No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 30 Julai 2013

Mulberry Bush



 Tukang kebun ada menerima pertanyaan mengenai berapa besar pokok buah Mulberry boleh tumbuh kalau dibiarkan tak pangkas oleh Puan Nurul. Kebetulan tukang kebun ke belakang ambil saguhati Rayyan yang sukakan buah Mulberry yang mana dah agak-agak masak. Dah mula hujan lebat sebelah petang ni nak kena check rugi ada yang jatuh buahnya nanti. Sebelah pagi biasanya kalau si Rayyan dan Abby masih nyenyak lagi bolehlah tukang kebun buat kerja luar sedikit. Bila Abby bangun si Rayyan jadi penghibur Nyanyi nada lagu LaLaLa Love Song oleh penyanyi Jepun Toshinobu Kubota yang papanya buat pakai alarm handphone. Sebagai upah dapat Rayyan yang tak puasa break his fast dengan buah Mulberry.

  2 pokok buah Mulberry yang tingginya dah lebih 3 meter yang menunggu giliran untuk dipangkas bila tukang kebun ada masa. Setiap tapak ni ada deretan pokok-pokok Mulberry yang berdua ni pokok Mulberry E dan F. Kebiasaannya tukang kebun selang 2 atau 3 minggu buat pusingan bergilir pangkas pokok buah Mulberry di kebun jadi dapat tuai buahnya continuosly. Kalau tiada laman besar mahupun cuma Container Garden masih boleh lagi ada kebun mini Mulberry untuk pusing-pusing cari dan petik buahnya.


 Boleh tanam pokok-pokok Mulberry dekat-dekat macam ni dalam satu patch. Patch ini cuma dalam anggaran kurang daripada 1 × 0.5 meter persegi in full sun. Rasa-rasanya ada at least 15 pokok dalam patch ini. Bila dah bushy dan meninggi pangkas saja dahan pokok mulberry sampai tahap anak-anak kecil boleh kutip sendiri pun tidak mengapa.

Pokok Mulberry Double Happiness still available -1 bekas -RM7.00

Internet connection tukang kebun still ada problem tengah tunggu feedback provider.
Sorry snail mail ya minggu ni juga dari tukang kebun.
Kiriman dari hujung minggu lepas akan tukang kebun buat hari Rabu ini.

Jumaat, 26 Julai 2013

Hemerocallis Hadiah Harijadi

Hemerocallis cv 'Tani (Asia Timur/Japan Daylily).


Hemerocallis cv 'Forty Second Street' (nampak macam carnation).

 Hemerocallis atau lebih dikenali sebagai pokok daylily sangat drought-tolerant dan pokok bunga yang berubi. Daylily rizom yang dibawa balik dulu hidup bahagia di tengah panas dan tukang kebun tak pernah siram. Seronok tengok pokoknya mula menghasilkan anak baru juga.


 Catatan tukang kebun koleksi daylily di kebun makin tua makin lupa tak ingat yang mana satu. So far, tukang kebun puas hati dengan perkembangan positive daylily di cuaca Lembah Klang steady nampak proses adaptation tiada dimanjakan. Daylily a plant that like to bake in the sun.

Thank you so much for the birthday wish  :) .

Khamis, 25 Julai 2013

Hippeastrum Hadiah Harijadi

Hippeastrum cv. 'Double Fashion' (Multi-petal bloom)

Hippeastrum cv Double Ribbon'  (Double petal bloom)


Hippeastrum cv 'Top Pico' (multi-petal bloom)

Hippeastrum cv 'Devil Hunter' (Pappilion version)

Semalam tambah satu tahun umur tukang kebun tak dapat fresh flower dapat bulb flower amaryllis yang jenis sukar nak didapati pun sudah happy dari hubby yang outstation. Thank you dear next time belanja lagi. Catatan tukang kebun nanti lupa namanya.

Catatan Crinum Moorei


  Cuma catatan tukang kebun untuk ahli baru di kebun tukang kebun iaitu Crinum Moori yang seperti crinum di bawa dari kampung flower stalknya juga tumbuh tinggi antara 80-120cm. Berbeza dengan hippeastrum yang sensitive kepada tanah yang bertakung boleh mereputkan bawangnya, bawang crinum atau pokoknya suka tanah yang moisture banyak untuk pertumbuhan yang baik. Pastikan tanah tidak kering semasa pembesarannya. Disebabkan itu crinum sesuai tumbuh berdekatan di terusan berair. Bunganya perlu ciuman matahari untuk kembang dengan baik.

