Sekejap sungguh tahun 2013 berlalu, beberapa minit berdetik lagi akan masuk tahun 2014. Mengimbas kembali detik-detik manis pada tahun 2013 bagi Kebun Bahagia Bersama team members ialah peluang yang telah diberikan oleh rakan-rakan yang berminat berkebun kepada kami untuk mengenali lebih mesra dengan kunjungan ke Kebun Bahagia Bersama ataupun memberi peluang untuk kami melawat kebun-kebun mereka. Dengan ini dapat mengeratkan tali silaturahim sesama kita hilangkan rasa segan. Antara peluang lawatan yang diberi kepada kami ialah:
~Awin, tukang kebun di Petak Hijau (Errr...kotak itu masih kosong tapi menjadi sokongan kepada sepokok Frangipani Bali Kuning.
~ Mama Pongkey di Kuantan tukang kebun 'Homely Chaos' sentiasa memberi dorongan dan berkongsi tips-tips kesihatan. Syukur Alhamdulillah selamat mengerjakan ibadah haji dan mendoakan kesejahteraan kami.
~ Mak Aji @ Ummu Madihah tukang kebun 'Greenfingers' pun kurang 10 minit je drive dah sampai betapa dekatnya jarak antara kami.
~ Setelah lama mengidam dan terliur-liur tengok masakkan 'Jom masak,jom makan-makan' dapur CikManggis, langkah kanan kami tahun ni.
Semasa tukang kebun terguling-guling menghadapi peak postnatal depression dahulu Kak Mar tukang kebun 'SUKA-SUKA' memberikan semangat kepada tukang kebun bertanya berita. Kak Mar jugalah antara tulang belakang yang memberikan keyakinan kepada tukang kebun untuk membuka 'Kebun Bahagia Bersama' (kalau ingat biji benih carnation mesti teringatkan Kak Mar). Kebetulan papa tukang kebun pun orang Negeri jadi seronok membaca posting kak Mar.
Tukang kebun pula kantoi di dalam group gardening di Facebook dengan Madam ChickChick tahun ni sebab watermark di dalam gambar memberikan hint yang buat posting di Facebook tersebut adalah tukang Kebun Bahagia Bersama (Malay-Kadazan Girl). Di facebook tukang kebun kebiasaannya anonymous tak declare dirinya penulis Kebun Bahagia Bersama. Tidak disangka bahawa Madam Chick Chick sudah lama mengikuti perkembangan kami dari Adelaide lagi. Thank you for the visit and wisdom Madam Chick Chick semoga dapat kami berkunjung ke kebun madam Chik Chik bersama CikManggis nanti. Rupa-rupanya menerusi penulisan blog, kami berpeluang untuk bertemu dengan bekas-bekas pelajar dari Adelaide.
Antaranya juga adalah Sean, tukang kebun 'Half a pound of treacle' sudi melawat kebun kami dengan ole-ole yang sangat bernilai. Terima kasih tidak pernah lokek dengan ilmunya. Sudah banyak kali membantu tukang kebun identify tanaman di Kebun Bahagia Bersama.
Terima kasih kepada Kak Ros (Jasin), Kak Azira dan Kak Yanna selalu bersabar atas kelewatan tukang kebun balas email dan perkongsian pengalaman bukan sahaja gardening-related tapi kehidupan.
Tukang kebun nak ucapkan terima kasih kepada semua sebenarnya atas sokongan yang diberikan kepada Kebun Bahagia Bersama tak sempat nak tulis semua ni sebab masa dah nak masuk tahun 2014.
Sebelum itu, tukang kebun sekeluarga ingin mengucapkan takziah kepada Nudabuffy sekeluarga dan Al-Fatihah.
Tahniah kepada Eila yang baru sahaja mendapat cahaya mata baby girl.
Minggu lepas, baby lotus tukang kebun beri kembangan bunga yang ketiga (atas) dan serentak mula kembang bersama baka original (bawah) di Kebun Bahagia Bersama macam celebrate juga kelahiran Baby girl Eila.
Dari minggu lepas tukang kebun agak sibuk menguruskan persekolahan anak-anak. Tahun 2014 Ilhan masuk darjah satu dan adiknya Rayyan pertama kali masuk tadika. Tukang kebun rasa tiada masalah dengan Ilhan cuma papa Rayyan nak kena sabarlah ya beberapa hari hantar Rayyan ada rasa gerenti menangis bila nak ditinggalkan di tadika. Hujung minggu lepas bawa mereka ke Sunway Pyramid , Ilhan nak tengok perhiasan Krismas.
Semoga tahun 2014, Kebun Bahagia Bersama mendapat peluang melawat kebun-kebun tukang kebun lain juga. Antara yang teringin kami nak lawat ialah Kebun Kak Mala di Langkawi (My Green Eye's). Gambar morning glory yang pertama di atas adalah dari Kebun kak Mala sangatlah meriah berbunga. Terima kasih juga kepada Kak Ros di Jasin memberikan undangan.