No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 31 Ogos 2013

Ole-Ole Keledek Organik

 Minggu Merdeka ini big boss balik rumah jadi agak sibuk sedikit, yang memeranjatkan kali ini bila big boss keluarkan dari bungkusan 3 ketul keledek di atas katanya pemberian adiknya untuk tukang kebun dari keledek yang diambilnya dari shopping basket tukang kebun semasa kami bercuti di sana untuk tujuan menanam. Setiap kali tukang kebun balik sana, tukang kebun suka beli keledek untuk buat baby puree sebab ubinya tasteful berbeza dengan yang di supermarket dan Abby lebih kuat makan. Dalam shopping basket tukang kebun ketika itu, ada pelbagai jenis keledek. Menurut makcik tukang kebun keledek jenis-jenis lain menghasilkan ubi atau tuaian pada jangka masa yang berbeza-beza. Ada jenis keledek di Sabah yang dipanggil keledek manis dan harga lebih mahal dari keledek yang lain di tamu boleh mengambil 8 bulan untuk tumbuhnya baru dapat hasil yang memuaskan. Manakala kalau ingatan tukang kebun tak silap, ole-ole keledek organik yang diterima di atas, makcik tukang kebun kata yang jenis ini pokoknya cepat berubi lebih kurang 4 bulan. Tapi dalam pengiraan tukang kebun tidak sampai 10 minggu baru asal ubi keledek yang dibuat untuk menanam diambil dari tukang kebun oleh makcik tukang kebun. Sekejap betul ubi yang ditanamnya jenis ini menghasilkan ubi sebesar dalam gambar dan dapatlah Abby yang merasa minggu ini. Ubi keledek jenis ini, isinya berwarna putih. Tukang kebun will be so happy to receive second opinion jenis ubi di atas.

 Banyak soalan diterima mengenai bila pokok ubi keledek menghasilkan ubi untuk dituai. Salah satu faktor yang hendak diambil kira walaupun semua keperluannya seperti baja, air, cahaya dan jenis tanah syarat telah dipenuhi ialah jenis-jenis keledek yang ditanam. Keledek jenis yang berbeza akan mula berubi pada jangka masa yang berbeza.

Daun ubi keledek banyak khasiat, silalah ke posting Sean 'Growing My Own Sweet Potato Leaves'  yang telah berkongsi pengetahuannya.

Rabu, 28 Ogos 2013

Sengkuang Sini Sana

 Sengkuang bahagia sungguh hidup di tempat yang cuaca berkelembapan tinggi serta tempat yang tidak sejuk tapi panas. Kalau ada tanah yang tidak berpasir sangat atau tidak keras memang amat mudah untuk menanam sengkuang. Yang bestnya kaum avian yang besar-besar tak terbang di backyard kami tak kacau pun pokok sengkuang, tak payah nak pagar pun sehinggakan sengkuang telah tumbuh merata-rata sejak tukang kebun buat trial menanam sengkuang di lokasi ini penghujung tahun lepas. Syukur alhmdulillah antara lokasi yang berbeza jenis tanah telah kami cuba inilah lokasi terbaik menghasilkan sengkuang. Kadang kala susah nak agak dan berdebar-debar tertanya adakah sengkuang yang ditanam sudah berisi ke belum ubinya kan? 
 Antara tips yang dapat berkongsi ialah tengok dasar saiz urat pokok sengkuang kalau ianya dah seperti gambar di atas batang tak halus, dah macam ada rasa kayu-kayu batangnya/half woody (kalau belum berubi batangnya akan masih lembut berdekatan bahagian tanah atau urat akar) ada kebarangkalian sudah berisi. Saiz ubi sengkuang bukan dilihat atas berapa besar pokoknya tumbuh tapi berapa besar dasar urat kayu pokok yang bercantum dengan ubi di bawah itu. Kalau pokoknya mahsyuk nak berbunga kebarangkalian pokok sengkuang tersebut tak fokus membesarkan ubi tapi banyak menggunakan tenaganya nak berbunga dan menghasilkan kacang sahaja. Kalau kacangnya boleh makan takpe, tapi beracun so please do not eat the beans. Jadi kalau pokoknya mengeluarkan pucuk bunga pangkas sahaja bahagian tersebut. Kalau nak simpan benih satu pokok sahaja dah memadai boleh bagi stok setahun untuk yang suka-suka menanam. Pekebun Pro sengkuang di tamu pun berkongsi pengalaman dengan tukang kebun, jangan pandang rendah pokok sengkuang yang nampak sahaja kecil tapi ianya sebenarnya menghasilkan ubi yang besar berbanding dengan yang menjalar-jalar tinggi nak berbunga sahaja. Begitu juga sengkuang jangan pula beri kandungan baja nitrogen yang tinggi seperti baja ayam nanti mabuk daun pula. Dalam 6 bulan, biasanya sengkuang dah berubi.
 Tempat yang paling bahagia hasil sengkuang yang diperolehi dicuba tanam dahulu adalah di  kawasan di atas in full sun (gambar diambil baru je selesai tuai semua sengkuang di ruang ini). Rata-rata rakan-rakan gardening yang tinggal di kawasan bandar ramai yang duduk di kawasan perumahan kan. So secara realistik how can you utilise ruang yang besar lebih kurang setengah meter padu in full sun? Contohnya, gambar di atas dalam setengah meter padu di Kebun Bahagia Bersama pernah atau ada tanaman pokok kemboja, pokok belimbing buloh, pokok bambangan (batang putih di depan sekali) dan sengkuang telah hidup harmoni bersama-sama. Cuma kalau kawasan perumahan pokok bambangan tu canopy akan jadi terlampau besar sebab pokok saiz hutan jadi kalau tukang kebun akan gantikan dengan pokok limau kasturi nanti Majlis Perbandaran marah pula. 
 Tiba-tiba agaknya dari biji-biji benih sengkuang yang meletup dari kacang yang telah kering tumbuh sendiri bila hujan turun membasahi bumi sini tumbuhlah sengkuang kembali. Rezeki tak perlu nak semai-semai moga dapat gali hasilnya nanti.
 Dalam jarak 2 meter mungkin dari lokasi atas ada juga biji-biji sengkuang yang melompat jauh di kawasan partial shade lebih meriah jadi carpet sengkuang pula area ni tumbuh sendiri di bawah pokok rambutan. Beloved husband nanti potong rumput jangan pula potong pokok sengkuang sekali ya nanti ada orang muncung beberapa hari.

