Salam Bahagia semua minta maaf cuaca minggu ini sedap buat kerja dekat luar jadi Tukang Kebun banyak meluangkan masa di luar semenjak kebelakangan ini jadi snail mail reply ya. Kalau yang memakai yahoo email kekadang bermasalah tak sampai ke Tukang Kebun. Harap cuba hantar email lagi sekali kepada Tukang Kebun ya. Cuaca yang kurang panas berbanding minggu-minggu lain memudahkan kerja propagation. InsyaAllah bulan depan ada beberapa jenis pokok-pokok citrus akan boleh kami release dari kebun kecil kami untuk yang berminat.
Hari ini mari kita cuci mata tengok Ros Jepun jenis Pink Flush. Kembang selapis berwarna putih tapi ada kena colek berwarna merah jambu. Jantung tengahnya berwarna kuning. Kalau diamati betul dari jantungnya seakan keluar tangkai bunga kecil berwarna putih macam sifat bunga pokok naga pun ada. Kalau dalam kategori Ros Jepun ini saiz diameter bunganya ialah jenis besar. Lebih besar dari duit syiling lama 50 sen. Duit syiling baru sekarang tengok 20 sen dan 50 sen pun Tukang Kebun masih keliru. Daunnya jenis jejarum.
~ Portulaca Pink Flush ~
1 bekas RM7.00 (kebunkmg@gmail.com).
Syukur Alhamdulillah minggu ini tumpang bahagia tengok bunga-bunga matahari hasil perkongsian dari kebun Eira di Kuala Lipis (related posting klik sini) kembang mekar di kebun Kak Has di Tanjung Malim, Perak.
Terima kasih Kak Has sudi kongsi-kongsi gambar menceriakan urusan hari ini.
Gambar pertama kesimpulan antara tuaian di Kebun Bahagia Bersama hujung minggu lepas. Bulan April tahun ini cuacanya antara faktor rancak sungguh pokok-pokok asparagus menghasilkan tunas baru. Betik ini yang dah hampir masak kalau dibiar ranum betul di pokoknya memang jadi rezeki makhluk Allah yang lain, baik dituai dari dibiarkan.
Kebetulan hujung minggu Big Boss ada, jadi dapatlah tanya jenis pisang apa yang dah hampir masak di belakang kebun yang menjadi tanda tanya Tukang Kebun. Menurut Big Boss jenis pisang ini sama dengan jenis pisang merah yang ada di Kebun Bahagia Bersama (related posting klik sini). Big Boss kata memang baka pisang merah yang dibawa balik serentak dengan pisang berwana hijau nak kekuningan ini jenis sama dan dalam bahasa ibunda Dusun-Kadazan kawasan Big Boss dipanggil 'Pisang Kadau'. 'Pisang Kadau' baka ada jenis merah, dan ada jenis kehijauan adalah maklumat yang Big Boss berikan.
Bila Tukang Kebun flashback bentuk pisangnya memang ada mirip seperti salah satu rumpun pisang merah belakang di kebun. Mula-mula puas juga memikirkan ini jenis pisang apa sebelum Big Boss balik.
Hari Rabu malam minggu ini, Tukang Kebun open slot available untuk self-collect Pasar Online Kebun Bahagia Bersama. Hari Sabtu ini Tukang Kebun tak dapat nak buat self-collect Pasar Online Kebun Bahagia Bersama tak sempat, cuma available self-collect untuk pokok-pokok dan biji-biji benih sahaja. Self-Collect malam hari Rabu akan datang ini untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama antara yang terkandung dalam pakej ialah buah canistel, pisang kadau dan nangka muda. Ikut keadaan cuaca tengok sempat atau tidak, InsyaAllah akan dicuba pelbagaikan lagi kandungan dalam pakej Pasar Online Kebun Bahagia Bersama. Cuaca sekarang kerap hujan petang, kekadang tengahari lagi dah hujan turun, jadi ikut keadaan cuaca. Yang comfirm, buah canistel, pisang kadau dan nangka muda (Reservation Pasar Online accept before 12:00PM Wednesday for Self-Collect, 1 pakej RM7.00).
Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk slot penghantaran 5hb Mei 2015 available bagi yang berminat (1 pakej termasuk Kos penghantaran Pos Laju Semenanjung Malaysia RM21).
SELF-COLLECT SCHEDULE THIS WEEK:
~ 29hb April 2015, Rabu dari pukul 9:00malam ~ 9:30 malam di Sungai Buloh.
~ 2hb Mei 2015, Sabtu dari pukul 5:30petang ~ 6:00 petang di Sungai Buloh.
Minggu ini hari Isnin dan Selasa berderet buat pengeposan Pos Laju Malaysia. Banyak kiriman Pos Laju Malaysia ke Sabah dan Sarawak minggu ini. Bilangan stok kotak prepaid tak cukup dekat rumah, jadi kebanyakkan pengeposan ke Borneo dibuat pada hari Selasa. Yang belum lagi dapat tracking no. dah confirm order pada hari Ahad, InsyaAllah hari ini dipos.
Salam Bahagia. Tuan Tanah dan Big Boss balik Kebun Bahagia Bersama petang semalam. Biasalah dah berbulan tak jumpa mama dan papa semua bermanja-manjalah. Dah 3 anak pun masih nak duduk bawah ketiak mama. Big Boss pun pertama kali tengok si Panther. Comel katanya patutlah anak dara mama seorang tu sampai patah gigi depan geram sambil bermain tengok si Panther ni. Hilanglah seri dengan berjenaka, sebab adik kata nampak ada serupa si Panther di kedai harga nak seribu, mama kata kalau adik jual Panther setengah harga bolehlah buat gigi. No you don't, Panther is officially along yang punya.
Petang kami beriadah di luar laman, Big Boss dan Tuan Tanah sebenarnya excited sangat tengok kami dah berjaya dapatkan sepasang anak angsa secara pengeraman semula jadi. So this is Angsa Bahagia Bersama family punya reunion. Esok anak angsa Momo and Koko pun dah nak masuk 2 minggu umurnya. Angsa yang sihat elok bagi mereka makan banyak rumput. Tapi Tukang Kebun selalu nak kena keep on eye bila angsa dewasa diberikan happy hour main area frontyard. Sebab paling mereka suka nak makan tumbuhan-tumbuhan air Tukang Kebun dengan rakusnya. Sekelip mata boleh togel dikerjakannya kalau tak tengok gerak geri mereka.
Agaknya excited kut dapat jumpa anak-anak mereka, si Kuning tiba-tiba dengan rela hati bagi chance dekat Tukang Kebun peluk dia pula. Pertama kali Tukang Kebun dapat peluk si Kuning ni.
