No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 2 Jun 2015

Rendang Itik PertamaKu

  Salam Bahagia semoga pembaca sekeluarga semuanya diberikan nikmat rezeki kesihatan untuk melalui musim demam melanda sekarang. Bukan sahaja benda hidup seperti manusia yang demam dalam Kebun Bahagia Bersama ini, anak kucing Panther dan binatang-binatang ternakan AVIAN juga ada yang demam. Agak sibuk kebelakangan ini, jadi gambar-gambar catatan tuaian sepanjang akhir bulan Mei 2015 ini lambat nak upload. Jumaat lepas Tukang Kebun ada tuai antaranya ialah Daun Puding Belacan dan Daun Salam untuk antara bahan Rendang Itik.
   Pertama kalinya dalam sejarah hidup Tukang Kebun buat rendang itik. Sayang pulakan kalau daging itik duduk terperap dalam freezer lama-lama yang sembelih hari tu (related posting klik sini). Tukang Kebun tak biasa makan daging itik dari kecil jadi buat khas untuk anak-anak supaya mereka tak memilih makanan. Jadi rasa kepedasan rendang pun agak mild dari biasa. Nak kena biasakan dari kecik-kecik, itupun mula-mula semua dewasa disuruh senyap jangan beritahu yang itu daging itik. Nak pancing si Rayyan pula makan daging itik. Lepas Rayyan makan, Tukang Kebun buat-buatlah tanya sedap tak rendang mama buat tadi. Rayyan kata sedap, barulah diberitahu tadi pakai daging itik walaupun Rayyan dan suspek awal-awal. One of the thing in mama life nak buat rendang/masakan itik boleh right done hajat kecil tercapai. 
  Bila anak-anak boleh makan daging itik barulah ada motivation Tukang Kebun nak bela jenis itik daging ini. Kalau masih ada masa terluang lepas raya baru Tukang Kebun buat batch-batch baru stok bekalan ayam dan itik nak bela dari baby. Sekarang ni cuma nak besarkan apa yang ada dahulu sahaja untuk preparation raya (yang ingin booking buat reservation ayam kampung boleh). Dearest hubby pun kata office matenya berbangsa Cina juga kalau boleh nak buat reservation stok masa berpantang bulan November nanti beberapa ekor ayam kampung dan itik daging. Ada juga share resepi cara masakan itik bagi bangsa Cina, masak dengan halia dan taucu. Kalau diberitahu awal-awal InsyaAllah mudah nak rancang-rancang. Bila mood malas kebelakangan ini tak cukup tangan nak pergi tuai, tuai jelah ulam raja dan daun assam gelugor yang menghadap pintu dapur cicah dengan sambal belacan belimbing buloh. Si Rayyan dan Abbiyana rajin betul meratah daun assam gelugor.
  Asyik lupa sahaja nak intai buah belimbing besi masak atas pokok betul-betul sebelah pagar depan. Sampai dah ranum sangat jatuh-jatuh ke tanah. Dari dibiarkan begitu sahaja baik bagi je dekat itik-itik telur tu. Dalam banyak ulat lagilah ayam dan itik suka makankan. Buah kuning-kuning telur yang ranum betul jatuh sampai pecah-pecah ke tanah pun tidak membazir mesti dikutip dan diberikan kepada ayam kampung (batch raya) dan itik telur.
   Antara yang dapat dituai juga adalah seperti kacang panjang dan asparagus. Kalau yang jenis renek macam asparagus dan kacang panjang renek kekadang habis dimakan oleh ayam-ayam. Yang membuatkan Tukang Kebun malas nak menuai ialah bila tengok dah lebih separuh kena ngap ngap oleh mereka ini. Syukur Alhamdulillah Terung Pipit dan Terung Telunjuk terus menerus menghasilkan buah dengan cuaca sekarang.
   Itik-itik dan ayam-ayam yang dah matang pun Syukur Alhamdulillah adalah juga dapat dikutip telur mereka setiap hari ada beberapa butir. Sebab telur itik lebih murah rezeki sampai Tukang Kebun buat telur dadar campur hirisan kacang panjang untuk anak-anak pertama kalinya. 5 biji telur itik sekali masak untuk buat telur dadar, very rich yolk yang bahagian putih lagi sikit isipadunya berbanding kuning telor.
   Memandangkan minggu ini juga ada rezeki lebih-lebih telur itik (sebutir 70sen), jika ada yang berminat boleh juga dapatkan dari Kebun Bahagia Bersama pada Sabtu petang ini. Kalau rajin-rajin bolehlah buat stok telur itik masin sendiri. Sekarang harga telur itik masin 1 pek ada macam 4 butir pun dah mahal harganya kan. Gardeners yang ingin ambil sendiri anak-anak pokok atau biji-biji benih boleh juga ambil pada Sabtu petang ini antara pukul 5:30~6:00 di Sungai Buloh.
  Kebun Bahagia Bersama Team Members tumpang bahagia tengok gambar pembesaran Komatsuna Nanane yang dikongsikan oleh Tuan Milik Kebun Kecil Ajer baru-baru ini. Tuan Milik Kebun Kecil Ajer tanya Tukang Kebun boleh dah ke makan komatsuna nanane yang dah besar gini atau nak tunggu besar lagi. Reply Tukang Kebun boleh dah nak tuai, sambil-sambil nak kasi jarak ruang bagi yang lain membesar. Tengok tu pot kecik pun dah berapa komatsuna boleh tumbuh bersama-sama kan. At least 1 pot boleh makan sekali dah sama dah macam beli seikat di kedai. Kalau Tukang Kebun yang daun muda lagi manis jadi suka yang makan yang saiz-saiz baby gini. Tiada ruang? Ahem pot macam ni pun boleh dibela sebelah windowsill ada cahaya untuk sayur-sayuran daun. 

