Salah satu istilah dalam dunia berkebun yang Tukang Kebun dapat pelajari semasa merantau di Adelaide dulu ialah 'bandicoot'. Perkataan ini sering digunakan semasa mengambil ubi-ubi kentang dalam tanah dengan berhati-hati dan membiarkan pokok ubi kentang itu hidup untuk menghasilkam lagi ubi-ubi. Kira macam kita mencuri-curi ubi kentang dari pokok yang masih hidup. Sebab kebiasaannya ubi kentang bila dah sampai musim menuainya yang cukup, terus dicabut pokoknya dan diambil kesemua ubi-ubi untuk disimpan dalam stor elok-elok lepas dikeringkan. Jadi proses mengambil ubi kentang yang dah saiz boleh makan dari dalam tanah dipanggil 'bandicoot' sambil membiarkan pokoknya terus menghasilkan ubi-ubi atau biarkan ubi-ubi yang lain membesar dengan lebih gebu.
Sabtu lepas Tukang Kebun ada mood nak mengemas sebahagian kawasan tapak nursery kecil di Kebun Bahagia Bersama. Tengah re-lay-out nak alih-alihkan barisan stok pokok ubi bemban perasan ada yang dah terkeluar-keluar ubinya dari bekas. Jadi Tukang Kebun terus ambil semua stok ubi bemban dan buat re-potting. Sambil-sambil re-potting. sebagai upah Tukang Kebun, bandicoot ubi-ubi bemban yang saiznya dah boleh buat isi perut. Jadi ubi bemban juga boleh amalkan konsep 'bandicoot'. Tengok tu dalam bekas kecil pun mampu pokok ubi bemban menghasilkan ubi-ubi. Ya ubi bemban sesuai untuk container gardening lebih mudah nak tuai ubinya, maklumat lanjut boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).
Selain dari West Indian arrowroot, kadangkala orang barat panggil ubi bemban ni juga Bermuda Arrowroot. Katanya orang asli (Red Indian) di benua Amerika Selatan dulu, gunakan ubi bemben sebagai penawar untuk anak-anak panah beracun. Zaman-zaman dulu banyak perang agaknya. Katanya juga untuk sengatan haiwan berbisa boleh gak cuba, tumbuk-tumbuk sampai dah macam pes, tempek dekat luka yang kena racun. Ada juga yang berpendapat kalau tumbuhan berunsur penawar racun ni, haiwan berbisa takut nak dekat. Mungkin boleh bantu jadi perisai nak elak dari haiwan berbisa di dalam kebun.
Tetapi untuk dunia sekarang timbul pelbagai jenis allergy terutamanya kepada kanak-kanak kecil seperti masalah-masalah kulit. InsyaAllah ubi bemban boleh menjadi salah satu penawar untuk mengurangkan masalah-masalah kulit seperti eczema. Kalau yang pergi berjemur di pantai sampai kena sunburn pun bolehlah masker 1 badan dengan pes ubi bemban. Tetapi mesti beringat kalau dah masalahnya chronic, bukan sekali dua cuba dah mujarab macam makan ubat kenalah apply beberapa hari di kawasan kulit tersebut. Ubi bemban ini ada natural cooling property macam bedak sejuklah fungsinya juga. Boleh buat natural masker untuk muka juga untuk maintain kulit awek muda. Yalah dalam kes budak-budak berumur bawah setahun, mana boleh makan supplement untuk bantu masalah kulit kan. Jadi salah satu alternative, pakai raw material macam ubi bemban.
Selain itu, ubi bemban ini bagus juga untuk dijadikan salah satu makanan baby first food masa nak perkenalkan solid food. Salah satu sebabnya ialah ubi bemban ini sumber makanan yang mudah dihadam dalam perut, ianya juga gluten-free food. Zaman sekarang pun diperhatikan ramai generasi sedang berperang dengan masalah allergy dengan makanan yang gluten. Dah masuk 3rd trimester pregnancy, ibu-ibu mengandung bolehlah longgarkan muscle dengan berkebun in preparation untuk dapatkan bekalan sendiri stok ubi bemban for your baby first food. Think about it, how cool will it be bila setiap kali nak prepare stok baby puree, ambil 1 bekas kitar semula macam kotak air yang ada tanam pokok ubi bemban, koyakkan macam buka tin makanan you can harvest many Bermuda Arrowroot tuber for you little precious one. Bukan setakat persediaan makanan untuk baby, tapi manalah tahu tiba-tiba ada masalah rashes or kulit, boleh gunakan pes ubi bemban sebagai cooling down those skin problem. Sekurang-kurangnya adalah bahan semulajadi, kita tak perlu nak risau bahan-bahan kimia buatan. Masa duduk dekat Adelaide dulu Mak Bidan suruh lumur olive oil je kat kulit baby jika takut kering sangat. Takde Mak Bidan nak suggest lumur lotion apa-apa.
