No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 20 September 2015

Minggu Musim Kapas dan Kuning Telor

  Catatan hujung minggu Tukang Kebun untuk minggu ini sebelum berehat tidur. Yang nyata minggu ini adalah musim buah kuning telur dan juga kapas di Kebun Bahagia Bersama.
  Untuk dibuat contoh gambar-gambar tuaian buah kuning telur atau canistel yang dituai hujung minggu ini (Sabtu dan Ahad) adalah dari hasil 1 pokok sahaja. Lumayankan buah yang dihasilkan dari 1 pokok yang sama. Masih ada banyak lagi di atas pokok tengah nak ranum. Untung tanam pokok canistel tak perlu banyak penjagaan dan menghasilkan banyak buah. Yang berminat nak menanam pokok canistel/kuning telor boleh dapatkan juga anak pokok dari Kebun Bahagia Bersama (1pot RM15.00).
   Hujung minggu ini juga gali keluar bawang-bawang berlian dari tanah untuk pesanan yang telah diterima. Kebelakangan ini asyik lupa nak tuai terung telunjuk sehingga banyak dah masak keemasan atas pokok.
  Ada juga buah-buah jambu batu yang dapat dikutip dari 2 pokok yang berlainan jenis. Sebab buah membesar secara organik ada ulat di dalamnya satu fenomena yang tidak asing lagi. Limau kapas buah jadi berpasir-pasir sebab yang duduk di atas tanah sambil membesar kerana kuasa gravity dan dicakar-cakar oleh ayam.
   Rasanya bulan ini ada ayam-ayam betina yang baru matang sedang belajar bertelur. Bertelur merata dan saiz pun kecik semacam. Tukang Kebun rasa kesan jerebu kali ini dekat Kebun Bahagia Bersama ialah dekat ayam dan itik kurang menghasilkan telur. Saiz telur ayam gajah pun tak sebesar macam biasa. Hujung minggu depan yang bercadang self-collect  goodies dari Kebun Bahagia Bersama juga boleh booking fresh duck eggs (sebutir 70sen).
  Sabtu baru-baru ini selesaikan hajat yang terbantut akibat kena sengat tebuan masa Hari Malaysia. Tukang Kebun nak sangat pindahkan anak-anak pokok pisang bantan di tempat yang dah dikemaskan hujung minggu sebelum itu, terpaksalah dearest husband layan dulu permintaan itu before jadi more grumpy. Sambil-sambil itu juga pindahkan anak-anak pokok pisang seperti pisang nangka dan pisang abu yang dah tinggi saiz kira selamat dari dimakan oleh angsa ke tempat yang lapang. Mood jadi bertambah baik bila tengok makin banyak tersusun pokok-pokok pisang dalam kebun. Lepas layan permintaan isteri bolehlah selesaikan pesanan nak masukkan tanah bakar dalam guni-guni makanan ayam.
  Kemudian isteri pula layan hajat si suami nak pindahkan batch yang kami panggil 'ayam pantang' yang hampir berumur 2 bulan ke kandang lebih besar. Luas lebih 2 kali ganda dari kandang sebelum itu. Biar banyak space mereka nak bergerak-gerak exercise dan membesar lagi. Belum boleh lepas saiz ni, takut senang biawak dan kucing boleh makan lagi dengan mudah.
  Dalam batch 'ayam pantang' ini ada ayam kampung, ayam botak dan ayam selasih kacuk. Panggil batch 'ayam pantang' sebab memang yang bakal nak berpantang lepas bersalin anak pertama bulan depan punya booking order. Sekarang ini kalau sambil-sambil merumput dekat belakang rasa rajinlah sikit sebab boleh kasi makan dekat 'ayam pantang' ini juga hasil merumput. Laju je habis daun-daun mereka ratah dan lebih sihat pemakanannya.
  Sekarang kalau kukur kelapa memang paling seronok anak-anak ayamlah. Memang bekas saki baki isi kelapa yang tinggal dekat tempurung untuk habuan mereka. Gambar bawah anak ayam gajah antara 1st born Kebun Bahagia Bersama bulan lepas lahir dengan pertolongan incubator seronok dapat makan. Rasanya batch yang lahir bulan Ogos tahun ini for our easy reference nak panggil 'ayam merdeka'. Batch 'ayam merdeka' malam ini first night tidur di luar rumah dengan kelambu. Nak biasakan tunggu besar sikit nanti pindahkan ke kandang sebelah 'ayam pantang'.
  Yang ini pula sangkar anak-anak ayam lahir bulan September umur semua kurang 10 hari. Tukang kebun saja cuba kasi testing bagi diorang bekas tempurung yang sudah isi dikukur ada baki, wah bukan main seronok lagi patuk-patuk isi makan. Yang berminat untuk dapatkan ayam kampung sudah diproses segar bela di Kebun Bahagia Bersama seekor RM25.
 Pesanan-pesanan yang diterima untuk pengeposan 21hbSeptember2015 dah selamat Tukang Kebun packing, InsyaAllah awal pagi esok akan dipos. Kami masih buka Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk minggu seterusnya (28hbSeptember2015) bagi yang masih berminat. InsyaAllah antara goodies yang available untuk minggu seterusnya adalah seperti buah kuning telur dan lain-lain fresh harvest of the day. Untuk kawasan Semenanjung Malaysia sahaja, 1pek fresh harvest Kebun Bahagia Bersama yang berat hampir 2kilogram termasuk kos penghantaran Pos Laju Malaysia RM21.



