No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 7 September 2020

Pulau Pandan Pandan from Usukan Cove Lodge

 Ini pun kenangan nak dekat setahun juga berlalu lah... pergi bercuti ke Pulau Pandan Pandan di Kota Belud pada cuti Deepavali tahun 2019. Ini pertama kali kami meneroka keindahan laut dan pantai di Kota Belud. Kali pertama mengetahui Pulau Pandan Pandan ini masa tengok pakej yang ada di event macam Matta fair di Sabah Suria, dah tak ingat rasanya nama event itu tapi dianjurkan bersama dengan Sabah Tourism kalau tak silap. Siap cabutan bertuah ada rezeki kami menang dapat large luggage beg (tak sempat nak guna lagi ke mana-mana), powerbank dan 1 night stay di satu accomodation di Sepilok. Berminat pula tengok pakej yang ditawarkan ke Pulau Pandan Pandan day trip snorkelling. Alang-alang nak ke sini kami terus cadang tidur satu malam di pick up point pakej tu iaitu Usukan Cove Lodge mohon diskaun sikit. 

 Sementara tunggu pelancong-pelancong lain tiba untuk naik bot ke Pulau Pandan Pandan ada juga beberapa kemudahan di sana untuk anak-anak cuba seperti mini snooker dan mini ping pong. Bagi warming up dahulu.

Tidak beberapa ingat sudah pukul berapa gerak dalam 9:30 ke 10:00 pagi rasanya. Ada taklimat ringkas dan ambil snorkelling mask beserta life jacket. Untuk kanak-kanak tidak disediakan snorkelling mask hanya dewasa sahaja. Nasib baiklah memang kami dah bawa siap sedia snorkelling mask untuk Abby dan Rayyan sebab dah berpengalaman sebegini macam island hopping di Semporna pun tidak disediakan. Supaya kanak-kanak tidak hampa, jika ada rancangan island hopping atau snorkelling di Sabah disarankan bawa sendiri yang untuk kanak-kanak punya snorkelling mask. Lebih elok bawa yang life jacket tiup macam pelampung tu sebab kekadang tak dapat size fit betul dengan anak-anak kita untuk keselesaan mereka snorkelling. Walaupun kekadang ada disediakan pelampung, just in case bawa je spare yang pelampung tiup tu. Sebab kekadang orang dewasa pun yang tidak biasa snorkelling pakai juga pelampung untuk elakkan berebut pula nanti.

Ingat tak ingat dah ni rasanya dari Usukan Cove Lodge ke Pulau Pandan Pandan dalam 20 minit sahaja. Pulau Pandan Pandan ini pun tak besar pun kecil sahaja dan tiada penghuni manusia duduk atas pulau ini. Kali ini termasuk kami ada 4 group pelancong bersama-sama naik operator yang sama - 2 keluarga locals, 1 keluarga dari China dan 1 couple Korea.
Shore snorkelling dari Pulau Pandan Pandan underwater corals dan marine life cantik jugalah. Tukang Kebun rasa puas hati sebab hampir penuh kawasan pasir dalam air tersebut diliputi corals cuma ada berapa kawasan kita boleh nampak kesan dredging mungkin terkena. Kurang nampak ada kesan bomb fishing dan coral bleaching masa kami pergi snorkelling di sana. Air pun agak tenang dan mudah berenang tanpa menggunakan snorkel fins. Ramai guide pelancong yang mengawasi keadaan jadi kami agak yakin nak tinggalkan Rayyan dan Abby main di persisiran pantai sementara kami snorkelling ke tempat lebih dalam. 
 Tempat kedua snorkelling yang dibawa dengan menaiki bot adalah antara Pulau Pandan Pandan dan Pantai Merakit. Cuma masa ni visibility air kurang sikit sebab murky sikit, kalau snorkelling lagi cantik yang dekat shore Pulau Pandan Pandan lah. Kalau scuba diving mungkin pandangan lain sikit dan kawasan ni agak dalam jadi susah sikit nak ajak yang si Abby dan Rayyan turun snorkelling sekali.
Makan tengahari dibawa pelancong ke Pantai Merakit yang bertentangan dengan Pulau Pandan Pandan sahaja. Lepas makan tengahari, pelancong-pelancong boleh berehat di hammock atau bermain buaian.
Anak-anak tak penat lagi sibuk nak main kayak berebut-rebut ambil giliran. Mama papa nak beromantik kejap pun tak de chance.
Sebelum pulang ke Usukan Cove Lodge semula ada aktiviti coral planting.

Jika yang berminat nak stay di Usukan Cove Lodge di sini kami share video (Video link klik sini) pengalaman duduk 1 malam di Usukan Cove Lodge. Bilik yang diberikan tu baru siap renovate dan ada private bathroom. Makan malam ada restoran berhampiran jugalah untuk mengisi perut. Masa kami menginap di sana tak ramai guest jadi dapatlah check out lambat selepas kami selesai bersihkan diri dari air laut sebelum bergerak balik ke Kota Kinabalu. 


Tanah bakar Kebun Bahagia Bersama ada stok untuk yang berminat 1 beg RM5.00 .


Boleh self-collect pada hari Sabtu atau Ahad (12/13hb September 2020) di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor. Mohon inform pesanan awal ya sehari sebelum collect sebab sekarang musim hujan.

Pesanan boleh hubungi message Whatsapp Nizam (019-293-1340).

13 ulasan:

norhidana berkata...

cantiknya kak pemandangan kat pulau tu.... pastu aktiviti pun ada macam2

nohas berkata...

Teringat pantun Pulau Pandan...best aktiviti di darat & laut..

Azhafizah MN berkata...

cantiknya pulau ni. Suka tengok air laut sabah yang jernih dan cantik view dia.

Zurainny Ismail berkata...

Cantiknya view di sana! Kalau kami sekeluarga sdh masuk dlm air, x ingat masa. Padahal, semua x tau berenang. :D

Amie berkata...

Wah! Cuti Deepavali 2019 di Kota Belud ye? Mesti best ni. Kami merancang cuti Deepavali 2020 untuk jelajah Kudat, Pitas, Kota Belud dan Kota Marudu.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Dana,

Macam-macam juga la aktiviti ada kalau yang bukan kaki snorkeling sangat. Kalau kami ni memang kalau dah menyelam dalam air payah nak keluar hehehe...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nohas,

Pertama kali dengar pulau pandan ini memang teringat pantun tu juga hehehe...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Dana,

Syukur kawasan ni ombak dia tak kuat sangat mungkin terlindung sebab dekat dengan kawasan berteluk, dia tak jauh dari tanah besar. Kalau Pulau Mantanani yang di Kota Belud di ombak kuat sebab betul2 keliling tengah Laut China Selatan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Azhafizah,

Sabah mempunyai persisiran pantai paling panjang di Malaysia dan beratus bilangan pulau. Banyak tempat boleh enjoy satu hari satu pulau lain dalam setahun hehehe...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Zurainny,

Anak-anak pun tak cekap berenang sangat lagi tapi kalau dah jumpa air Laut tak keluar-keluar ada je aktiviti nak dibuat.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amie,

Cuti Deepavali 2019 kami berehat di tempat ni je Kak sebab cuti tak lama singkat je.
Wah banyak tempat tu Kak luas kawasan jelajahnya tu, berapa hari Kak untuk Deepavali 2020?

meintheswim berkata...

Such beautiful place. Bahagia jika dapat tinggal di tempat yang begini kan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Aunty meintheswim,

Selalu rasa rindu nak pergi balik.