No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 11 Jun 2015

Edamame OTokuYo

  Syukur Alhamdulillah sejak bermula bulan Jun 2015 ini memang tiap-tiap hari ada rezeki kutip telur itik dan telur ayam. Bersyukur di atas hidayah yang diterima terbuka hati ingin buat tiny investment mula bela ayam dan itik telur dari tabung KBB pada November 2014 lepas (related posting klik sini). Setelah hampir setengah tahun berlalu ternakan batch ini sudah matang dan mula proses pembiakan semulajadi. Selama ini cuma nak harapkan telur ayam dari Fluffy. Sekarang main contributor telur ayam juga adalah dari 2 ekor jenis ayam gajah kacukan yang diberikan panggilan Mrs. Brown dan Skippy (you should see how Skippy run towards me skipping skipping je nampaknya). 

 Semasa 2 ekor membesar ini memang kami dah husha buttock mereka macam sesuai dijadikan ayam telur mirip macam Fluffy (or ayam mengeram)...hahaha...itu yang awal lagi dah diberikan nickname cos both of them are not for meat but for eggs and hopefully this year ada juga peluang nak timang anak-anak ayam from them. Tiap-tiap hari kena mengawan dengan si 'Prince'. So far batch November 2014 ada 3 ekor jantan dengan panggilan 'Prince','Kaka' dan 'Jalak'. si 'Jalak' is pure breed ayam kampung. Tapi yang nampak cocky sekali is 'Prince'.
  Hari ini ada tuai edamame muda jadi ada mood sikit nak buat review untuk Edamame jenis OTokuYO. Warna bunga edamame otokuyo adalah berwarna putih. Batang-batang pokoknya berbulu halus.
 Edamame OTokuYo adalah jenis pokok yang renek, sesuai untuk dibesarkan dalam pot. Sukakan kawasan yang menerima banyak pancaran cahaya matahari secara langsung. Kena tanam dalam kawasan jaring di Kebun Bahagia Bersama, kalau tak habis diratah pokok-pokoknya oleh ayam-ayam. Lagi-lagi yang biji-biji benih baru bercambah, lagi diorang suka makan.
 Untuk trial kali ini di atas raise bed, Tukang Kebun tak ada berikan baja. Kawasan ini dah berbulan berehat cuma gembur-gemburkan tanah sahaja sebelum biji benih disemai terus di kawasan ini. Nampaknya dengan taburan hujan yang diterima tahun ini, pokoknya berpuas hati dengan jumlah air yang dapat dihirupnya untuk membesar. Takut kalau dibaja, rumput rumpai yang bermaharajalela tak larat nak cabut. Tetapi masa awal pertumbuhannya kena rajinkan diri cabut juga rumput supaya pokoknya tak lemas dan kalah dengan rumpai yang meninggi sesama.
  Dalam gambar di atas, batch bunga yang pertama sudah bertukar membesar menjadi kacang, kelihatan batch kedua musim bunga sedang berputik ada juga sambil kacang soya batch pertama membesar. Dah nampak gemok-gemok batch pertama kacang soya di gambar bawah, yang batch kedua pun sudah nampak berisi. Pokok pun sudah nampak dah uzur sebab kacang-kacang soya batch pertama sudah mula nak matang yang jika tua betul boleh dijadikan benih. Manakala batch kedua boleh dipetik untuk direbus untuk dimakan macam di kedai sushi. Letak garam sikit sambil rebus untuk rasa lemak-lemak. Nak kena tanam banyak-banyak baru puas makan, kalau sepokok Tukang Kebun sorang pun tak cukup. Oleh itu jumlah biji-biji benih kacang soya dalam 1 original packaging yang ada stock anggaran jumlahnya ada lebih 100 biji benih. Edamame OTokuYo dah out of stock.

