No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 11 Januari 2013

Percambahan Sayur Sawi Red Giant

 Baru-baru ni tukang kebun Muscleman bantu kemaskan biji benih sayur mustard red giant untuk stok bulan ini punya setelah bulan lepas stoknya habis. Lepas kemas dan sorting biji benih mustard red giant tersebut, tukang kebun jatuhkan hampasnya dan yang reject ke pasu yang ada tanam pokok strawberry. Syukur alhamdulillah memberangsangkan percambahannya dan ada rezeki seperti kawan-kawan gardeners doakan. Tukang kebun selalu perhati bagi sayur daun yang warnanya special sikit atau terutamaya yang keungguan/maroonish, faktor cuaca akan menentukan nada cair atau pekat warna ungu/maroon tersebut. Pada mulanya anak pokok yang baru bercambah tersebut berwarna hijau. Tetapi setelah beberapa hari bertukar seperti warna di atas. Memandangkan cuaca dan musim di negeri dalam Malaysia ini berlainan, mungkin ada perbezaan warna daunnya walaupun di tanam serentak dalam satu Malaysia ini.


Stok makin terhad.

Biji benih Organik  Heirloom Red Giant Mustard~
$3.00 satu pek  dengan anggaran 50 biji benih.

Disebabkan masalah pos biasa yang dialami dalam bulan Disember 2012, postage pesanan benih bagi bulan January di bawah RM10 adalah flat RM2.
Tetapi bagi pesanan jumlah biji benih lebih RM10 akan dihantar dengan pos laju dan kos penghantaran flat RM5.

Khamis, 10 Januari 2013

Mekar Merah Oriental Lilium

 Gembiranya hati tukang kebun minggu ini setelah melihat akhirnya bulb Oriental lilium yang ditanam pertengahan bulan November yang lalu kembang mekar di dalam taman. Walaupun beberapa hari ni kurang sihat badan tapi gagahkan diri juga keluar sekejap-kejap nak melihatnya bagaikan orang mabuk bercinta...hehehehe...sebab tidaklah letak harapan tinggi dan banyak accident berlaku dalam pertumbuhannya dan tiada dapat dijaga dengan baik sebab banyak kerja lain perlu diuruskan. Jadilah terbiarlah pokoknya sehingga bunga pertamanya pun tukang kebun tak perasan kalau bukan hubby yang beritahu.
 Terlampau lama tukang kebun simpan dalam tandas bulb Oriental lilium ini di Adelaide untuk elakkannya dari kering sebelum dapat di bawa pulang sehingga begitu sukar untuk dileraikan satu persatu bulb tersebut sebab berselirat masing-masing sudah bercambah. Lihatlah betapa banyak sudah pertumbuhannya sehingga bulb tersebut dah lebih besar dari penumbuk tukang kebun (sebab tukang kebun tidak dapat berkongsi bersama). 2 bulb yang berwarna putih di dalam kertas coklat itu ialah asal bulb LA Hybrid Lilium Indian Diamond yang ada tukang kebun tanam lalu, alhamdulillah tumbuh juga.
 Setelah tukang kebun tanam bulb dan timbus sehingga pangkal daun yang pertama, hari demi hari bertukar ke warna hijau selepas mendapat cahaya matahari. 
 Kecil sahaja pada permulaan saiz putik bunga Oriental lilium ini. Ambil beberapa minggu juga menunggu putik-putik ini besar sehingga ke saiz gambar bawah.
 Ketika ini tidak menunjukkan tanda warna apa bunganya...tetapi apabila putik ini bersedia untuk berkembang bileh teka sudah apa warnanya.
 Bunga pertama Oriental Lilium yang mekar semasa sedang hujan...uhuks kesian tengok. Tukang kebun pun redah hujan nak ambil gambar.
 Kesian yang ini pun kena mandi hujan lebat.
 Kelopak bunga saiznya boleh tahan besar juga.
 Disebabkannya tumbuh tinggi bagi support dengan pelepah sekejap nanti tersembam ke bumi. Belakang gambar yang ada bentuk "heart" pun ada lagi pokok bunga Oriental Lilium sedang mekar.

 Komen minggu ini lambat sedikit reply ya sebab nak selesaikan projek tanam bulb-bulb baru yang sampai.

