No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 6 Mac 2018

Mansoa alliacea dan Mickey Mouse

 Lepas dah lama tinggalkan kebun apabila berada di tempat lain sekian lama, bila balik kalau pokok garlic vine (Mansoa alliacea) ni sedang meriah peak musim bunganya boleh buat kepala ringan memikirkan banyak kerja mengemas kebun nak kena buat seketika. Walaupun batang pokok garlic vine tidak besar tapi gugusan bunga yang dihasilkan teramat lebat. Pokok garlic vine adalah berasal dari kawasan Amerika Selatan bukan asalnya dari bumi Malaysia ini. Di negara asal pokok garlic vine ini terkenal sebagai magical herb plant. Kerana pokok ini ada nilai banyak dalam pelbagai perubatan. Boleh juga daunnya dibuat rempah masakan. Kemudian daunnya juga boleh direbus dan dijadikan mandian wap untuk mengurangkan demam, selsema, sakit-sakit badan dan lesu. Lain kali nak cuba jugalah spa mandian garlic vine. Dari bila dipangkas-pangkas dibuang daunnya begitu sahaja kan. Dahlah dah penat berkebun mengemas.
 Kalau berborak dengan orang nursery katanya susah mereka nak stock up pokok garlic vine ini kerana susah nak propagate hidup kalau dari keratan. Syukur Alhamdulillah di kebun kami ini banyak pula anak-anak pokoknya atau tunas dari akar bonda garlic vine ini beranak-pinak di bawah bondanya. Pokok garlic vine juga menghasilkan biji benih ya. Kekadang kalau musim yang pollination bagus nampak buahnya yang nipis panjang macam kekacang petai dan dalam benihnya macam kertas sikit (pappery?). Yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama adalah bukan dari keratan. Tukang Kebun korek je perlahan-lahan keluar dari tanah sudah berakar. Kalau kami takde masa, habis anak-anak garlic vine tu kami sorong je mesin rumput di atasnya. Ada juga yang muncul balik keluar. Jika sesiapa nak ambil anak angkat garlic vine ada stok sekarang, bondanya memang duduk tepi pagar depan Kebun Bahagia Bersama depan jalanraya.

More info on Garlic Vine (Click Here).

~ 1 pot pokok Garlic Vine (Mansoa alliacea) RM8.00 ~

 Cuma satu sifat pokok garlic vine dia suka sangat cahaya matahari ya. Boleh ditanam dalam pasu. Cuma kalau nak dia cepat membesar berikan dia banyak cahaya matahari baru dia akan tumbuh dengan cepat dan memberikan performance yang terbaik ya. Tukang Kebun perhatikan pokok Garlic Vine boleh hidup berpasangan bahagia dengan pokok Mickey Mouse. Kalau malas nak pasang pancang kahwinkan mereka duduk bersebelahan ya. Tapi masa mereka sama-sama membesar la kasi pasangan baru adil.
 Pokok Mickey Mouse pun seperti pokok garlic vine boleh ditanam dalam pasu juga. Kekadang ada yang tumbuh sendiri hijack pasu lain tengok dia yang subur membesar dan hasilkan bunga juga. Kalau tumbuh dalam pasu pokok Mickey Mouse ini nampak cantik juga jika di bonsai kan. Takdelah dia membesar tinggi seperti yang tumbuh atas tanah. Pokok Mickey Mouse ni biasanya tak putus-putus menghasilkan bunga. Tambahan pula nampak macam dua warna bunganya . Sebab bunga asal berwarna kuning. Kemudian semasa pembentukan biji benih jadi warna merah. Jadi nampak bunganya dwi-warna mekar serentak.

More info on Mickey Mouse (Click Here).