Bekalan Biji Benih Sengkuang dari Kebun Bahagia Bersama adalah yang segar dari kebun.
Satu pek anggaran 15 biji benih RM3.00 
Ataupun
Bulk Sengkuang Seeds RM10.00 anggaran 70biji benih.

Selasa, 27 Ogos 2013

Komatsuna (Sawi Jepun)

 Kalau pergi ke pasaraya JUSCO, komatsuna dilabelkan sebagai sayur sawi Jepun. Sayur ini juga sebenarnya diusahakan secara kecil-kecilan di Malaysia khas untuk expatriat Jepun yang bilangannya kian meningkat di Malaysia. Teringat juga tukang kebun kepada pemberian sayur organik komatsuna yang diberikan oleh manager department tukang kebun yang diperolehinya dari kawan Jepunnya yang menetap di Johor menanam sayur komatsuna untuk bekalan sayur orang Jepun yang tinggal di sekitar Johor. Sayur komatsuna amat mudah ditanam kerana sikap toleransinya dengan pelbagai jenis cuaca. Ia adalah sayur yang didapati mudah sepanjang tahun di Jepun juga. Disebabkan itu tukang kebun merasai penjagaan sayur jenis komatsuna lebih mudah dari pakchoi ataupun bokchoi.
 Sayur komatsuna boleh dgunakan sebagai 'inter-cropping' plant kerana ianya tumbuh dengan cepat di  keliling jenis pokok seperti tomato ataupun terung untuk memanfaatkan ruang sepenuhnya. 


~ Biji Benih Sayur Komatsuna ~
Anggaran 100 biji benih 1 pek RM1.00

Hourensou Bayam Jepun (ほうれん草)


  Hourensou (Spinacia oleracia) adalah antara jenis bayam yang paling banyak dijual di negara Jepun. Di Jepun, hourensou banyak ditanam di kawasan prefecture Chiba dan Saitama. Antara memori mengenai hourensou yang masih terbayang-bayang di kepala tukang kebun adalah kisah mengenai petani yang ketika tsunami besar berlaku beberapa tahun lalu menyebabkan kebocoran loji nuklear menyebabkan mereka kerugian besar sebab tidak dapat menjual hasil hourensou mereka yang dikesan ada radiasi ke atas sayur hourensou tumbuh berdekatan dengan kawasan loji nuklear yang leaking. Tentulah mereka yang tinggal di Jepun juga terasa bahangnya masalah bekalan hourensou kerana sayur ini adalah antara sayur tempatan yang murah untuk supply bekalan dapur mereka.
 Menanam hourensou adalah mudah kerana ianya juga sesuai ditanam di dalam bekas bagi mereka yang tidak mempunyai ruang tanah kerana boleh sahaja ditanam dalam bekas asalkan sahaja menerima sekurang-kurangnya lebih 4 jam cahaya matahari. Bagi mereka yang inginkan cahaya mata atau dalam preparation hendak mengandung hourensou adalah bagus kerana mempunyai kandungan folate yang banyak. Selain itu, ianya juga terkandung banyak vitamin A.
  Sayur hourensou sudah boleh dituai bermula dari ketinggian 2 cm pun boleh jika biji benihnya bercambah dekat-dekat. Biji benih hourensou adalah besar dan agak berduri, jadi berhati-hatilah semasa mengendalikan biji benihnya. Sayur ini boleh juga dimasak bersama masakan ala pasta. Campur dalam sup bebola ikan atau daging pun boleh.

