No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 15 Oktober 2012

Kacang di Kebun (Oktober 2012)

Syukur sangat-sangat pokok-pokok kacang panjang di kebun Sungai Buloh menghasilkan banyak buah kacang panjang tidak putus-putus. Sayangnya, cuma tak termakan sahaja sekarang sebab tukang-tukang kebun yang ada di rumah semuanya sibuk. Kadang-kadang dimasukkan menu kacang panjang untuk Sugar Glider. Jadi terbiar sahaja, mungkin dikumpul benihnya kemudian. Tukang kebun Dany nak tolong tuai benihnya.
 Ini barisan pokok sengkuang yang sama batch biji benih yang disemai dengan yang ditawarkan sekarang.

Ahad, 14 Oktober 2012

Pembekal Manure Kami

 Penghuni tetap di kebun kami di Sungai Buloh banyak tak terbilang sebab ke sana sini mereka berjalan ada yang tak perasan. Tiap-tiap bulan banyak belanja dekat makanan untuk binatang-binatang perlihara sahaja. Bila fikir sekarang challenging juga nak menanam sayur-sayuran yang berdaun atau berubi, sebab pet yang tak makan saman ni kerjakan dahulu. Kami ada 2 jenis angsa belaan, pet ini juga bagi alarm kalau ada penceroboh di belakang rumah sama ada yang berkaki empat, berkaki dua atau tak berkaki. 
 Itik pun ada beberapa jenis, yang ni paling kuat mengorek tanah habis cabut sayur-sayur yang baru bercambah atau muda lagi. Ubi kayu pun kalau ada isi mereka berpesta dahulu. Ayam mutiara tinggal 2 ekor, ini paling susah nak control sebab boleh terbang tinggi masuk tempat yang dah berpagar untuk tanam sayur. Buah strawberry dalam pasu tinggi si ayam mutiara yang nikmati dulu.
 Ada juga turkey. Turkey jantan besar sangat anti dengan tukang kebun Ilhan. Pantang nampak Ilhan dikejar nak patuk,.Yang dewasa pun si Turkey berani datang patuk kalau dia tak puas hati. pandai pula tu curi-curi masa orang tak perasan. Ayam-ayam pun adalah bagi telur untuk dapur kami.  Free range daging dan telur. Tapi ayam asyik makin kurang sahaja sebab adakala musim musang datang curi makan ayam. Pernah juga tertangkap musang dan bela sebab tak tahan asyik serang ayam. Lepas beberapa minggu bela dilepas kembali dan dah tak datang melawat reban ayam. Inilah pembekal manure kami, melepas merata-rata penat juga nak bersihkan rumah. Suka busy body juga binatang perliharaan ni bila mana-mana tukang-tukang kebun Sungai Buloh buat kerja di kebun suka mengekor tahu ada habuan lah tu. Kadang-kadang ada juga bela burung puyuh tapi tikus cencurut mengganas makan burung puyuh. Anak-anak ayam pun si tikus cencurut kerjakan juga. Macam mana nak mengatasi masalah ini ya? Kucing kat rumah pun buat tak tahu sahaja dengan tikus tu.
 Kucing betina di rumah, dari depan gorum, goduk dan gelombon makan sama-sama.
Amboi kucing-kucing jantan di rumah sombong nak makan dalam bekas persendirian, macam ada level status pulak. Yang tengah makan meja depan tinggi ni Si Putih penghuni paling lama di rumah kami, di belakang Si Jack yang berumur 6 tahun. Kucing jantan dan betina di rumah tak ngam, kucing jantan conquer duduk dalam rumah yang betina hanya berada di luar sahaja.
Tupai-tupai pun rajin makan free dekat rumah. Biasanya kucing-kucing tutup mata sahaja tengok tupai-tupai besar melompat dalam kebun. Tapi dalam gambar ni Si Jack nak tunjuk dekat tukang kebun Rayyan masa pertama kali dia balik ke Malaysia. Kami anggapkan Si Jack ni abang kepada Ilhan dan Rayyan sebab tukang kebun yang perlihara Jack dari baru lahir sampai kena duduk di perantauan buat sementara waktu.
 Ikan-ikan koi berenang-renang dalam kolam, kena pasang jaring sebab banjir tahun lepas banyak ikan yang hanyut terlepas. Untuk safety juga setelah tukang-tukang kebun kecil kami tinggal di Sungai Buloh. Nak elakkan juga si Angsa bermandian dalam kolam depan rumah bila angsa-angsa dibenarkan masuk kawasan depan rumah untuk makan rumput.
 Sugar glider pet baru tukang kebun Dany, nama Ponyo dan Totoro. Manja pilih makanan, strawberry, mulberry, blueberry dekat rumah reserved untuk 2 ekor ni. Pandai pula tahu mana yang home-grown organik food atau yang beli. Makanan beli dekat kedai tak selera nak makan.
Pasangan sugar glider ni baru dapat baby lebih kurang sebaya dengan Abby.

