No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 18 Oktober 2013

Boltardy Beetroot

 Beetroot Boltardy warna isinya sangat merah ke arah warna coklat. Bentuk bulat dan jenis tahan cuaca panas apabila pokoknya sudah dewasa. Beetroot yang muda usianya adalah sebenarnya lebih manis dari yang dibiarkan membesar. Beetroot boltardy sesuai juga ditanam dalam bekas.
 ~ Biji Benih Beetroot Boltardy ~
Anggaran 50 biji benih 1 pek RM3.00 .

Khamis, 17 Oktober 2013

Hurricane Lily (Lycoris Radiata)

 Moga Raya Haji minggu ini, semua bergembira bersama keluarga tersayang. Di dalam Kebun Bahagia Bersama Lycoris radiata menyambut dengan girang raya haji bersama-sama tahun ini. Tidak disangka-sangka antara bawang-bawang lycoris yang ditanam, yang paling baru ditanam bersebelahan veteran Lycoris aurea yang bangun dari tidur dahulu. 
 Jangan risau jika bawang lycoris duduk sahaja diam (dormant) sekian lama bila ditanam sebab memang tabiatnya begitu, the silent ninja. Biasanya lycoris akan terus berbunga tanpa mengeluarkan daun dahulu. Kalau keluar daun dulu tunggu kitaran hidup seterusnya, biar sahaja berdaun hingga dirinya sendiri tahu bila nak terkulai layu setelah cukup tenaga disimpannya untuk musim bunga seterusnya. Bawang lycoris jenis yang suka berjemur di tengah panas, bukan jenis bawang yang perlukan pre-chilling untuk berbunga seperti tulip mahupun daffodil. Cukup sahaja seminggu sekali disiram bila bukan musim hujan. 
 Lycoris radiata berasal dari kawasan 'warm temperate' di bahagian selatan Jepun, Korea atau China yang tidak ada 'frost' kerana bawangnya dikatakan hanya boleh bertahan hingga suhu 5 darjah Celsius. Kebiasaannya ditanam pada musim panas, dan bangun pada musim luruh bila musim hujan ribut melawat kembali, disebabkan itu di belah benua America diberi gelaran 'Hurricane Lily'. Pokok bunga Red Spider Lily banyak ditanam di tepi sawah padi di Jepun untuk mengelakkan dari binatang perosak mendekati kawasan penanaman padi kerana bawangnya adalah toxic jika dimakan mentah. Binatang adalah lebih arif dan peka terhadap unsur-unsur yang mengandungi racun, untuk menghalang ayam-ayam dan kucing kami dari mencakar rancangan sekarang adalah membina benteng pertahanan dengan bawang-bawang lycoris menjaga tanaman lain yang baru dipindahkan.
 Bawangnya boleh makan cuba nak kena masak dan minta tunjuk ajar pakar herba dahulu untuk mengendalikannya. Ianya bukan sekadar pokok hiasan tetapi Lycoris radiata adalah herba ubatan traditional berkurun-kurun lamanya di negara China. Akarnya dikatakan membantu merawat sakit ulcer atau bengkak. Banyak kajian sekarang dijalankan untuk menggunakan bahan semulajadi yang ada dalam tumbuhan Lycoris Radiata seperti galantamine berpotensi untuk merawat pesakit Alzheimer, paralysis dan . Kajian juga dijalankan untuk merawat penyakit seperti tumor dan cancer.

~ Hurricane Lily / Red Spider Lily (Lycoris radiata) ~

 1 Bawang RM12.00 (Stok terhad).

Minggu ini mungkin tukang kebun masih bekalkan dalam bentuk bawang.
Tapi minggu depan ada kebarangkalian tukang kebun akan tanam semua bawang lycoris radiata.
Bentuk bawang kos penghantaran adalah lebih murah berbanding dengan yang sudah ditanam.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Crinum Kembang Malam Jumaat

