No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 11 Julai 2014

Adik-Beradik Keladi Bunting

 Nampak serupa bila masa bunganya masih belum kembang semua tapi tak sama. Yang bertanda kuning di belah atas kelopaknya untuk menarik si lebah menghampirinya. Si lebah kan tertarik dengan warna yang terang-terang. Kedua-dua mereka adalah dalam keluarga yang sama iaitu 'Pontederiaceae' yang sangat mudah dijaga pada musim panas dan kering ini sebab tak perlu siram kerana mereka selesa duduk dalam air yang bertakung. Gambar di atas dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai 'Pickerelweed' manakala gambar di bawah dikenali dengan 'Water Hyacinth'.

Jenis-jenis tumbuhan dalam keluarga 'Pontederiaceae' boleh lawat tab pagenya (Klik sini). 

 Mari kita hayati nama dalam bahasa kebangsaan pula, yang atas adalah unik jadi belum lagi dijumpai namanya dalam bahasa kebangsaan, gambar di bawah pula sangat dikenali dengan 'Keladi Bunting'. Water Hyacinth tak pula menghasilkan ubi seperti ubi keladi tetapi rajin beranak-pinak, membunting sahaja sambil boleh terapung di atas air tanpa akarnya duduk dalam tanah. Manakala 'Pickerelweed' pula hidup tidak terhanyut sebab ianya berubi macam ada rizom atau tuber seperti ubi keladi jadi tidak ke mana-mana di air yang cetek dan mudah bunting juga keluar anak-anak di sisi ubinya. Jadi maka bolehlah gelarkan kedua-duanya 'Keladi Bunting'.

 Apa beza kedua mereka ini yang jelas dan nyata:
~ Struktur daunnya berbeza.
~ Apabila dilihat dalam gambar kudup bunga Pickerelweed kelihatan berbulu manakala Water Hyacinth tidak.
~ Saiz bunga juga amatlah berbeza
~ Daun Pickerelweed boleh dimakan maka Water Hyacinth tidak
~ Biji benih Pickerelweed yang seperti kacang boleh dimasak atau dipanggang untuk dimakan manakala Water Hyacinth tidak.

Info mengenai Pickerelweed (klik sini).
Info mengenai Water Hyacinth (klik sini).

 Teringat pula cerita kanak-kanak dulu bila tengok katak ni duduk atas daun Water poppy. Ringan betul ya katak, tak tenggelam langsung daun water poppy ke dalam. Bulan puasa ni panas-panas main air je lah kan.
 Katak oh Katak, kenapa engkau tak panggil hujan, 
 Macam mana aku nak panggil,
 Rumput panjang sangat,
 Rumput panjang sangat.

 Rumput dah kena potonglah walaupun kerbau tak makan, pendek benar rumputnya sekarang.

16 ulasan:

Seri7ujuh berkata...

Salam Diana,
ada baja khas utk tanaman air ni yg Diana guna x?

Julie22 berkata...

Sukanya Julie tengok pokok bunga keladi bunting ni kak, teringat masa kecik2 dlu bunga nilah yang selalu Julie petik utk main pondok2 dgn kawan2, tapi pas tu mesti dmarah emak sebab bunga ni banyak tumbuh dalam parit, sekaligus habis kotor baju sebab berendam dlm air parit sambil menuai bunga keladi bunting ni, bestnya zaman kanak2ku hihi..........

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Seri7ujuh,

Tiada baja khas yang tukang kebun gunakan. Tumbuhan air yang suka kawasan cetek sukakan tanah yang dari kesan reputan ataupun kompos semulajadi macam sumber daun kering dan sebagainya. Kalau kemas laluan parit/longkang keliling rumah boleh je jadikan hasil kumpulan/tanah kotoran tersebut untuk tanah tumbuhan air seperti di atas.

Salam Bahagia Julie,

Teringat pula zaman dulu baju kotor sebab main dekat kubang kerbau yang banyak di depan rumah sebab tangkap berudu. Dulu takde geng perempuan sangat jadi kena main style ala-ala boys punya cara main bila balik kampung.

Unknown berkata...

-Crinum-
pagi td sebelum g kerja sy sempat jenguk pickerweed... yea!!! Ada putik bunga dah, tggu ms nk kmbang la tu... pokok ni saya letak sekali dgn ank ikan keli... so kat sini jimat masa & duit sal najis ikan keli akn jd baja utk pokok nie.. ikan gapi pun boleh... so disamping tu pokok nie jugak akn jd sumber mknan utk ikan2 sekalian..
.natural fertilizer... ^_^

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nuriem Story,

Pesanan bulan lepas yang diterima bukan pickerelweed tetapi water hyacinth dan kidneyleaf mudplantain. Eloklah letak bersama dengan keli mereka suka jenis berlumpur.

Unknown berkata...

zinnia cactus
saya pantang tengok bunga warna purple..mesti nak sgt jadi koleksi..kalau dapat nak semua halaman bunga warna purple..berminat saya kat keladi bunting ni..cantik

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Raiyan Jazlan,

Samalah taste kita, saya pun suka sangat warna bunga purple. Keladi Bunting ni memang senang bela.

Unknown berkata...

saya nak lah benih keladi bunting ni..macam mana nak pos ke sarawak dapat ke sis?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Raiyan Jazlan,

Boleh cuba pos ke Sarawak keladi bunting ni.

Unknown berkata...

boleh x tlg poskan keladi bunting ke kemaman?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Hafize Harun.

BOleh pos laju ke kemaman pokok tumbuhan air seperti keladi bunting.

Tanpa Nama berkata...

Salam....masih ada lagi ke benih keladi bunting untuk dijual?saya di selangor.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

InsyaAllah ada lagi.
Details email (kebunkmg@gmail.com)

Unknown berkata...

salam..ada lagi ke biji benih keladi bunting?

Unknown berkata...

salam..biji benih keladi bunting ada jual ke?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Rahimi Jaafar,

Untuk keladi bunting kami hanya bekalkan pokok sahaja, bukan biji benih.