Jenis-jenis benih kacang soya yang masih ada ready stock boleh refer di posting ini (klik sini).
  Kasihan kepada Panther, hujung minggu lepas sudah terpaksa cerai susu ibunya. Ada beberapa hari Panther kelihatan macam demam 1~2minggu lepas. Tak kami sangka Si Tigger sudah pergi meninggalkan Panther yatim piatu.
  Minggu lepas selalu kelihatan si Tigger duduk baring-baring di bawah gazebo. Tapi tak pula kelihatan ianya sedang sakit, nampak biasa sahaja gelagatnya kekadang bermanja-manja main dengan Panther anak-beranak bawah gazebo. Hari Sabtu nampak ianya memang ada bawah gazebo sebelah pagi. Tapi Sabtu lepas kami balik dah lewat malam lepas shopping baju raya. Pagi Ahad, hairan juga kenapa si Panther asyik masuk rumah mengiau-ngiau panggil sambil mengekor ke bilik. Si Panther ini dari lahir memang kami tak biasakan masuk rumah. Ingatkan dah makin umur nak ajak main-main. Kebetulan pula Tukang Kebun sibuk nak sorting prepare penghantaran untuk hari Isnin. Dearest hubby pula sibuk melayan anak-anak bermain basikal di luar nak ajar Ilhan gunakan 2 tayar sahaja. Ilhan pula yang perasan panggil Papa kata si Tigger dah kena 'cabut nyawa'. Kali ini Ilhan gunakan perkataan 'cabut nyawa' pula bukannya 'takde' (related posting Ilhan learning vocabulary).
  Sedih hamba Tigger dah kena cabut nyawa, tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja. Anak-anak pun kasihan dekat si Panther dah takde mak baru umur berapa bulan masih kitten lagi. Bila main di luar sahaja, mesti si Panther di bawa ke hulu hilir sekali. Hikmat kelahiran si Panther ini bagi si Ilhan ialah dia dapat overcome nak pegang bulu binatang. Kadang-kadang ciri anak-anak yang diagnosed 'Autisme' ialah daya sentuhan adalah sensitive atau terms digunakan ialah 'tactile defensive'. Agak sukar nak pujuk si Ilhan nak belai-belai binatang, dia akan rasa tak selasa. Masa dulu dekat kelas 'Occupational Therapy' sikit-sikit kena expose rasa pelbagai jenis texture benda. Orang kalau tak biasa dengan budak-budak autisme mungkin akan anggap seorang yang penggeli, tapi deria sensory diorang lebih sensitive, mudah nak bayangkan macam super heroes lah more sensitive than ordinary. Nenek si Ilhan pun perasan ada komen nak pula si Ilhan ni dukung si Panther ke hulur hilir selalunya tak nak pegang furry animals. 

  Tukang Kebun perhatikan dari kecil Ilhan willing to try kalau dia sendiri nampak kita tanam sayur paling mudah nak pujuk mencuba makan sayur. Seperti juga ayam ternakan bela sendiri juga tiada masalah. Sedangkan daging itik pun Ilhan sukarela nak cuba. Sebabkan Panther memang lahir di Kebun Bahagia Bersama membesar di depan mata Ilhan, naturally Ilhan boleh accept Panther dan belai-belai. Terutamanya sekarang Panther dah keseorangan tiada Mak, biasanya Ilhan yang dukung bawa Panther ikut mereka main-main sekali. Kalau lama sangat Ilhan kena pegang Panther kasi manja, lama-lama Tukang Kebun perhatikan dia buat T-shirt sendiri letak Panther dalam dukung macam kangaroo tak perlu pegang dengan tangan. Panther membuatkan Ilhan overcome tactile defensiveness dengan berbulu-bulu ini. Si Tigger takde Ilhan nak belai dari dia kitten lagi masa Tukang Kebun adopted Tigger. Masa kecil dulu kalau lantai rumah tak bersih licin, Ilhan jalan tiptoe macam ballerina. Ini sahaja tips dapat dikongsi sekiranya anak anda juga ada masalah tactile defensiveness. Must let them grow together and they can willingly accept and overcome. Sifat belas kasihan Panther dah jadi kitten yatim piatu made Ilhan overcome texture bulu-bulu binatang ni.
 Selepas kebumikan si Panther, kami terus tanam pokok bottlebrush di atas pusara Tigger. Hopefully Tigger will make this plant bloom.

3 ulasan:

jazzeyra aj berkata...

insyaAllah, husband's family cat, Jit umur 19 tahun masa dia bercerai nyawa. tanam bawah pokok mangga. Alhamdulillah rezeki mangga berbuah juga sbb sejak tanam pokok mangga tu tak berbuah pun, cuma buah nya limited 2-3 biji stiap musim..

Kakzakie berkata...

Sedih pulak bila dah disayang-sayang pergi jua akhirnya.
Kakak geram tengok ayam gebus tu:)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Jazzeyra Aj,

Sekarang kalau ada je ternakan yang mati, mesti tanam something atas dia, jadikan baja.

Salam Bahagia KakZakie.

Nasib juga ditinggalkan sempat diberikan pengganti penghibur hati Panther.