No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 3 Disember 2012

Biji Benih Tom Thumb Lettuce

 Heirloom lettuce Tom Thumb ini adalah mini saiz berbanding dengan lettuce lain. Cuma lebih kurang tingginya 5 inci. Semai bijinya 1/4 inci dalam tanah dan pastikan tanah moist untuk percambahan yang baik. Lettuce ini mempunyai akar yang pendek. Oleh itu, pada musim kering kena rajin siram sikit supaya akarnya tak kehausan air. Sangat comel rupanya dan manis rasanya apabila dimakan segar terus dipetik makan begitu sahaja. Jimat duit dan masa tanam lettuce, tak perlu ke pasar nak cari lettuce petik segar dari kebun sendiri. Pada musim panas kering, digalakkan tanam di kawasan yang menerima cahaya pagi yang 'gentle' atau di kawasan partial shade.


 Biji benih yang dibuat posting blog untuk bulan Disember akan dibuat penghantaran selepas 20hb Disember kelak. Boleh minta tukang kebun reservekan dengan meninggalkan pesanan di komen box. Siapa cepat dia dapat dulu bagi biji benih yang limited.

~Pre-Order Heirloom Lettuce 'Tom Thumb'~
Approximate 50seeds per-pack (RM3.00).
Limited 1 pek untuk 1 gardener (tawaran 8pek sahaja).

Ahad, 2 Disember 2012

Mustard Red Giant (Brassica Rapa)

 Pertama kali tukang kebun dapat biji benih Heirloom Jepun mustard red giant ini adalah dari ahli seedsavers Adelaide Hills& Plains yang aktif selalu bagi ceramah mengenai gardening bernama Harry. Harry sangat veteran dalam alam gardening banyak ilmu kami peroleh darinya tak pernah lokek berkongsi ilmunya. Kalau ada ahli baru yang lain bawa biji benih keluarga brassica atau sayur daun mesti Harry tanya dulu ada tak sayur species dalam keluarga ini berbunga bersama-sama. Untuk kumpul biji benih 'brassica' perlu berhati-hati untuk pastikan hanya sejenis sayur daun sahaja yang berbunga sejarak paling kurang 400m dengan sayur jenis yang lain untuk memastikan purity atau keaslian biji benih tersebut kerana sayur ini sangat mudah cross-pollinate dengan sayur daun yang lain. Pollinator seperti lebah perlu untuk memastikan bunga brassica dapat pollinate dengan betul supaya biji benih yang baik terhasil. Oleh itu, sebab lebah boleh terbang jauh hendak dipastikan tiada sayur berdaun/brassica yang hampir supaya tidak kena kahwin campur, nanti biji benih yang dihasilkan jadi sayur lain pula tidak pure. Mustard red giant ini boleh terkahwin campur dengan chinese mustard dan sayur-sayuran berjenis mustard lain jadi perlu berhati-hati untuk mendapatkan benih yang pure atau asli. Tukang kebun selalu liat sangat nak kumpul benih brassica atau cucurbit (timun, labu dan seangkatang dengannya) kecuali kalau stok persendirian sudah nak habis sebab leceh dan susah nak pastikan benih-benih tersebut adalah pure/asli.
 Gambar di atas adalah saiz yang amat sudah sesuai untuk dituai. Kalau tanam terlalu rapat yang bersaiz kecil baru ada 3-4 helai pun jangan dibuang boleh masukkan dalam sandwich atau nasi/mee goreng. Boleh juga dituai dengan memetik sayur yang di bahagian luar dan tidak perlu cabut keseluruhan pokok supaya daun yang baru akan tumbuh. Sayur Mustard ini mungkin digemari oleh mereka yang suka makan ulam-ulaman kerana rasanya yang 'hot & spicy'. Kalau dibiarkan makin besar dan tua lagi bertambah 'hot & spicy' rasanya. Boleh mencapai ketinggian 1 meter jika dibiarkan besar. Sayur ini kurang diserang oleh serangga perosak berbanding dengan sayur daun yang berwarna hijau apabila ditanam bersama-sama. Tukang kebun selalu perhatikan sayur daun yang tidak berwarna hijau lebih kurang diserang oleh serangga perosak berbanding dengan sayur daun berwarna hijau. Boleh campur dalam salad, stir-fry atau masak bagi mengurangkan rasa pedasnya itu. Sayur ini tumbuh dengan cepat (30-50 hari) dan sesuai sebagai 'inter-cropping' plant.


