Ada satu raised bed (anggaran satu meter persegi) yang berjemur dengan sinaran matahari dari matahari terbit hingga terbenam yang cuma tukang kebun luangkan masa 1 jam sahaja dalam sebulan. Lebih dari itu memang tak mampu sebab banyak ruang lain yang perlu supervise. Bawah raise bed ini pun telah dikuburkan seekor angsa yang mati awal tahun ini, jadi kadangkala tukang kebun panggilnya petak angsa. Apa yang tukang kebun buat setiap bulan ialah kemaskan petak ini, semai-semai biji benih (semua direct-sowing) dan biarkan sahaja biji-biji benih tersebut nasibnya terletak kepada mother nature. Gambar di atas adalah rezeki bulan Disember kami dari petak ini yang perlu buat treasure hunt setelah dibiarkan dalam sebulan.
Oh terkejut nampak ada sejenis salad heirloom Jepun cantik pula tu.
Rasanya ini tomato Roma.
Lepas dikemaskan, terkejut ada anak-anak pokok kohlrabi purple vienna masih gah. Tapi lepas tukang kebun cabut rumpai di keliling nampak layu sikit sebab tiba-tiba bogel jadi terjemur panas. Gara-gara sakit mata memandang dan semalam ada masa sedikit setelah dari minggu lepas memang dah pasang niat nak kemas tempat ini, tukang kebun pukul 1 tengahari buta sabtu semalam kemaskan tapak ini.
Morning Glory Merry-Go-Round Fuji masih berkembang lagi, yang ini memang dari sowing sebelumnya dah berbunga dan dibiarkan sahaja.
Eh anak pokok carrot pun ada dalam semak-semak ini. Teringat kisah lucu si Rayyan buat beberapa bulan lalu semasa petak ini dipenuhi dengan Sweet Basil Large Italian Leaves. Tukang kebun lupa ada tanam carot, bila kemas-kemas petak angsa ini, terjumpalah beberapa carrot yang disorokkan oleh rimbunan pokok-pokok Sweet Basil Large Italian Leaves. Sebab sambung buat kerja, tukang kebun letak carrots dekat berhampiran sinki. Bila tukang kebun masuk rumah dah selesai kerja luar, terkejut tengok kenapa carrots tinggal separuh bahagian ekornya hilang. Tukang kebun dah boleh agak siapa yang munched. Muncher (Rayyan) tu berkata 'Mama the carrot said best to eat raw, tak payah masak makan gitu sahaja'. Beriya-iya explain several time makan macam tu je tapi cakap carrot yang cakap. Mama Rayyan buat muka expressionless (dalam kepala hah the carrot said? carrot said? carrot boleh cakap pulak, ni mesti tak nak mengaku Rayyan makan ni). So Mama Rayyan pun reply, you want to finish all this?. Wah Rayyan cepat-cepat angguk kepala. Makanlah kesian lama tak merasa home-grown carrot.
Hasil treasure hunt yang boleh dituai tengahari buta nampaklah layu, sebab tak dapat masuk rumah terus simpan sebab nak selesaikan dulu petak tu sebab itik-itik dah berlegar kalau tak tutup pagarnya cepat nanti tukang kebun pergi tempat lain dia dah sekejap masuk dalam raised bed. Masuk terus cuci-cuci simpan dalam peti ais. Segar balik. Papa Rayyan campur dalam sup bakso bujangnya tadi, komatsuna hari ini manisnya rasa. Bulan ini musim buah cempedak juga di Kebun Bahagia Bersama. Hasil organik komatsuna adalah juga lubang sini sana tapi tukang kebun tak complaint sebab ianya tak dibelai dan selamat dimakan. Walaupun kurang 1 jam masa kita digunakan dalam sebulan di petak ini tapi syukur alhamdulillah masih ada hasil. Sekurang-kurangnya dapatlah juga anggaran 4~5 bunches nilai komatsuna yang dijual di Jusco. Bolehlah stok beberapa hari.
Disebabkan itu, tukang kebun sejak hujan rajin tanam sayur sawi jepun komatsuna sebab tak perlu banyak penjagaan. Kalau tumbuh di full sun pertumbuhannya sangat cepat, biasanya dalam sebulan memang boleh tuai. Bila pertumbuhannya cepat, ia mampu bersaing dulu dengan pertumbuhan rumpai. Itulah theory asal tukang kebun yang resultnya tukang kebun dah analysis batch bulan Oktober, November dan Disember. Komatsuna membesar dahulu sebelum rumpai timbul dan meninggi. Patutnya 2 minggu lepas dah elok nak tuai, tapi sebab supply sayur tempat lain pun overflowing, tukang kebun biarkan sahaja dahulu. Rumpai dukung anak tu dah catch up meninggi minggu ini jadi komatsuna nampak kena tenggelam. Kalau di partial sun juga boleh tumbuh tapi tak sepantas berbanding di full sun. Gambar atas petak yang sama tapi gambarnya adalah rezeki bulan November. Komatsuna juga ada pelbagai jenis. Salah satu jenis yang amat sesuai untuk ditanam pada cuaca ala-ala tropika ialah 'Nanane'.
Di dalam semak tempat lain semalam di bawah pokok cempaka putih terjumpa alpine strawberry yang dah ranum, walaupun kecil manisnya jauh berbeza dari jenis strawberry besar. Hujung tahun ini makin terasa sibuk tapi InysaAllah walaupun ada 1 jam, 1 meter persegi masih juga boleh kita menanam dan menerima hasil.
~ Komatsuna Nanane (菜々音) ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek (RM1.00)
4 ulasan:
Tu yang semangat nak menanam tu bila tengok hasil KBB... Huuuhuhu
benih komatsuna kami dh selamt smp...tunggu masa nak turun ke tanah aje...hehehehh...thanks diana
InsyaAllah Ima memang bahagia berbakti dengan tanah dari dibiarkan kosong.
Tak lama lagi CT Aju dah menuai hasilnya :).
Catat Ulasan