Sekarang ni pokok nangka dah berbuah semula di Kebun Bahagia Bersama. Tangkai yang banyak buah, bolehlah ambil beberapa buah nangka muda untuk dibuat sayur. Kalau banyak kongsi buah-buah nangka setangkai, nak buah yang besar elok tinggalkan hanya 1~2 buah kongsi setangkai je. Tiba-tiba teringin nak makan udang galah masak lemak campur nangka muda. Bahannya cuma bebawang dan udang galah je nak kena beli, lain dari kebun sendiri macam santan dan buah nangka muda. Syukur Alhamdulillah. Jimat banyak.
Sebelah malam, tukang kebun temankan Tuan Tanah dan Big Boss ke pasar malam. Yalah makanan di Sabah dan rasa berbeza dengan di Semenanjung Malaysia jadi macam-macamlah mengidam. Hati terasa hiba tengok raut-raut wajah yang mencari rezeki menjual secara kecil-kecilan. Dengan adanya GST 6% kesannya sangat mendalam untuk peniaga-peniaga kecil dan pengguna-pengguna lebih lagi sumber pendapatan sekeluarga kurang daripada RM3000 sebulan. Terutamanya Ibubapa yang mempunyai lebih dari 3 anak sedang bersekolah pasti akan terasa bila GST 6% sudah dilaksanakan.
Jika peniaga kecilan contohnya menjual makanan naikkan harga, pengguna pula akan boikot. Jadi ada sebahagian pun memang tak berani nak naikkan barang walaupun mereka terpaksa mengeluarkan modal lebih banyak sekarang dengan harga yang sama sebelum GST 6%. Ke pasar kali ini bersama Tuan Tanah, lebih membuka mata Tukang Kebun kepada keperitan kesan GST 6% kepada ramai orang. Kebetulan kami membeli di gerai laksa yang selalu Tukang Kebun singgah beli, terkedu Tukang Kebun apabila pakcik di gerai itu menyapa Tuan Tanah bertanya; "Lama tak nampak abang sekarang, sudah lama berdiam". Pertama kali Tukang Kebun tengok raut wajah pakcik gerai laksa itu menunjukkan wajah yang sedih seperti dalam keperitan cuba tabah dengan situasi perubahan di dalam tanahair sekarang. Sesungguhnya kami faham mendalam maksud pakcik gerai laksa itu. It was really sad cos I knew this is a man not usually show his true emotions. Berapa kali dia sebut dekat papa, abang diam je sekarang. Untuk menenangkan perasaan pakcik gerai tersebut, terpaksalah Papa balas, abang sekarang tak duduk sini, dah lama duduk di Sabah.
Bukan sahaja pakcik gerai laksa yang asyik bertanya dekat Papa, lama diam je. Peniaga-peniaga gerai di pasar malam yang mana kenal wajah Papa semua bertanya soalan yang sama, semuanya ada makna tersirat. Pertama kali papa balik ke Semenanjung Malaysia sejak ada GST, semuanya bertanya lama Papa mendiam. Sebelum ini ke pasar, soalan yang biasa menegur Papa ialah khabar kesihatan. Kali ini ramai memberikan maksud mendalam untuk Papa kembali bersuara untuk pihak pengguna. Bila Tukang Kebun perhatikan raut wajah mereka amat berlainan sebelum GST 6% banyak keperitan di situ bila diteliti.
Hiba hati Tukang Kebun ramai menderita dengan dasar kerajaan sekarang. Lama sudah hati ini hiba bila setiap kali terkenang menghitung nak beli barang, bukan diri sendiri Tukang Kebun fikirkan. Tapi terfikir nasib ibubapa lain yang mempunyai tangunggan lebih banyak dan sumber pendapatan sekeluarga yang lebih kurang daripada kami lebih perit mereka terasa. Lepas kami makan malam semalam pergi melawat atuk dan nenek di Kepong, Atuk pun kata terkenangkan mereka yang mempunyai lebih 4 anak nak kasi membesar apalah nasib mereka dengan adanya GST ini. GST ini akan menganiayakan golongan sumber berpendapatan rendah kerana tiada pengecualian. Berat bahu sendiri memikul lebih ramai ada yang lebih berat bahunya hendak memikul. Bila Tukang Kebun tengok papa bila dia membalas pertanyaan Tukang Kebun what's is going on? "Ramai mengharap there will be someone to champion for them. A consumer champion." I wonder how he copes with all the expectation on his back. Semoga lahirnya ramai yang berani untuk bersuara for what is right.
Sorry I want to speak up what is on my mind. I believe in freedom of speech.
Minggu ini baru Tukang Kebun perasan yang rumpun pecah kaca atau juga dikenali sebagai pecah beling (Strobilanthes crispus) telah mulakan musim bunganya. Mula-mula teragak-agak juga kenapa daun pecah kaca ini makin menirus dan mengecil di bahagian atasnya. Dalam hati ada juga terdetik mungkin ada possibility ianya juga pokok herba yang menghasilkan bunga juga. Sudah lebih 2 tahun umurnya dan minggu ini pertama kali Tukang Kebun lihat ianya berbunga di Kebun Bahagia Bersama. Cantik juga bunganya yang berwarna kuning mirip kepada bunga alamanda.
Pokok pecah beling ini amat terkenal zaman dahulu dijadikan ulam kerana dikatakan terdapat pelbagai khasiat. Sebagai ulam sehari pun tidak banyak sekadar 2~3 helai sehari sudah memadai untuk menjaga kesihatan diri. Yalah zaman dahulu tiada supplement synthetic, mereka mengamalkan natural food untuk menjaga kesihatan tidak perlu belanja banyak (free supplement/medicine) to keep healthy. Mereka yang ada kolestrol tinggi atau kencing manis boleh ikhtiar jadikan 2~3 helai pecah beling sebagai ulam makanan teratur setiap hari. Apatah lagi memang pokok ini amat popular digunakan sebagai rawatan natural untuk pecahkan batu-batu karang di dalam badan untuk pesakit (kidney stone). Biasanya orang yang takut kena bedah sebab batu karang biasanya gunakan rawatan dengan pecah beling sebagai usaha alternatif. Rebus lebih kurang 7 helai daun dalam 2 liter air sehingga airnya pekat lebih kurang setengah jam. Minum setengah gelas sehari (air rebusan boleh simpan dalam peti ais). Tetapi lebih baik tanya orang yang pakar dalam bidang ini terlebih dahulu.
Kajian yang telah dilakukan mendapati Pecah Kaca mempunyai kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusan/jus daun Pecah Kaca mempunyai nilai pH alkali yang rendah. Kalau mereka yang rajin minum air lemon sebab ianya berunsur alkali pasti akan faham kenapa minuman yang ber-alkali bagus untuk maintain kesihatan. Selain itu Pecah Kaca mempunyai unsur kandungan yang boleh melawan retrovirus mengikut kajian untuk perang sel kanser, tumor, dan leukimia. Walaupun clinical study on human belum dibuat secara terperinci, tetapi adalah salah satu alternatif perubatan yang ikhtiar mencari cure. Patutlah orang zaman dahulu takde diagnosed sakit yang menakutkan compare dengan lifestyle kita sekarang. Process food and preservatives might be one of the culprit creating many chronic sickness.
