No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 2 Februari 2013

Anak Pokok Markisa

Pokok buah markisa yang asalnya dari benua Amerika Selatan sangat sesuai ditanam di Malaysia.
Bunganya juga sangat cantik sekali.
Buahnya seakan lampu hiasan bulat tergantung menghiasi pokok.
 Bagi pesanan anak pokok markisa, Tukang-tukang kebun akan memilih pokok yang sekurang-kurang tingginya sudah melebihi sejengkal tangan tukang kebun (agak-agak sudah tumbuh lebih 15-20cm). Penghantaran melalui pos laju dan dalam Semenanjung Malaysia sahaja yang dipos pada hari Isnin/Selasa bagi memastikan pokok tidak transit lama dengan POS Malaysia. Apabila sampai pokok ini ke destinasi barunya segeralah buka kotak secepat mungkin dan siram di tempat yang berteduh. Elakkan pindah pokok semasa cuaca terik. Seeloknya pindahkan pada lewat petang. Memandangkan dihantar bersama tanah jadi tidak perlu tergesa hendak dipindahkan.


1 anak pokok markisa (RM8).
Kos penghantaran 1 pokok markisa RM10.
Kos penghantaran 2 pokok markisa RM13.
Kos penghantaran 3 ~5 pokok markisa RM20.

Sekiranya ada pesanan biji benih tiada penambahan kos penghantaran.
Boleh juga gabungkan pesanan dengan pokok live atau bare-rooted lain untuk menjimatkan kos penghantaran.

Email pesanan (kebunkmg@gmail.com)

Jumaat, 1 Februari 2013

Pokok Pepanggil

 Pokok Pepanggil ini juga dikenali sebagai bunga pagoda (Clerodendrum paniculatum). Diberi nama pokok ini pepanggil ada kaitannya dengan dunia mystic bangsa Melayu. Gardener Nudabuffy yang tolong tukang kebun cari nama pokok bunga ini pada akhir tahun lepas. Pokok Pepanggil ini adalah pokok native Malaysia. Sudah lama pokok pepanggil ini ditanam di tempat kami dan asal tempat diambil oleh papa tukang kebun ialah di Pulau Tioman. Tukang kebun suka tengok pokok pepanggil ni yang bentuknya seperti pagoda, bunganya merah menyala seakan bermisai dan daunnya bentuk hati serta yang lagi best musim bunganya sungguh lama lebih sebulan juga rasanya. Pokok pepanggil bukan sekadar rupa atau ornamental tetapi dikatakan mempunyai penggunaan dalam bidang perubatan juga. Dalam perubatan tradisional Melayu tidak banyak direkodkan, yang biasa dikatakan untuk dibuat pelapik sakit perut. Mungkin banyak yang masih diperturunkan secara lisan mengenai pokok pepanggil ini dan harap akan direkodkan untuk generasi muda. Dari segi sains penyelidikan yang telah dilakukan menunjukkan bahawa pokok pepanggil ini mempunyai unsur anti-inflammatory dan anti-viral. Semoga penyelidikan tempatan kita dapat memberikan banyak penemuan baru dalam perubatan dan khasiat pokok pepanggil.
 Pokok pepanggil boleh tumbuh sehingga mencecah ketinggian 2 meter di kebun kami. Pokok ini sukakan matahari dan boleh juga sesuaikan dirinya di kawasan yang menerima separa matahari. Tukang kebun rayyan kopek bakul besar nenek sampai setiap hari ada ayam pergi bertelur di dalam (nenek balik Rayyan jawab ya).
 Disebabkan pokok ini tumbuh meninggi, sesuai untuk dijadikan sempadan pokok di bahagian belakang sekali. Pertumbuhan pokok ini sangat cepat.
Pokok pepanggil juga menjadi penarik kepada si rama-rama dan juga sang burung.
Anak-anak pokok pepanggil dalam bekas minuman.

 Bagi pesanan anak pokok pepangil, penghantaran hanya dibuat pada hari Isnin/Selasa sahaja supaya pokoknya tidak transit lama. Setelah anak pokok sampai ke destinasinya dinasihati kotak penghantaran segera dibuka dan pokok disiram serta diletakkan dalam tempat teduh beberapa hari sebelum dipindahkan ke lokasi barunya. Bagi mengelakkan 'transplant shock' pemindahan pokok elok dilakukan pada hari yang mendung dan pada sebelah lewat petang. Berhati-hati semasa proses pemindahan supaya akarnya tidak tercedera, gardener yang menerima anak pokok dalam bekas kotak minuman elok gunting kotak kertas minuman untuk memudahkan pemindahan.