Penghuni rumah selalu tak ke mana hujung minggu banyak program dekat rumah.

Sabtu, 13 Oktober 2012

KohlRabi and Beetroot Akrab

 Bila tanam kohlrabi saya suka kohlrabi berkawan dengan beetroot. Ini adalah gandingan kesukaan saya kerana kohlrabi dan beetroot adalah sahabat yang akrab (Companion plants). Hasil dari gandingan dua tanaman ini selalu tukang kebun puas hati. Cuma perlu ingat yang batang kohlrabi tidak terlindung dari cahaya matahari untuk menjadikan batang bawahnya membulat. Gandingan tanaman ini adalah lebih kepada kawasan yang menerima banyak pancaran cahaya matahari (full sun) lebih 6 jam expose. 
 Jarak antara tanaman juga penting, jangan terlampau rapat sekiranya ingin dapat hasil yang bersaiz besar. Elok terdapat ruang supaya tiada pokok-pokok yang terlindung dari mendapat cahaya untuk pertumbuhan. Di bawah adalah barisan tanaman Florence Fennel, Kohlrabi dan Beetroot yang tumbuh di atas tanah yang telah dilapik dengan tahi kuda.
Batang kohlrabi yang membulat perlu terima pancaran cahaya matahari terus.
Kohlrabi cepat membesar dan dapat tuai hasilnya lebih cepat berbanding kubis.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Chervil kalah dengan Florence Fennel

 Makin ramai gardener mula gemar mengamalkan companion planting untuk mengurangkan serangan serangga-serangga perosak. Tetapi awas bukan semua herba kalau letak di sebelah pokok lain dapat memberikan keuntungan kepada diri atau pun tanaman di sebelahnya. Ada juga gandingan tanam herba yang tak serasi dengan tanaman lain. Sebagai contoh, herba Chervil dan Florence Fennel adalah dari family yang sama 'Apiaceae' tetapi mereka tidak serasi tumbuh bersama-sama. Pokok Chervil ini sukarela pandai-pandai sahaja tumbuh sendiri berdekatan dengan Florence Fennel yang tukang kebun tanam dalam bekas secara kaedah direct-sowing. Tukang kebun pun tutup mata je biar sajalah. Pada mulanya chervil tumbuh subur hijau dan cepat bersama-sama dengan Florence Fennel. Tetapi lama-kelamaan daun herba chervil yang matang lama-kelamaan bertukar ke warna merah keperangan.
Kenapakah ini terjadi?

 Ini disebabkan zat nutrient potassium dan calcium telah mula berkurangan di dalam bekas tanah mengakibatkan kedua-dua jenis tanaman ini berlumba nak dapatkan zat ini. Jadi gambar di atas adalah contoh kekurangan zat potassium dan calcium (potassium/calcium deficiency) yang ketara berlaku pada pokok herba chervil. Pertumbuhan bulb Florence Fennel juga adalah agak kecil berbanding dengan rakan sebelahnya dalam sama bekas seperti dalam gambar terakhir. Cuba lihat carta di bawah yang tukang kebun pinjam dari Wikipedia. Kandungan zat nutrient potassium dan calcium adalah tinggi di dalam bulb Florence Fennel. Ini sudah memberi hint bahawa Florence Fennel kuat menyerap atau memakai banyak zat potassium dan calcium dari tanah yang mengakibatkan pokok herba chervil terseksa di sebelahnya.