Pokok Pecah Kaca jenis cepat membesar boleh mecapai 2 meter lebih kalau yang rajin nak jadikan pagar rumah (hedge) dalam setahun. Kalau tak nak tinggi rajin-rajinlah cantas. Salah satu sifatnya juga ianya boleh juga hidup subur di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari. Jadi yang kekurangan ruang tidak mempunyai banyak cahaya nak reserve untuk edibles, letak je pecah beling dekat tempat paling tak hospitable dalam ruang yang ada. Ianya juga sesuai duduk dalam pasu (kalau dalam pasu kena rajin siram sikit).
Gardeners yang tersentuh ulat atau kena semut rasa gatal-gatal bolehlah gesek-gesek daun Pecah Kaca di tempat yang gatal sampai keluar jus. Tukang kebun tengah seronok pula tengok Pecah Kaca ini berbunga nampak macam pokok hiasan pula, biasanya evergreen je sepanjang tahun. Pecah Kaca ini selalu neglected je tak pernah dibelai tapi hidup subur bahagia sekali, pokok yang sesuai untuk novice gardeners.
Berdekatan dengan pokok Pecah Kaca yang sedang berbunga juga menghadap ampaian ialah Heliconia Guyana yang bunganya dwi-warna juga sedang galak berbunga. Syok sidai baju di ampaian sambil cuci mata dengan pokok-pokok yang sedang berbunga.
Salah satu sifat yang perlu ada dalam diri gardener tegar ialah peka dengan perubahan cuaca di dalam kebunnya sepanjang tahun. Sebab itu Tukang Kebun selalu pesan "No garden is the same". Walaupun jaraknya hanya berbelas kilometer sahaja tapi taburan hujan juga boleh berbeza. Contohnya: Kadang-kadang di Shah Alam setiap petang hujan lebat tapi kebun kami di Sungai Buloh setitik pun hujan tak singgah beberapa hari.
Bulan April tahun lepas punyalah kemarau memanjang. April tahun ini pula Syukur Alhamdulillah hujan kerap jugalah. Cuma cuacanya pada sebelah siang hari bahang sungguh, nanti petang hujan ribut kerap berlaku. Sehinggakan bulan April ini boleh dikatakan setiap hari Ahad hujan ribut seribut-ributnya datang di kawasan kami di sebelah petang. 2 minggu lepas ribut dah lalu kawasan kami (related posting klik sini), mengakibatkan beberapa pokok pisang tumbang. Ahad baru-baru ini pun lebih dahsyat sehinggakan pokok jenis kayu balak panjang patah seperti gambar di atas. Tukang kebun punya beloved pokok purple Apple Star jadi cushion dari rempuh terus ke tanah. Oh purple star apple patah-patah rantingnya takpelah kira natural pruning nanti lagi merimbun.
Disebabkan ributnya senja dan Tukang Kebun sibuk packing goodies untuk dihantar keesokan harinya jadi tak perasan kayu balak ni tumbang. Keesokkan petangnya baru sempat nak tinjau keadaan sekitar kebun lepas ribut semalam sebab awal pagi dah ke Hospital Serdang untuk regular check up jantung Rayyan. Bergegar jantung tengok sampai terfikir-fikir terkena tak rumah orang sebelah ni sebab panjang kayunya. Kalau terkena nasib baik seperti tiada apa-apa kerosakkan dan mungkin sudah tolak hujung kayunya masuk ke laman kami.
Hai nasib lagi satu pokok pisang nangka yang sedang berbuah pun dah senget pokoknya. Yang pasti Big Boss balik nanti ternampak pokok lemon dia dah merukuk ke bumi kena hempap kayu ini belum sempat Tukang Kebun nak betulkan. Mana terdaya sorang-sorang. Nak kena tunggu weekend dulu. Sepokok pisang bantan pun tumbang, senja semalam kelam kabut kami alihkan bersebelahan pokok kuini pula.
Sepanjang jalan utama dalam kampung ini banyak pokok-pokok tumbang kesan hujan ribut Ahad senja lepas. Intai kebun-kebun orang lain pun nasib sama banyak pokok-pokok besar yang dah tua habis tumbang macam domino.The power of mother nature. Sebab tu April ini kami cuba sibukkan diri pruning pokok-pokok yang besar.
Tuaian semalam petik sayur raja for dinner. Cuaca sekarang ni cepat pokoknya naik rimbun. Segar dari kebun tak perlu nak mencari sayur di kedai. Untuk yang kekurangan ruang untuk grow your own food, ini adalah jenis sayur yang boleh jimat ruang untuk idea vertical garden dan boleh tanam dalam bekas.
~ Sayur Raja / Malabar Spinach ~
1 pot for RM5.00.
Atau ambil peluang promosi '3 plants mix for RM10' di page tersebut untuk pilihan (klik sini).
Sebelum Tukang Kebun buat catatan weekend chores baru-baru ini, nak kena bagi report dulu kepada penerima-penerima pesanan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama yang telah dipos semalam kandungan dalam kotak yang InsyaAllah bakal diterima hari ini. Goodies minggu ini yang di dalam kotak adalah Buah Kuning telor, nam nam, terung pipit, lemon tahiti dan limau kapas. Lemon Tahiti lebih bulat bentuknya berbanding dengan limau kapas.
Untuk bekalan dapur juga seperti asparagus, sayur manis, kelapa tua santan dan betik dituai. Slot Pasar Online Kebun Bahagia Bersama minggu depan dah fully reserved. Kami buka booking slot Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk awal bulan Mei. Seperti biasa goodies utama ialah Buah Kuning Telor (l kilogram) dan campur dengan fresh harvest of the day di Kebun Bahagia Bersama ikut musim buah. Setiap minggu kerap juga enquiry nak buah nam nam sahaja tetapi buat masa ini Kebun Bahagia Bersama tak terima. Biar adil ikut giliran ikut fresh harvest of the day dibahagi-bahagikan setiap minggu. Kebun Bahagia Bersama Team Members pun boleh buat kerja dengan lebih efficient.
Reservation Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk bulan Mei jumlah kandungan berat hampir 2 kilogram (RM7) tambah Shipping Cost dalam Semenanjung Malaysia via Pos Laju (RM14). Jumlah 1 pek RM21. (Pesanan boleh hantar email to kebunkmg@gmail.com).
Mari kita buat estimation jumlah belanja sebenar jika dibeli di pasar untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama; 1 kilogram kuning telor (Harga Tamu Kundasang RM12.00 sekilogram); 5 biji Nam Nam (Harga Pasar Semenanjung Malaysia RM5.00 sepiring); Terung Pipit (RM1.00sepiring), Harga Limau/Lemon (>RM2.00). Jika melangkah ke luar guna petrol maka belanja anda akan lebih RM20. Pesanan dari Kebun Bahagia Bersama tunggu posmen tolong hantarkan. Harvest dari Kebun Bahagia Bersama tidak menggunakan peraih atau orang tengah terus ke tangan anda all organically grown.