Tukang kebun ingatkan crinum jenis ini mula kembang di waktu pagi setelah kena kiss dengan matahari. Rupanya mula kembangnya di waktu malam. Tidak akan tambah ilmu tukang kebun semalam jika secara kebetulan semalam kami keluar menghantar Ilhan ke kelas piano. Terkejut tukang kebun bila keluar dari pintu dapur nak buka frontgate nampak bunga crinum sudah kembang ingatkan esok hari. Adakah disebabkan crinum warna putih kembang malam untuk attract nocturnal creature dengan baunya?
 Pokok bunga crinum ni tangkai bunganya jenis tinggi, lebih tinggi dari Rayyan Haniel yang berusia 4 tahun. Cepat-cepat ambil gambar sebelum menghantar Ilhan.
 Ilhan Mikhail berusia 6 tahun juga nak ambil gambar bersebelahan dengan pokok bunga crinum yang rendah sedikit daripadanya lepas pulang pakai baju tido pun tak betul takut photo session over.
 Terubat pula rindu nak balik Kiulu asal usul Crinum jenis ini dibawa pulang kali terakhir berada di sana June lepas. Papa dan Mama beraya di Sabah, anak-anak semua di Sungai Buloh sahaja. Besar bawang saiz flowering Crinum ini lebah besar dari penumbuk tukang kebun. Pagi ini, bunga crinum ini masih kembang berseri dan putik-putik bunga lain akan kembang menyusul satu demi satu macam nak menyambut Raya Haji.

Khamis, 10 Oktober 2013

Pot Pet Pot Petak 1

 Rupa-rupanya ini salah satu puncanya...
 Dah banyak kali ditariknya kemas daun keledek setiap kali operasi mencabut petak tempat weed bermaharajalela tapi meriah je daunnya menjalar memanjat sini sana. Sedang tukang kebun cabut cabut anak-anak pokok hutan tiba-tiba tergali keluar baby keledek-keledek tanpa disangka. Bila tukang kebun ikut akarnya terkejut nampak ada ubi besar tersembul bahagian atasnya keluar nampak macam sengkuang je rupa bentuknya. Rupa-rupanya ubi keledek yang besar dari 2 tapak kaki tukang kebun ini menjadi punca keledek-keledek memanjat segala tanaman dan pagar petak 1. Selalunya setiap kali tukang kebun tanam keledek dalam deretan petak bahagian ini dahulu tak berisi gara-gara digali oleh si tikus sebesar lengan. Kali ini gara-gara keledek tumbuh sendiri sampat petak No. 3 Rimba Roselle pun dijumpai ubi keledek,
 Petak No. 1 ni pun memang ginseng jawa ditarik will come again dengan pantasnya. Setiap kali kemas banyaklah stok akar ginseng jawa diberinya. Kalau rajin dikutip semua tak cukup 1 bakul.
 Di petak No. 1 ni ada pokok limau tinggi. Tukang kebun hairan tengok ada sangkar besar dekat atas dahan pokok limau ni, Tengok rupa bentuknya macam bukan sarang burung. Ada kemungkinan besar ni sarang tikus nak selamatkan diri dari natural predator yang banyak di rumah dan juga uninvited feline suka meronda di bekas sangkar ayam/burung dahulunya. Tak tau kenapa banyak sangat kucing-kucing jantan asyik nak mengorat kucing-kucing betina di rumah. Pokok salak gigantic dekat belakang pun yang banyak berduri si tikus boleh buah sarang.
 Si Putih , Puss next to the boots, kucing jantan paling tua (at least 14 years old) di rumah having siesta. 
 Petak No. 1~3 dah kemas, tengah fikir nak tanam apa yang sesuai yang tak perlu dijaga ikut musim ini. 

Selasa, 8 Oktober 2013

Si Seri Pagi dari minggu lepas (Ipomea variada/tricolor)

Presentation17

Minggu lepas ketika lalu-lalang di depan batas yang menjadi semak dek neglected sambil mengintai buah-buah pokok sawo matang dah mula meranum ke belum, baru perasan rupanya pokok morning glory (Ipomea variada/tricolor) dah berbunga rupanya. Warna bunganya yang ‘tricolor’ tu memanggil-manggil untuk dibelek. Tukang kebun lupa ada semai biji benihnya (direct-sowing) bersebelahan pokok-pokok kacang tanah tadong yang merimbun pokoknya. Erk…seperti biasa baru terhegeh-hegeh nak kemaskan batas kacang tanah ini apabila intai kacang pun sudah mula tumbuh dan bahagian bawah pokok nak kena timbus dengan tanah sambil tarik ‘weed’. Tengah tarik-tarik weed…opppsss kelam kabut atau pening dengan matahari yang dah mula menegak (11AM lebih) di kepala, tukang kebun tersilap tarik semua akar keluar pokok morning glory yang tengah berbunga sekali. Cepat-cepat ditanam kembali, nasibnya baik hidup juga tak habis riwayatnya. Batas ini 1X1 meter persegi bucunya ditanam Nanas Madu Sabah dan sambil menunggu di tengah-tengah ditanam kacang tanah supaya tanah lebih produktif.
z

Bentuk kudup bunga Ipomea variada sangat menarik macam spiral atau screw di bahagian kuntuman bunganya yang akan kembang kemudian. Bunga Ipomea variada yang di dalam gambar namanya ialah ‘Blue Star’. Bulan ini ditawarkan bunga Ipomea variada yang juga dicampur dengan jenis-jenis warna lain. Pokok bunga Ipomea variada mixed bulan ini adalah jenis memanjat.
Presentation18

~ Biji Benih Bunga Seri Pagi Blue Star (Ipomoea tricolor)~
1 pek anggaran 7 seeds (RM3.00) .

