No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 19 Mac 2019

2 BIG BAWANG LILIUM RANDOM WARNA set RM12

Kebun Bahagia Bersama buka pesanan untuk jenis pokok lilium dengan membekalkan bawang bunga lilium yang bersaiz besar. Warna adalah random tidak dapat membuat pemilihan dengan harga mampu milik dari biasa. Bagi memberikan peluang kepada gardeners lain untuk mengambil pengalaman menanam pokok bunga lilium ini. Saiz kelopak bunganya adalah lebih besar daripada bunga gladiolus. 

Info lanjut dan tips pengalaman menanam lilium (klik sini).

~ 2 bawang besar lilium random warna set RM12~


Isnin, 18 Mac 2019

DAYLILY EARLY APRIL 2019 SHIPMENT

Rizom DAYLILY Limited Stock. 

Pesanan dibuka hingga hari Khamis petang (22/03/2019) sahaja sebelum 6PM.

Seperti pokok bunga gladiolus, size bunga pokok daylily yang lebih besar juga memukau mata dan hati. Yang telah cuba menanam pokok daylily ni mesti rasa rindu nak tanam semula.

Info lanjut mengenai tips penanaman DAYLILY di tanah rendah Klang Valley boleh layari archives nota Tukang Kebun "DayLily" (klik sini).

DAYLILY FANCIFUL FINERY 
1 rizom RM80
Diameter purata Kelopak Bunga 11cm.
Info lanjut Daylily Fanciful Finery (klik sini).

DAYLILY DOUBLE ROSSY
1 rizom RM70
Diameter purata Kelopak Bunga 14cm.

DAYLILY CRIMSON PIRATE
1 rizom RM50

DAYLILY SILOAM DAVID KIRCHHOFF
1 rizom RM80
Diameter purata kelopak bunga 9cm.
Info lanjut daylily Siloam David Kirchhoff (klik sini)

DAYLILY MATT
1 rizom RM75
Diameter purata kelopak bunga 14cm.

DAYLILY SILOAM URY WINNIFORD
1 rizom RM80
Diameter purata kelopak bunga 8cm.

Ahad, 17 Mac 2019

GLADIOLUS EARLY APRIL 2019 SHIPMENT

GLADIOLUS DYNAMITE DWI-WARNA KUNING-UNGU
1 BAWANG RM12

 GLADIOLUS PRINCESS MARGARET ROSE DWI WARNA ORANGE DAN MERAH
1 BAWANG RM12

 GLADIOLUS LITTLE CASTANET
1 BAWANG RM10
Yang pokoknya jenis kerdil sikit banding dengan lain dalam posting ini.
Tak mudah nak rebah kalau hujan lebat banding dengan yang tangkai tinggi.

GLADIOLUS MOSWAMOL DWI WARNA LILAC CREAM
1 BAWANG RM10

GLADIOLUS ACKNOCK DWI WARNA UNGU PUTIH
1 BAWANG RM12

GLADIOLUS RANDOM MIXED COLOR 3 BAWANG RM20.
(tidak semestinya seperti contoh-contoh di atas single random color)

Cara-cara menanam dan menjaga gladiolus adalah mudah, cuma jangan overwatering sahaja, well drain soil.

Tips menanam gladiolus boleh check out Tukang Kebun Notes archives 'Gladiolus' (klik sini).

Stok adalah terhad priority kepada yang buat payment dahulu.


Glamping Pulau Libaran

 Gambar terperap lagi di archives dah lebih dari setengah tahun untuk kenangan percutian bersama keluarga ke Sandakan, Pulau Libaran pada musim cuti sekolah bulan Ogos 2019. Bila tengok gambar pertama ni baru perasan kali ini angle berbeza pula Pulau Berhala ditinggalkan oleh bot berbanding dengan trip pertama kali ke Sandakan bersama-sama anak-anak ke Abai, Kinabatangan (related posting klik sini) pada tahun 2016. 