~Heirloom Jepun Mustard Red Giant~
Approximate 50seeds per-pack (RM1.00).

Sabtu, 1 Disember 2012

Tembikai Crimson Sweet

 Bila musim hujan berlalu, musim panas pula kan menyusul dan sekarang inilah masa yang sesuai selalunya untuk bermula menanam buah seperti tembikai sementara cuaca belum panas kering. Buah tembikai untuk menjadi manis selalunya semasa sudah dekat masa untuk dituai bagus diberhentikan menyiram supaya rasa tembikai akan lebih rasa manis. Kalau tidak buahnya jadi berair sangat bila banyak air dan kurang manis. Buah tembikai 'Crimson Sweet; warna hijau kulitnya cair sedikit dan berbelang. Buahnya boleh membesar sehingga berat 12kg. Tanam biji benihnya dalam anggaran 1/2 inchi dalan tanah dan jarakkan anak pokok lebih kurang 1 meter. Buah tembikai perlu mendapatkan sinaran matahari untuk pertumbuhan buahnya yang baik dan tidak terbantut. 
 Bila tengok gambar si Rayyan masih bayi dan Ilhan toddler bersama tembikai yang dituai sendiri, tukang kebun rasa nak tanam tembikai pula bulan ini. Tapi yang dalam gambari ini jenis tembikai lain, lonjong buahnya (baka Charleston Gray kut rasanya, ingat-ingat lupa). 

 Biji benih yang dibuat posting blog untuk bulan Disember akan dibuat penghantaran selepas 20hb Disember kelak. Boleh minta tukang kebun reservekan dengan meninggalkan pesanan di komen box. Siapa cepat dia dapat dulu bagi biji benih yang limited.

~Pre-Order Tembikai 'Crimson Sweet'~
Approximate 10seeds per-pack (RM3.00).
Limited 1 pek untuk 1 gardener (tawaran 10pek sahaja).