 Dugaan bulan Ramadhan air panas semua bilik air rosak, internet broadband line rumah pun tak berfungsi, peti ais pun rosak nak kena kosongkan hari ini supaya kedai boleh ambil repair. Kejap lagi nak kena kemas kosongkan. Sebab minggu ni dah rosak tukang kebun tak beli stok makanan basah. Kalau sayur kena foraging di belakang kebun untuk bubur Abby minggu ni hampir vegetarian campur dengan ikan bilis. Hasil foraging pagi ini, petola,daun sayur raja untuk bubur Abby. Jus Roselle untuk berbuka puasa. Kesimpulan tuaian harian minggu ini. Bunga telang nak minta tolong tukang kebun Ilhan dan Rayyan kutip petang nanti.


 Disebabkan masalah internet connection,  email dan komen reply tergendala harap maklum.

Selasa, 23 Julai 2013

Ruby Red Swiss Chard.

 Ruby Red Swiss Chard warna batang pokok dan urat-urat daunnya adalah berwarna merah gelap diibaratkan seakan warna batu delima. Daun jenis tanaman swiss chard boleh dijadikan substitute untuk membuat cabbage roll. Berbanding dengan sayur jenis daun kubis-kubis, daun rainbow chard kurang sedikit diserang oleh kategori serangga perosak. Pokoknya yang berwarna unik dan daunnya yang berkilat glossy menjadikan pokok ini nampak seperti pokok hiasan.

~Ruby Red Swiss Chard ~

RM3.00 satu pek anggaran 15 biji benih.

Tomato July 2013


 Biji-biji benih tomato yang kembali di dalam stok bulan July 2013 ini ialah:

~ Yellow Pear Cherry Tomato ~

~ Red Roma Tomato ~

Anggaran 30 biji benih satu pek RM3.00 .

Ahad, 21 Julai 2013

Lousiana Iris (RARE July Seasonal Offer)

 Bulan July ini, Kebun Bahagia Bersama berpeluang untuk menawarkan rizom Lousiana Iris yang kuantitynya limited dan penghantaran akan dibuat pada 29/30 Julai akan datang ini. Pesanan hanya akan diterima sehingga 22hbJulai2013 pada pukul 9pagi akan ditutup. Rizom Lousiana Iris kali ini sumbernya dari negara 'land of the rising sun'. Louisiana Iris adalah jenis Iris yang sesuai ditanam di kawasan tropika dan Mediteranean yang tiada frost. Rizom Lousiana Iris bahagia di kawasan di mana banyak air di mana boleh tanam di dalam pasu berair mahupun tepi terusan ataupun tepi kolam. Di atas tanah biasa pun boleh tapi pastikan tanah tidak kering. Berlainan sifatnya dengan Bearded Iris yang rizomnya sangat drought-tolerant, Louisiana Iris perlukan tanah yang moist untuk hidup subur. Louisiana Iris akan hidup sejahtera sekiranya menerima sekurang-kurangnya 6 jam cahaya matahari. Rizom Louisiana Iris boleh tanam semua bahagiannya terbenam di dalam tanah, sekiranya tiada masa nak tanam cuma pastikan rizomnya tak kering letak di tandas atau cover dengan tanah/tisu/kertas basah untuk seketika.
Boleh pilih yang mana berkenan sementara stok masih ada (pening juga nak translate katakana yang nak kena teka pronounciation yang betul, maybe ada yang boleh bantu jika tukang kebun silap).
(1) Louisiana Iris Mary's Charlie (メアリーチャーリー)
 (2)Louisiana Iris Gulf Shore (ガルフショアー)
(3) Louisiana Iris President Hedley (プレジデントヘドレー).
(4) Louisiana Iris Blue Giant (ブルージャイアント).
 Pokok-pokok Louisiana Iris yang tukang kebun ada sekarang ada yang hidup dalam pasu berair (boggy) dan ada juga yang di atas tanah. Di atas tanah pun boleh juga, asalkan tak kering tanahnya. Yang dekat atas tanah kesian dah berapa kali digelek mesin rumput oleh papa tukang kebun, nanti nak pindahkan tempat lain. Walaupun hampir botak mesin rumput trim tapi daunnya akan tumbuh balik.

~Rare Louisiana Iris Rizom~ (July 2013 Seasonal Offer).

RM110 per-rizom (termasuk kos penghantaran hanya di Semananjung Malaysia).

Pesanan boleh tinggalkan di komen box atau hantar email (kebunkmg@gmail.com).
Tapi tukang kebun kebiasaannya sorting di komen box terlebih dahulu.
Please do not forget tulis order which Louisiana iris yang dah ada di dalam hati.
Yang belum pernah atau dah lama tak berhubung dengan tukang kebun, jangan lupa tinggalkan email address untuk tukang kebun hubungi.
Daun pokok rizom Louisiana Iris akan ditrim sebelum penghantaran.