~ 1 pot Mickey Mouse RM10.00 ~

Isnin, 5 Mac 2018

Sinurambi Tambunan

 Pada hari pertama Tahun Baru Cina 2018, kami bawa anak-anak berjalan ke daerah Tambunan di Negeri Bawah Bayu. Salah satu tempat persinggahan ialah Sinurambi Tambunan yang rasa betul bayunya yang amat nyaman dirasmikan pada Disember 2016. Masih lagi persekitaran kawasan Sinurambi Tambunan ini sedang disiapkan fasa-fasa kemudahan lain walaupun ianya dibuka awal untuk pelancong-pelancong kerana tahun 2017 lepas adalah di Sabah, Tahun Melawat Tambunan 2017.
 Ramai juga pengunjung ke Tambunan Viewing Point ini bersilih ganti yang melawat pada hari sama dengan kami. Ada disediakan buku pengunjung untuk mereka yang ingin rekodkan telah selamat melawat di Sinurambi Tambunan ini. Ada juga yang separuh jalan sahaja naik menara ini kerana gayat. Syukur Alhamdulillah semua ahli kami berkesempatan naik hingga viewing point paling tinggi di Sinurambi Tambunan.
 Jika pelancong dari luar Sabah sudah ke Kundasang. Lain kali datang melancong ke Sabah lagi, lawatlah daerah Tambunan pula. Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu nak ke Kundasang dan Tambunan lebih kurang sama sahaja. Di sini juga pemandangannya setanding dengan Kundasang, nak pergi pun sama je berliku-liku ikut Banjaran Crocker ni cuma arah yang berbeza, the other side of Kinabalu pemandangannya bak kata orang sini. Di mana Kundasang seperti Cameron Highland terkenal dengan tumpuan penanaman sayur-sayuran. Tapi bagi ethnic Dusun-Kadazan, Tambunan ini adalah seperti negeri Kedah iaitu salah satu rice bowl of Sabah. Diversity jenis baka padi kampung Sabah kebanyakkannya berasal atau bibitnya diambil di sini. Kalau Tukang Kebun tanya aunty Tukang Kebun mana dia ambil bibit--bibit padi, biasanya aunty ambil di Tambunan. Due to its unique geographical features, kedua-dua jenis category padi iaitu padi sawah dan padi bukit ditanam di sini. Orang Sabah panggil padi huma ialah padi bukit. Dilaporkan bahawa 80% Tambunan dapat dinikmati di Sinurambi Tambunan ini.

Jenis-jenis padi yang masih ada dalam stok Tukang Kebun (1 pek RM3.00 anggaran 100 biji benih):
Padi Bukit Taragang (Bukit)
Padi Bukit Gonsulak (Bukit)
Padi Bukit Bokilong (Bukit)
Padi Bukit Tomou (Bukit)
Padi Pandasan (Bukit)
Padi Pandasan (Sawah)
Padi Tarab Arab (Sawah)
 Salah satu keunikan Daerah Tambunan ini berbanding dengan kawasan Kundasang ialah terdapat beberapa gunung juga di dalam daerah ini. Sebagai contoh, Gunung kedua tertinggi di Malaysia juga adalah terletak di negeri Sabah iaitu Gunung TrusMadi di Tambunan. Walaupun ketinggian Gunung Trusmadi adalah cuma 2642meter jauh berbeza dengan Kinabalu (4,095m), lebih mencabar untuk panjat Trusmadi. Sebenarnya kami mula-mula dah tak pasti mana nak pergi, ingatkan cuba tengok je lah apa ada di simpang roundabout yang tunjuk ke arah Hutan Simpan Gunung Trusmadi. Sekali ternampak papan tanda Sinurambi Tambunan kami ikut sahajala.
 Mula-mula teragak juga kenapa lepas belok dari simpang utama, masih jalan kampung je ni tak tar. Tapi nasib baik bertembung dengan banyak kereta menambah keyakinan, jalan betul kut. Rasa macam ada 15 minit juga agaknya lepas belok dari simpang utama nak ke viewing point ni sebab bawa kereta perlahan sahaja. Berdekatan dengan Tambunan Viewing Point ini semasa lawatan kami sebuah resort ada feature ala Bali sikit sedang dibina. Jika project resort itu, berjalan lancar sesiapa yang melawat Tambunan bolehlah juga ada pilihan menginap di sana. Cuma agak aneh Tukang Kebun rasa bila nampak berderet pokok kelapa ditanam atas kawasan tinggi ni dalam persediaan landskap project resort tersebut. Pokok kelapa kalau resort pulau macam ngam la, but highland...rasanya another plant selection might be better.
 Lama tak nampak sarang lebah sebesar gini. Sebenarnya bukan satu sahaja sarang lebah ada dua bergayut pada pokok yang sama. Banyak makanan lebah tu agaknya di kawasan ini.
 Penggemar bunga putih wangi. Kebun Bahagia Bersama ada stok anak pokok kemuning semula jika berminat (1 pot RM10.00).