Rabu, 28 November 2012

Relakah BerSukarela

 Ini adalah reality rupa veggie patch Kebun Bahagia Bersama setelah terbengkalai semenjak bulan September lalu sebab tiada tukang-tukang kebun dewasa yang menetap di Kebun Sungai Buloh kecuali Tukang Kebun Dany yang sibuk dengan studynya di UITM, Shah Alam. Ramai yang ingin melawat tetapi tukang kebun tak naklah mengecewakan expectation gardener yang berminat dalam tanaman sayur-sayuran. Tukang kebun pun yang ada lumayan sayur cuma kacang panjang dan petola yang menjalar-jalar tumbuh sendiri tidak terkawal. Ada jugalah sayur-sayuran yang tukang kebun jumpa celah semak samun ni tapi rasa tiada masa lagi mood nak masak selagi tak bersihkan kawasan untuk tanaman sayur-sayuran. Sayur yang renek-renek habis tenggelam dengan rumput macam halia, kunyit dan lain-lain. Yang banyak sekarang pula ialah buah-buahan yang mewah boleh dikongsikan bersama. Adui baru kena tinggal sekejap dah naik macam ini. Dulu kebun Adelaide lagi kecil dari kawasan yang ditunjukkan dalam 1st photo senang nak maintain...aiyo ini baru satu korner veggie patch belum lagi kawasan korner lain dekat Kebun Sungai Buloh.
 Zoom in sekejap satu korner, Tukang kebun biarkan bendi kampung tua sahaja nak kumpul benih. Ini bendi kampung dah banyak generasi tanam selalu di kawasan ini. Dalam semak ni tukang kebun intai ada macam pokok halia dan kunyit. Sudut kanan ada satu pokok tomatillo tukang kebun perasan baru berbuah dengan lebat.
 Pokok labu pun boleh tenggelam dalam semak ini. Tepi pagar ini pula pokok sayur manis kegemaran mama tukang kebun macam nak kena propagate baru atau trim je...nanti bos besar balik bising...huhuhu...
Wah ini sudah jadi hutan pokok keledek yang dah tak terkawal. Rasa nak tinggal satu kawasan untuk Abby bila dah mula makan puree keledek lagi sebulan yang akan datang ni. Hmmm...tapi musykil ada isi ke tak keledek ni takut ayam and the geng dah habis gali je ubinya makan. Harap ada bahagian rezeki Abby.
 Pagar ni pula dah bercampur macam-macam berebut nak menjalar seperti bunga telang, keledek dan peria yang dapat tukang kebun identify setakat ini. Banyaklah daun nak disapu bersihkan masuk dalam tong kompos atau boleh dicampakkan ke dalam bekas tangki air yang nak dijadikan untuk projek raise garden bed.
 Pokok limau lemon lebat buahnya terjatuh-jatuh tak terambil. Bagus kumpul buat cuci ikankan.
OK kembali pada asal tajuk posting ini 'RELAKAH BERSUKARELA'. Memandangkan tukang kebun sebenarnya tak cukup tangan sekarang nak kemas Kebun Bahagia Bersama, tukang kebun nak ajak gardener yang sukarela rasa nak tolong tukang kebun bersihkan 'Kebun Bahagia Bersama' samaada pada hari sabtu atau ahad ini dari pukul 9 pagi sampai 12 tengahari (3jam). Bolehlah juga kita berkenalan sementara gardening dan agih-agihkan kerja gotong-royong kutip buah kelapa, sapu daun-daun atau ranting masuk dalam tong kompos/raised bed dan weeding (cabut rumput). Kebarangkalian tukang kebun akan invite 3~5 orang sahaja untuk kali ini. Gardener yang dapat bersama-sama membersihkan Kebun Bahagia Bersama dengan tukang-tukang kebun, InsyaAllah tak pulang dengan tangan kosong. Kalau rajin bolehlah harvest apa yang teringin nak makan, bolehlah pilih rambutan, ciku, limau/ lemon, cili yang dah ranum, petai, kelapa dan lain-lain yang dapat kami kongsikan minggu ini bergantung dengan rezeki apa yang ada di kebun kami. Oh ya kena mentally prepared, kebun ni sekarang banyak nyamuk dan kena berani harungi semak yang telah ditunjukkan (baik datang pakai but tinggi kut). Invitation kali ini kalau ada gardener yang mempunyai skill memanjat sangat dialu-alukan sebab pokok petai berbuah tapi tinggi dan bolehlah kita minum air kelapa muda jika dapat capai buahnya. Sebenarnya tukang kebun yang teringin nak minum air kelapa muda tetapi tinggi sangat buahnya. Sesiapa yang berminat bolehlah tinggalkan komen atau email (kebunkmg@gmail.com). Tukang kebun akan confirm pada hari Jumaat yang rajin bertandang ke Kebun Bahagia Bersama untuk bergotong-royong.

