Ada gardeners yang sudah ketahui bahawa Cosmos caudatus yang memegang status Raja ulam di Malaysia adalah sebenarnya ahli keluaga bunga cosmos. Cuma di Asia Tenggara sahaja dimakan sebagai ulam tetapi di tempat asalnya bunga Cosmos caudatus iaitu benua Amerika pula tidak makan daun ulam raja seperti Semenanjung Malaysia. Kajian terbaru mengatakan ulam raja dapat membantu mengurangkan osteoperosis.
Ulam Raja amat mudah sekali tumbuh di cuaca tropika terutamanya di kawasan yang menerima cahaya matahari banyak. Keluarga bunga cosmos memang amat sukakan cahaya matahari. Ulam raja kalau dibiarkan berbunga boleh mencecah ketinggian 2 meter. Tanam sepokok biarkan berbunga, banyaklah anak-anaknya timbul di sini sana jadi hutan ulam raja. Di dalam Kebun Bahagia Bersama, di mana ulam raja hidup sibur di situ juga gladiolus suka tumbuh juga. Gambar bawah siapa boleh nampak pokok gladioli membesar bersama pokok ulam raja. Tukang kebun pun dah tak ingat yang ni tukang kebun tanam ataupun yang dibiarkan bawangnya di dalam tanah kemudian bangun semula dari tidur. Kita tengok sajalah warna apa bunganya nanti untuk kepastian. Untuk gardeners yang mempunyai kesukaran menanam gladiolus mungkin boleh cuba menanam tanah yang sama di mana ulam raja boleh juga hidup subur (manalah tahu ada rezeki kali ini).
~ Biji benih segar ulam raja ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek (RM1.00)
Yang menghadapi kesukaran mencuba pelbagai sumber biji benih ulam raja, boleh juga mendapatkan anak pokoknya dari Kebun Bahagia Bersama dengan 1 bekas RM4.00 (klik sini).
Dalam banyak-banyak spesies bunga cosmos, bunga Cosmos bipinnatus lebih banyak jenis pilihan dan daunnya berbeza dari ulam raja (Cosmos caudatus). Ruang di gambar bawah di Kebun Bahagia Bersama menerima cahaya matahari penuh di sebelah petang yang panas. Tanahnya juga adalah jenis berpasir berbanding dengan tempat lain dan kawasan yang tak tersampai tukang kebun nak siram jadi hanya akan menerima rezeki hujan sahaja untuk minumannya. 2 minggu lepas ada tukang kebun pindahkan anak benih Cosmos bipinnatus di ruangan ini, ianya hidup bahagia tanpa penjagaan bersamping hippeastrum 'Knight's Star Lily' dan lycoris (tak ingat jenis mana satu) sehingga kini. Sebelum dipindahkan tukang kebun dah perhatikan anak pokoknya dalam bekas semaian yang tukang kebun biar je di kawasan menerima cahaya banyak masih nampak bahagia walaupun 3 hari tak disiram. Itulah sebabnya cosmos telah dikategorikan dalam bunga annual yang drought-tolerant, keperluan airnya tidak banyak. Dalam reality juga yang kita tengok dalam majalah pokok-pokok cosmos bahagia kembang semasa musim panas di padang luas bagaikan wild flower. Kita gambarkan kawasan padang luas ataupun orang putih cakap 'prairie' masa musim panas, macam mana alam sekitarnya yang bunga cosmos berseri-seri kembang masa peak summer.
(1) SUN SUN SUN !!!
Cosmos nak banyak matahari jadi untuk maximize penggunaan ruang di rumah, tanam cosmos dekat 'red zone' yang paling terik lebih lagi musim hujan ini. Musim hujan ni kalau tak cukup kiss kiss kiss dari cahaya matahari mudah demam tau cosmos. Begitu juga kalau nak berjaya percambahan tinggi biji benih cosmos.
(2) Tanah yang kurang subur
Cosmos lebih suka tanah yang kurang subur dari tanah yang sangat subur kalau nak pokoknya keluar banyak bunga. Tak payah baja kecuali kalau tanah tu langsung tak subur. Kalau rumpai boleh tumbuh, maknanya cosmos pun boleh juga.
(3) Pengaliran air dan Kadar penyiraman
Tak suka kakinya sentiasa basah, tanah yang saliran airnya baik tak bertakung. Musim hujan tak perlu siram. 3 hari tak kena siram pun OK. Lepas semai bijinya pun jangan terlebih siram, tak perlu banyak air.
Ini adalah hanya perkongsian penjagaan dari tukang kebun yang malas, gardeners lain mungkin ada tips lain.
Antara koleksi Cosmos Sensation Mixed (Cosmos bipinnatus) mula berbunga di Kebun Bahagia Bersama minggu ini.
4 ulasan:
Cantik warna yg sensation mix tuh....vibrant! :)
Kelopaknya tak seimbang pula saiznya kali ini Lynna.
uniknya bunga ulam raja bila dizoom dn menarik color sensation mix tu..
Ya sudais bunga ulam raja juga sangat indah.
Catat Ulasan