 Rupa-rupanya dah genap 3 tahun sejak kali terakhir lawatan ke Sandakan. Abby pun rambut dah tak kerinting macam dulu dan abang-abang pun makin memanjang. Anak-anak ni pun nampak dah membiasakan diri naik bot buat macam rumah sendiri ja.
 Jika sampai awal di Sandakan Yatch Club lebih baiklah sebelum tengahari supaya air tak surut sangat lagi sebab bot besar dah tak lepas nak lalu sampai dekat ke pantai. Area bandar Sandakan jem masa kami ke Sandakan Yatch club sampai kenderaan darat pun kena tukar sekali. Sebab kami parking kereta di area Sepilok kemudian tour agent yang bawa ke marina. Kemudian dah nak dekat Pulau Libaran pun tukar bot supaya tak kuyuplah dan memudahkan membawa barang. Tapi kami pun tak berapa kisah sebenarnya, lagi-lagi anak-anak tu dah tak sabar nak main air.
 Tempat yang cetek berjalanlah kami meredah air laut ke pantai. Ada pekerja-pekerja yang membantu angkat barang-barang. Tak sabar masing-masing nak letak barang kemudian bermain dengan air.
Banyak juga ketulan serpihan batu-batu karang kalau berkaki ayam sakit jugalah rasa tapak kaki. Rayyan kebelakangan dah mula banyak benda menarik minat dia. Tak sangka bila surut betapa ceteknya air sampai arah pulau paling dekat dengan Pulau Libaran ni boleh kami berjalan kaki sahaja lebih dari setengah jarak antara keduanya.
 Ini pengalaman kami bercuti penginapan style glamping. Mula-mula Tukang Kebun tak perasan pun ingat macam biasa tidur dalam khemah. Kebetulan adik perempuan yang second last check kata eh ini style glamping lah. Kakak dia blur mula-mula, first time dengar perkataan "glamping"? Mende glamping tu???? Kenalah si adik tolong google kan tunjuk gambar. Masa tu kami bersama-sama saja-saja pergi MATTA Fair lepas kerja tengok pakej yang menarik. 
 Mula-mula tu adik perempuan ragu-ragu nak ambil ke tak pakej 2 hari 1 malam di Pulau Libaran ni. Bila nampak bukan camping biasa tapi style "GLAMPING" barulah tak ragu-ragu nak booking. Untuk yang macam Tukang Kebun ketinggalan dengan trend sekarang, "GLAMPING" tidur dalam khemah tapi dalamnya ada perabot lebih selesalah dari pasang khemah tidur dalam sleeping beg. Khemah pun dah pasang siapkan, dan di dalamnya ada katil, side table, kipas dan lain-lain.
 Jika hujan turun pun impak titisan hujan tu impak takdelah kuat dapat secara langsung sebab masih diteduhkan dengan netting hitam yang juga mengurangkan kepanasan bagi shading. Nasib kami sangat baik masa kami datang tiada pelancong lain sebagai tetamu kecuali kami sekeluarga. So macam kita dapat our own private beach. Kami sekeluarga 6 adults and 3 children. Dibagi juga kami extra 1 khemah kalau nak pakai, sebab 1 khemah ada 2 katil. 
 Tandas style berkongsi tapi bersih dan cantik interiornya lupa ambil gambar dalam tandas. Wanita dan lelaki pisah guna wing yang berbeza. Syukur Alhamdulillah semasa kami di sini cuaca sangatlah baik.
 Harga MATTA fair untuk pakej Pulau Libaran ini 2 hari 3 malam termasuk transfer transportation Sepilok ke Sandakan Yatch club, bot transfer, lunch, tea break, dinner, breakfast RM320. Kalau check harga pakej online dengan pelbagai tour operators banyak diskaun jugalah untuk harga special MATTA fair. Tapi tak pastilah MATTA fair March 2019 PWTC ada ke tidak dan harga up atau tidak. Sebab masa offer ni direct dengan tour operatornya bukan banyak orang tengah. Hujung minggu ni ada MATTA Fair di PWTC bolehlah tengok pakej-pakej menarik ke Sandakan. Pakej Pulau Libaran enquiry boleh email ke (sales@nasalislarvatustours.com, Malvin - 016-845-8455). Boleh gabungkan dengan trip ke Kinabatangan.
 Selepas isi perut dengan hidangan tengahari disediakan, mulalah kami cuba bergerak ke arah pulau yang macam boleh berjalan kaki sahaja tanpa berenang masa air surut. Tapi masing-masing pun seronok tengok hidupan laut yang macam-macam nampak di kala air cetek. 
 Rasa macm tak jauh pulau tu tapi tak sampai-sampai rasanya. Akhirnya dah pukul 4 petang terpaksa kami putus asa patah balik sebab guide ada aktivity lain yang rancang untuk kami. Pertama kali dengan air cetek ni jumpa macam-macam jenis hidupan liar laut yang jarang dapat dilihat di pantai-pantai lain. Pantai Libaran ini amat kaya dengan biodiversiti hidupan liar. Tiram pun ada. Termasuklah pelbagai jenis ketam dijumpai dan dikutip oleh budak-budak ni. Yang paling Tukang Kebun terpegun ialah saiz ketam biru pun boleh jumpa besar-besar lebih tapak tangan Abby. Sedangkan zaman masa Tukang Kebun kecil pergi mandi pantai mana-mana cuma jumpa yang halus-halus je.
  Memandangkan betapa pantasnya masa berlalu, tak lama lagi pun bulan Ramadhan akan tiba. Sesiapa yang ingin bersiap sedia bahan untuk masak rendang yang letak daun puding belacan. Bolehlah mula bela pokoknya di rumah, supaya dapat kutip fresh untuk bahan masakan nanti.

