No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 4 Oktober 2013

Momo Iro No Suiren (温帯性睡蓮 )

  Salam Jumaat di pagi mulia ini, bahagianya hati bila melihat bunga water lily berwarna peach yang ditanam minggu terakhir Ramadhan tahun ini kembang berseri-seri minggu ini. Beloved husband kata berbaloi dia bawa balik jauh-jauh dan hampir tersumbat dibuatnya bilik air hotel sampai pukul 2 pagi. Rasanya ole-ole paksaan yang ini paling sukar beloved husband nak melayan permintaan si isteri difikir banyak kali. Nasib baik batch hardy water lily (temperate water lily) yang di bawa balik bulan Ramadhan lalu sudah ada yang kembang, ada peluang lagi, oh my danna yoroshiku onegaishimasuNe. Next hajat besar sikit nak tambah pokok bunga lotus pula wahai beloved husband.
 Daun yang terkulai layu tukang kebun trim dan tinggalkan pucuk-pucuk yang baru di tuber-nya sebelum ditanam. Batch kali ini tukang kebun pakai pasu setengah saiz lebih kecil dari pasu yang ditanam hardy lily batch pertama dulu. Pasu yang dipakai semua adalah pasu lama yang tidak dipakai lagi dan lubangnya sudah ditutupi dengan simen. Memandangkan ada pasu-pasu yang bertindan lagi dalam semak tepi pagar tu, adalah alasan nak tambah koleksi lagi. 
 Bila nampak kudup bunganya, hati ini berasa berdebar-debar dan menghitung hari bilalah ready nak kembang. Pada awal pagi mulalah bunganya mula nak buka, dan tahulah akhirnya warna bunga water lily yang berada di pasu ini.
Bila matahari mula naik menegak, kembangan bunga water lily pun mengikut rentaknya.
Momo Waterlily in full bloom di bawah pokok kemboja Bali!
Bila dah nak senja, bunganya mula nak masuk beradu, beginilah kitarannya lebih kurang 3 hari.
 Nelayan di kawasan air tawar yang mencari rezeki di tasik yang adanya water lily sebegini pasti tidak memerlukan jam, cukup sahaja melihat stage kembang bunga water lily sudah boleh agak waktunya berada ketika itu. Pokok hardy water lily bunganya sangat peka akan perubahan kedudukan matahari pada waktu siang hari.

Khamis, 3 Oktober 2013

Tuaian sebelum ke Airport

 Dah lama tak sempat nak upload gambar tuaian, jadi inilah antara tuaian untuk hujung minggu lepas sebelum menghantar owner sebenar Kebun Bahagia Bersama ke airport berlepas pulang ke Sabah. Nanti tak merasa pula buah-buahan yang sedang rancak berbuah di Kebun Bahagia Bersama hujung bulan lepas. Bagi penghantaran Prepaid Box Pos Laju hari Isnin lepas sekiranya had muatan tidak lebih dan ruangan dalam kotak ada, dapatlah Kebun Bahagia Bersama berkongsi rezeki yang diberi dari kebun. Kesemuanya adalah Organik tak pernah sembur, jika terjumpa apa-apa itulah lumrah makanan organik. Disebabkan ada yang tertanya-tanya apa bendalah tukang kebun poskan sekali dalam kotak kali ini, jadi inilah jawapannya.
 Ciku, buah musim kali ini gemok-gemok menjadi mungkin sesuai cuacanya ketika ianya berbuah. Cik Tupai pun macam tak berdaya nak makan sakan, masing-masing dapat bahagian tak perlu berebut. Kena peram dulu ya kalau tak lembut lagi.
Buah Sawo matang.
 3 jenis mangga berbuah serentak di Kebun Bahagia Bersama yang kena hard pruning May lalu paling rancak sekali berbuah. Yang nak merisik kalau tukang kebun boleh buat Pasar Online above boleh email (kebunkmg@gmail.com). 

Winged Bean Fresh Seeds This Week.

 Glamour betul kacang botor/kelisa dekat negara barat dipanggil kacang yang bersayap. Bila baca review orang barat kata rasa macam asparagus. Kalau di negara kita kebiasaannya adalah 'fresh salad' dressing dengan budu atau sambal belacan atau style kerabu. Tak sangka pula mama Si Ilhan yang anaknya gemar makan kacang botor. Bila Ilhan tahu ada kacang botor segar dalam dapur, dipesan kepada mamanya masak untuk dia kacang botor goreng kicap dengan ikan bilis. Mama Ilhan mestilah delighted, so simple and nutritious tak payah nak fikir menu complicated yang lain.
 Asal biji benih kacang botor yang tukang kebun semai kali ni sebenarnya tersimpan dalam uniform turun kebun yang disangkut belakang pintu dapur setelah habis duty lalu big boss campakkan dalam mesin basuh sebelum check ada biji-biji benih dalam poket baju. Bila nak sidai baju tukang kebun terkejut tengok biji-biji benih kacang botor basah dan warm tercuci dalam mesin basuh. Apa lagi terus disemai biji-biji benih kacang botor tu di kebun. Yang menariknya nampak macam semua biji-biji benih tersebut bercambah dengan elok setelah kena 'cuci' dalam mesin basuh lebih kurang sejam dan telah pun memberikan hasil.