 Pokok Florence Fennel dalam gambar pertama sudah penuh dikelilingi oleh daun pokok herba chervil berdekatannya. Florence Fennel yang jauh sedikit dari pokok herba chervil nampak 2 kali ganda lagi gemuk dari Florence Fennel yang dah tenggelam cuma nampak batang daunnya. Dalam bekas ini juga ada 2 pokok lilium tumbuh bersama-sama. 
Pokok herba chervil tak serasi tumbuh bersama Florence Fennel.
Tapi setakat ini chervil dan keluarga kubis nampak boleh ngam.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Kacang Buncis Blue Lake

 Pokok kacang buncis 'Blue Lake' adalah jenis yang memanjat. Pokoknya menghasilkan musim buah kacang lebih lama berbanding dengan pokok kacang jenis yang renek. Buah kacang yang pertama dihasilkan dalam anggaran lepas 2 bulan setengah biji benih disemai. Kerap 3-4hari petik kacangnya dan tidak biarkan kacang menjadi terlampau masak mengakibatkan hasil kacang menurun. Purata panjang kacangnya adalah 15cm. Kacang 'Blue Lake' sangat sesuai untuk di-frozen-kan sekiranya terdapat bekalan yang berlebihan tak termakan. Pokok kacang 'Blue Lake' tahan cuaca yang panas. Bunganya berwarna putih. Pokok kacang buncis tidak gemar sekiranya akarnya terdedah kepada tanah yang terlampau basah (water-logged) terlalu lama. 

~Biji Benih Blue Lake Climbing Bean (RM3.00-anggaran 10 seeds satu pek)~


Pembayaran melalui bank RHB , Maybank atau CIMB.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com). 

Khamis, 4 Oktober 2012

Carrot Organik Western Red

 Lobak merah @ carrot adalah antara sayur yang paling digemari dan sekali seminggu mesti makan carrot. Tukang kebun setiap bulan kena simpan ruang dan semai carrot untuk anak-anak. Tukang kebun Rayyan kalau mamanya baru cabut carrot tak sabar-sabar nak makan, mamanya habis kena harassment dalam kebun. Cepat-cepat cuci tak buka kulit pun terus si Rayyan makan. Pastu minta lagi sampai tinggal beberapa batang sahaja kalau tak kata stop. Carrot Western Red adalah antara variety yang termasuk dalam jenis carrot yang heat-tolerant berasal dari Western Australia ianya sesuai disemai sepanjang tahun, tapi dielakkan pada musim mid-summer yang kebiasaannya cuaca sebelah siang mencecah lebih 40 degree Celsius. Carrot Western Red adalah jenis yang besar dan purata panjangnya 25cm. Kalau nak tanam dalam bekas elok lebih 30cm. Elakkan dari beri baja tahi ayam kepada carrot sebab baja ini mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi dan tak sesuai untuk carrot. Nanti nampak daun carrot subur menghijau tapi isi tak seberapa. Carrot sedia untuk dituai antara 4~5 bulan.
Anak-anak pokok carrot dari benih baru bercambah tumbuh rapat-rapat menunjukkan percambahan yang baik. Kalau nak carrot batang yang besar perlu cabut dan beri ruang antara anak pokok. Tukang kebun biarkan sebab selalunya ada je yang makan bila baru bercambah (kegemaran siput) atau pun tukang kebun Rayyan suka hati sahaja cabut ingat dah ada akar. Kalau ini berlaku, sekurang-kurangnya ada lagi spare anak carrot nak tumbuh. Kalau pokok-pokok carrot tumbuh rapat sangat and rubbing shoulders, inilah yang berlaku....
Tukang kebun mula-mula ingin nak tuai carrot Western Red ini saiz baby carrot untuk Rayyan sebab selalu tak cukup untuk bahagian dia nanti ahli keluuarga lain tak dapat rasa tapi si tukang kebun kecil dah tinggal dengan nenek di Sabah sejak bulan lepas buat sementara waktu. Jadi over supply carrot pula sekarang dan carrot pun dah tak baby lagi. Sebab tukang kebun semai dalam bekas kedalamanan tanah 15cm , akarnya dah tumbuh lebih 15cm dan mencecah dasar bekas tersimpul-simpul akar carrot dan senget.