~ Biji Benih Hourensou ~
Anggaran 30 biji benih satu pek RM1.00 .

Ahad, 25 Ogos 2013

Habranthus Roseum

Habranthus Roseus

Habranthus juga kadangkala dipanggil Rain Lily seperti juga dalam kumpulan Zephyrantes. Tetapi antara perbezaan Habranthus dan Zephyrantus adalah bentuk bunganya agak berbeza. Di mana bentuk bunga Zephyrantus adalah lebih symmetrical dan  lebih merupai bentuk bintang, bentuk bunga habranthus adalah lebih irregular dan menyerupai bunga hippeastrum. Tidak hairan juga kenapa ianya kelihatan seperti bunga hippeastrum kerana mereka juga tergolong dalam keluarga yang sama (Amarylildaceae).
Habaranthus Roseis

Tukang kebun tanam bawang Habranthus Roseum awal bulan ini, bila minggu ini mula hujan turun, bawangnya bangun berbunga menaikkan mood nak bersihkan kawasannya yang mula semak kembali. Bentuk bunga Habranthus Roseum very pale pinkish white dengan garisan-garisan warna maroon di kelopaknya bersama centre bungnya berwarna maroon.

Sabtu, 24 Ogos 2013

Gaillardia (Indian Blanket)

Gaillardia

Bunga Gaillardia juga dikenali dengan nama Indian Blanket. Pokok gaillardia yang jenis single petal lebih sesuai tumbuh bersama tanaman jenis sayur-sayuran untuk menolong menarik Sang Lebah-Lebah datang bagi membantu pendebungaan seperti pokok mentimun. Warnanya yang terang menceriakan kebun bukan sahaja sebagai tanaman hiasan tapi juga ada peranannya.
DSC08795
Biji benih gaillardia jenis berbulu dan ringan mudah ditiup angin jadi pastikan biji benihnya tidak ditabur sahaja di atas tanah, tapi tanam ke dalam tanah lebih kurang 0.5cm. Biji benihnya yang baru sahaja bercambah.DSC09065
Pembesaran anak-anak pokok yang sudah ada daun sebenar.
DSC00019
Pokok bunga gaillardia tidak cerewet dengan jenis tanah (jangan bertakung air sudah) tapi cerewet dengan berapa cahaya matahari yang diterimanya dalam sehari. Pokok bunga gaillardia sukakan cahaya matahari jadi pastikan dalam sehari ianya mendapat ciuman sinaran cahaya sekurang-kurangnya 6 jam.
DSC08245


Gaillardia blooming
Pokok bunga gaillardia yang sudah matang tahan panas dan kering, tidak perlu kerap menyiramnya. Cuma apabila cuaca kelembapan tinggi, perlu hati-hati supaya kitaran udara kawasan pokok bunga gaillardia adalah baik supaya tidak mendapat serangan ‘powdery mildew’ seperti mentimun. Jadi elok siram ke tanah bahagian akarnya bukan atas pokok daun-daunnya. Sebagai ingatan sahaja, yang menolong siram dalam kebun bahagia bersama ini pun selalu tukang kebun pesan bukan siram atas pokok, nak siram bawah pokok kat tanah sebab akar yang menyerap air, atas pokok siram air pun membazir air sahaja.


~ Open-pollinated Biji benih bunga gaillardia (Indian Blanket) ~
Anggaran 50 biji benih satu pack RM3.00

Jumaat, 23 Ogos 2013

Anak Pokok Terung Dayak dan Mulberry Ranum

 Anak pokok terung dayak dah mula membesar dan nak kena pindahkan dari bekas semaian yang kecil. Semoga hujung minggu jika semuanya menginzinkan nak pindahkan juga ke batas-batas belakang. Musim perayaan bulan ini belum berpeluang nak bergotong-royong di belakang lagi. Anak pokok terung dayak atau terung heirloom Sarawak permukaan daunnya berbulu (velvety) dan makin berduri jadi berhati-hati bila nak pindahkan ianya ke batas ya. Tukang kebun hampir lupa kewujudannya dan semaian ini sebab tersorok di bawah kanopi pokok roselle.