~ Anggaran 50 biji benih Komatsuna Nanane dalam 1 pek RM1.00 ~

5 ulasan:

suka suka berkata...

Tak pernah buat telur dadar dengan telur itik... letak kacang tu biasa la... anak2 suka esp kacang buncis

Nooriah Abdullah berkata...

sedapnya rendang itik tu diana, susah nya disini nak dpt itik yg fresh macam tu., kalau dkt mmg selalu beli dari diana saja itik dan telur nya sekali. sayuran dan ulaman pun teruja kaknoor tengok sukaaaa lah macam2 ada..

asyraf_h berkata...

Assalam, sayaada pertanyaan. Bagaimana hendak menyingkirkan serangga perosak yg memakan daun daun?

imm hassan berkata...

imm pun tak pernah makan itik biasa.. kalau itik serati pernah, tu pun sekali je huhu

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mar.

First time sejak bela ternakan ayam dan itik ni, masuk bulan ini bilangan rezeki telur itik lagi banyak dari telur ayam tiap hari.
Itu yang gunakan telur itik buat telur dadar pula.

Salam Bahagia Kak Noor,

Kalaulah dekat Malaysia ini sistem pengeposannya baik macam di Jepun Kak Noor ramai juga teringin minta tolong pos kan.
Kalau dekat Jepun perkara biasa pos bahan makanan sebab harga pos sana tak mahal di sini.
Dekat Jepun kekadang keluarga dari kampung boleh pos makanan segar seperti sayur-sayuran kepada anak-anak yang kerja di bandar besar dengan keadaan elok dalam kotak.
Juga ada service pengeposan untuk frozen goods.

Salam Bahagia Asyraf_h.

Kalau ulat-ulat kami kutip-kutip je bagi ayam atau pinch in the spot sebab dah lali.

Salam Bahagia Imm.

Suami Kak D pertama kali makan itik masa kerja dekat Johor dulu tima raya cina banyak restaurant buat menu roasted peking duck. Dia tak gemar style masak tu. Nasib baik bini masak rendang itik dia tak cakap banyak telan je hehehe....jadi nak kena berlatih masakan itik di KBB ni.