Biji Benih Paling Segar Bulan ini ~ Sengkuang

 Biji Benih paling segar bulan January ini adalah biji benih sengkuang. Tukang kebun dalam proses hendak tuai ubi-ubi sengkuang dan akan bersihkan kawasan tersebut untuk menanam tanaman lain (nak praktik crop-rotation sudah 2 kali tahun ni tanam sengkuang di tempat sama). Sambil itu akan tuai juga kacang sengkuang yang telah kering di atas pokoknya. Hujan telah beri petanda kepada tukang kebun apabila tersembul keluar biji sengkuang dari tanah yang saiznya sudah elok untuk dituai. Kalau dibiarkan tua dan membesar lagi kurang manis. Yang lagi muda lagi manis rasanya. 
 Sengkuang adalah dari keluarga kekacang (Fabaceae) dan disebabkan itu tidak memerlukan baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi. Nanti banyak saja daunnya. Pokoknya boleh memanjat 2-4 meter jadi seeloknya boleh sediakan tempat untuknya memanjat. Menjimatkan ruang sebagai tanaman yang sesuai untuk vertical gardening. Boleh juga ditanam dalam bekas.  Sengkuang adalah tanaman yang sukakan kelembapan tinggi dan cuaca tropika. Sengkuang sebenarnya berasal dari Mexico dan dikenali dengan nama Jicama (HICK-a-ma) atau Mexican turnip/ Mexican Yam. Semasa penjajahan Spanish di negara Filipina bermula perkenalkan tanaman ini di Asia. Di Filipina sengkuang dipanggil 'singkamas'. Sengkuang mempunyai kandungan rendah kalori dan rendah lemak jadi sesuai sebagai diet food. Sengkuang juga banyak fiber jadi dapat control appetite atau selera makan kita dari makan banyak benda lain yang tidak berkhasiat atau untuk kontrol berat badan.
 Pesanan biji benih sengkuang untuk bulan January ini akan tukang kebun tambahkan juga kacang sengkuang untuk dikopek sendiri ambil biji benihnya selagi stok masih ada. Generasi kedua biji benih sengkuang yang dikumpul dari kebun Bahagia Bersama.

Biji benih Organik Sengkuang~
$3.00 satu pek  dengan anggaran 15 biji benih.
Sengkuang Bulk Seed ~ Approx. 70 seeds for RM10.

Disebabkan masalah pos biasa yang dialami dalam bulan Disember 2012, postage pesanan benih bagi bulan January di bawah RM10 adalah flat RM2.
Tetapi bagi pesanan jumlah biji benih lebih RM10 akan dihantar dengan pos laju dan kos penghantaran flat RM5.

Rabu, 9 Januari 2013

Timun Lemon

  Bentuk timun ini adalah seperti lemon dengan bentuk saiz dan warnanya yang kuning. Timun jenis ini sesuai tumbuh di kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan musim hujan. Timun heirloom yang telah direkod sejak tahun 1894 diperkenalkan. Tanam sendiri baru dapat rasakan timun seperti ini sebab tak dapat dibeli di pasar. Sudah 2 season tukang kebun pernah tanam timun ini, old time favourite.
 Jangan lupa labelkan biji benih yang disemai sekiranya menyemai timun dan melon jenis lain sebab anak pokoknya nampak sama sahaja.
Bunga betina lemon cucumber.

Biji benih Organik  Heirloom Lemon Cucumber~
$3.00 satu pek  dengan anggaran 10 biji benih.

Disebabkan masalah pos biasa yang dialami dalam bulan Disember 2012, postage pesanan benih bagi bulan January di bawah RM10 adalah flat RM2.
Tetapi bagi pesanan jumlah biji benih lebih RM10 akan dihantar dengan pos laju dan kos penghantaran flat RM5.


Selasa, 8 Januari 2013

Heirloom Mix Romaine Lettuce

Biji Benih lettuce organik yang berbentuk 'Romaine' atau juga dipanggil 'Cos' pelbagai jenis heirloom bercampur dalam satu paket. Tapi ada yang tukang kebun sudah lupa nama jenis heirloom tersebut.
 Jenis ni ada speckle merah sikit pada daunnya.
 Lettuce jenis ini masa muda berwarna hijau bila makin tua daunnya berubah kemerahan.
Green Cos Lettuce.
Red Romaine Lettuce bersebelahan Green Cos Lettuce.

Biji benih Organik Heirloom mix Cos/Romaine Lettuce~
$3.00 satu pek  dengan anggaran 50 biji benih.
Terhad sebab tukang kebun relakan 20 pek sahaja untuk bulan ini.

Disebabkan masalah pos biasa yang dialami dalam bulan Disember 2012, postage pesanan benih bagi bulan January di bawah RM10 adalah flat RM2.
Tetapi bagi pesanan jumlah biji benih lebih RM10 akan dihantar dengan pos laju dan kos penghantaran flat RM5.

Isnin, 7 Januari 2013

Tuberose Bulb


 Bunganya sangat harum banyak peminatnya dan menjadi lebih popular dengan tayangan Potianak Harum Sundal Malam. Peminat minyak wangi mesti suka bunga ini kan. Ketinggian average pokok bunga ini adalah 80-100cm dan mengambil ruang anggaran 20cm. Tukang kebun tanam terlampau banyak bunga harum sundal malam keliling rumah. Ini kes terlebih beli lagi (uncontrollable). 

Bagi yang meminatinya, dan berminat untuk tanam...sementara stok masih ada dan sebelum tukang kebun tiba-tiba gatal tangan nak tanam bila rajin nak kosongkan ruang taman yang ada...hehehe...

STOK HABIS.

Promosi Gladioli Mix Colour bulb (untuk 20 pek pertama sahaja)


 Stok baru bunga gladioli kembali lagi dan pesanan sudah mula diambil.
Untuk 20 pek pertama promosi ini tukang kebun tak buat reservation (ruang untuk simpan barang tiada di kamar tukang kebun sebab kes merempat :( ). Siapa cepat dia dapat ya.