 Daun-daun kering yang menutupi mini patch pokok mulberry banyak membantu menyejukkan tanah dan mengurangkan sejatan air dari tanah pada musim panas dan kering. Bukan sahaja itu, rumpai pun tak bermaharajalela jadi tak perlu nak weeding di patch ini. Sekarang dah mula hujan, daun kering dah mula mereput dan secara semulajadi membajakan tanah semula. Seronok memetik mulberry setiap hari sejak minggu lepas di mini patch mulberry ini untuk fresh berry makan dengan cereal breakfast Rayyan bersama susu. Mini patch ini terima full sun. Kalau ada masa ingat nak buka lagi satu mini patch mulberry berdekatan kawasan ini.

 Dah 2 hari ada masalah internet connection, email dan komen ada belum lagi dapat tukang kebun balas dengan segera. 

Khamis, 22 Ogos 2013

Sweet Basil Large Italian Leaves Merata-Rata

  Dari bulan Ramadhan kelihatan banyak anak-anak sweet basil large Italian leaves tumbuh sendiri merata-rata di keliling kawasan pokok yang ditanam dalam pasu dari tahun lepas. Ada juga yang tumbuh sendiri di celah-celah batu bata. Sweet basil jenis ini senang tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang banyak. Tambahan pula daunnya jenis besar berbanding jenis sweet basil yang lain. Sekarang tidak perlu lagi kami semai di Kebun Bahagia Bersama cuma alih-alihkan sahaja yang perlu sekiranya nak buat teman pokok-pokok lain (companion planting).
 Yang tumbuh di dalam parit keliling rumah pun banyak juga pop up. Biji benih  sweet Basil Large Italian Leaves yang dibekalkan bulan ini adalah tuaian segar baru sahaja diambil. Sweet basil sukakan full sun.

Isnin, 19 Ogos 2013

Pattypan Squash Yellow Scalloped

  Pattypan Squash Yellow Scalloped macam butang baju warna kuning bentuknya. Sayurnya unik yang jarang didapati di pasaraya Malaysia dan sesuai dengan cuaca tropika. Pokoknya pun dari biji benih bercambah kebiasaannya belum 2 bulan sudah menghasilkan bunga betina dan jantan. Sekiranya pendebungan betina dan jantan berjaya buah yang terletak di bunga betina akan membesar. Tak perlu tunggu buahnya membesar sangat, lebih muda dan tender diambil lebih enak. Tambahan pula, kalau selalu dipetik buahnya lebih banyak ianya menghasilkan buah. Tidak kira saiz buahnya, selepas pendebungan elok petik sebelum buah tersebut mencapai 4 hari supaya pertumbuhan pokok tidak terbantut untuk menghasilkan buahnya lagi.
 Patch yang di dalam gambar di atas adalah dilokasi full sun. Yang boleh nampak kacang tanah tadong tumbuh bersama-sama pattypan squash yang disemai secara kaedah 'direct-sowing' pada minggu pertama bulan Ramadhan .Tukang kebun ingat sebab sebelum hubby kena pergi outstation, dia tolong gemburkan tanah dengan baja kambing dan pagar patch ni.  Lepas tu hati rasa geram, pasang pagar keliling patch main cincai dia je, bukannya pastikan antara wayar yang disambung tu bahagian bawah kalau angsa itik tolak boleh bolos masuk (nak mengadulah ni) :P .  First time tukang kebun pergi siram dengan air santan yang dah tersimpan lama dalam patch ni masa baru sahaja semuanya bercambah, pattypan squash pun baru 4-2 helai daun. Bila masuk rumah pastu patah balik, angsa itik buat party pula dalam patch ni habis anak-anak pokok dipijak-pijaknya. Ingatkan sudah tiada rezeki, tiada harapan...dugaan puasa. Sampai tukang kebun trauma tak nak lagi pergi menyiram dekat sini lagi sampailah minggu ni. Syukur Alhamduillah dalam sebulan lebih sahaja dan dalam minggu ini dah mula berbunga pattypan squash yang disemai biji benihnya bulan lepas selepas tukang kebun redha jelah. Tambahan musim panas dan kering, mereka masih segar bugar lagi. Satu keistimewaan musim panas dan kering ialah kumbang yang suka makan apa jenis daun timun atau labu tu tak keluar musim panas kering. Jadi  pattypan squash tu tumbuh tanpa enemy No. 1  tu semasa musim kemarau. Yes you can grow them organically without any toxic spraying or home-made remedy. 

~ Pattypan Squash Yellow Scalloped~
Anggaran 7 biji benih dalam satu pek RM3.00.



Ahad, 18 Ogos 2013

Marketmore Timun Kampung


 Timun Heirloom Marketmore ada di dalam stok kembali (info klik sini).
Anggaran 10 biji benih dalam satu pek RM3.00.

Pesanan boleh ditinggalkan di komen atau email (kebunkmg@gmail.com).
Tinggalkan alamat email untuk mudah tukang kebun hubungi.