Isnin, 26 November 2012

Musim Buah-Buahan End Nov

 Syukur Alhamdulillah bulan ini kami kaya dan murah rezeki dengan buah-buahan hasil titik peluh ibubapa kami yang tanam dan bela dah beberapa tahun sejak kami duduk sini 18 tahun lalu setelah berpindah dari Seksyen 11 Shah Alam. Mama tukang kebun ada tanya juga nak duduk kat rumah lama Shah Alam tak bila balik...mmm tak nak sebab duduk di sini lagi bahagia macam-macam ada...hehehe...Akhirnya siap sudah semua tanaman yang di bawa balik dari Adelaide sudah selamat dipindahkan dan buah-buahan di keliling rumahlah yang mengalas perut kerana asyik duduk luar rumah sahaja sampai Khamis lepas boleh demam menggigil pula tukang kebun mungkin terlampau berjemur. Rambutan kuning depan rumah ini dah puas kami makan.
 Pokok rambutan merah di hujung tanah rumah pun buah dengan lebat. Yang tak bahagia sekarang ialah di sebelah rumah kami banyak rumah sewa yang disewa oleh orang-orang pendatang. Jadi banyak kesan kulit rambutan didapati berlonggok di bawah pokok kesan manusia makan. Takkanlah tupai dan burung pandai ulas buah rambutan pula sampai banyak. Tukang-tukang kebun sebenarnya semalam semua hati rasa geram sebab banyak buah yang telah dicuri tanpa izin terutama buah yang kami sedang tunggu-tunggu. Semalam kami ada masa nak beronda petik-petik buah di belakang rumah yang kami biarkan nak tunggu masak minggu lepas. Aduh sakitnya hati bila durian belanda yang jarang berbuah 3 buah besar sudah diambil (sobsobsob kami tak dapat merasa), setandan pisang besar telah dipotong bawa lari (nampak sangat kesan kena potong), macam-macam lagi sudah diambil. Mungkin diambil masa kami ke MAHA jumaat lepas sebab tiada siapa di rumah. Dulu lagi teruk bertahun-tahun sampah-sampah mereka pun dicampak ke belakang tapi sebab unit polis masa itu pun rajin round dan telah ditegur banyak kali juga oleh rakan-rakan lain akhirnya tak dilakukan lagi. Tapi semenjak unit polis-polis baru bertukar dah tak nampak pula mereka beronda di sini dan bila tukang kebun Dany buat laporan tak dilayan pula. Bukan itu sahaja ayam-ayam pun dicuri. Lagi yang sedih sebab papa tukang-tukang kebun  dah tak tahan, kawannya bagi kami puppy untuk jaga dusun belakang rumah kena racun makanan oleh mereka mati puppy tu. Yalah anjing yang tak bersalah tu tentulah kejar penceroboh yang masuk ke dalam kawaasan rumah tak dialu-alukan oleh si pencuri. Tukang kebun pun dah meletup juga ni nak cari 2 puppy guard dog nak hantar training. Ada sesiapa kalau ada puppy German Shepard or Labrador Retriever extra please contact tukang kebun. Sebelum ada rumah sewa di sebelah kami tak de masalah macam ini cuma masalah pencuri malam-malam tapi rasa selamat sebab arwah 'BEAR' jaga rumah. Tukang kebun lepaskan perasaan sebab terkilan tak dapat makan durian belanda.
 Ini buah magenta tinggal sikit juga di atas pokok, yang ni pun favourite orang sebelah kampuchia ambil suka hati sahaja. Tukang kebun pun tak pernah merasa. Biarkan terlalu lama di atas pokok ada yang berkulat. Baru subuh pagi tadi, angsa-angsa bising di belakang rumah seakan bagi alarm, tukang kebun suruh Mr. Muscleman cepat-cepat check belakang rumah. Angsa-angsa kelihatan berkumpul di sudut hujung sekali corner kawasan belakang kebun kami.
 Pokok buah nangka juga rajin berbuah selalu, ini tengok rezeki samada kami punya ataupun tupai. Tapi tupai sekarang banyak makanan nak pilih, tukang kebun intai banyak tupai gemuk sedang bahagia menikmati buah-buah jambu jadi buah nangka tidak diusik lagi.
 Buah-buah ciku juga sedang lebat berbuah tunggu masak. Ini kegemaranan papa tukang-tukang kebun. 
Kelapa rajin berbuah. Tukang kebun teringin nak minum air kelapa muda tapi Mr. Muscleman tak sanggup jadi my hero nak panjatkan pula. Nanti tukang kebun ambik tangga pastu panjat baru tahu.
 Pokok buah pamelo ada buah tapi tak lebat sedang membesar tak tahulah pula kalau dah ada yang kena ambil. Daun pokoknya tak sihat macam kena serangan. Nanti ada masa tukang kebun nak prune pokoknya buang bahagian yang tak sihat.
 Pokok-pokok pisang ada juga yang berbuah cuma nak kena standby sebelum penceroboh pula yang ambil.
Ada sesiapa yang mempunyai skill memanjat pokok tinggi tak? Nak cari volunteer hehehe....