6 ulasan:

Kakzakie berkata...

Buah kuning (canistel) tu kakak tak pernah rasa.
Selalu tengok di sini aje.
Menarik pulak bila dah kumpul banyak.
Kalau ciku rumah kakak adalah.

Carlz Jafran berkata...

Anak ayam made in incubator dah semakin besar, sihat2 pula tu. Pn Diana incubator tu beli di mn? Dan harganya? Harap kat kk adalah jual menatang ni.

@na berkata...

sama la kita kak zakie...blum penah rasa buah kuning telur...nmpk mcm buah mempelam kan?

Normala Saad berkata...

Amboi geramnya tengok buag kanistel tu. Buah yang kak order dulu dah semai biji benihnya. Dah naik 2 pokok tapi tak tahu pula nak tanam kat mana. Tak ada ruang. Rasanya nak kena hantar balik kampung juga...

maknafidz berkata...

pokok kapas dah lama x tengok. masa kecik kat rumah nenek dulu adalah.
dah 60 lebih umur saya baru skrng jumpa semula pokok ni.
saya nak beli boleh x tkg kebun kabarkan macam mana. terima kasih.

satu lagi boleh dapatkan saya pokok buah pelaga?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Buah canistel ni adik beradik ciku KakZakie.
Kalau ciku mudah hidup di tempat KakZakie, InsyaAllah canistel juga sama.

Salam Bahagia Carlz Jafran.

Oh incubator tu beli dekat orang tak jauh dari sini pergi collect. Hari tu nampak juga di Petshop ada juga jualnya.
Tengok jenis dalam RM350~450 harganya yang automatic untuk muatkan 48butir telur, tak perlu pusing manual telur sendiri setiap hari.
Kalau jenis manual bukan automatic harga lebih murah.

Salam Bahagia @na.

Nampak macam mempelam sebab warna dan bentuk.
Tapi bukan adik beradik mempelam, canistel ni adik beradik ciku.

Salam Bahagia Kak Mala.

Pokok kanistel ini suka banyak cahaya,
kalau kurang cahaya nanti lambat membesar.

Salam Bahagia MakNafidz.

Biji-biji benih kapas ada kami bekalkan.
Mudah sahaja tumbuh dari biji benih.
Pokok pelaga juga ada.
Untuk maklumat lanjut boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).