Isnin, 7 Oktober 2013

Some Shared Today

 Pesanan yang telah diberi maklum balas confirmation hingga malam semalam yang dihantar melalui Pos Laju Malaysia telah selamat dipos petang tadi. InsyaAllah esok atau lusa sampailah ke tangan tuannya. Sekiranya dalam kotak prepaid Pos Laju tidak melebihi ruang dan berat maksimum, dapatlah kami berkongsi rezeki dari Kebun Bahagia Bersama. Pesanan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama juga kami cuba isi kotak dengan sekurang-kurangnya 5 jenis goodies untuk minggu ini. Hari Sabtu kami sempat kemaskan 3 petak batas tanaman yang dah mula tak terkawal sebelum bergegas ke KLIA menjemput papa tukang kebun kemudian terus menziarah kampungnya di Seremban. Petak No. 1 pesta Ginseng Jawa, banyak sangat pokoknya tumbuh sendiri yang memberikan akar-akar ginseng jawa untuk direbus. Oh tukang kebun tak cuci akarnya terus packing, sebelum rebus dicuci dahulu bersih tanahnya sebelum direbus untuk Si suami minum airnya tak perlu makan supplement untuk merasa cergas. Petak No. 2 pokok-pokok kacang botor dah mula memanjat pokok limau di petak No.1 jadi bahagian yang mengganggu pokok limau sudah dicantas. Petak No. 3, tukang kebun pangkas-pangkas ranting-ranting pokok-pokok roselle yang dah tua. Red malabar spinach yang tumbuh di petak No.3 bersama roselle baru nampak kelibatnya sebab sama-sama merah dengan roselle jadi lupa kewujudannya.
 Di depan pagar Petak No.2, pokok lemon yang buahnya berbentuk bulat dan pointy mula meriah berbuah. Sebab papa balik, tukang kebun tuai yang mana sudah mula menguning untuk ole-ole big boss yang tidak pulang ke Sungai Buloh kali ini.
 Pokok mempelam pauh ringan sungguh meriah berbuah bulan ini, kalaulah ada masa teringin juga nak buat jeruk. Tukang kebun tengok tadi buah masih banyak, tapi dah mula berbunga lagi sekali. Berbaloi beloved husband bagi hard pruning baru sahaja beberapa bulan lalu. Tahun depan nak semak lagi sekali masa dibuat hard pruning dahulu untuk pruning lagi sekali. Kena buat jadual pruning pokok buah-buahan juga ni.  Tukang kebun rasa timing pangkas pokok mempelam tu memainkan peranan yang penting.
 Sebab buah ciku dah ada yang dituai minggu lepas, minggu ni saiz yang besar kurang sedikit tapi buahnya masih banyak di atas pokok. Buah Sawo matang, adik beradik si ciku (sawo) pula kali ni banyak peminat, yang dah diintai masak sudah banyak menghilang nampak tangkai buah sahaja. Dalam kotak order Pasar ada buahnya yang tukang kebun pisahkan dalam plastik tu dan bukan dalam plastik, dah hampir nak masak kalau dah semerbak dan lembut sebab dalam plastik tu tuaian sudah seminggu. Ciku tuaian semalam tu tukang kebun dah polish sikit dengan sabut kelapa supaya bila peram lagi cepat masak. 
 Buah sawo matang yang tukang kebun dah peram seminggu yang mana dah semerbak sampai merekah kulit buahnya, isinya tukang kebun buat jus campur dengan susu pekat, buat ala-ala smoothies pun boleh juga (jangan pandang belakang, counter top dapur tengah berselerak).
Simpan dalam peti sejuk lagi best, kalau blend pekat macam makan yogurt buah rasa.
 Minggu depan tukang kebun belum pasti lagi tuaian apa untuk Pasar Kebun Bahagia Bersama tapi bolehlah kalau nak merisik (kebunkmg@gmail.com).