Gembiranya hati tukang kebun minggu ini setelah melihat akhirnya bulb Oriental lilium yang ditanam pertengahan bulan November yang lalu kembang mekar di dalam taman. Walaupun beberapa hari ni kurang sihat badan tapi gagahkan diri juga keluar sekejap-kejap nak melihatnya bagaikan orang mabuk bercinta...hehehehe...sebab tidaklah letak harapan tinggi dan banyak accident berlaku dalam pertumbuhannya dan tiada dapat dijaga dengan baik sebab banyak kerja lain perlu diuruskan. Jadilah terbiarlah pokoknya sehingga bunga pertamanya pun tukang kebun tak perasan kalau bukan hubby yang beritahu.

Terlampau lama tukang kebun simpan dalam tandas bulb Oriental lilium ini di Adelaide untuk elakkannya dari kering sebelum dapat di bawa pulang sehingga begitu sukar untuk dileraikan satu persatu bulb tersebut sebab berselirat masing-masing sudah bercambah. Lihatlah betapa banyak sudah pertumbuhannya sehingga bulb tersebut dah lebih besar dari penumbuk tukang kebun (sebab tukang kebun tidak dapat berkongsi bersama). 2 bulb yang berwarna putih di dalam kertas coklat itu ialah asal bulb
LA Hybrid Lilium Indian Diamond yang ada tukang kebun tanam lalu, alhamdulillah tumbuh juga.
Setelah tukang kebun tanam bulb dan timbus sehingga pangkal daun yang pertama, hari demi hari bertukar ke warna hijau selepas mendapat cahaya matahari.
Kecil sahaja pada permulaan saiz putik bunga Oriental lilium ini. Ambil beberapa minggu juga menunggu putik-putik ini besar sehingga ke saiz gambar bawah.
Ketika ini tidak menunjukkan tanda warna apa bunganya...tetapi apabila putik ini bersedia untuk berkembang bileh teka sudah apa warnanya.
Bunga pertama Oriental Lilium yang mekar semasa sedang hujan...uhuks kesian tengok. Tukang kebun pun redah hujan nak ambil gambar.
Kesian yang ini pun kena mandi hujan lebat.
Kelopak bunga saiznya boleh tahan besar juga.
Disebabkannya tumbuh tinggi bagi support dengan pelepah sekejap nanti tersembam ke bumi. Belakang gambar yang ada bentuk "heart" pun ada lagi pokok bunga Oriental Lilium sedang mekar.
Komen minggu ini lambat sedikit reply ya sebab nak selesaikan projek tanam bulb-bulb baru yang sampai.