Syukur Alhamdulillah hujung minggu lepas berkesempatan untuk singgah ke Muzium Kesenian Islam Malaysia yang bersebelahan dengan Masjid Negara. Disebabkan hanya ada 1 jam sahaja sebelum Muzium tutup tak sempat nak explore semua. Rasanya kalau sehari pun tak cukup. Hubby yang cukup memahami tukang kebun gemar tamadun dan khazanah lama tolong tengok anak-anak. Anak-anak pula sukakan gemaan pantulan dari bentuk replika dome jadi agak bising jugalah jadinya. Visitors yang ada pada ketika itu pun hampir semuanya Caucasian dan tak ramai, jadi mereka tak berapa kisah sebab di negara mereka Muzium boleh menjadi playground untuk kanak-kanak membesar berbanding dengan shopping complex. Errr... sebenarnya tukang kebun tak sempat pun menjelajah habis 1 tingkat baru je satu setengah section. Tapi rasanya an hour worth-spent banyak ilmu dapat. Salah satu yang menarik perhatian tukang kebun, ialah kerja sambilan pun tukang kebun jadi bila nampak perkataan 'Mulberi' mata terus blink blink.
Kagum sungguh tukang kebun amati hasil kerja kreatif zaman dulu yang menggunakan daun mulberi dengan berhias kaligrafi. Dikongsikan gambarnya untuk mereka yang tidak berkesempatan.
Cuti-cuti ini ramai ibubapa mengambil peluang membuat projek gardening dengan anak-anak. Mungkin boleh meminjam ilham dari zaman dulu ini. Tak perlu sadur emas, pakai something economical.
Tukang kebun kerap dapat risikkan mengenai ada stok pokok mulberry atau tidak. Ya, ada. Susunan pokok-pokok mulberry bersebelahan puding belacan stok terkini.
2 ulasan:
Terus blink blink ya...:)
Segar kembali nak menelaah Kak Mar lepas banyak input dwlam sejam.
Catat Ulasan