Info lanjut Pokok Pudang Belacan (klik sini).

~ 1 pot pokok puding belancan RM6 (boleh dipos) ~

Jika daun sahaja, 10 helai RM1.00 .
Biji benih ini selalu in demand juga untuk sayur buah spaghetti squash.
Back in stock but limited stock.
First payment, first confirm order.
1 original pek dalam anggaran sekurang-kurangnya 15 biji benih spaghetti squash RM22.

Maklumat lanjut Spaghetti Squash (klik sini).



Sabtu, 16 Mac 2019

Air Terjun Kravice

 Hari terakhir di bahagian Herzegovina sebelum bergerak ke bandar Sarajevo kami ambil private tour bersama travel agent  "Herzeg Day Tours" lagi sekali yang pakej "Discover Herzegovina Tour" pula. Bila ambil 2 pakej dengan Herzeg Day Tours ada diberikan harga discount lagilah. Hari pertama yang kami ambil pakej dengan Herzeg Day Tours ialah pergi explore Gua Vjetrinaca. Pakej tour yang "Discover Herzegovina Tour" ini biasanya tempat-tempat utama berdekatan dengan bandar Mostar yang dilawati (related posting klik sini).
  Yang bagusnya dengan ikut private tour ialah, privileged boleh bawa kereta masuk sampai berdekatan hingga dekat tebing sungai tak perlu jalan jauh. Kalau kereta persendirian atau bas besar kena berjalan jauh nak turun dekat kawasan air terjun. si Camil berhentikan kereta untuk dapat ambil gambar air terjun dari best photo spot. Sambil kami menikmati pemandangan air terjun Kravice dari lereng bukit, si Camil mencari-cari herba thyme liar rupanya dia masih perasan batuk-batuk Tukang Kebun belum sembuh sepenuhnya. Dia pesan nanti rebus minum airnya. Berdekatan kelihatan jambatan jalan raya dibina untuk menghubungkan Bosnia dan Montenegro
Airnya sangat jernih kelihatan. Ada juga yang beriadah dan bermandi di kawasan berjauhan sedikit dengan kawasan air terjun. Yang area ni dekat sikit nak ke tandas atau tukar baju. Tandasnya bersih dan dijaga dengan baik.
 Di kawasan air terjun juga ada seorang pelancong dari benua India atau Arab yang sedang mandi. Sejuk jugalah airnya Tukang Kebun testing masuk dua kaki beberapa minit je. Jika musim panas tempat ini pun terkenal tempat perkelahan untuk mandi manda sama keluarga.
 Jika yang tak nak mandi tapi nak pergi dekat dengan air terjun atau seberang sungai boleh gunakan perkhidmatan upah dengan caj yang murah.
 Nak dekat sejam jugalah kami lepak di air terjun Kravice ni sambil Tukang Kebun nibbles dengan buah anggur yang dibeli di morning market bandar lama Mostar.

Untuk tahun 2018 lepas, dapatlah Tukang Kebun melawat 2 tempat air terjun.

Awal tahun 2018 lepas kami melawat air terjun Mahua di Tambunan, Sabah (related posting klik sini). Sesiapa yang Cuti Cuti Sabah cuti sekolah akan datang ni bolehlah buat perancangan beriadah melawat air terjun Mahua boleh mandi atau lari dari cuaca panas dan kering sekarang di sekitar Kota Kinabalu.
 Bulan Mac 2019 ni ada promosi untuk pokok bunga setawar putih. 

3 rhizome setawar putih RM10.

More info mengenai setawar putih (klik sini)
InsyaAllah kami pun akan bawa anak-anak berjalan tengok air terjun masa cuti sekolah akan datang ni sudah dimasukkan dalam travel plan cuti sekolah.