 Banyak juga boleh dapat carrot tanam dalam satu bekas. Yang di bawah itu pun cuma setengah hasil dari bekas sama, setengah lagi dah selamat kami makan. Carrot Western Red sangat produktif di dalam kebun dan pertumbuhannya sangat bagus dalam pelbagai cuaca tak de terganggu pertumbuhannya dengan perubahan cuaca.


~Biji Benih Organik Lobak Merah Western Red (RM3.00-anggaran 100 seeds satu pek)~

Stok Habis. Tukang kebun tengah tunggu pokoknya berbunga.

Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Pembayaran melalui bank RHB atau CIMB.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).

Selasa, 2 Oktober 2012

Rare Heirloom Round/Long Black Spanish Radish

 Radish dikatakan asalnya berasal dari China dan mula dibuat sebagai tanaman untuk dimakan sekurang-kurangnya 3000 tahun dahulu lagi. . Radish liar yang pertama mula ditanam pada zaman tamadun awal di Egypt dahulu adalah radish yang kulitnya berwarna hitam. Radish mula popular di benua Eropah selepas kurun ke-16 century. Berbanding dengan jenis radish yang lebih moden atau jenis baru, radish hitam ini baunya sangat kuat dan juga rasanya lebih pedas. Bagi sesiapa yang minat makan ulam-ulaman mungkin sesuai dengan cita rasa. Tapi saya rasa mungkin rasanya terlampau kuat untuk kanak-kanak. Heirloom round/long black Spanish radish kulitnya berwarna hitam dan isinya berwarna putih. Radish heirloom jenis ini hanya saya galakkan tanam ketika musim hujan. Perlukan banyak air sebab jika dibiarkan tanahnya kering mungkin mudah akar bulatnya merekah, Tukang kebun tak siram manual langsung cuma harapkan air hujan sahaja jadi ada sebiji akarnya merekah seperti gambar di atas. Pada musim kering pertumbuhan radish heirloom jenis ini mungkin lambat atau terbantut. Kekurangan air juga boleh menyebabkan proses pertumbuhan akar bulat yang hendak dinikmati itu tak sempurna.
Benih radish yang baru bercambah. Anak pokok radish yang baru bercambah kalau tanam rapat-rapat dan ingin bagi ruang untuk pertumbuhan, thinnings anak pokok radish bolehlah makan mentah letak dalam sandwich atau kerabu. Sayang kalau dibuang yang rapat-rapat tu, daun radish boleh makan. Orang barat kata 'sprouts' yang baru bercambah atau anak pokok mudanya dan makan mentah dalam salad atau letak dalam sandwich.
Tukang kebun semai benih radish ini dalam pasu bersama-sama bulb lilium bulan Julai lepas.
Kalau bukan si siput dah makan sikit akar radish ni, tukang kebun tak perasan yang pokok heirloom round long radish dah menghasilkan akar sebab warna kulit akarnya sama dengan tanah. Bila kuis-kuis tanah baru perasan dah ada isi rupanya.
Oleh kerana dah padat pasu ni dan nak beri ruang kepada 2 pokok lilium tukang kebun tukang kebun pun cabutlah black radish selepas 2 bulan semai benihnya.
Sebagai pengajaran, jangan ikut jejak langkah tukang kebun pemalas ni yang tak siram. Tapi syukur alhamdulillah tak de lah gagal sangat hasilnya, walaupun tak dijaga, tak diberi minum dan makan dekat radish ini. Lasaklah juga tak menerima layanan dari tukang kebun. Ini eksperimen tukang kebun, sebenarnya kalau selalu tukang kebun semai radish atau turnip lepas bulan May tak menjadi terus bagi bunga sahaja walaupun diberi air setiap hari. Masa  untuk semai biji benih radish dan turnip yang paling sesuai untuk tukang kebun di kebun Adelaide ialah bulan March-May.

~Biji Benih Organik Heirloom Round/Long Black Spanish Radish (RM1.00-anggaran 30 seeds satu pek)~

Pembayaran melalui bank Maybank, RHB atau CIMB.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).