Sabtu, 17 Ogos 2013

Blue Crossandra

 Bentuk bunga Blue Crossandra (Pseuderanthemum graciflorum) sangat menarik seperti rama-rama ataupun pari-pari cerita dongeng benua Eropah.  Warnanya lilac yang lembut pasti menjadi kegemaran bagi mereka yang minat warna pastel.  Bukan sahaja bunganya yang menarik, tapi corak permukaan daunnya juga menarik nampak jelas contrast vein di daunnya. Pokok bunga Blue Crossandra adalah jenis pokok bush yang sederhana tinggi sahaja jadi sesuai bagi mereka yang tiada ruang besar boleh selit sana sini di bawah atau bersebelahan pokok besar pun boleh. Tambahan pula, pokok bunga ini suka di kawasan yang tidak menerima banyak cahaya matahari memadai dengan tempias samar-samar cahaya (filtered/dappled light).  Pokok bunga Blue Crossandra kami rajin berbunga sepanjang tahun di bawah teduhan daun lebar pokok Keladi Gajah (Elephant Ear).

Puaslah mencari namanya,
Tanya sini sana,
Akhirnya Sean jugalah ditanya,
Membantu carikan nama. 

Terima Kasih Daun Keladi Sean.

~Blue Crossandra (Pseuderanthemum graciflorum) ~

1 pot RM7.00 .

Ri Ri Ying 'Everyday Flowered Cherry Blossom"

 Pokok bunga merah menyala ini rajin berbunga sepanjang tahun. Oleh itu dalam bahasa Cina dipanggil pokok bunga Ri Ri Ying yang bermaksud 'Everyday Flowered Cherry Blossom'. Pokok bunga ini juga dikenali dengan nama Jatropha pandurifolia. Pokok bunga ini sangat tahan panas dan musim kemarau di Malaysia. Pokok yang tumbuh di depan pintu dapur ini sudah lama hidup di tapak tersebut, mungkin ada lebih 15 tahun usianya. Pokok ini sekarang hanya tumbuh terkeluar di celah batu-bata sahaja. Pokok bunga Ri RI Ying yang sudah matang cukup sukakan matahari ianya dapat cahaya matahari sepenuhnya dari matahari terbit hingga terbenam.
 Ketinggian pokoknya boleh kita control. Average tinggi pokoknya ialah antara 1 ~ 2 meter. Bila sudah banyak bunganya dah layu, buat sahaja hard pruning bagi pokok yang sudah matang usianya. Pangkas sampai botak pun tidak mengapa nanti cepat keluar pucuk baru.  Pokok bunga yang rajin menyerikan laman rumah.

~ Pokok bunga Ri Ri Ying (Jatropha pandurifolia) ~

1 pot RM10.00

Jumaat, 16 Ogos 2013

Hippeastrum Equestre (Ogos Seasonal Limited Offer)

  Hippeastrum Equestre adalah antara hippeastrum yang sangat serasi dengan cuaca Malaysia dan lebih mudah rajin berbunga berbanding dengan jenis hippeastrum yang lain. Walaupun, hippeastrum dikatakan suka panas tapi berhati-hati ada juga cultivator hippeastrum yang berbunga pada musim sejuk (sebagai contoh jenis sonatini hippeastrum). Tukang kebun perhatikan banyak kawasan yang kami tumbuh hippeastrum equestre sudah makin padat. Ingatkan bila ada kelapangan bulan ni atau awal bulan depan nak pindahkan kasi bernafas sikit antara bulb yang dah padat sangat tumbuh satu kelompak ke tempat-tempat lain dalam area kebun. Sebagai contoh, dalam gambar bawah pun di luar pagar depan rumah pun banyak hidden bulb hippeastrum equestre tumbuh berderet kadangkala pun lupa kewujudannya kecuali bila datang musim bunganya. Dekat luar pagar ni mana ada kena siraman, cuma harapkan air hujan sahaja. Tapi InsyaAllah senang tumbuh untuk beginner atau mereka yang sibuk bekerja. Tak memakai ruang pun selit sini sana asalkan dapat cahaya matahari beberapa jam dalam siang hari. Let mother nature do the work for you.
 Sekiranya ada yang berminat untuk cuba menanam hippeastrum Equestre, tukang kebun hanya buat seasonal offer untuk pesanan bulb hippeastrum Equestre untuk bulan Ogos ini untuk tahun ini. Boleh booking bulb hippeastrum Equestre di kotak komen atau email (kebunkmg@gmail.com) dan penghantaran adalah kebarangkalian 26hb Ogos ataupun 2hb September tahun ini. Bawang hippeastrum Equestre yang ditawarkan kali ini diameter saiz besarnya ada sekurang-kurangnya 3cm across.