More info Kemuning (Click Here).

Ahad, 4 Mac 2018

Rambai Istana

 Buah Malaysian Cherry yang mirip dengan buah Cherry Barat yang biasa dihiasi atas kek ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Ceri Terengganu, Perupok atau Rambai Istana. Pokok Rambai Istana ini memang pokok nadir kita. Maka ianya amat mudah membiak merata di dalam kebun kerana buahnya yang telah ranum adalah kegemaran makhluk bersayap seperti burung dan kelawar. Setelah biji benih buah ceri bercambah, akar yang tumbuh amat panjang juga. Indikasi yang pokok Rambai Istana ni pandai mencari air dan boleh hidup selesa di mana-mana kawasan di bawah elevation 500 meter tanah bumi Malaysia ini. Ianya juga tidak cerewet dengan jenis tanah kerana boleh hidup dengan jenis tekstur tanah berpasir sehingga tanah liat/merah.
 Pokok Rambai Istana amat pantas membesar dari biji benih. Sekiranya persekitaran pertumbuhannya adalah pada keadaan optimum, ianya sudah boleh berbuah pada usia lebih 2 tahun. Memandangkan di kebun belakang Kebun Bahagia Bersama mengamalkan konsep naturally organically grown memang banyak anak-anak pokok rambai istana muncul. Terutamanya pada kawasan yang agak terlindung mungkin banyak makhluk yang membawa lari buahnya makan di situ dengan tenang. Kebun belakang memang tak disiram pun, jadi pokok-pokok yang memang ada akar tunjang semuanya pandai-pandai nak hidup sendiri. Sekarang ada sekurang-kurangnya 3 pokok rambai istana yang matang tumbuh di kebun belakang yang tumbuh sendiri.
 Pokok Rambai Istana ni memang sesuai dijadikan pokok hiasan juga kerana bunganya sangat cantik warna merah hati. Kemudian buah kecil berwarna putih akan mula membesar yang kemudiannya bertukar kepada hijau. Seterusnya apabila ranum buahnya bertukar kepada warna merah hati seperti warna bunganya. Buah rambai istana boleh dimakan dan ianya mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi juga. Rasanya lemak manis isinya. Kalau tak biasa lagi mungkin kupas buah kulitnya sebelum makan.
  Pucuk rambai istana pula berwarna keungguan. Ada sumber melaporkan di negara Thai ada yang menjadikan pucuk rambai istana sebagai sayur dengan memasaknya terlebih dahulu. Pokok Rambai Istana ini boleh dipangkas-pangkas untuk jadikannya sebagai pokok yang renek. Yang menarik juga buah rambai istana lebih tahan lama pada suhu bilik banding dengan ceri barat. 

 More info on Rambai Istana (Click Here).

