No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 20 November 2013

Arugula

  Sayur daun Arugula atau lebih dikenali dengan nama Salad Rocket di Malaysia. Sayur arugula kadangkala digunakan sebagai campuran dalam Western Salad. Kalau orang kita bolehlah dijadikan ulam makan dengan nasi panas. Di Zaman globalisasi ini, sayur arugula mula semakin terkenal di tanahair kita. Sayur arugula adalah sayur yang sangat mudah tumbuh dengan cuaca di tanah rendah Malaysia apalagi di kawasan Lembah Klang. Kebiasaannya petani di Eropah menanam sayur Arugula sebagai inter-cropping plant atau fast-crop plant sementara menunggu tanaman lain membesar kerana sayur Arugula memang mempunyai pertumbuhan yang cepat. Dari hari biji benih disemai kebiasaannya dalam 4~7 minggu dah mula boleh menuai hasil. Sayur Arugula boleh juga dicelur sekejap sahaja buat pengganti sawi untuk makan bersama mee kari atau mee sup. Sayur Arugula juga boleh dituai semasa saiz 'baby leaves' untuk lauk digunakan mix micro leaves. Bulan lepas, setelah tukang kebun tuai semua Red Giant Mustard, gembur-gembur tanah, clear all the weeds dalam ruang kecil ini dari terbiar ketiadaan masa, tukang kebun tabur terus biji-biji benih arugula. Syukur Alhamdulillah walaupun tak dijenguk berebut-rebut membesar dengan weed, dah membesar minggu ini bolehlah nak tuai bila-bila (gambar atas). Semasa stage seedlings, arugula daunnya masih belum bergerigi (gambar bawah). Bila dah makin matang, sayurnya makin ketara bergerigi atau segregated atau zig zag (gambar atas). Arugula yang dalam gambar tumbuh di kawasan filtered light bawah kanopi durian, musim banyak hujan ni tumbuh rapat-rapat kena leaf miner tu perkara biasa. Walaupun dalam stage seedlings terkena leaf miner tapi masih ada yang membesar dengan baik. Kali ini tukang kebun tiada bagi baja ke arugula, memadai dengan saki baki nutrient yang masih tinggal setelah digunakan oleh tanaman sebelumnya. Kalau weed boleh tumbuh gemuk-gemuk maknanya masih cukup baja untuk arugula tumbuh. 

Isnin, 18 November 2013

Rehmannii Pink Calla Lily

  Antara yang mekar minggu ini ialah Rehmanni Pink Calla Lily. Calla Lily mudah hidup di cuaca tropika. Ada tanam jenis Calla Lily lain awal tahun dulu tapi tak dapat nak tengok bunganya mekar di mata sendiri sebab tukang kebunnya travelling. Calla Lily yang ditanam dari bulb bulan September lalu di bawah kanopi pokok durian. Ada sebab kenapa tukang kebun sengaja pilih calla lily jenis ini dan pilih lokasi di bawah kanopi pokok durian. Bila berbanding dengan gambar catalog asal cultivator Rehmanni Pink, bunganya akan mengeluarkan warna deep pink di sebelah luaran bunganya dan pusatnya berwarna putih.
  Tetapi Rehmannii Pink Calla Lily yang mekar di Kebun Bahagia Bersama warna pinknya tak lah sebanyak seperti di tempat yang mendapat suhu optimum untuk Calla Lily suka hidup. Lokasi yang tukang kebun pilih adalah di bawah pokok durian yang menyebabkan kawasan kelilingnya menerima 'filtered light' seperti penerimaan cahaya yang boleh observe di gambar bawah (bila tukang kebun mentioned lokasi 'filtered light' hopefully bolehlah bayangkan). Jadi bukanlah kawasan yang menerima cahaya matahari yang terik tetapi masih menerima cahaya samar-samar dan a bit cooler berbanding dengan lokasi lain. Ini adalah 'micro-climate' yang kita boleh mimic ala-ala end of Spring di cuaca warm temperate/Mediterranean. Angan-angan tukang kebun ialah mengenali lebih dekat kebun sendiri sebagai contoh penerimaan cahaya matahari, kalau kebun lama dulu tukang kebun dah faham laluan cahaya matahari sepanjang tahun dan perubahannya mengikut musim, bak kata orang putih at the back of my hand. Oleh itu, setiap sudut kebun boleh jadi produktif, green dan warna-warni sepanjang tahun. Kebun Bahagia Bersama masih proses suai kenal lagi. Salah satu basic untuk success in growing ialah kenal dulu kebun kita, antaranya perhatikan dahulu laluan dan perubahan cahaya matahari di kebun kita. Sama juga dengan prinsip Feng Shui nak tahu juga mana arah matahari terbit dan sebagainya. No garden is the same, kita boleh refer mana-mana text as a guideline. Tapi hanya kita yang tahu penerimaan cahaya dan air sepanjang tahun di kebun kita. Tumbuhan dan cahaya hubungannya akrab, senang nanti nak susun tumbuhan yang sukakan atau tolerate full sun, partial shade dan shade. Jadi rumusan paragraph ini, bunga Rehmanni pink calla lily ini telah menjadi natural termometer atau indicator berapa warm atau cool di lokasi keliling pokok durian ini. Agaknya kalau tukang kebun tanam in full sun, putih terus kut bunganya. Walaupun banyak recommend calla lily like full sun, tapi di kawasan Lembah Klang bunga calla lily boleh tolerate filtered light. Gambar di bawah kuncup bunganya baru sahaja timbul.
  Pandangan atas kuncup bunganya...ahem sebelah je bagi keluar warna pink lebih banyak ya. Ada sesetengah tanaman warna hasilnya akan sangat bergantung kepada faktor suhu terutamanya tanaman hasil ungu seperti asparagus, globe artichoke dan cauliflower. Dalam pengalaman tukang kebun, sungguhlah mengidam nak tanam cauliflower warna ungu tapi tak pernah jadi ungu tiba-tiba jadi rupa warna dark broccoli pula. Sampai musykil diri sendiri eh betul ke semai biji benih cauliflower tapi setelah cuba tanam popular heirloom violet purple Sicilan cauliflower dari 3 sumber biji benih berlainan yang boleh dipercayai hasilnya tetap sama iaitu very dark bluish green cauliflower lebih mirip kepada broccoli dari cauliflower. Sama juga hasil warna yang tukang kebun dapat bila tanam purple sprouting broccoli, tak purple seperti tengok orang tanam di cooler climate jadi very bluish dark green juga. Walaupun awal spring yang dilalui sejuk semasa pembentukkan floret bunga kubis boleh mencecah 5 darjah Celsius tak juga jadi purple nak cuaca yang lebih sejuk agaknya. Kalau hybrid mungkin tak sensitive kepada cuaca. Sebenarnya ada faktor/allele/gene dalam tanaman tersebut yang peka kepada perubahan cuaca di sekeliling walaupun sekecil mana perubahannya.
 Natural garden thermometer. 