Jumaat, 15 Mac 2019

Tembok Dubrovnik

 Syukur Alhamdulillah dapat jugalah merasa jejak bumi Dubrovnik walaupun hanya beberapa jam sahaja. Tujuan utama melawat Dubrovnik adalah untuk melawat bahagian bandar lamanya yang pada zaman dahulunya antara kubu pertahanan yang kebal amat sukar untuk ditakluki yang mengadap Laut Adriatic.
 Cantik sungguh pemandangan Laut Adriatic sungguh kebiruan warna air lautnya tidak dapat lensa camera ambil rakaman warna yang sebenarnya. Dari kubu Lovrijenac (St. Lawrence Fortress) di gambar No. 1 boleh kita nikmati pemandangan dalam kota lama Tembok Dubrovnik seperti gambar no. 2 di atas.
 Sebelum ke arah kubu Lovrijenac elok masuk ke gerbang pintu utama (Pila Gate) untuk membeli ticket pass yang boleh masuk semua tempat dari beli satu persatu tiket di setiap tempat yang perlu ada ticket pass untuk masuk. Sebab kalau nak naik masuk kubu Lovrijenac kena bayar tiket masuk. Lebih jimat kalau beli ticket pass yang all entry dari satu persatu tiket masuk.
 Tempat nak beli tiket all entry pass berdekatan dengan tempat di atas ni nama tempat Big Onofrio's fountain. Sungguh ramai pelancong melawat Walls of Dubrovnik ni walaupun bukan peak season. Tembok Dubrovnik ini adalah tempat yang termasuk dalam senarai UNESCO World Heritage sejak tahun 1979 lagi.
 Tambahan pula popularity Tembok Dubrovnik ini makin meningkat sejak menjadi tempat lokasi pengambaran cerita Games of Thorn. Bukan sahaja movie produce dari negara Barat atau Hollywood yang pernah menggunakan Tembok Dubrovnik sebagai tempat lokasi pengambaran tetapi movie Bollywood yang Shah Rukh Han berlakon pun pernah.
 Selain dari pergi tempat kawasan tembok yang tinggi untuk menikmati pemandangan laut dan kota lama ini, boleh juga naik lif gondola mendaki bukit sebelah kota lama ni. 
Seronok juga cuci mata menyusur ikut keliling tembok tepi mengelilingi kota lama ni yang bersebelahan laut.
 Sesiapa yang nak rasa menginap di dalam kota lama ini juga boleh, ada banyak rumah rehat. Banyak juga kucing berjalan-jalan atas tembok.
 Menarik juga di celah-celah ruang masih ada lagi pili air zaman bentuk dulu-dulu di dinding. Juga ada beberapa tempat yang ada dusun buah-buahan.
 Semasa Tukang Kebun ziarah kawasan ni pokok-pokok buah-buahan banyak jenis juga sedang sarat berbuah macam buah delima, anggur dan citrus.
Bila habis pusing dari satu sudut ke satu sudut nak ke belah tembok keliling menghadap bukit pula, terkejut tiba-tiba tersembul pula kawasan pelabuhan kecil ni dekat kubu Revelin.
Area dekat marina ni banyak cafe makanan berbanding kawasan lain rasanya.
Kagum juga tengok macam mana susunan bangunan dan jalan planning kota ni zaman dulu. 
 Di bawah ini gambar diambil menghadap jalan utama kota lama Tembok Dubrovnik iaitu Stradun. Ini sahajalah yang sempat dapat beli ole-ole dalam 6 jam je masa yang ada dapat luangkan di Dubrovnik ni. Nak ulang alik jalan kaki dari terminal bas ke kota lama tembok Dubrovnik ni pun ada memakai masa nak dekat 2 jam sebab jumlah jarak perjalanan lebih 5km ulang alik sambil menikmati pemandangan (related posting klik sini). Kemudian jalan pun naik turun bukit. Lebih 12km jugalah ada jumlah jarak berjalan beberapa jam dalam Dubrovnik ni.
Gardeners yang berminat nak cuba tanam sayur Zucchini tahun ini ada stok ya. Biasanya pokok Zucchini lebih cepat berbuah dari pokok labu dan tak ambil ruang macam pokok labu menjalar. Bunga Zucchini pun boleh masak makan juga buat goreng tepung. Ada 2 jenis biji benih Zucchini.
~ Zuchini Black Jack 1 pek RM3.00 dengan anggaran 7 biji benih ~

~ Zuchini Striped dengan masih dalam keadaan original pack dia seperti gambar di atas dengan anggaran lebih 50 biji benih 1pek RM12.00 ~

Hujung minggu ni pagi Sabtu dan Ahad (16&17hb Mac 2019) antara pukul 9:00am~10:00am InsyaAllah boleh self-collect di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (please confirm before self-collect).