~ Hippeastrum Equestre ~

1 Bulb Size > 3cm diameter RM8.00 .

Buah Nadir Liposuk

 Ini buah hutan kalau di Sabah yang kadang-kala ada dijual di Tamu boleh juga dikatakan buah nadir Malaysia.Buah apa ni ya? Buah ni kalau dalam bahasa Dusun-Kadazan dipanggil 'Liposuk'. Kalau di Semananjung Malaysia dikenali dengan nama Asam Pahong (Baccaurea lanceolata). Trip kedua tahun ni bercuti ke Sabah seisi keluarga baru ternampak buah ni dijual di tamu. Trip pertama dulu ada tukang kebun bawa balik ole-ole buah 'Pugi' jadi papa Rayyan bila nampak ingatkan pugi mahu belikan untuk anaknya (papa Rayyan tak kenal buah ini lagi ketika itu). Rayyan suka sangat pugi makan berdua dengan papanya tak sempat papanya nak makan asyik ada tangan kecil speeding menghulur nak lagi (gelojoh). Oh ya ada satu hari tu ternampak orang menjual buah tampoi di tamu ternyata mereka pun berkata lain buah tampoi dan buah pugi. Keluarga Baccurea ni memang banyak jenisnya di Malaysia tetapi belum lagi diperkenalkan secara betul atau dikategorikan untuk mudah bagi orang awam mengenali lebih dekat. Tukang kebun pun setuju dengan Sean yang keluarga baccurea ni yang banyak mirip antara satu sama lain masih lagi dipanggil sahaja buah tampoi. Terpesong sekejap sebab nak clarify entry 'Pugi' dahulu. Untuk cadangan next MAHA kalau ada section untuk buah nadir keluarga baccurea can be fun untuk bandingkan buahnya walaupun nampak lebih kurang sama.
 Bagaimana rasanya buah liposuk?
 Berlainan sungguh rasa buah liposuk dengan pugi. Di mana pugi adalah manis, buah liposuk tersangatlah masam. Tukang kebun yang boleh tahan buah-buahan masam pun boleh angkat tangan surrender tak boleh makan banyak. Rasanya antara buah-buahan masam pernah tukang kebun makan, liposuk paling masam.
 Beginilah rupa isi buahnya bila dibelah dua. Isinya yang putih awan di mana bijinya tersimpan tu teramat masam nyilu rasa. Kulit dalam buah liposuk adalah tebal dan sebenarnya bahagian itulah yang biasanya dimakan. Salah satu cara untuk enjoy buah liposuk ini ialah menhiris isi kulit yang tebal itu, tumbuk dengan udang kering/ikan bilis dan cili, gaul mix dengan garam dan jus perahan limau. Pastu makan dengan nasi panas, naik selera makan.

Khamis, 15 Ogos 2013

Scarlet Passion Flower (Passiflora coccinea)

 Bunga Passiflora coccinea dari jauh boleh nampak merah menyala memberhentikan langkah pencinta bunga-bunga macam lampu trafik warna merah. Pokok bunga yang juga dikenali dengan nama Scarlet Passion Flower adalah jenis pokok yang memanjat. Tapi pokoknya tak invasive dalam kiraan tukang kebun lebih gentle pergerakkannya berbanding dengan pokok bunga climbing vine lain yang berebut-rebut melingkar naik meninggi di Kebun Bahagia Bersama.
 Seperti kebanyakkan bunga passiflora yang lain, pokok bunga Passiflora coccinea juga sukakan penerimaan cahaya matahari yang banyak untuk berbunga dengan banyak dan baik. Di tengah-tengah bunga passiflora coccinea ada janggut-janggut berwarna hitam.
 Kalau pergola atau trellisnya berkongsi passiflora coccinea dengan pokok markisa merah yang buahnya untuk dimakan boleh bezakan antara kedua-dua passiflora tersebut. Sebagai contoh di sebelah kanan adalah bentuk daun passiflora coccinea. Manakala di sebelah kiri nampak ketara perbezaan bentuk daun pokok markisa merah.

~ Pokok Passiflora coccinea / Scarlet Passion Flower ~
1 pot RM12.00

Yellow Lemon Water LiLy

 Salah satu passion tukang kebun tahun ini ialah waterplant sebab terasa hati tenang dan kepala ringan melihat gabungan air dan tumbuhan bersama di dalam taman. Tranquility in the Garden. Gembiranya hati apabila dapat menikmati kembangan bunga yellow lemon water lily di kebun sendiri bulan ini. Yellow Lemon Water lily ini adalah jenis kembang siang. Water Lily juga ada jenis yang kembangnya malam.

 Yang menariknya water lily ini adalah seperti sebuah jam untuk pada hari siang. Sebelum pukul 9 bunganya masih belum menampakkan tanda-tanda hendak kembang.
 Kemudian apabila matahari pun mula naik, perlahan-lahan kuntuman bunga water lily mula membuka kelopak bunganya.
 Bila matahari dah panas menegak di kepala, bunga water lily bangun kembang sepenuhnya. Batang bunganya pun berdiri tegak menaikkan bunga water lily atas dari air jadi bunganya tak terapung terkena air. Kemudian apabila matahari dah mula menurun dan terbenam, perlahan-lahan kelopak bunganya akan kuncup kembali. 
 Begitulah kebiasaan kitaran proses bunga water lily kembang selama 3 hari.

