No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 14 April 2015

Baka jambu air Pink Rose Apple

  Syukur Alhamdulillah cuaca tahun ini membuatkan pokok-pokok jambu air di dalam Kebun Bahagia Bersama sungguh bahagia dan rajin menghasilkan buah-buah. Ada juga pokok jambu air yang dah berkali musim buahnya tahun ini. Habis sahaja musim buahnya terus ianya berputik bunga semula. Kitaran musim buah yang tidak putus-putus. 
 Bulan April ini antara baka jambu air yang meriah buahnya ialah jenis 'Pink Rose Apple'. Baka jambu air jenis 'Pink Rose Apple' buahnya besar dan lebar saiznya. Dari warna hijau yang muda perlahan-lahan akan bertukar ke warna pink apabila masak. Lumayan sungguh buahnya, entahlah berapa kilogram agaknya pokok di tepi kolam ini menghasilkan buah. Bila difikirkan buah-buah potong jambu air yang dijual di R&R lebuhraya yang dicolek dengan garam, kicap pedas atau asam seplastik pun boleh cecah RM2 dengan beberapa ulas. Kalau sekilogram pun jambu air di pasaran boleh dijual dengan RM8 sekilogram. Puasnya berkilogram dapat kami makan setiap hari semasa musim buahnya.
   Semasa hujan buah-buah yang dah masak banyak jatuh ke tanah. Isinya ada juga yang masih cantik belum dinoda sepenuhnya dengan ulat buah. Masalah utama buah jambu air biasanya ulat buah. Kekadang banyak kali nak fikir atau beringat kalau yang dijual secara komersial biasanya bunga dah berputik pun sudah dispray. Apatah lagi ketika buahnya membesar nak masak. Berapa kali spray dah agaknya nak kasi cantik. Dalam ladang besar buah jambu air begitulah fenomenanya dan mereka juga perlukan tenaga buruh yang banyak untuk balut-balut setiap buah supaya lalat buah tak suntik dan nampak cantik untuk dijual.
  Minggu lepas setiap hari untuk pastikan anak-anak itik dan ayam di dalam sangkar mendapat sumber nutrient yang pelbagai berapa pinggan besar tukang kebun kopek sebegini setiap hari untuk kasi diorang makan. Bolehlah jimat belanja kos makanan mereka seperti dedak dan jagung. Pelbagaikan makanan mereka dengan rezeki yang memang tak termakan dari kebun.
 Supaya itik-itik tak berkelakuan pelik lagi seperti itik muscovy maka kami cuba pelbagaikan makanan mereka. Berapa biji jambu air Pink Rose Apple mereka makan sehari agaknya seekor setiap hari what a luxury.
  Dari atas pokok jambu air Pink Rose Apple di tepi kolam kelihatan 5 ekor anak itik Muscovy sedang berehat di tepi kolam (Siapa nampak?)
 Itik-itik dah puas bermandi-manda dalam kolam yang dipenuhi air hujan bolehlah isi perut dengan banyaknya buah-buah jambu bersepahan jatuh di tepi kolam. Kolam tengah penuh dengan pelepah kelapa tunggu nak bakar pada hari tak hujan masa hujung minggu.
  Bulan ini diet Avian Pets di belakang selain dari campuran jagung dan dedak adalah jambu air dan tombong/isi kelapa. Yang tertanya-tanya macam mana nak agak ada tombong sudah di dalam kelapa tua boleh nampak di kelapa tua ada akar atau tunas yang kecil terkeluar dari sabut kelapa seperti gambar di bawah. Masa ini memang kegemaran mereka berebut-rebut. Agaknya itulah sebab ayam daging kami bela sendiri lebih lemak berkrim dari yang komersial punya. 
  Pemakanan sebegini supply juga dari kebun sendiri bolehlah jimat sikit kos makanan untuk Avian Pets di belakang. Masuk bulan April ini dengan bilangan-bilangan Avian Pets di belakang dengan pembesaran mereka, sekarang kami belanja sekurang-kurangnya RM55 seminggu untuk makanan unggas-unggas di belakang kebun. Mana taknya seminggu 1 guni 50kilogram habis untuk membesarkan mereka.
  InsyaAllah jika progress di Sangkar D nampak pembesarannya baik, ada kebarangkalian Kebun Bahagia Bersama open untuk bekalkan ayam kampung masa Raya jika ada extra stok untuk kegunaan KBB. Yang ini batch awal March 2015, umurnya dah nak masuk 6 minggu. Agak-agak masa nak dekat Raya, ayam kacukan kampung ini dah nak masuk 4 bulan. Yang ini kami bela dari baru lahir lagi. Pemakanan mereka awal bulan April ini selain dari dedak dan jagung, natural food yang diberikan juga ialah jambu air dan kelapa.
 Rasa-rasanya ada yang berminat nak dapat bekalan ayam kampung dari Kebun Bahagia Bersama nak dekat Raya nanti?

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah those pink rose apple trees are amazing. I also have a small one but in a container. Does this tree needs to be pruned yearly? New gardener

Juls Julie80 berkata...

Assalam sis..

salam singgah...seronok tgk suasana kpg bela ayam itik..sayangnya saya belum berkesempatan..terpaksa duduk rumah apartment dulu dengan keadaan serba serbi susah nak bercucuk tanam...

carlz berkata...

Cepatnya ayam2 tu membesar. satu hari nanti impian ni jadi kenyataan

Unknown berkata...

Seronok tengok ayam-ayam tu. :D saya pun terliur tengok jambu tu

Nasa Mulia berkata...

Boleh bawa rojak saus berkelah bawa pokok jambu...
Ayam kampung book 2 ekor untuk raya nanti..

Normala Saad berkata...

Sedap tengok buah jambu air tu...kak suka jenis buah2 yang tak masam ni...baru boleh makan dengan colek.
Seronok juga tengok Diana manafaat semua benda yang ada disekeliling untuk makanan ternakkan. Dulu2 kat rumah sewa lama kak pun campur2 ramuan begitu juga untuk ternakan..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia New Gardener,

You don't have to prune them yearly. Pruning for rose apple is just to check the tree growth if you don't want it to grow so tall.
Ours are rarely prune. Not even yearly.

Salam Bahagia Julis Julie80,

Terima kasih sudi singgah.
Bolehlah cuba tanam-tanam dalam bekas.

Salam Bahagia Carlz.

Batch kali ini cepat membesar mungkin jenis baka juga agaknya.
InsyaAllah tak lama lagi impian jadi kenyataan.

Salam Bahagia Jazzeyra aj,

Suka tengok yang ayam nak masuk remaja ni dah mula aktif.

Salam Bahagia Nasa Mulia.

InsyaAllah ada rezeki nanti kami cop 2 ekor.

Salam Bahagia Kak Mala.

Oh Kak Mala tak gemar buah masam ya.
Kami ni ramai suka makan yang masam-masam.
Harga makanan ternakan sekarang mahal. Kalau dah seguni seminggu RM55 banyak belanja tu.
Belum masuk lagi makanan kucing dan ikan lagi setiap bulan punya belanja.
Apa rezeki yang tak termakan bolehlah bagi ternakan makan.