Sabtu, 16 November 2013

November Only ~ Rare Red Hardy Water lily


 Pilihan Red Hardy Water Lily atau Temperate Water Lily jenis yang lebih mudah untuk tumbuh antara koleksi yang tukang kebun ada di Kebun Bahagia Bersama. More info untuk Hardy Water Lily ini visit previous postings (klik sini) . Yang kebiasaan dijual di nursery tempatan ialah tropical water lily. Penghantaran akhir bulan ini, disebabkan medium tanah water lily adalah sangat basah dan berat,  tukang kebun akan menggunakan Pos Laju Prepaid Medium Saiz Box (RM20) dan boleh bergabung dengan goodies lain sampai max berat 5kilogram. Policy Pos Laju kalau pakai kotak pre-paid di bandar atau pekan 'Next Day Delivery', kalau ulu pendalaman 3~5hari.

~ Red Hardy Water Lily (Very Limited)~

1 pot for RM80.
Postal Charge RM20.
First Order First Basis.
No Cancellation.

Khamis, 14 November 2013

Queen of the Night

 Salah satu pokok bunga yang mengembang di waktu malam mengeluarkan bau harum yang sangat kuat pada sebelah malam sehingga subuh boleh membuatkan seseorang terhenti langkahnya telah digelarkan 'Queen of the Night' di dalam bahasa Hindi 'Rat ki rani' (Cestrum nocturnum).  Apabila pada waktu malam jika tukang kebun lalu di sudut 'Queen of the Night' di mana ianya berdiri megah boleh bezakan antara bau bunga-bunga putih yang sedang kembang lain. Intoxicating seperti permaisuri kuat megah baunya jika tukang kebun buat review pasal haruman bunga bau malam kuat lah. Boleh dibezakan bau bunga harum sundam malam (mysteriously spooky eerie), cempaka putih (sweet, innocent, serene) dan Queen of the Night (Intoxicating, Strong, Attention), kalau berada di luar pada waktu malam. Pokok 'Queen if the Night' ataupun juga dikenali 'Night-Blooming Jasmine' boleh juga ditanam dalam pasu. Kalau nak enjoy baunya pada waktu malam, letakkan pokok ini pada lokasi di mana selalu anda beristirehat pada waktu malam bersama keluarga seperti sebelah luar tingkap dining room, TV room ataupun bilik tidur. Kadangkala "Queen of the Night" menghasilkan buah berwarna putih sangat kecil seperti saiz buah sayur meranti. Buahnya tidak boleh dimakan kerana jika dimakan banyak takut badan tidak dapat menampung level toksik yang terkumpul. Ada report mengatakan ada spesis burung yang menjamah buahnya tapi mungkin certain spesis sahaja sudah adapt dengan level toksik yang rendah pada buahnya. More info mengenai "Queen of the Night", bacaan seterusnya di previous posting (klik sini).  

 Pokok bunga "Queen of the Night" ready available again this month selagi stok masih ada ( 1 bekas RM10.00) . Pesanan boleh ditinggalkan di kotak komen (tinggalkan email address anda) ataupun email pesanan ke (kebunkmg@gmail.com) .

Selasa, 12 November 2013

November Only ~ Habranthus John Fellens (Order Closed)

Yang ini bukan rain lily yang putih biasa didapati iaitu jenis Zephyranthus White. On limited offer ialah Habranthus John Fellens berwarna putih.

~ Limited Offer Habranthus John Fellens 1 Bulb for RM12.00 ~
Pesanan hanya diterima sebelum pukul 9malam 13hbNovember 2013.
No cancellation. First come First basis.
Delivery End- November.

November Only ~ Zephyranthus (Order Closed)

November Limited Seasonal Rare Zephyranthus (Rain Lily) Stock Offer:
 ~ Benidama~

~ Jacala Red ~

 Bunga Rain Lily 'Zephyranthus' yang mudah tumbuh dan bangun berbunga setelah kena shower dengan hujan. Boleh susun bulb (bawang) 5~7 biji dalam pot 15cm pun boleh. Tidak memakai ruang. Happy Go Lucky Plant. 

~ 1 rare Zephyranthus bulb  for RM12.00 ~
Order Closed at 9PM 13/11/2013 (Wednesday).
First Come First Basis.
No Cancellation.
Deliver End-November 2013.