Pada hari pertama di Jepun kami menginap di Kinugawa Onsen Gyoen Hotel. Lepas check ini masuk je di bilik, kanak-kanak riang excited tengok keadaan bilik di Jepun yang style bilik Washiki ala tradisional Jepun. Sambil menunggu waktu makan malam, kanak-kanak riang ini boleh tahan melayan cerita kanak-kanak dalam Bahasa Jepun di kaca TV. Kami pilih untuk menginap di Kinugawa Onsen Gyoen Hotel kerana hidangan buffet dia ada pilihan sangat banyak dan setelah baca review ramai kata buffet di sini best. Kalau reviewer majority orang Jepun kata best makanannya, maka adalah keyakinan. Untuk promosi bulan November yang kami menginap kebetulan ada menu boleh melantak ketam seberapa banyak yang mampu, apa lagi puas makan ketam rebus.
Makanan-makanan pilihan lain juga banyak. Untuk yang Muslim pun banyak pilihan. Cuma yang bahagian sup-sup pelbagai ada satu corner tu ragu-ragu juga, jadi elok elakkan. Yang section makanan lain, InsyaAllah banyak pilihan sebab banyak makanan dari seafood dan sayur-sayuran. Si Ilhan puas makan pemanis dan pencuci mulut Jepun, punya banyak makan kuih mochi. Buffet sarapan pun sama juga, banyak pilihan dia. Bukan setakat makanan tradisi Jepun sahaja yang ada, makanan ala-ala Western juga banyak pilihan. Yang bahagian makanan barat, Tukang Kebun tak pergi sangat sebab lebih mengidam makan makanan Jepun.
Selepas puas isi perut, rehat dulu. Kemudian baru kami bawa kanak-kanak riang cuba pertama kali mandi cara Jepun. Lepas berendam dalam air panas, family time kami main ping pong. Riuh rendah dengan kanak-kanak riang seronok pertama kali cuba main ping pong. Siap ada nenek bertiga pun teruja main di sebelah lepas intai apa kami buat dalam bilik tu sambil mereka bercerita mengimbas zaman mereka remaja dahulu. Katanya macam percutian ini macam rombongan zaman sekolah berpuluhan tahun lalu. Lepas main ping pong, bawa anak-anak cuba mandi air kolam panas di luar pula dengan cuaca sedang sejuk larut malam. Boleh tahan anak-anak ni mandi air kolam panas dah macam orang Jepun.
Stok biji benih kacang soya/edamame baka Jepun ada sekarang beberapa jenis. Memandangkan dibekalkan dalam original packaging jadi volume biji benih kacang soya dalam 1 pek itu banyak dan berat. Jika ada pesanan biji benih kacang soya hanya gunakan perkhidmatan Pos Laju Malaysia.
Sebagai contoh, gambar biji benih kacang soya di atas atau edamame ialah jenis AOSHIZUKU青雫 di mana berat kandungan biji benih ialah 30ml dan harga 1 pek ialah RM18.
Pagi hari kedua di Jepun walaupun dah sarapan, semua rasa syok nak masuk tidur dalam selimut balik. Kena keluar juga sebab rancangan nak naik keretapi pukul 10:20 gitu yang direct pergi ke tempat yang ingin dilawat tak perlu tukar-tukar keretapi. Sebab ambil package penginapan budget, jadi kami takde buat pilihan bilik nak pemandangan macam mana. Bila tengok di luar inilah pemandangannya.
Memandangkan ada masa lagi sebelum ketibaan keretapi di Kinugawa Onsen Station, maka kami bersiar-siar dulu kawasan yang menarik dalam perjalanan ke stesen keretapi. Rupa-rupanya sebelah hotel ada jambatan nama Fureaibashi yang memang dah masuk dalam stop list Tukang Kebun. Tangga meneruni ke jambatan ada lakaran-lakaran yang menarik di sebelah dindingnya.
Turun tangga, paling belakang apa ada? Ada raksasa besar. Di kawasan tinggi belah gunung sudah nampak kemerah-merahan peak musim luruh.
Turun lagi tangga barulah cukup keseluruhan anggota badan si raksasa. 'Kinugawa' kalau terjermahannya adalah Sungai Raksasa Meradang. Disebabkan banyak juga patung-patung raksasa ini untuk menjadi simbol kawasan ini.
Sebenarnya untuk jadikan tarikan pelancong-pelancong ada course mencari 7 biji tugu patung raksasa di sekitar kawasan Kinugawa ini. Bila jumpa setiap tugu kecil patung ini anda boleh kumpulkan satu cop pada satu tugu yang berlainan. Kertas peta dan koleksi cop yang perlu dikumpul boleh didapatkan di Tourist Information Centre Kinugawa Onsen yang menghadap Kinugawa Onsen Station. Kertas-kertas yang abang-abang Abby tu dalam gambar adalah yang kertas untuk mereka cop di atasnya nanti.
Cop yang pertama dapat dikumpul oleh kanak-kanak riang dekat sahaja sebab jambatan Fureai ini memang betul-betul sebelah hotel penginapan seperti gambar di atas. Syok kalau dapat pemandangan bilik jika berhadapan dengan sungai. Tapi memandangkan kami pun seharian berada di luar sahaja balik pun dah senja. Di tebing sungai berhadapan pun terdapat banyak barisan hotel-hotel penginapan yang lain.
Nampak pada bulan November 2017 ini amat tenang sahaja air sungai. Tetapi sebenarnya dari zaman dahulu lagi sudah banyak kali sungai ini naik tinggi dan deras menghanyutkan pelbagai benda sepanjang aliran derasnya pada musim hujan yang banyak. Sebagai contoh, pada musim panas 2015 akibat taburan hujan yang banyak, sungai Kinugawa bagaikan meradang atau mengamuk lagi seperti video YouTube di bawah. Disebabkan itu nama sungai ini diberikan nama Kinugawa - Sungai Raksasa Naik Meradang.
Sambil menunggu father and sons ni sibuk cop atas pamphlet, Abby dan mama enjoy pemandangan sekitar kawasan ini. Dari jauh boleh kelihatan mural raksasa di tangga bersebelahan dengan tempat penginapan kami. Pokok maple pun sedang merah menyala pada musim luruh ini menambahkan warna warni.
Beginilah rupa pamphlet untuk kumpulkan ketujuh-tujuh cop dan setiap tempat ada tugu raksasa nama berlainan karekter macam Seven dwarf of Snow White.
Syukur Alhamdulillah cuaca pada hari kedua kami di Jepun ini elok. Cuaca cerah di sebelah pagi jadi tak beberapa sejuk.
Selepas lepak-lepak di jambatan Fureai kami bergerak jalan kaki semula ke Kinugawa Onsen Station.
3 ulasan:
Baca posting ni teringat saya masa saya pegi Kinosake Onsen Town kat Kansai. Rasa sayu pulak. Thanks for sharing Kak.
bestnya kak.... tang buffet ngn jln2 tuh... 3 beradik tu pun nmpak excited je
Salam Bahagia Annie,
Lepas ni boleh cuba merasa onsen area Tohoku pula.
Lagi best kalau snow tebal, berendam.
Salam Bahagia Dana,
Excited sungguh anak-anak ni, sekarang pun mengajak lagi nak pergi.
Catat Ulasan