~ 1 pot Rambai Istana RM10.00 ~

Sabtu, 3 Mac 2018

Kitakami Comfort Hotel

 Selepas sampai di Stesen Keretapi Sendai, papa dan Ilhan pergi ke Richmond Hotel ambil luggage yang kami minta simpan di sana selepas check out. Manakala, mama, Rayyan dan Abby tunggu di stesen keretapi sementara mama ambil ticket bullet train baru untuk ke Kitakami Stesen, Iwate prefecture. Sebab kami behind schedule dalam sejam lambat bergerak balik masa berjalan-jalan di Teluk Matsushima (related posting klik sini), gara-gara nak merasa makanan laut sambil makan malam. Asalnya tiket yang diambil tempahan awal adalah pukul 6:37PM dari Sendai, kena ambil yang baru pukul 7:37PM naik bullet train Hayate 115go. Ini adalah pertama kali kami tukar waktu tiket keretapi terlepas, nasib tak kena penalty apabila gunakan JR East Pass (Tohoku Area).
 Akhirnya pada pukul 8:33PM kami sampai Stesen Keretapi Kitakami dalam negeri Iwate. Malam kelima kami menginap di negeri lain dan latitude dia lebih tinggi dari Sendai (Negeri Miyagi). Mula-mula ingat nak duduk kawasan Ichinoseki. Tetapi tak jumpa tempat penginapan yang sesuai dengan harga budget untuk kami muat lima orang. Syukur Alhamdulillah Comfort Hotel ni Family Friendly walaupun ianya Business Hotel. Tambahan pula antara penginapan lain semasa perjalanan di Jepun kali ini, hotel ini paling murah harganya semalam.
 Cuaca dahlah makin sejuk, nasib baik Comfort Hotel ini memang berdepan betul dengan Stesen Keretapi KitaKami ikut keluar East Entrance dia. Comfort Hotel ini terletak sama negeri sahaja dengan pengalaman pertama hari keempat anak-anak rasa snow (related posting klik sini).
Maka rezeki anak lagi dapat main salji yang berkumpul di pintu masuk Comfort Hotel. Terus hilang penat mereka. Papa masuk check in dulu sambil Mama meneman. Tersenyum-senyum receptionist tengok gelagat anak-anak di luar main salji yang susah nak dipujuk masuk. Comfort Hotel ini kena inform mereka dulu kalau check in lambat jika sampai lepas pukul 8 malam. Mereka pun ingat kami tak sampai, nasib baik semua ok gara-gara lambat sejam dari perancangan asal.
 Nasib baik di belakang Hotel Comfort Kitakami ini ada convenience store Lawson, bolehlah beli dinner fastfood macam riceball atau bento. Nasib juga ada bekalan buah-buahan yang kami beli sediada dari Shiogama (related posting klik sini). Sementara makan bolehlah cuci baju. Memang salah satu facilities yang kami dah aim nak gunakan di hotel ini ialah mesin basuh dan pengering yang disediakan di sini. Ikut kiraan pakaian yang dibawa pun dah hampir semua perlu basuh. Hari kelima di Jepun , ini sahajalah masa yang kami cuci baju.
 Sebelum tidur masih kedengaran salji sedang turun lebat semula. Syukur Alhamdulillah pagi esoknya dah berhenti dan anak-anak masih seronok ambil kesempatan main salji. Just in case, kami pinjam dua payung dari lobi hotel sebelum bergerak keluar.
 Lewat juga kami keluar. Turun breakfast pun dah dalam 8:30pagi. Bersiap-siap dengan ke tandas segala pukul 9:30pagi barulah bergerak ke tempat-tempat menarik yang sudah dirancang untuk melawat pada hari ke-6 di Jepun 2017. Comfort Hotel punya service okay dan staff very friendly and helpful. Ada juga rajin berlatih cuba berbahasa Inggeris dengan tetamu warga asing.
Awal tahun 2018 ini, Tukang Kebun perhatikan rajin sungguh Madonna Lily berbunga. Bersilih ganti rancak berbunga si Madonna Lily. Madonna Lily ini pun tak perlu banyak jagaan. Bahagia di kawasan separa matahari atau redup. 

Info selanjutnya mengenai Madonna Lily (Click Here).

 Special Offer untuk bulan Mac 2018 ini sahaja, 2 moist bare-rooted Madonna Lily for RM10.
Have a lovely weekend.

