No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 11 September 2015

Here Comes Hippeastrum

   Tahun ini rajin juga keluarga amaryllis berbunga cuma Tukang Kebunnya tak sempat nak tatap belai atau gadget ambil gambar tiada di sisi. Sebagai contoh jenis amaryllis di atas dah pun berbunga sekurang-kurangnya 2 kali rasanya tahun ini. Tahun lepas pula merajuk tak berbunga langsung. Mengejutkan Tukang Kebun rajin pula dia nak berbunga tahun ini. Untuk peminat bunga amaryllis yang ingin menambah koleksi bulan ini, Kebun Bahagia Bersama buka pre-orders untuk bawang amaryllis seperti di bawah. Tarikh tutup pesanan pada 22hb September 2015. Pembayaran diterima sebelum 26hb September 2015. Penghantaran minggu ke-2 bulan Oktober 2015.
   1 bulb Devil Smile RM50.00.
Kelopak bunganya bentuk heart-sharp, biasanya runcing.

Gambaran mengenai Devil Smile boleh intai di posting sebelum ini (klik sini).

 1 bulb Double Ribbon RM50.00.
Jenis bunga besar dan kelopak berlapis.

 1 bulb Tenshi no Ekubo RM50.00.

1 bulb Momo no Sato RM60.00.
 Yang biasa dilihat corak ini warnanya merah terang, yang ini macam pinkish sedikit dengan kelopak di belakang ada jaluran berwarna putih.

1 bulb Shiroi Harukaze RM80.00.
 Bentuk bunganya seperti bunga Lilium. Depan kelopak warna putih suci. Manakala belakang kelopak berjalur merah. Walaupun bunganya putih, bud bunga warna merah. Biasanya bud bunga warna hijau.

Nak cuci mata lagi boleh tatap dalam posting sebelum ini (klik sini).

1 bulb Hajirai Sugata RM60.

Nak tengok 360 degree pandangan jenis ini boleh tatap dalam previous posting (klik sini).

1 bulb Hatsukoi Mitai RM60.00.
Mirip macam Hajirai Sugata tapi ada sedikit jalur kemerah-merahan di hujung kelopak.

1 Bulb Double Hallelujah RM60.00.
Bunga kelopak berlapis warna putih dengan ada jalur-jalur merah di tengahnya.

Double Top White RM50.00.
Bunga warna putih berlapis-lapis.

 1 bulb Trumpet Angel RM50.00.
 Rupa bentuknya macam bunga lilium berwarna putih jenis Trumpet Lilium.

1 bulb Evening Butterfly RM80.00

Cerita Evening Butterfly boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

1 bulb Flamingo Spider RM200.00.

 Yang ni jenis hippeastrum adik beradik sama dengan Evening Butterfly yang macam rama-rama, bak kata orang Peranchis "Pappilon". Bentuk dan warna bunga sangat unik.

  Setiap jenis ada bilangan limited. Priority untuk gardeners yang reserved dulu.

8 ulasan:

Kakzakie berkata...

Memang menarik sangat especially yg merah berjalur putih tu:)

Norish.NN berkata...

sy pnya dh dkt 2 thn tk keluar bunga nya. Huhu...

Normala Saad berkata...

Kak cuma ada satu jenis je yang kat gambar Diana. Yang no satu. lain2 Lily kat rumah yang jenis kampung punya...

AMIIZAA berkata...

salams diana,

akak baru nak start semula membelai famili ni....adeh lama akak punya tak berbunga...

Yusla Mahat berkata...

Ummi suka bunga, belum berkesempatan nak menanam bunga

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Ada juga warna adik beradiknya rare warna biru.
Tapi harga terlampau boleh tahan .

Salam Bahagia Sis Norish.

Hippeastrum ni tak boleh terlampau manja nanti malas berbunga, asyik sibuk beranak-pinak je.
Nak kena ada musim dormant kering tak perlu siram.

Salam Bahagia Kak Mala.

Yang No. 1, Diana beli dekat Tamu Gaya dulu rasanya.

Salam Bahagia Kak Mieja.

Tok sah belai-balai sangat biarkan dormant kering kalau nak dia berbunga.
Elok cabut, bawang keringkan dekat tempat yang kurang cahaya.
Kalau rajin masuk dalam peti ais tempat sayur kejap.
Pastu baru tanam balik.

Salam Bahagia Ummi Yusla.

InsyaAllah suatu hari diberi kelapangan untuk menanam bunga.

Tanpa Nama berkata...

Ade lagi x stock

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Jika yang dalam collection ini tiada ready stock.