   Terpaksalah kekanda tambahkan koleksi adinda lagi bulan lepas...
   Erkkkk...lepas pindahkan dalam pasu-pasu dah tak ingat dah warna yang mana satu dalam pasu mana satu kena tunggu kembang sahajalah kalau ada rezeki, InsyaAllah.



Rabu, 14 Ogos 2013

Hamper Hari Raya

  Beraya tahun ini, Syukur Alhamdulillah disebabkan ada tanaman di kebun yang dapat dituai hampir setiap hari dapatlah kami bawa Hamper Hari Raya sambil berkunjung ke rumah sanak saudara dan juga kawan-kawan. Hilang sedikit rasa segan sebab datang bukan dengan tangan kosong, untuk warga emas bukan sekadar duit raya tetapi dapatlah berkongsi organic food from our own backyard and frontyard. Warga emas pun sangat gembira bila menerima hamper raya yang begini berbanding dengan hamper yang dah disusun dengan process food di pasaraya yang ingredientnya kalau dibaca pun banyak gula, garam, pewarna tiruan dan bahan pengawet (selalunya saya sendiri pun tak recall bila ditulis namanya dalam istilah kimia). Ramai warga emas yang semasa mereka upaya juga pernah menanam sendiri seperti kita, bila dah berusia mungkin ada yang tidak mampu hendak mengusahakannya seseorang. Mereka juga merindui true flavour sayur-sayuran yang ditanam sendiri. Sekiranya tinggal di kawasan perumahan bolehlah ambil peluang ini untuk berkenalan dengan jiran-jiran warga emas dengan membawa 'Hamper Hari Raya' , tak banyak pun tak pe, tak pelbagai pun tak pe. Bolehlah nak merisik sekiranya boleh jadi rakan kongsi gunakan ruangan tanah mereka yang tak pakai sebab dah kurang tenaga untuk mengemaskannya ada untuk menanam dan kongsi hasil nanti. Tentu mereka suka apabila melihat ruangan luar rumah mereka yang dulunya terbiar mula dipenuhi tanaman yang boleh dimakan, bagus untuk rohani mereka dan juga jasmani gerak badan-badan sikit bergotong-royong. Tak rugi bertanya, kalau malu pun hanya sekali sahaja. Dapat pahala dan ganjaran juga sambil membantu nampak ruangan orang lain nampak rapi sambil kita pinjam ruangnya.
 Tukang kebun pun lebih 4 tahun hanya mempunyai tanah ruangan yang terhad tambahan menyewa lagi jadi tak boleh buat suka-suka hati. Container gardening dan Guerilla gardening pun sudah cuba praktik sepenuhnya. Bila merasai nak ruang lagi menanam, tukang kebun buat tebal muka tanya jiran sebelah gunakan tanah sebelah drivewaynya. Syukur alhamdulillah diluluskan `asalkan tumbuhan ornamental asal dibiarkan sahaja. Kemudian tukang kebun tanya lagi jiran depan sekali yang berkongsi driveway dengan kami, diluluskan juga asalkan pokok-pokok yang sedia ada tidak diusik. Bila tukang kebun buat Guerilla Gardening gunakan tanah reserve Majlis Perbandaran di belakang pagar rumah, belum lagi tanya jiran sebelah pelawa gunakan tanah di belakang pagarnya pun boleh juga. Maggie pengasas Hills and Plains Seedsavers juga pernah membantu tukang kebun dengan menawarkan ruangan kenalannya yang sudah berusia tidak mampu daya untuk berkebun lagi yang tinggal berhampiran rumah sewa tukang kebun tetapi terpaksa ditolak kerana tukang kebun sudah sarat mengandung dan tidak lama lagi ingin kembali ke tanahair. Cuma cadangan tukang kebun salah satu alternatif untuk menambahkan ruang berkebun sambil mengeratkan silaturahim.
 Hamper hari raya di atas untuk nenek saudara di Kelana Jaya.
 Hamper Hari Raya yang ini pula untuk gathering jamuan berbuka puasa kenalan di Kota Kemuning. 
 Hamper Hari Raya yang ini express diambil senja Isnin lepas di bahagian frontyard sahaja sebab tiba-tiba confirm lepas Maghrib beraya di Cheras rumah Pak Long dan Mak Long. Antara jenis-jenis hasil-hasil yang diperolehi dari kebun untuk Hamper Hari Raya dari kami tahun ni. Tak beberapa ada masa nak ambil gambar tuaian musim raya ni. Tapi untuk projek kalendar semaian dan tuaian rekod mana yang dapat.