~ Biji benih Segar Organik Open-Pollinated Kacang Botor ~

1 pek anggaran 12 biji benih RM1.00

Selasa, 1 Oktober 2013

Sayur Meranti

 Semasa treasure hunting cili burung di keliling kebun laman rumah sebelah depan (pokok-pokoknya merata tumbuh courtesy of the birds of course), tiba-tiba ternampak di bawah pokok cili seakan-akan pokok sayur meranti/ranti (solanum nodiflorum) tumbuh liar bersama-sama pokok cili burung. Yang menarik perhatian tukang kebun adalah bentuk bunganya yang mula flashing imbasan image dikongsikan oleh Sean (Half a pound of treacle blog) yang ada menulis mengenai sayur meranti secara terperinci awal bulan ini (please klik dekat nama blog Sean for further info). Sayur meranti sebenarnya adalah tanaman baru di dalam kamus tukang kebun, jadi tukang kebun teruja untuk mengenalinya lebih dekat lagi. Tidak sangka pula terserempak dengan sayur meranti semasa memetik cili burung merah untuk sambal belacan makan dengan nam nam. Rasanya sayur meranti yang tumbuh di sini pun burung yang bawa benihnya. Bila takde makanan bolehlah tukang kebun adventure sikit mencuba sayur meranti. Sayur meranti, sayur kampung ini boleh juga campur dengan masak lemak putih atau masak lemak cili api, goreng dengan udang kering sahaja pun boleh dan resipinya ada dekat blog Sean.
 Walaupun sayur meranti boleh masuk dalam kategori 'weed' di Kebun Bahagia Bersama, jangan pandang rendah kepada sayur ini kerana ianya juga ada medicinal value. Daun Sayur Meranti kena masak sebelum makan, buahnya yang dah masak berwarna hitam saja boleh makan, yang buahnya hijau jangan. Kenapa kena masak dulu ataupun buah yang berwarna hitam sahaja boleh makan kena baca posting Sean sebab Sean dah jelaskan secara terperinci. Terima kasih Sean for the thorough review of Sayur Meranti, appreciate the extra bonus info which perk up the student interest in me as a molecular biologist and evolutionary biologist (time to dust the old data and start writing up my 'T' again?). 

Sean posting:

http://up-your-toot.blogspot.com/2013/09/solanum-nodiflorum-white-nightshade-sayur-meranti.html

Isnin, 30 September 2013

Pokok Garlic Vine, the False Garlic plant

 Sekarang musim bunga pokok garlic vine, kelihatan banyak rumah-rumah di kampung kami ini pokok garlic vine sedang meriah berbunga. Pokok bunga memanjat ini dipanggil garlic vine kerana apabila daunnya diramas-ramas akan berbau seperti bawang putih. Walaupun bau daunnya pokok garlic vine ataupun dipanggil 'False Garlic' mirip bawang putih, pokoknya tiada hubungan dengan tanaman bawang putih yang digunakan sebagai bahan masakan. Di kawasan hutan Amazon, daunnya digunakan sebagai rempah ratus masakan atau ubat traditional menjadi pengganti kepada bawang putih. Ada laporan mengatakan pokok ini juga boleh digunakan sebagai 'mosquito repellent'. Tukang kebun fikir-fikir daun-daun pokok garlic vine juga boleh menjadi alternatif untuk membuat  home-made jus spray serangga perosak tanaman organik di kebun. Dari menggunakan bawang-bawang putih masakan, mungkin boleh berjimat dengan menggunakan daun-daun dari pokok garlic vine. Ada juga laporan mengenai persediaan ranting dan daunnya dalam air mandian untuk membantu mengurangkan demam, sakit-sakit sendi dan juga untuk menyegarkan badan dari kepenatan. Orang asli Amazon dikatakan memberikan air rebusan bahagian pokok garlic vine kepada anjing-anjing mereka sebelum pergi memburu.
 Putik-putik bunga garlic vine akan muncul di nodes atau 'mata-mata' di bahagian ranting di mana daunnya juga tumbuh seperti yang ditunjukkan dengan anak panah dalam gambar. Berbeza dengan pokok Si "drunken sailor"  yang pantas sahaja tumbuh balik apabila diberi hard pruning, pokok garlic vine adalah jenis pokok 'my pace' sedikit tidak perlu dicantas kerana bunganya keluar dari 'mata-mata' sepanjang rantingnya.
Satu keunikan warna bunga garlic vine akan berubah menjadikan gugusan bunganya mempunyai warna yang berbeza. Apabila baru sahaja kembang bewarna ungu terang dan bila sudah tua menjadi warna light purple pinkish.

~ Pokok Garlic Vine ~

1 Bekas RM8.00

Ahad, 29 September 2013

Water Hyacinth

 Tanaman air ini sungguh cepat membiak dan telah diberikan nama keladi bunting.  Pokok keladi bunting warnanya sungguh menarik ada tanda di atas kelopaknya macam bulu ekor burung merak. Pokok keladi bunting biasanya diletakkan dalam bekas air untuk bantu mengawal kekotoran atau menyerap toxic yang ada di dalam air, salah satu top natural water purifier. Salah satu kaedah untuk merawat pencemaran air ialah menggunakan pokok keladi bunting. Cuma masalahnya ialah pembiakkannya yang terlampau pantas jika tidak dipantau akan memenuhi terusan. Bila dah banyak membiak memenuhi ruangan, jangan membuang pokok tersebut ke dalam longkang/terusan atau kawasan berair tapi masukkan dalam tong kompos. Sebab pokok ini mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi dan micro-nutrien yang lain, a good compost material. Kalau tak boleh bela ayam, bolehlah bela keladi bunting untuk bekalan bahan baja kompos. Kalau tiada tong kompos pun gali je dalam tanah, jangan dibuang dalam longkang.
Pokok keladi bunting di awal pagi sebelum bunganya kembang.
Water Hyacinth in full bloom.

~ Pokok Water Hyacinth ~

2 pokok RM5.00.

Boleh campur dengan tanaman lain seperti di page '3 plants mix for RM10.00' (klik sini).