Rabu, 21 November 2012

Bye Bye Adelaide

 Tukang kebun sekarang dah selamat kembali ke tanahair tapi tak selamat habiskan PhD study lagi (sambung menulis di Malaysia tapi tak perlu pening nak fikir asyik kena supervisor suruh buat kerja makmal je dan tambah apa-apa lagi macam manalah nak fokus menulis serta baik dari mental depression + panic anxiety attack). Hari terakhir di Adelaide rasa sedih juga nak tinggalkan. Pastu dahlah semua tanaman agent rumah minta clearkan. Tengoklah tak de apa sangat sudah di keliling rumah. Yang ada dekat tepi depan pintu rumah pun bunga carnation yang dah 4 tahun hidup tanpa kerenah. Sebab sayangkan tumbuhan-tumbuhan yang kami dah lama bersama dari dicabut dan dicampakkan dalam compost bin, tukang kebun tekad (or gamble) transport mana yang boleh balik ke kebun Sungai Buloh. Ada lebih 2 kotak sederhana juga penuh dengan tumbuh-tumbuhan dari Adelaide yang tukang kebun bawa balik naik pesawat kapal terbang. Kami balik sehelai sepinggang sahaja, cuma bawa barang-barang Abbiyana sahaja naik pesawat sebab barang lain semua akan dihantar melalui seashipment. Syukur alhamdulillah tanaman semua lepas dan tiada excess baggage. Cuma sekarang dari balik tiap-tiap hari pulun nak tanam balik tumbuhan kami dari kebun Adelaide dari Jumaat lepas. Masih ada tinggal 20% nak kena tanam secepat mungkin, moga esok selesailah projek ini.
 
 Ini kotak kecil yang tukang kebun buka dulu untuk tanam (ini baru 10% dari yang dibawa balik). Dalam kotak ini ada rizom daylily, rizom iris, bawang hippeastrum, bawang bunga harum sundal malam dan lain-lain. Bawang bunga lilium dah bercambah sangat teramat payah nak lerai-leraikan satu persatu dan seakan bercantum akar bulb tersebut. Disebabkan itu kali ini tukang kebun tak dapat berkongsi bulb lilium.
 Ini yang mula-mula sekali tukang kebun tanam di Kebun Sungai Buloh jumaat lepas ~ bawang bunga harum sundal malam, bawang oriental lilium mix, dan tall bearded iris dari kebun Adelaide. Sekarang tiap-tiap hari ada hujan turun dan ternampak bawang-bawang bunga ini seperti melonjak keriangan.
 Semalam masih banyak lagi tanaman yang menunggu giliran untuk ditanam bergelimpangan atas meja di verandah rumah. Abbiyana baik dan serasi pula bila berada di Malaysia, dia suka tengok-tengok  keliling duduk di bawah verandah rumah dan selalu tertidur berjam-jam di luar, bolehlah tukang kebun habiskan masa sekurang-kurangnya 4 jam di luar keliling rumah mencari tempat nak tanam kembali tumbuhan-tumbuhan ini. Selalunya di kebun Adelaide, tidak ada peluang sangat tukang kebun nak ke kebun sebab Abbiyana sekejap dah merenggek nak kena ada depan dia. Mungkin di sini Abbiyana tak rasa sunyi sangat sebab banyak pet di rumah.
 Sekarang musim pokok bunga ini sedang kembang di keliling rumah. Tukang kebun tak berapa familiar dengan pokok bunga ini sama ada adik-beradik orchid atau iris. Ada gardener lain yang boleh tolong ID pokok bunga ini.

Tukang kebun sudah email kepada semua pesanan benih pre-order bulan November. Sekiranya belum menerima email dari tukang kebun, sila hantarkan email kepada tukang kebun (kebunkmg@gmail.com). Kemungkinan tukang kebun tiada email anda jadi tidak dapat menghantar email. Bagi gardener yang telah membuat pembayaran sampai selasa lepas, tukang kebun telah hantar pesanan benih-benih tersebut. Tukang kebun cuma check email masa waktu habis subuh sahaja sekarang sebab bila matahari dah terbit seharian di luar rumah.

Rabu, 14 November 2012

Water Lily

 Tukang Kebun sangat sibuk minggu ini  sebab sedang proses pindah rumah. Minta maaf kepada semua sebab tukang kebun akan membalas email dan comment lambat. Ini nota koleksi bunga waterlily yang tukang kebun akan cuba-cuba tanam bila pindah nanti.
Waterlily/Nymphaea - Gonnere/Snowball
Waterlily/Nymphaea - Yellow Lemon
Waterlily/Nymphaea - Apricot - Sioux

 Ini kali pertama tukang kebun cuba tanam waterlily sekiranya ada tips yang boleh gardener lain kongsi amat dialu-alukan.