 Pasar Roselle Kebun Bahagia Bersama atau Hamper Hari Raya Box untuk yang dikasihi masih KBB menerima tempahan untuk bulan Syawal ini. Boleh email pesanan ke (kebunkmg@gmail.com) .

 Pesanan untuk delivery Isnin minggu depan InsyaAllah dalam 'Hamper Box' will try to include buah roselle, petai, daun assam gelugor, belimbing buloh dan tuaian of the day bergantung kepada rezeki dari kebun. Kalau hujan hujung minggu, pokok petai tu tak dapatlah nak memanjat.

Selasa, 13 Ogos 2013

Cekur Purple Eila Sepang

 Sebelum bertolak pulang ke kampung beloved husband pada sebelah pagi sedang tukang kebun selesaikan projek propagation bunga sedap malam (Night jasmine @ Cestrum nocturnum) ternampak dalam pasu berdekatan ada bunga warna purple. Rupa-rupanya rizom cekur ungu pemberian Eila dari Sepang sudah menghasilkan bunga dan daun-daunnya pun dah makin banyak. Terima kasih banyak-banyak Eila berkongsi dengan tukang kebun bukan hanya cekur ungu sahaja sudah berbunga, cekur jenis lagi satu pun pemberian Eila juga telah berbunga. 
 Seronok sungguh tukang kebun terima parcel dari Eila pelbagai jenis herba-herba tradisional dikongsikan bersama tukang kebun. Serai wangi Eila pun sudah beranak pinak. Temu Pauh yang Eila beri terduduk bawah hutan rimba roselle tukang kebun, InsyaAllah bila cuaca dah tak panas nanti ingin dialihkan supaya ada menerima cahaya matahari. Banyak ilmu herba tradisional yang Eila kongsikan, InsyaAllah nanti akan dikongsikan bersama.

 Infinity Terima Kasih kepada semua sejak mulanya Kebun Bahagia Bersama bertambah kenalan kami yang berminat bersama untuk menanam. Ramai yang menghulur tangan bersalam kenal mahupun secara Cyber dan bertemu di pelbagai event memberikan semangat dan keyakinan diri untuk recover dari masalah depression. 

Blood Lily Kak Ros

  Pulang dari Kuala Terengganu sudah tengah malam jadi dah tak nampak apa-apa. Keesokkan paginya pun masih malas-malas rasa nak meninjau sekitar kebun, tetapi tiba-tiba kelihatan semarak warna merah di celah-celah kawasan yang baru sahaja dibuka untuk menanam pokok-pokok bunga hiasan dengan selitan pokok yang hasilnya boleh dimakan mestilah teruja nak spot check. Wah rupanya kepulangan balik ke Kebun Bahagia Bersama disambut dengan Bunga Blood Lily pemberian dari Kak Ros yang menetap di Jasin, Melaka. Badan yang masih penat terus rasa bertenaga melihat bawang Blood Lily yang ditanam bulan Jun lepas sudah berbunga, barulah ada mood nak round kebun yang kering kontang. Terima kasih Kak Ros.
 Bawang bunga blood lily pemberian Kak Ros sebelum tukang kebun tanam. Walaupun tiba-tiba penghantaran antara kami berdua pada ketika itu, kami berdua terpaksa mengirimnya 2 kali baru selamat terima. Syukur Alhamdulillah walaupun kami hanya berkenalan di ruangan Cyber ini masih baru lagi, belum berjumpa tapi makin terasa seperti sudah lama berkenalan. Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan serta berkongsi pengalaman untuk ibu yang anaknya masih kecil-kecil lagi.
 Bulan Ramadhan pula, Kak Ros berkongsi ubi keladi mawar untuk tanam.  Sebenarnya, lepas tukang kebun tanam ubi keladi mawar terlupa nak siram sampai lepas raya. Nasib baik ada rezeki bila pusing semalam tengok dah tumbuh daun lebar dah. Terima Kasih Daun Keladi ya Kak Ros, InsyaAllah kalau dapat hasil nanti kami cuba suggestion dan resepi dari Kak Ros.
 Hari Raya ke-2, our little Abby sudah pun berumur 1 tahun. Tema baju raya tahun ni warna merah pinkish sebab nenek Abby yang selalunya beli kain dan jahit baju-baju anak-anak dan cucu-cucu.  Atuk belanja kain-kain tunggu di Cashier hehehe...Baju-baju sekolah dan baju kurung tukang kebun selalunya mama yang jahit sampailah sekarang. Teringat bila Kak Ros bercerita ibu selalu menyiapkan jahit baju raya anak-anak dahulu sebelum dirinya sendiri, betul kata Kak Ros.
 Semoga suatu hari nanti dapatlah kami berjumpa Kak Ros di Melaka.