Sejak PKPB bermula di daerah Tuaran Sabah, yang juga merangkumi daerah kecil Kiulu yang kami menghabiskan masa kehidupan sejak awal bulan Oktober 2020 ini, ada 2 kali suami Tukang Kebun ajak cuba jalan baru Pan Borneo Highway Kiulu - Ranau. Sekarang jika penduduk yang duduk di daerah kecil Kiulu jika hendak ke Kundasang tidak perlu lagi nak patah balik turun ke pekan Tamparuli dahulu kemudian naik ke Kundasang bila menaiki kenderaan darat. Dengan adanya Pan Borneo Highway ini penduduk yang duduk di lembah gunung ganang lembah Kiulu lebih mudah bergerak ke pekan-pekan untuk menjual produk pertanian mereka.
Kalau kita berada di puncak Gunung Kinabalu awal pagi kita boleh melihat lembah-lembah gunung ganang diliputi kabus berlapis-lapis sehingga lebih dari Gunung ke-2 tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Trusmadi di daerah Tambunan. Di dalam lembah gunung ganang ini terdapat kawasan kampung-kampung terpencil yang masih tiada hubungan jalanraya yang baik. Bukan Kundasang sahaja berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat pelancongan sekarang seperti Cameron Highland. Tetapi pemandangan belah Pan Borneo Highway merentas daerah Kiulu ke Ranau ini juga sama sahaja cuaca dan panorama nya di Kundasang. Cuma di sini hubungan jalanraya agak lambat sekali membangun.
Memandangkan papa Abby dah bosan hujung minggu tiada aktiviti nak dibuat sangat, maka diajak Tukang Kebun dating driving ala-ala initial D menikmati pemandangan pusing-pusing naik turun kawasan lembah pergunungan daerah Kiulu dan daerah Ranau. Kali ini papa Abby pilih shortcut masuk Jalan Tomis Tiong Lokos untuk ke Kundasang dari Kiulu-Pukak-Lokos ikut Pan Borneo Highway. Kekadang mungkin penduduk Semenanjung Malaysia terbayang "highway" tu macam lebuhraya Pantai-Timur atau lain-lain di Semenanjung Malaysia yang masuk dikenakan bayaran tol. Pan Borneo Highway bukan lebuhraya besar cuma projek jalanraya untuk hubungkan lebih banyak kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Jalan Pan Borneo Highway pun bukan semuanya jalanraya ada dua lane untuk memotong. Kalau Pan Borneo Highway Pukak (Kiulu) ke Pahu (Ranau) jalan satu lane sahaja tiada jalan untuk memotong. Di Sabah, Pan Borneo Highway memang tiada tol sebab tiada jalan alternatif yang banyak, itu je jalan utamanya.
Bila lalu Jalan Tomis Tiong Lokas, kelihatan ada juga padi bukit yang dah mula menghasilkan buah nak tunggu masa menuai. Gambar padi bukit yang Tukang Kebun ambil ini dalam keluasan setengah ekar bersebelahan dengan kebun getah betul-betul tepi jalanraya. Antara Jalan Tomis Tiong Lokos ini menghubungkan kawasan sekitar Lokos (Kiulu) dan berhampiran Pekan Nabalu ada Jambatan Bailey yang perlu dilalui.
Video Link : (https://youtu.be/GaTAw7UdEn8)
Bila keluar dari Jalan Tomis Tiong Lokos menghala ke Kundasang, berhampiran Kundasang ada satu check point semasa PKPB. Jika ada yang rindu dengan pekan Kundasang dan nak tengok suasananya semasa PKPB yang teramat sepi berbanding masa musim pelancongan boleh tonton video di atas rakaman trip kami ke Kundasang semasa awal bulan ini melalui Jalan Tomis Tiong Lokos.
Semasa PKPB ini kami tapau KFC dan makan dalam kereta sahaja di tepi jalan sambil menikmati pemandangan Kundasang. Punyalah jauh nak makan KFC hahaha...sejak PKPB baru 2 kali je sampai di Kundasang yang ambil masa kalau ikut route kali ini dalam sejam lebih (no traffic). Kasihan kat anak-anak yang asyik telan air liur tengok iklan KFC. KFC di Kundasang pun tidak boleh makan di dalam hanya tapau sahaja.
