No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 28 September 2014

Blue Twilight

 Yang mula meriah kembali selepas kena pruning di sebelah pagar depan ialah "Blue Twilight". Pokok bunga berwarna lilac ini juga dipanggil "Blue Crossandra". Selepas pruning dah mula banyak bercabang-cabang menjadikan pokoknya rimbun semula. Bila dah habis berbunga pangkas sahaja bunga-bunga yang layu. Pokok bunga ini selesa duduk dalam kawasan yang kurang menerima cahaya matahari dan juga boleh dibela ditanam di dalam pasu sesuai untuk balcony yang mempunyai limited ruang yang menerima pencahayaan (make your balcony green). Pokok bunga yang tak suka air yang banyak. Warna rona hijau daunnya bergantung kepada faktor jenis komposisi tanah. Nampak seperti bunga exotic tapi sebenarnya adalah bunga native kepada negara kita jadi mudah hidup dan tahan lasak.

Info "Blue Twilight" posting sebelum ini (klik sini).

~ Blue Twilight (Blue Crossandra) ~

1 pot for RM7.00

9 ulasan:

cucubulat berkata...

cantik bunganya! sekali tengok mcm bunga orkid pulak.

Julie22 berkata...

Cantiknya, tergoda tgk...

sud@is berkata...

Sangat cantik twilight ni..ada bau?...kalau tak berbau pun takpa ..nikmat mata..

Normala Saad berkata...

Di Langkawi ada tumbuh liar dipinggiran kampung atau belukar kecil. Biasa tanam dulu tapi local panggil menjarum hutan. Cantik bunganya.

AMIIZAA@Mieja berkata...

cantiknyaaaa.....sejuk mata memandang:)

nadia rashid berkata...

Ingatkan bunga orkid td..cantik bentuk die

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia CucuBulat,

Ohhh ada nampak macam bunga orkid ya, tapi pokok ni jenis renek dan batangnya tak keras.

Salam Bahagia Julie.

Dah pernah hantar ke Pontian dulu kan?

Salam Bahagia Sud@is,

Yang ini takde bau, jamu mata sahaja.

Salam Bahagia Kak Mala,

Dipanggil Menjarum hutan ya. Rasanya di Langkawi memang banyak. Senang jaga pokok ni. Bila merimbun sangat cuma pangkas ja.

Salam Bahagia Amiizaa,

Warnanya lembut bagus untuk mata hehehe...

Salam Bahagia Nadia.

Bentuk bunganya unik.

sexy berkata...

Salam. Ada tak lagi benihnya. Pindah dan tak sempat tanam, terendam air. mungkin mati. Sepanjang sexy tinjau, hanya sexy je yang ada pokok ni. Bertahun tanam dh sekaki lebih tingginya, bunga purple purple sebesar hujung jari sexy yang comel ni & tahan lasak. Sedeyyy.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sexy,

Ya pokok ni memang lasak dan sesuai tanam dengan cuaca kita sebab asal negara kita.
InsyaAllah masih ada anak pokoknya.
Pokok ni pun jenis cepat membesar.