Sabtu lepas mulalah projek kelam kabut mengemas sebab Tuan Rumah dan Big Boss akan balik Rabu ni. Sambil Tukang Kebun potong rumput di keliling rumah, dearest husband pruning pokok belimbing besi dan mata kucing berdekatan pagar depan. Kemudian sementara Tukang Kebun pruning pokok cempaka putih, dearest husband pula tolong habiskan kerja potong rumput di bahagian depan dapur. Sebelah petang pula, dearest husband sembelih 2 ekor ayam daging. Hari Sabtu langsung tiada ambil gambar banyak sangat benda nak selesaikan.
Hari Ahad pula sementara dearest Hubby pruning pokok asam gelugor sebelah parking kereta, Tukang Kebun pula pruning pokok Thailand Powderpuff (info klik sini). Lebah memang sukakan pokok bunga ini.
Kemudian sudah selesai task yang nak dibuat di depan, dearest husband potong rumput sedikit di kebun belakang sementara Tukang Kebun sibuk sorting senarai goodies yang perlu dipos esok seperti keratan mulberry dan anak-anak pokok.
Dah panas sangat rasa nak terjemur potong rumput, dearest hubby pruning pokok rambutan pula. Sambil perhati hubby pruning, itik-itik seronok bermain air berdekatan. Seronoklah hujung minggu bebas bermain di luar. Sehingga hujung minggu ini di dalam Kebun Bahagia Bersama ada 38 ekor itik.
Teringatkan kata-kata sepupu yang duduk di Johor kos nak beli makanan untuk masak sehari pun sudah dalam RM20 hujung tahun lepas. Itu bahan untuk masak, kira dah berjimat belum lagi yang tapau beli lauk di luar. Kalau masak tiap-tiap hari dalam sebulan kos bahan makanan lebih kurang RM600 belum lagi masuk tong gas dan lain-lain. Kebetulan pula sepupu yang usia muda setahun dari Tukang Kebun juga mempunyai 3 anak yang semuanya sebaya dengan anak-anak Tukang Kebun. Dengan GST sekarang tambahlah hampir RM60 bergantung kepada apa yang dibeli samaada dikenakan GST atau tidak. Tapi pasti lebih tambahan RM60 walaupun barang takde GST sebab banyak barang-barang keperluan tertentu harga dah naik pun.
Tukang Kebun rasa dah lebih masuk pertengahan bulan ini pasti ramai yang cukup terasa dengan lifestyle yang terpaksa diubah bulan ini. Pasti yang lebih terasa adalah golongan pertengahan ke bawah lebih-lebih lagi yang mempunyai tanggungan yang banyak ahli dalam 1 keluarga. Sesiapa yang in a pinch bolehlah makan makanan sihat jadi vegetarian sekejap dengan protein yang boleh diberikan oleh 'Tempe'. 'Tempe' pun biasanya 1 pek RM1 je dan makanan yang sepatutnya tiada GST. Kalaulah ada sayur-sayuran dari kebun sendiri ready untuk dituai boleh jelah campur-campur goreng sekali masak berlada ke atau dan lain-lain dengan Tempe. Makan Maggi pun boleh kira mahal juga. Yang suami isteri bekerja pun boleh, sebab tak perlu pening nak fikir nak kena defrost apa-apa jenis daging bila sampai rumah. Sementara tunggu nasi masak, sempat je nak masak tempe. Nak masak pun cepat, cuma perlu goreng-goreng je dulu pastu ikutlah nak buat style apa. Kalau ada lebih pun boleh tapau buat pergi kerja esok sebab tahan lama. Yang berdiet pun tak perlu risau sangat, kalori tak banyak sangat pun especially kalau 100% vegetarian. Tempe yang dibuat dari kacang soya dari tumbuhan.
Sorry gambar tak berapa menarik sangat. Tapi inilah hasil masakan tempe berlada yang dicampur je dengan apa tuaian of the day dari Kebun Bahagia Bersama. Tukang kebun biasanya beli 2 pek Tempe setiap minggu jadi, seminggu pasti ada 2 hari lauk Tempe berlada. Abby pun sekarang suka makan Tempe. Masak berlada pakai je cili tumbuk fresh dari kebun sendiri. Kekadang masak dengan terung pipit atau pisang pun ada macam dalam gambar. Stok ikan bilis kering dah kehabisan tunggu Big Boss balik Rabu ini ole-ole dari Tawau. Ilhan suka ikan bilis biasanya kalau Tuan Tanah balik Semenanjung Malaysia atas urusan kerja, nenek Ilhan (Big Boss) kirim ikan bilis sebab dekat Sabah lagi murah.
InsyaAllah kalau berani nak cuba berkebun lebih banyak saving, ada pokok cili burung, pokok terung pipit, dan beberapa pokok yang mudah tumbuh macam rumpai jimat belanja dapur banyak. Kalau dekat Kebun Bahagia Bersama ini cili burung, terung pipit dan ginseng jawa banyak tumbuh secara sukarela.
Masa zaman Tukang Kebun kanak-kanak riang roti di atas ini kami panggil roti krim, dalam 20 tahun lalu harganya hanya 20sen. Kemudian pada tahun 2013 harganya 60 sen. So kita agak-agak dalam 15 tahunlah naik harga 40sen. Tahun 2014 bila harga minyak dinaikkan maka naiklah 10 sen jadi sebungkus roti krim ini 70sen. April 2015 harganya sudah melonjak naik 15 sen jadi 85 sen sebungkus. Jadi dalam 2 tahun lebih sahaja pengguna macam Tukang Kebun ni terpaksa tambah belanja 25 sen untuk beli 1 roti krim untuk anak-anak. Mana boleh beli 1 je kan, ada 3 anak jadi tambah belanja 75 sen dah boleh beli sebungkus lagi tahun lepas. We can clearly see how incompetent the current government is handling the country finance/economy (what kind of research have they been doing). WOW dulu it takes 15 years nak naik harga tambah 40 sen. NOW only takes 2 years harga tambah 25 sen? Nasib yang ini tak dikenakan GST, kalau kena GST 6%?
Dulu harga ikan kembung segar lebih mahal dari ikan sardin dalam tin. Sekarang ni baik beli 5 ikan kembung segar lagi murah dari 5 ketul ikan sardin dalam tin tu. Harga ikan sardin dalam tin pun yang Malaysia brand pun harga dah naik mendadak bandingkan dengan hanya beberapa tahun sahaja. Sekarang sudah terbalik Orang Kaya je boleh makan ikan sardin dalam tin bak kata dearest hubby ya. Of course fresh sardine much cheaper lah sekarang ni dari yang duduk dalam tin. Kami pun tahun ini tak beli langsung dah ikan sardin dalam tin sebab lebih healthy beli ikan segar lagi jimat. Katanya GST 6% nak menggalakkan ramai orang masak di rumah terutamanya student. Kami almost everyday masak tapi belanja dapur meningkat juga April ini.
