaAllah ada beberapa jenis heirloom biji benih Balsam tempatan juga akan bertambah dalam koleksi Kebun Bahagia Bersama catalog tahun depan yang dituai oleh tukang kebun di Kebun Bahagia Bersama. Tempat ada nak tanam, cuma masa sahaja terkejar-kejar rasa 24 hours tak cukup dalam sehari, minggu ini rasa burn out sikit, malam pengsan awal sebab 2~3minggu tak cukup tidur. Terima kasih kerana bersabar tunggu reply dari tukang kebun.
Petang ini ada tetamu istimewa melawat Kebun Bahagia Bersama dan tukang kebun harap Lady Hippy di atas akan kembang hari ini menyambut Sean. Malu agaknya masih tutup muka lagi hari ini. Hari ini Selangor cuti, jadi sambil tukang kebun kemas mana yang boleh di dalam sebelum Sean and company datang, papa Abby tengah potong rumput di depan rumah.
Terima Kasih daun keladi kak Ros, cantik sungguh balsam Candy Rose :) .
Dear Eila, email sweet Eila memberikan kebahagiaan dan kata-kata semangat sudah tukang kebun baca, InsyaAllah tukang kebun cuba balas secepat mungkin.
Terima Kasih kepada semua sudi menghantar khabar berita ataupun gambar mengenai progress kebun di Seluruh Malaysia terasa bagaikan dekat tali persaudaraan kerana minat sama dalam menghijaukan bumi.
~ Heirloom Candy Rose & Red Balsam random mixed seeds from Kebun Bahagia Bersama Backyard ~
Approximate 25 seeds for 1 packet (RM3.00) .
10 ulasan:
reserve tuk saya Heirloom Candy Rose & Red Balsam ye
Nak teka.... I nampak ada dua pod... Huhuhu betul tak diana?
Malu Lady Hipy tu...hehehe. Thank you so much for showing us around and for the ole-ole. Love the way you strike a natural, organic balance in your garden, tak macam saya, sembur untuk serangga A tetiba pulak serangga B naik berpuak-puak.
Salam Bahagia Diana,
Seronok pagi-pagi dapat tengok bunga yang segar. Hilang segala kusut dalam fikiran. Sharing is caring, walaupun kita tak pernah bersua, tumbuh-tumbuhan menjadi pengikat persahabatan kita. In sya Allah satu masa nanti kita bertemu. Ada seeds yang sedang menunggu untuk berlayar ke KKB...!
Salam singgah
Candy Rose nama kampungnya `inai pacat'(kat tempat saya) cantik kombinasi colornya.
Ok no worries nanims.
Cuba perhati lagi sekali Ima ada 3pods.
The garden always teaches us Sean. Everyday have something to observe and learn.
Salam Bahagia Kak Ros.
Terima kasih membantu menyerikan KBB. InsyaAllah tunggu invitation ke Jasin greenlight hehehe....wah ada biji benih baru.
Selamat Datang Sudais.
Oh terima kasih ajar nama panggilan baru :) .
Catat Ulasan