Antara tuaian Sabtu lepas sambil buat kerja dapatlah juga telur itik, ubi bemban dan belimbing besi.
Antara tuaian Sabtu lepas sambil buat kerja dapatlah juga telur itik, ubi bemban dan belimbing besi.
Cara-cara tanam ubi bemban ada pelbagai dan mudah sahaja, boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).
Cuma di sini Tukang Kebun nak buat ulangkaji untuk method yang (3) dari nodes tangkai ubi bemban baru sebab rasa kurang jelas penerangan yang lalu. Mari perhatikan gambar di atas ini di mana pokok ubi bemban tu atasnya timbul lagi satu pokok baru (anak panah ungu), bila musim hujan boleh terkeluar akar secara semula jadi (tengok zoom gambar terakhir di bawah. Boleh potong bahagian ini dan tanam dalam tanah, dah dapat extra pokok ubi bemban lagi. Ubi bemban ini cepat kita dapat beranak-pinakkan sebab ada beberapa cara mudah nak semai dapatkan pokok-pokok baru.
Pokok-pokok ubi bemban adalah jenis pokok yang sangat Pet-friendly untuk PETs. Kalau PETs di rumah nibble pun tak de masalah sebab bukan pokok yang toxic. Sangatlah pet-friendly sampai habis ke semua tempat yang dulunya Tukang Kebun ada tanam pokok-pokok ubi bemban dari Petak 1 sehingga Petak 6 all wipe out without a trace. Habis ternakan makan licin. Semua bahagian pokok di makannya. Kekadang perasan ada pucuk-pucuk baru muncul keluar dari tanah, dari ubi yang tersimpan dalam tanah sekejap je dah takde trace new shoots. Menangis dalam hati Tukang Kebun, tapi apakan daya itulah kalau dah mula bela banyak adik-beradik ayam ni. Patutlah sihat walfiat diorang ni, pasrah je lah. Nasib baik masih ada lagi beberapa spot di kawasan lain yang masih selamat daripada kena ngap.
Tukang Kebun rasa bila ada masa nanti ingatkan nak juga pindahkan beberapa anak pokok ubi bemban dekat bersebelahan pokok jambu mawar. Jauh sikit dari area ayam-ayam bermain dan berpagar. Lagipun keliling jambu mawar tu masih banyak ruang yang boleh digunakan untuk naikkan productivity kebun. Yang best tanam pokok ubi bemban ni sebab sifat toleransinya boleh tumbuh dari full sun hingga light shade. Jadi jika anda ada ruang terhad dan kekurangan cahaya untuk berkebun, ubi bemban letak je di tempat yang kurang dapat cahaya. Dia tak fussy sangat.
~ 1 pot Bermuda Arrowroot for RM7.00 ~
7 ulasan:
wah... first time dengar pasal ubi bemban
Macam2 ada di sini..:-)
Berkebun pun kena bijak juga Dee.
Kena ada ilmu baru menjadi.
Tak sangka banyak betul khasiat pokok ni.
Masa kecil dulu, arwah mak pernah mandikan kak yang demam panas dengan air pokok bemban ni. Mak kata air bemban sejuk dan bagus untuk menurunkan suhu badan
Bagus informasi ...terutama tentang istilah baru untuk tuber/ubi yang dituai tanpa cabut pokok.....thank you...
Salam Bahagia Herny,
Generasi kita memang ramai tak tahu pasal ubi bemban.
Tapi orang lama memang tahu betapa banyak khasiatnya.
Salam Bahagia Norish.
Mana-mana yang boleh maintain jadi koleksi dalam kebun selagi tak pupus.
Salam Bahagia KakZakie.
Banyak juga hentam keromoh juga sebab tak de masa nak study dulu...tapi yang tak jadi tu belajar dari kesilapan pun ada.
Salam Bahagia Cikgu Zuraidah,
Tukang Kebun tak sangka banyak juga khasiatnya.
Salam Bahagia Kak Mala.
Betul seperti mak Kak Mala turunkan ilmu memang menyejukkan badan.
Nanti kalau tak bertimbun banyak bolehlah cuba juga.
Tapi unggas-unggas suka betul makan pokok ubi bemban ni dalam kebun.
Habis disantapnya.
Menangis.
Salam Bahagia Fida.
Bandicoot ni pun jenis binatang, memang suka buat havoc mencuri makanan dalam kebun. Itu agaknya digunakan istilah bandicoot sebagai contoh untuk orang Australia.
Catat Ulasan