Sebelum kita nak kata pengilang roti contohnya seperti Gardenia dulu mengambil kesempatan, kita nak kena fikir juga walaupun minyak tak naik. Tapi pengilang pun kena bayar logistic atau perkhidmatan transportation yang juga dikenakan GST 6% , tentulah kos bahan mentah juga akan naik sebab bahan mentah pun kena pakai transportation nak sampai kilang. Lepas dah proses pula, untuk pemasaran juga kena gunakan perkhidmatan logistic juga supaya mudah sampai kepada pengguna. Takkan kilang nak rugi besar, pastilah kos mereka nak keluarkan barang juga meningkat. Economy bukanlah major Tukang Kebun tapi adalah pengalaman bekerja di Kilang dulu kena kira-kira kejar Sales setiap bulan, kita fahamlah chart flow dia kos bahan mentah nak buat barang dan nak hantar barang, perkhidmatan kos logistic pun nak kena ambil kira. Yang tak jujur dan tak buat homework dengan betul ialah yang tak tepati janji sedap je kata harga barang kekal dan tak naik. Takkan nak suruh pengilang tempatan kita bankrap tutup kilang, mana diorang nak compensate GST 6% yang terpaksa dikenakan oleh syarikat logistic. Tentulah mereka juga terpaksa naikkan harga barang. Kalau kilang tutup, kesian ramai yang terpaksa dibuang kerja.
Kesimpulan dari contoh cerita di atas, perkhimatan logistic seperti Pos Malaysia pun terpaksalah kenakan pelanggan mereka GST 6%. Yang sedia maklum, Tukang Kebun biasa pakai sampul atau kotak prepaid Pos Laju Malaysia jadi mudah lah dulu harganya seperti tertera di sampul/kotak tersebut. Masuk minggu ini sebab stok kotak prepaid Tukang Kebun dah habis, jadi terpaksalah kos penghantaran naik sebab ada GST 6%. Sebelum April bila beli kotak prepaid contohnya RM20 bayar harga itu sahaja tetapi sekarang beli kotak RM20 kena juga campur GST 6%. Tukang Kebun suka pakai kotak prepaid dulu sebab memang kos penghantaran Tukang Kebun takde tambah apa-apa, ikut harga sampul dan kotak je tepat-tepat, supaya pelanggan tak musykil ingat Tukang Kebun ambil kesempatan. Jadi harap maklumlah kos penghantaran minggu depan untuk Pos Laju dah naik ya. Awal bulan lagi dah naik tapi sebab Tukang Kebun simpan stok prepaid di rumah.
~ Self-Collect Schedule This Week ~
Rabu 22hb April 2015 pukul 9:00 malam ~ 9:30malam di Sungai Buloh.
Masuk tahun 2015 ini perubahan Kebun Bahagia Bersama yang ketara ialah kami dah mula fokus bela ternakan sendiri untuk isi perut sendiri. Tak disangka juga sebenarnya sebab its not our 2015 resolution. Tapi Syukur Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi OlehNya, hati ini terdetik nak mencuba-cuba. Agaknya nak hadapi GST ini yang memang membebankan rakyat. Sama juga macam mula jejak dalam gardening ketika itu rasa dunia gelap bingung, hidayah mula nak cuba berkebun itu diterima hampir 6 tahun lalu. Walaupun pada mulanya secara jujurnya Tukang Kebun amat rasa nervous dan tidak yakin diri nak bela pelbagai jenis ternakan ini.
Hari ini Tukang Kebun nak kongsi cerita mengenai our adventure struggle nak dapatkan anak angsa secara pengeraman semulajadi yakni bukan memakai incubator. Nak beli incubator berharga beratusan ringgit tu takde budget lagipun bukannya ada beratus-ratus telur dalam sebulan nak kasi menetas pun. Takpe start slowly, have more experience and pratical learning first. Nak beli anak angsa memang takde budgetlah. Kalau anak angsa angsa kelabu sepasang harganya sekarang boleh mencecah sekitar RM150. Kalau baka anak angsa putih sepasang RM250. Di Sabah lagilah anak angsa kelabu sepasang RM600. Itu baru harga untuk anak angsa, belum lagi angsa dewasa, semakin umurnya meningkat, harganya pun meningkat. Big Boss yang menetap di Sabah pun tak sanggup beli walaupun hati Big Boss teringin sangat.
Al-Kisah, awal Tahun lepas kami dikejutkan dengan perjumpaan 2 telur saiz yang besar dari biasa (related posting klik sini) bersepah dalam kebun. Kami pun teragak-agak ini ada kemungkinan telur angsa ke. Kebetulan Fluffy <Baka ayam telur betina>(Gambar No.1) tengah mood mengeram telur jadi kami tumpangkan sekali. Telur Fluffy kami ambil sebab ianya tak akan menjadi sebab takde ayam jantan. Syukur Alhamdulillah telur tersebut fertile dan sebiji berjaya menetas secara semulajadi dan keluarlah anak angsa berwarna kuning (related posting klik sini) yang kami panggil Febbie. Malangnya beberapa hari selepas itu biawak saiz kecil boleh menyisip bawah pintu reban datang makan anak-anak angkat Fluffy.
Untuk memudahkan jalan cerita, mari Tukang Kebun perkenalkan angsa-angsa yang ada dalam Kebun Bahagia Bersama sekarang. Ada 3 ekor, yang seekor betina badan paling kecil kami panggil 'Lady', Ada jantan 2 ekor, seekor kami panggil 'Rocket' dan seekor kami panggil 'Kuning'. Kenapa 'Kuning'? Sebab cuba perhatikan salah satu angsa bonggol di kepala dia tu bukan berwarna hitam seperti angsa kelabu asli tapi ada hint berwarna kuning/jingga di kepalanya tu. Mula-mula kami hairan, kenapa Febbie keluar warna kuning? Sebab biasanya anak angsa baka kelabu, anaknya keluar warna kelabu. Kalau anak angsa kuning biasanya baka angsa putih. Bila tukang kebun buat research tengok-tengok ciri-ciri jenis angsa, Tukang Kebun suspect si 'Kuning' ni mesti baka campuran angsa kelabu dan angsa putih berdasarkan warna bonggol di kepalanya dan warna badannya pun tidak segelap seperti 'Rocket' dan ' Lady'. Jadi Febbie memang anak si 'Kuning'.
