No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 13 November 2020

Cara Peram Pisang Rastali Tanpa Ubat Kimia Sintetik

Salah satu pisang kegemaran keluarga kami ialah jenis pisang rastali atau juga dikenali sebagai pisang keling. Pisang keling ini dah sukar sikit nak dapat di kedai berbanding dengan pisang berangan. Kalau generasi baru yang lebih tengok ke rupa aesthetic mungkin ingat something wrong dengan pisang rastali yang dah masak ranum betul. Di gambar atas kelihatan jantung pisang yang baru buka kelopaknya satu persatu mempersembahkan bunga sebenar pisang yang berwarna putih itu di hujung buah pisang yang bakal membesar itu. Kelulut amat gemar dengan bunga pisang ini selalu datang menciumnya.
Kadangkala kita ada masalah kalau biarkan tandan pisang sampai ranum tak sempat pula nak merasa ada binatang lain dah rasmi dulu. Juga kemungkinan kita 1 ke 2 minggu mungkin tiada di rumah atau balik kampung ke kan. Bolehlah tuai tandan pisang yang hampir dekat nak musim meranumnya tu awal dan peram dahulu. Agak-agak dah boleh tuai untuk peram rujuk gambar di atas. Pokok pisang rastali jenis pokok pisang yang tidak berbatang besar dan boleh sahaja hidup di atas tanah kurang subur, tanah keras dan berbatu seperti kawasan perumahan yang telah ditimbus tanah merah. Kalau tanam untuk enjoy sendiri apa salahnya kan dari tanah terbiar kosong.

 Cara nak peram pisang tanpa gunakan ubat sintetik dan boleh je bawa ke mana-mana boleh tonton video di bawah ya:





   Pastikan tandan buah pisang tak kena hentakkan kuat di tanah masa menuai ya supaya buahnya tak lebam.
Pisang rastali kalau nak enjoy kena tunggu sampai dah kuning dengan bintik-bintik hitam yang banyak baru rasa lemak manis tak berhenti-henti makan sampai satu sisir pun licin. Bila pisang rastali betul-betul ranum biasanya kulit dia mudah dikupas dan kurang urat-urat melekat di buahnya. Kulit pisang rastali lebih ketara nipis berbanding dengan pisang berangan.
 

35 ulasan:

staysabah berkata...

Sedap pisang ni..tapi jarang jumpa. selalu kat tamu minggu saja la bru ada

norhidana berkata...

abah dana ada tanam pisang ni depan rumah, memang sedap... mula2 dana ingat pisang berangan... tapi dia takde bau mcm pisang berangan... bila mak kata rastali mcm pelik tapi sedap kita ngap je hehehe

Syaz Rahim berkata...

goreng sedap ni kan :)

nohas berkata...

selalu mkn pisang emas je..

Farrah MF berkata...

Tempat saya jarang dapat jumpa pisang rastali.

Amie berkata...

Pisang rastali cepat mengenyangkan! Isinya padat. Tunggu betul2 masak ranum, baru sedap dimakan.

KANG LATEP berkata...

Sy mkn tau, nama x ambik tahu..hehe

Atie Zieya berkata...

jarang makan pisang listari ni, tapi buat cokodok tak bleh kan ?

Litah L berkata...

my mom panggil ni pisang laru.. kawan pulak panggil pisang keling hehe

aina hans berkata...

Hai sy nak Beli daun kaduk.bagaimana nak contact sis?boleh bagi no telefon

aina hans berkata...

Hai sy nak Beli daun kaduk.bagaimana nak contact sis?boleh bagi no telefon

Azhafizah MN berkata...

Pisang rastali ni saya kenal bila ada label je. Sebab banyak dijual dipasaraya. Nama dan jenis pisang ni agak failed juga. Pisang lemak manis rasa dia memang sedap makan begitu je.

Balqis & Amirul berkata...

Pisang ni kalau buat cengkodok sedap jugak ni 😆😆😆

abuikhwan berkata...

oh begitu petuanya ye! saya kadang bertukar pisang keling dengan pisang berangan. Tapi agak payah dah nak jumpa pisang keling ni di tempat saya.. tapi masa budak2 dulu di kampung arwah ibu ada tanam pokoknya.. saya tuakgn tebang pisang hehe

meintheswim berkata...

Seronok nya dapat tebang pokok pisang yang di tanam sendiri, buah nya rasa lebih manis kalau diperam naturally.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Dasir,

Ya jarang-jarang ada kena rajin pergi tamu. Tapi tamu pun kebanyakkan tempat teda sekarang.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Dana,

Ya tidak bau macam pisang berangan. Kalau betul2 ranum memang tak perasan makan dah nak habis satu sisir.Rasa dia tak cepat muak macam pisang berangan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Shaz,

Lupa pula rasa yang di goreng kekadang mak buat pisang goreng tak perasan dia guna pisang mana satu dari kebun dia.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Shaz,

Lupa pula rasa yang di goreng kekadang mak buat pisang goreng tak perasan dia guna pisang mana satu dari kebun dia.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Nohas,

Lepas ni boleh try pisang Rastali pula.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Farrah,

Sekarang ni tak banyak dah pilihan jenis pisang kan yang di jual tak seperti dulu.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amie,

Betul kena tunggu ranum betul memang berbiji makan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Pak Kang Latep,.

Nanti nak buat kuiz jenis pisang hehehe...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Atie,

Boleh juga buat cekodok Atie cuma dia lembut sikit. Tapi Kak suka rasa cekodok Rastali dari cekodok pisang abu/nipah/Saba.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Litah,

Oh sana panggil pisal laru ya. Betul pisang kaling juga dikenali. Di Phillipine pun suka pisang Rastali ni kan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Aina Hans,

Musim PKPB kali ini mohon maaf kami tak dapat bekalkan daun kaduk. Ada masalah merentas negeri.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Azhafizah,

Kak zaman dulu tak ambil port nama pisang ni. Bila terjebak dalam dunia gardening jadi suka sangat buat koleksi pisang jenis berbeza.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Ustaz Amirul,

Betul sedap pisang ni buat cekodok.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Abuikhwan,

Pisang keling pendengar sikit buahnya dari pisang berangan. Pokok pisang keling pun macam kecil sikit batang ya dari pisang berangan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Diana,

Kalau air tangan Sis memang akan sedap dan menjadi buat kek pisang Rastali.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Aunty meintheswim,

Kalau ada assistant senang sikit nak tolong adjust supaya tandannya tak hempas kat tanah kuat.

sophea ◇ berkata...

baru tahu pasal pisang ni 😅 dulu ada pokok pisang gak kat rumah tapi habis mati

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Sophea,

Mungkin kena serang penyakit Kulat.

Shida Radzuan berkata...

wow elok dalam dia kak TK..shida tak ada kebun pisang jadi mmg xtahu sgt cara2 mcm ni :)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Shida,

Pisang Rastali atau Pisang Keling ni bila time sedap nak makan memang kulit nya nampak tak cantik, tapi isi OK ja putih suci Gebu hehehe...