No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 5 Januari 2015

White Impatiens balsamina with purple splash

  Awal tahun 2015 juga, musim bunga Impatiens balsamina masih berterusan. Moga bunga Impatiens balsamina terus menceriakan Kebun Bahagia Bersama hinggalah Tahun Baru Cina. Untuk memastikan jenis bunga Impatiens balsamina berterusan musim bunganya biasanya di Kebun Bahagia Bersama kami mengamalkan prinsip 'succession sowing'. Di mana dari bulan Oktober hinggalah ke February, tiap-tiap bulan akan kami menyemai biji benih Impatiens balsamina sekurang-kurangnya sekali.
 Impatiens balsamina adalah nama botani bagi bunga keembung ataupun inai pacar. Biji-biji benih Impatiens balsamina amat mudah tumbuh bila hujan kerap bertandang. Biasanya pada musim hujan tabur sahaja biji benihnya sangat mudah ianya naik dan anak-anak pokok pindahkan di tempat yang menerima cahaya matahari yang banyak paling sesuai. Bila hujan kurang atau musim panas elok biji benihnya disemai sedalam 0.3~0.5cm dalam tanah pastikan ianya tidak kering dan anak-anak pokok dipindahkan ke kawasan yang menerima separa cahaya matahari (partial shade). Pokok keembung biasanya tak fussy dengan jenis tanah boleh ditanam dengan tanah jenis clay sehinggalah berpasir.

Tips pemindahan anak-anak pokok Impatiens balsamina boleh refer ke posting ini (klik sini).

  Sesiapa yang kulitnya terlecur ketika memasak bolehlah ambil bunga-bunganya tempek-tempek di tempat yang melecur ada cooling effect. Jus dari bunganya dikatakan dapat membantu merawat gigitan ular.
  Antara koleksi bunga Impatiens balsamina yang sedang berbunga di Kebun Bahagia Bersama ialah jenis bunga putih dengan kelopak berlapis yang ada  bercampur jaluran warna ungu. Jenis yang ini ketinggiannya sederhana. Sebelum balik ke Sabah sempat menuai batch baru fresh seeds jenis Impatiens balsamina ini dan masih berterusan menuai biji-biji benihnya untuk stok tahun ini selagi masih ada. Biji-biji benih Impatiens balsamina jika disimpan dengan elok boleh disimpan sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun.

~ White Impatiens Balsamina with purple splash ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

  Impatiens balsamina Candy Rose yang tumbuh bersebelahan Red Torch Mexican Sunflower juga makin meninggi berbanding dengan bulan lepas (related posting klik sini). Semua jenis biji-biji benih Impatiens balsamina yang dibekalkan adalah dituai sendiri dari Kebun Bahagia Bersama.

~ Impatiens balsamina Candy Rose ~
Anggaran 25 biji benih dalam 1pek RM3.00 .

8 ulasan:

Kakzakie berkata...

Combination warnanya tu yg menarik betul di mata kakak. Purple+putih tu cantiknya..

Julie M berkata...

Cantiknya kak :) yg Julie beli dgn kakak tempohhari pun tengah berbunga dgn cantik sekali...kembung peppermint stick dah ada stock ke kak ? hehe...

Tanpa Nama berkata...

pokok bunga yang senang tumboh kalau pandai susun atur lagi nampak menarik


jafmy

Normala Saad berkata...

mmm..cantik color purple + putih tu. kak masih ternanti-nanti balsam dirumah ni nak keluar color apa..hasil benih tukar suka sama suka...

@na berkata...

As salam...
harap tahun baru ni KBB sentiasa ceria dan sukses!
SElamat Tahun Baru kepada seluruh keluarga KBB...

mohd azmi berkata...

Macamana nak beli benih nya ya??

mohd azmi berkata...

Macamana nak hubungi ya??saya betul2 berminat..kalau ada sila call saya 0195899938

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia kakZakie,

Kalau kenduri kahwin tema purple and putih macam ini pun menarik juga kan.

Salam Bahagia Julie,

Bunga balsam kalau musim hujan di full sun masa waktu gini di Lembah Klang pun amat menyerlah sekali.
Blackberry trifle. InsyaAllah ada kut.

Salam Bahagia Jafmy.

Memang senang sangat tumbuh dan tak remeh penjagaannya bila kena musim bunganya.

Salam Bahagia Kak Mala.

Musim hujan ni yang benih letup-letup sendiri banyak hasilkan volunteers sekarang ini. Tunggu pindah-pindahkan sahaja.
Looking forward tengok warna apa di kebun Kak Mala.

Salam Tahun Baru Ana,

Amin.
Moga tahun ini mendapat lebih berkat dariNYA.

Salam Bahagia Mohd Azmi.

Further details boleh dapatkan dengan menghantar email ke (kebunkmg@gmail.com).