Meruntun hati Febbie dan Penguin kena makan biawak. Sebab ini pun break record kali pertama Anak Angsa berjaya lahir di Kebun Bahagia Bersama setelah berbelas tahun pengalaman bela angsa di KBB sejak kami pindah ke sini. Macam mana Tukang Kebun tak tumpang bahagia sangat sebab berjaya dapatkan anak angsa walaupun yang lain masa tu tak percaya je dengan cadangan Tukang Kebun biar je Fluffy tolong jadi surrogate mother. Asyik-asyik cakap tak jadi kena pakai incubator. Masa Febbie keluar main-main, si Lady pun memang cam itu anaknya dok sayang-sayang walaupun Febbie ingat Fluffy maknya (Gambar No.2).
Kekadang terfikir ya betapa binatang pun sayang anaknya walaupun anaknya telah diberikan kepada ibu lain untuk dijaga. Walaupun anak tak kenal ibunya, ibu yang sebenar (biological mother) tetap kenal anaknya. Daripada dibuang anak-anak tepi jalan tak tahu apa akan terjadi, lebih baik kita cari keluarga yang baik teringinkan anak yang dapat jaga dengan penuh kasih sayang dan beri didikan yang baik untuk dijadikan anak angkat.
Agaknya bila tengok Febbie, hati si Lady teringin nak mengeram sendiri kut. Kali Kedua si Lady bertelur, telurnya tak bersepah dan terkumpul dalam satu tempat. Mungkin Lady baru mula nak belajar dok perhatikan si Fluffy mengeram macam mana. Tukang kebun trick Lady suruh masuk ke Sangkar 6 dan kurung dia. Beberapa hari selepas tu baru nampak dia dok mengeram sampailah telur menetas. Lepas 2 minggu Lady mengeram, Big Boss balik dibuka Sangkar 6 membebel nanti Lady tak cukup zat asyik terkurung sambil mengeram. Bahagia tengok 3 ekor anak angsa kelabu di celah-celah ibunya secara pengeraman semulajadi. Si Kuning pun amat gembira sangatlah sayang dekat si Lady.
Sebab rasa belas kasihan maka kami tak kacaulah keluarga ni dan tak ambik simpan anak-anaknya. Biarkan mereka jaga. Seminggu lebih lepas tu tukang kebun tengah propagate pokok dengar dalam Sangkar 6 riuh. Lalu tukang kebun jenguk, terkejut tengok scene si Kuning dan si Rocket sedang bergaduh sakan. Pertama kali Tukang Kebun tengok mereka bergaduh begitu sampai bergigitan. Tukang Kebun pun tak berani nak masuk sorang-sorang nak redakan keadaan sebab tengok gaya macam mereka follow its 'Animal Instinct'. Cepatlah menjerit panggil dearest hubby suruh tolong leraikan si jantan-jantan tu sambil Tukang Kebun ambil anak-anak angsa tu. Masa mereka gaduh tu dah tak ingat apa dah sampai Lady dan anak-anak kena pijak.
Meruntun hati lagi kali ini anak-anak angsa tak survive kemungkinan internal bleeding. Tukang Kebun agak si Rocket tak tahan kut giliran dia pula nak mengawan. Hai Rocket si Lady tu kira masih baru nak berpantang kut. Si Kuning beberapa hari tak dekat dengan Tukang Kebun lepas tu sebab tau buat salah agaknya dah kena sepak dengan dearest Hubby berperangai begitu. Hai nak buat macam mana sebab they just follow their 'Animal Instinct'. Inilah masalahnya bila ada 2 jantan dan 1 betina je jadi berebut-rebut betina.
Kali Ke-tiga Lady bertelur dia tinggalkan dalam Sangkar 4, dia tak de mood dah nak mengeram trauma agaknya. Lalu sekali lagi Tukang Kebun bagi Fluffy jadi surrogate mother. Telurnya menetas tapi baby di dalam tidak sempurna jadi mati dalam beberapa jam selepas itu.
Mac 2015 lepas Lady bertelur Kali Ke-Empat dalam Sangkar 6. Kali ini dipaksa mengeram lagi sekali kena kurung dengan Rocket sesama. Tukang kebun tengok si Rocket lebih dominant sekarang sebab sebelum itu Tukang Kebun dah tengok aksi yang si Kuning kalah dengan Rocket. Nampaknya Lady gemar mengeram dalam Sangkar 6. Lepas 2~3 hari kena kurung baru dia duduk mengeram. Si Kuning memang sayang dengan Lady, Kalau Lady bunyi je mesti si Kuning berlari duduk luar sangkar. Si Rocket pun tak nak keluar dari Sangkar 6 walaupun dah berapa kali Tukang Kebun tolak keluar pintu tak mahu bergerak. Angsa jantan very protective dengan pasangannya. Si Rocket ni garang, kalau Tukang Kebun lambat masuk dalam Sangkar 6 kasi makan nanti dia gigit kaki Tukang Kebun. Kekadang bukan masalah bagi makan lambat je, nak minta belai pun ya, manja lebih, adakala mood dia nak kita tadah dulang makan dekat dia pulak. Angsa ni macam anak kita perangai berbeza. Kalau si Kuning pula gentle tak pernah gigit Tukang Kebun, kalau tau macam kena marah dia tak datang dekat.
Sabtu lepas masa Tukang Kebun ronda-ronda pagi macam supervisor tengok betul ke dearest hubby ni dah check semua sangkar punya makanan dan air, terkejut tengok ada anak angsa dah di sebelah Lady. Bahagialah hati Tukang Kebun. Bukannya Tukang Kebun seorang je yang excited, veteran PETS lain pun asyik datang menjenguk di pintu macam si Big Brother Itik Putih, Turkey dan Ayam-ayam mutiara. Semua welcome baby baru, teruja lama takde kelahiran dalam Kebun Bahagia Bersama. Dah mulalah si Kuning asyik tolak terbuka pintu Sangkar 6 berapa kali dalam sehari. Mulanya dalam hati niat dalam 1~2 hari bagi Lady manja dengan anak-anaknya barulah Tukang Kebun ambil jaga tak nak kisah stampeding berulang lagi. Hai bila si Kuning asyik ceroboh masuk banyak kali, tak sedap hati petang tu juga Tukang Kebun ambil anak-anak angsa tu bawa keluar. Itupun kecoh jantan-jantan tak nak kasi ambik silap-silap tukang kebun kena gigit, dearest hubby kena pegang leher Rocket dan sepak si Kuning keluar dari Sangkar 6.
1~2 hari si Lady nampak depressed jugalah Tukang Kebun ambil anak-anaknya duduk nak mengeram balik. Tapi telur lain pun dah pecah tengok tak jadi sifat tak penuh (dah minta dearest hubby tanam). Takpelah Lady dalam sebulan lebih lagi nanti, InsyaAllah anak-anak duduk sangkar belakang boleh jenguk jaga. Nanti dah besar remaja boleh dah lepas jalan sama-sama. Dari kena makan biawak dan terpijak oleh bapak-bapak yang tak sabar tu tak boleh control nafsu. Beranak pinak banyak lagi Lady, InsyaAllah bila dah banyak, diberi peluang Lady pula jaga. Kalau dah banyak rombongan angsa di belakang, biawak pun tak berani sangat nak masuk. Tukang kebun kira-kira, angsa betina kitaran musim telurnya dalam setahun bolehlah sekurang-kurangnya 3 kali.