~ Pepanggil~
1 pot RM10.00 .

Email pesanan (kebunkmg.gmail.com)

Selasa, 29 Januari 2013

Masak Spagetthi bersama daun ginseng jawa dan tuna

 Dinner semalam tukang kebun buat masakan spagetthi campur dengan daun ginseng jawa dan tuna. Sebab tukang kebun fikir selalunya English spinach digunakan campur untuk masakan spagetthi bersama kuah tomato atau cream sos putih. Kali ni tukang kebun cubalah pakai spinach tempatan 'Surinam Spinach' nama orang putih untuk ginseng jawa ni juga...hehehe...bolehlah sesuai  sebagai pengganti English Spinach dalam masakan pasta. Daun ginseng jawa ni boleh menambahkan selera makan. Hari ni nampak si tukang kebun Ilhan berselera pula makan lepas makan malam spagetthi ni.

Khamis, 24 Januari 2013

Selamat Menyambut Maulidul Rasul

 Semalam perasan baru sahaja nak mekar bunga gladiolus ini di depan bahagian rumah. Hari ni sempena sambutan Maulidul Rasul bermulanya dengan hujan lebat bersujud sekejap bunga gladioli ni seperti bersyukur atas rezeki hujan yang melimpah. Banyak tanaman bersuka ria mula menghijau kembali setelah beberapa hari tidak hujan. Bunga gladioli ini tak pernah tukang kebun siram hanya harapkan air hujan sahaja semenjak ditanam pada kira-kira pertengahan bulan November lepas.
 Semenjak-menjak ni bunga gladioli banyak yang dapat berwarna kuning seperti ini dengan mulut berlipstik merah.

Rabu, 23 Januari 2013

Selasa, 22 Januari 2013

Riuh sebab berry ni


 Hari ini tergelak tengok gelagat excited tukang-tukang kebun kecil Ilhan dan Rayyan apabila nampak strawberry yang ranum untuk mereka. Pokok-pokok strawberry di rumah bukan dari kawasan tanah tinggi Cameron Highland tapi dari kebun lama tukang kebun dari Adelaide dah bertahun-tahun menjinakkannya dengan pelbagai cuaca. Pokok strawberry yang ada sekarang pun sudah 2 tahun hidup di kebun Sungai Buloh. Cuma hujung tahun lepas, sebab dah penuh 1 pasu beranak-pinak, tukang kebun alih-alihkan ke pasu-pasu lain. Pokok-pokok strawberry di rumah tak diberi apa-apa special treatment sekadar siramnya sekali-kala kalau cuaca panas.

Ahad, 20 Januari 2013

Biji Benih Asin Asin

 Comel pula tengok biji buah asin-asin atau dikenali dengan cekur manis ni terbelah keluar dari buahnya. Sayur cekur manis kegemaran mama tukang kebun. Setiap kali balik ke negeri asalnya mesti selalu beli sayur ni. Mula-mula tukang kebun masa kecil bila dah mula kena menolong di dapur hairan juga tengok sayur ni sebab dekat Semenanjung mama tak pernah pula beli sayur ini. Sampai sekarang juga tidak pernah kami beli sayur ini di tanah Semenanjung. Mama tukang kebun kebiasaannya masak simple sahaja dengan sayur ini goreng dengan telur je pun dah menjilat jari.
 Pokok-pokok asin asin di rumah dah tinggi-tinggi lebih 2 meter pun ada. Nak ambil yang pucuk mudanya pun tukang kebun terpaksa memanjat atas para kayu.
 Buah asin asin rupanya versi mini buah manggis berkulit warna putih. Buah yang dah nak tua biji benih didalamnya boleh dilihat kesan lekuk pada badan buah asin asin.
 Pokok asin asin boleh ditanam melalui keratan batang. Tapi tukang kebun perhatikan pokok asin asin ni mudah dijangkiti serangan leaf miner. Kalau ditanam dengan keratan sakit leaf miner itu mudah dibawa sekali. Pokok baru dari keratan pun pokoknya cepat berbuah jika tidak dituai selalu.  Sudah lama nak cuba tumbuh pokok baru melalui biji benih asin asin sebab dah tak nak pakai klon ibunya lagi untuk suka-suka. Dah berapa kali biji benihnya disimpan dalam poket setiap kali nampak tapi tak tertanam. Jadi minggu ini tukang kebun berkesempatan tanam biji benihnya cuma jangan ku lupa nak siram sahaja. Segan pula nampak tapak tangan kasar sendiri.