No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 25 Julai 2014

Kemarau Kemuning

 Minggu ini pada waktu malam semerbaknyalah bau si Kemuning. Seronok pula duduk di luar sambil perhatikan kanak-kanak riang bermain bunga api di deretan lampu pelita sambil menunggu waktu Isyak. Minggu ini pokok-pokok kemuning di keliling rumah berbunga serentak. Bermeter-meter boleh bau keharumannya terutama pada waktu malam. Bila nampak buah berwarna oren dihasilkan dari kemuning terasa nak merasa pula hampir membuatkan diri ini lupa yang sedang berpuasa. Bukan lebah sahaja yang sibuk menghisap madu dari bunga kemuning. Tetapi pelbagai serangga juga duduk tumpang gembira seperti gambar di bawah. 
 Keliling pokok bunga kemuning banyak nampak keguguran kelopak bunganya yang dah layu macam winter sonata pula tetapi sebenarnya 'Kemarau Kemuning'. Antara bekas yang tukang kebun simpan stok bunga air 'ShiroHanaSakuraTade' pun bermandikan bunga Kemuning. Eloklah jadi sumber kompos yang baik.
 Minggu ini juga Lotus rajin berbunga, nampak ada kudup bunga juga yang muncul dan bakal kembang pada minggu Raya.
 Sedang tukang kebun belek-belek si bunga lotus, terdengar macam ada benda berjalan di atas atap berdekatan dengan kepala. Rupa-rupanya si Gorrum datang tengok bersama. Di sebalik bunga-bunga kertas yang masih tak putus-putus berbunga. Yang kami prune lalu belum berbunga lagi tapi dah naik subur balik, tunggu masa sahaja.

Ramai yang bertolak balik kampung ke hari ini? Drive safely, safety 1st.

7 ulasan:

Shasrine berkata...

Kampung Shas kat kl je.. tukang kebun balik Sabah ke this coming raya?

Bila u mentioned pasal bunga api tu, last night my kids main kat rumah my mum in law tapi baru start main 2 - 3 batang bunga api, orang datang sembur nyamuk pulak. Pelik malam-malam sembur nyamuk, selalu pagi or petang je.. terus kena masuk rumah. Kesian my daughter sedih baru dapat main sekejap.

Nasa Mulia berkata...

Kita raya kat PJ jer, lepas raya baru balik kampung...jom kita mulik...

Julie Tan berkata...

Saya suka sangat baca tentang simple life terutama skali yg back to nature. Your narration so vivid. Selamat Hari Raya sekalian.

Normala Saad berkata...

Selamat Hari Raya Diana. Maaf Zahir Batin. Kak dah bank in untuk seed petunia. Please cek email ya. Penghantaran lepas raya is OK.

suka suka berkata...

Selamat Hari Raya Diana.. maaf zahir dan batin

Unknown berkata...

-Crinum-
Geram tengok lotus, saya punyer semai dah, tapi tak menjadi, tuah tak menyebelahi saya la tu, next time la nak cuba lagi semai... hopefully berjaya..
selamat hari raya buat KBB sekeluarga maaf zahir dan batin....

TukangKebun berkata...

Dear Shas,

Biasanya kami tak raya Aidilfitri dekat Sabah.
Untuk anak-anak rasa suasana Aidilfitri di kampung kami balik Terengganu. First time pula dengar orang datang sembur malam-malam. Mungkin tak larat kut nak sembur belah siang masa Ramadhan ni. Tak pe bulan Syawal ni masih boleh bermain bunga api.

Dear Nasa Mulia,

Tak pe raya sebulan. Dekat kampung lebih sesak dari Lembah Klang.

Dear Julie.

Thank you for the wish dear. Hehehe...thank you for following the garden journey.

Dear Kak Mala,

Salam Lebaran. Minta Maaf Zahir dan Batin juga. Biji benih petunia sudah kami pos hari Khamis baru-baru ini. Thank You.

Dear Kak Mar.

Salam Raya Aidilfitri, kosong-kosong ya.

Dear Nuriem,

Biji benih lotus percambahan variable, kalau tak tebuk lubang hati-hati ambil masa lama juga nak bercambah. Ada juga lotus seeds yang tukang kebun semai sampai 4 bulan lebih baru bercambah. Biji benihnya keras jadi ambil masa nak bercambah.