Hari ini genap seminggulah umur si 'Momo' dan 'Koko'. Jantina tak tahu lagi masih kecil. Sekarang ini 'Momo' dan 'Koko' kongsi sangkar dengan 10 ekor anak ayam. Dah sebulan juga lamanya Tukang Kebun takde beli apa-apa ternakan dah kena banned oleh dearest hubby.
Bila nampak je anak-anak angsa dah menetas terus selepas breakfast kami singgah beli anak-anak ayam sebab memang dearest hubby kata dulu kalau anak angsa dah menetas baru boleh beli PETS baru. Terkejut tukang kebun kali ini seekor anak ayam baru lahir harga RM4.00 dah. Aik takkan anak ayam pun ada kena mengena dengan GST kut. Setahu Tukang Kebun baru-baru ini beli makanan ayam sejak ada GST di kedai lain harga maintain sama je. Ini yang boleh dikatakan peniaga atau pembekal yang ambil kesempatan. Nak kena check harga di tempat lain juga. Sebab Tukang Kebun ambil 10 ekor dapatlah harga RM3.80 seekor. Lagipun tauke tu pun tau Tukang Kebun kalau biasa ambil pun bukannya seekor dua. Batch kali ini jenis ayam kampung jenis kacukan. Yang seronoknya, akhirnya Tukang Kebun dapat juga jenis 'Ayam Botak'. Dah lama teringin sebab masa Tukang Kebun remaja dulu Big Boss rajin juga bela jenis ayam botak. Tapi yang ini tak pasti baka pure ataupun Ayam Kampung campur dengan Ayam Botak. Alasan kali ini beli anak-anak ayam sebab nak temankan anak-anak angsa tidur malam sama sangkar takdelah sejuk.
Lihatlah kenakalan si Panther bila tukang kebun alihkan anak-anak ayam ini ke dalam sangkar. Nak cuba ambil anak ayam. This is cheating Panther, nak belajar memburu pergilah ke kebun belakang tangkap tupai. Tukang Kebun dah pesan dekat si Tigger teach Panther not to eat live chicken ya suruh buru benda lain. Tigger dok monitor si Panther.
Ahad lepas pula Tukang Kebun borong 6 ekor anak ayam belanda berumur 2 minggu pula, mentang-mentang dapat green light semulakan. Disebabkan ambil banyak seekor RM15.00. Anak ayam belanda ni kalau umur dah sebulan biasanya dijual dengan harga antara RM30~RM40. Anak angsa ni macam cepat membesar je, nanti nak kena pindahkan kongsi sangkar dengan ayam belanda pula. Untuk April ini sahajalah shopping ternakan Tukang Kebun kut. Ini kira 1 batch untuk April 2015 bila dah besar akan kongsi sangkar bersama-sama.
Belanja beli live ternakan untuk Bulan April 10 ekor anak ayam (RM38) dan 6 ekor anak ayam belanda (RM90). Jumlahnya masih murah lagi jika kena beli sepasang anak angsa kelabu. Syukur Alhamdulillah ada rezeki timang anak-anak angsa kelabu bulan ini. Hopefully Momo and Koko hidup bahagia lama di Kebun Bahagia Bersama. Setahun lebih nak bersabar nak dapatkan anak-anak angsa secara pengeraman semulajadi dan nak perhati layan perangai-perangai angsa. Macam berkebun, ternakan ni pun it takes practice nak tambah pengalaman untuk berjaya. Bukan semuanya ada dalam buku. Lebih-lebih lagi kita nak troubleshooting sesuatu yang tak kena, jadi pemerhatian adalah penting. We learn while they are growing (anak/plants/pets).
Hari tu ada Tukang Kebun cerita anak-anak itik Muscovy jadi giler kan (related posting klik sini). Tukang kebun dah troubleshooting dan sekarang ini mereka dah 'docile' normal itik balik. Now in their best behaviour. Terima kasih banyak-banyak kepada Sha di 'Falraisi Growing Garden' kerana bagi bantuan tips untuk Tukang Kebun flashback apa punca utamanya. Punca utama adalah pertukaran diet Itik Muscovy yang Tukang Kebun kenakan membuatkan mereka hyper kerana 'Sugar Rush'. Tukang kebun gave them too much sweet candy.
Walaupun Itik ini membesar dengan cepat nampak sihat tetapi mereka malnourished tak cukup nutrient kerana diet tidak seimbang jadikan mereka giler. Sebelum mereka mula gigit antara satu sama lain tu dalam seminggu tu sebab dedak habis dan nak cut cost down food, tukang kebun hanya bagi makan jagung. Wah cepat membesar because all of that sugar. Ada juga Tukang Kebun letak kelapa, tapi masalah dengan itik depa ni tak pandai makan isi cuma makan tombong sahaja. Kebetulan stok kelapa yang ada ketika itu semua tak de tombong, anak-anak ayam duduk sama sangkar tak de masalah sebab suka patuk-patuk isi kelapa cuma Itik Muscovy ni yang tak pandai nak meratah isi kelapa.
Masalah anak-anak itik Muscovy ini pula bila dibebaskan awal-awal pun tak berapa pandai nak cari makan. Jadi bila tukang kebun ke belakang, jika mereka lapar mesti mengekor Tukang Kebun. So Tukang Kebun tukar diet 50% dedak dan 50% jagung. Lepas dah beberapa hari pandai mula makan daun ini itu. Diorang tak nampak hyper lagi dah. Sekarang ni pun bila potong kelapa, yang tombong besar simpan untuk itik, yang kecik bagi ayam, kena selective. Itik-itik muscovy ini pun dah gemar makan tombong kelapa. Tukang kebun pun ajar makan buah-buahan macam jambu, bila lapar habis juga makan. Anak-anak itik muscovy ini pun dah senyap je tak macam itik telur yang kadangkala memang perangai bising. Tapi anak-anak itik muscovy bila duduk bebas di luar badan jadi susut sikit berbanding bila duduk dalam sangkar. Dah duduk balik dalam kandang baru beberapa hari ni nampak naik badan balik.
3 hari lepas terpaksa Tukang Kebun kurung semula Itik-itik Muscovy ini sebab rupa-rupanya sebelah petang bila Tukang Kebun takde di kebun ada yang datang jenguk itik-itik Muscovy ini. Patutlah seekor-seekor hilang tiap hari bila Tukang Kebun nak simpan semula masuk dalam kandang. Dah mula datang balik rupanya setelah tahu ada free food dalam Kebun Bahagia Bersama ini. Tukang Kebun pun dah agak mesti biawak ada datang ni sebab dengar pagar besi kekadang berbunyi macam ada yang melarikan diri kelam kabut langgar ketika Tukang Kebun ke belakang waktu petang nak ambil sesuatu.