Selain dari tapau KFC untuk kanak-kanak, kami mesti singgah restoran Kelisa yang ada jual Sinalau Sapi campur untuk yang dewasa pula. Nenek Abby memang dah lama mengidam nak makan sinalau sapi di restoran ini. Sepinggan Sinalau Sapi RM6.00. Hujung minggu kami ramai di rumah mak. Jadi masa PKPB ini kami tapau sampai 6 bungkus Sinalau Sapi Campur. Elok juga kami support restoran Kelisa yang kecil ini nanti tutup terus naya. Langsung dah tak dapat makan sinalau sapi yang rare ni pula kan sebab kami kan tak boleh makan sinalau bakas yang banyak di tepi-tepi jalan ke Kundasang. Sup tulang dia pun sedap juga kalau ada yang nak cuba. Setakat ini kalau ke Kundasang, kami biasa singgah makan di restoran Kelisa ini sebab masuk tekak kami dan kebiasaannya memang ramai customers orang tempatan dia walaupun gaya kedai macam kedai kecil kopi cina lama je. Cuma kedai ini tutup awal, kalau dah senja biasanya dah tutup. Jika ada pelawat duduk homestay mungkin boleh tapau awal, kemudian panaskan semula untuk makan malam. Itu yang kebiasaan kami buat. Kebanyakkan homestay di Kundasang jauh dari pekan Kundasang tu. Pastu jalan pun berlubang-lubang kalau tak biasa pandu waktu malam yang makin sejuk makin rasa malas nak keluar. Elok tapau makan siap-siap sebelum balik ke tempat penginapan dah nak malam berehat.
16 ulasan:
Tunggu sy dtg sabah selepas c19 reda...hehe..sy nk keliling sabah..
Kami ternanti-nanti bila agaknya projek lebuhraya Pan Borneo ini akan siap sepenuhnya. Dengarnya Lebuhraya TransBoreno yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Kalimantan pun akan dibuat. Tak tahulah apa cerita seterusnya.
bertahun tahun lamanya jalanraya kat sana nak siap. kalau kemudahan jalanraya semua dah membangun, pasti ekonomi perlancongan sabah lagi meningkat.
jalan jalan menikmati permandangan dalam kereta pun dah cukup kak. Tepu duduk rumah lama lama tak berjalan jalan.
Sinalau sapi tu hidangan daging lembu ye.
teringin betul nak ke sana.. then org ckp pergi sana better sewa kereta ford wheel kan ? sbb senang nak jalan2 dari kereta kecil
wah seronoknya kalau dpt pergi , haritu kawan sabah saya ajak tapi tk dpt pergi . Harap boleh pergi satu hari nanti
Seronok dapat buat scenic drive macam ni.
teringak nk mkn sinalau sapi..mcm grilled meat + air asam..
view cantik road trip kwsn ni..pernah sampai pekan Tamparuli..
Salam Bahagia Pak Kang Latep,
Mari keliling Sabah ni banyak tempat menarik dan pemandangan yang lain ada dari Semenanjung.
Salam Bahagia Kak Amie,
Kalau ada TransBorneo bolehlah jauh kita berjalan-jalan nanti. Silap2 sewa caraven hehehe...
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Sini lembu biasa panggil Sapi.
Betul dapat Jalan-jalan dalam kereta dah mengurangkan rasa tepu.
Salam Bahagia Atie,
Ya elok kalau sewa 4WD lagi selesa nak travel kawasan yang jalannya kurang elok. Tambahan lagi kawasan yang dekat area Kinabalu bergunung ganang.
Salam Bahagia Sophea,
InsyaAllah nanti ada rezeki ke Sabah bila dah takde masalah Covid19.
Salam Bahagia Aunty meintheswim,
Zaman masa menuntut di Jepun suka pergi scenic driving sebab jimat duit enjoy nature dari activities lain dalam bandar.
Salam Bahagia Sis Nohas,
Hari tu Pekan Tamparuli sampai tenggelam sebab banjir air sungai melimpah naik.
Nanti ada rezeki ke pekan Kundasang bolehlah singgah makan Sinalau sapi.
menarik lah kak TK tgk pemandangan gunung ganang berkabus tu..mesti sejuk jer..nyaman!
Salam Bahagia Sis Shida,
Banjaran Crocker ni memang awal pagi rasa cuaca dingin nyaman kalau takde pembangunan sangat.
Catat Ulasan