Tukang Kebun hairan kenapa angsa-angsa ni bising dekat belakang pada suatu petang minggu ini, bergegas Tukang Kebun tengok sambil capai parang rasa tak sedap hati ke kebun belakang. Mula-mula tak perasan rupa-rupanya biawak besar macam buaya duduk di bawah pokok ciku dan angsa-angsa berdiri bising mundar mandir dekat belah depannya lagi nak bagi warning dekat kawan-kawan lain be careful ada predator. Mula-mula tengok tu adalah juga rasa takut, hai tapi bila fikir 3 ekor itik muscovy yang hilang dah dibaham tu dengan yang anak-anak itik muscovy lain masih ada bermain di luar geramnya hati.
Dah tak fikir panjang macam Red Indian with a long ponytail angkat parang CHARGE!!! Berlari laju kejar biawak buaya tu sampai dia pun terkejut lari lintang pukang terlanggar tembok belakang beberapa kali nak larikan diri. Never show your fear towards the enemy. Lekas-lekas anak-anak itik Muscovy disuruh masuk kembali ke kandang. Pasti akan datang lagi selagi dia rasa ada makanan di situ setiap hari. Sobsobsob tinggallah 11 ekor je anak itik Muscovy tukang kebun.
Dah agak dah the next day datang jenguk lebih awal pula sampai Tukang Kebun yang terkejut sebab tak perasan masih tengahari buta lagi baru nak masuk rumah. Sambil Tukang Kebun buang bahan-bahan kayu yang dah pruning ke dalam kolam. Tiba-tiba opposite kolam di mana banyak pelepah kelapa layu dikumpul atasnya ada biawak besar lagi dia pun terkejut juga sebab Tukang Kebun tengah baling kayu. Nasib baik terus biawak tu lari without me having any weapon for defense. Hujung minggu je lah kasi keluar anak-anak itik sementara biawak ni kerap datang semula. Bila kena kurung semula anak-anak itik Muscovy ni nampak naik badan semula lebih cepat.
Itulah dugaan Tukang Kebun bela ternakan ni, siang si biawak menunggu, malam pula si musang menunggu. Antara sebab angsa-angsa ni penting ronda-ronda di belakang kebun. 'Momo' & 'Koko' pun dah setiap malam asyik tido dengan adik beradik angkat lain juga bakal jadi security guard di belakang kebun jaga yang lain-lain. Hope you have a gentle heart.
Minggu ini nampaknya musim buah Ceri Terengganu ataupun juga dikenali sebagai Perupok. Selain dari Ceri Terengganu buah nadir yang lain juga masih musim buahnya minggu ini ialah buah Katak Puru. Tuaian pucuk mulberry semalam tukang kebun campur je sekali dengan kari ikan bawal.
Semasa musim bunga Ceri Terengganu, bunga-bunga yang kembang mekar juga menjadikan pokoknya kelihatan menarik sebagai pokok hiasan juga. Pokok Ceri Terengganu jenis yang renek, bila buahnya masak menyala-nyala merah warnanya. Isi buahnya rasa lemak manis. Yang tak biasa makan buahnya kopek dulu kulitnya. Sebab kulitnya ada rasa kelat-kelat sikit, yang dah biasa makan selalunya gentel-gentel dulu kulitnya sebelum masuk mulut.
Info selanjutnya mengenai Ceri Terengganu boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).
~ 1 anak pokok Ceri Terengganu RM10.00 ~
Nampaknya batch Itik-itik telur yang lahir pada November 2014 dah mula nak belajar bertelur. Ini kali kedua Tukang Kebun jumpa telur itik di Sangkar 2 hari ini tempat mereka tidur pada waktu malam. Minggu ini pun pokok-pokok asparagus masih rancak mengeluarkan tunas-tunas baru untuk dituai. Hari ini nak digali keluar bawang berlian nak jadikan bahan dalam sup untuk hilangkan angin dalam badan.
Hujung minggu ini rancang nak tuai apa dari kebun?
Enquiry yang kerap diperolehi untuk bekalan bunga dari Kebun Bahagia Bersama ialah Ros Jepun. Kalau di Australia dahulu ianya lebih dikenali sebagai portulaca dan bukan Japanese Rose. Untuk Gardeners yang kekurangan ruang ini adalah antara bunga yang digemari untuk dibela sebab mudah tumbuh dalam container garden dan bahagia jika menerima cahaya matahari yang banyak. Big Boss Kebun Bahagia Bersama banyak tanam di kebunnya semasa di Telipok dan sekarang di KingFisher dalam pot letak atas tembok. Ros Jepun jika kekurangan cahaya dan siram banyak sangat air boleh menyebabkan batang lembutnya reput. Jadi perlu berhati-hati lebih baik letak di tempat yang menerima cahaya matahari yang banyak.
Antara jenis Ros Jepun yang rajin menceriakan Kebun Bahagia Bersama ialah jenis White Candy Red Stripe yang berwarna putih dan ada jalur-jalur merah macam Zebra. Jenis kelopak bunganya kembang selapis. Salah satu tempat tukang kebun tumpangkan ros jepun ini kongsi pasu bersama desert rose yang sedang membesar. Jenis ini kenangan Ros Jepun tukang kebun beli masa last trip ke Tamu Donggongan lalu. Ros Jepun ini akan dibekalkan secara rooted plant dalam pot ya. Kebun Bahagia Bersama tak bekalkan dalam bentuk keratan batang Ros Jepun nanti botak pokoknya, tukang kebunnya tak puas jamu mata.
~ 1 pot White Candy Red Stripe Portulaca RM5.00 ~
Minggu lepas pertama kali bawa Panther jalan-jalan ke belakang kebun. Mula-mula menangis tak biasa asyik naik atas kereta sorong atau kaki tukang kebun. Nak minta temankan tukang kebun bersihkan raised bed 1 meter persegi. Sambil-sambil gemburkan tanah tak teringat dulu ada sepokok sengkuang tumbuh sendiri di sini. Sekali tercangkul ubi sengkuang terkejut juga tengok ianya bertapa dalam tanah dah sebesar ini.
Syukur Alhamdulillah bulan ini memang pokok buah nam nam menghasilkan buah yang lumayan. Cuaca bulan ini memang buat pokok nam nam bahagia berbanding dengan tahun lepas.
Self-Collect Schedule:
~ 18hb April 2015 Sabtu dari pukul 5:30 PM ~ 6:00 PM di Sungai Buloh
~ 22hb April 2015 Rabu dari pukul 9:00 PM ~ 9:30 PM di Sungai Buloh