Ahad, 25 Februari 2018

Matsushima Bay Seafood Dinner

 Selepas menjelajah Pulau Fukuura (related posting Click Here), cuaca sejuk pun dah mula rasa ke tulang dan senja. Memandangkan di Shiogama (related posting Click Here) kami tak kesempatan nak rasa hasil laut di Teluk Matsushima ni kerana mengejar masa. Kami jenguk-jenguklah restoran di Matsushima yang harga berpatutan sambil berjalan ke arah stesen keretapi Matsushima-Kaigan. Ada makcik di jenis kedai makanan syokudo menunggu di depan kedai ajak kami masuk ke kedainya, menarik kami promote akan berikan servis tambahan. Kaki pun masing-masing dah lenguh berjalan, perut kosong kami pun masuk ke kedai makan. Papa teringin cuba Tuna/Meguro-Don seperti gambar di atas. Tuna mentah sedap juga rasanya.
 Untuk Ilhan, Tukang Kebun cuba pesan set anago (jenis belut air masin) yang dipanggang dengan sos. Nampaknya tekak Ilhan terima, sambil semua kongsi-kongsi merasa. Tukang Kebun memang suka makan style  jenis belut air masin dan jenis belut air tawar Jepun punya masakan. Anak-anak semua diberikan servis percuma minuman air calpis. Biasanya kalau kedai makanan di Jepun, teh panas dan air biasa dikira servis percuma. Jika hari masih cerah, pemandangan di luar juga boleh nampak Teluk Matsushima sambil makan-makan di tingkat kedua kedai ini. 
 Rayyan dan Abby pula kongsi set makan udang goreng. Rayyan ni memang kegemarannya suka makan udang. Kalau masak satu tompok udang beli di tamu, Rayyan seorang boleh ratah semua. Kebiasaannya kalau order satu set tak habis. Sudah seharian berjalan dan main, selera betul makan. Maka kami minta tambahan satu nasi lagi (makcik tak kira katanya service free of charge masa membayar).
 Tukang Kebun pula tak mau la ke Teluk Matsushima ni tapi tak merasa tiram di sini. Maka memang pesan kegemaran Tukang Kebun set tiram goreng. Kalau bahasa Jepun tiram panggil 'kaki'.
 Tahun 2016 lalu, pertama kali Tukang Kebun masak seafood tiram. Kalau dekat Tamu Tuaran boleh beli tiram yang isinya dah dibuka dan dipek seperti dalam gambar bawah dengan air laut yang bersih supaya tahan lama. Banyak juga tau isinya dalam satu bungkus tu. Satu bungkus kalau ikut harga biasa tahun lepas hanya RM2. Kekadang peniaga tawar harga beli 3 bungkus RM5. Jadi untuk pelancong ke Sabah bukan hanya boleh bawa balik ole-ole beli frozen udang sahaja tau. Kalau pek elok-elok supaya tak bocor dalam bekas pindahkan, boleh bawa balik jugakan ke Semenanjung. Harga murah tau. Kalau 3 bungkus pun memang cukup untuk satu hidangan satu family makan. Jika kesempatan singgah sehari sebelum atau hari nak balik pada pagi hari Sabtu atau pagi Ahad boleh singgah Tuaran beli isi tiram mentah untuk kasi orang Semenanjung rasa. Bulan February dan Mac ini masa sesuai nak beli tiram dari Tuaran isinya lebih besar berbanding dengan hujung tahun.
 Hasil laut tiram ini memang produk tempatan Tuaran. Banyak akuakultur di kawasan Mengkabong Lagoon dalam daerah Tuaran. Pernah Tukang Kebun beli direct dari peniaga akuakultur masa tu harga sekilogram RM5 di sebuah perkampungan Mengkabong. Tapi sebab beli banyak dapat diskaun RM4 sekilogram tiram yang fresh masih dengan kulitnya. Kebetulan masa tu orang tengah yang sepatutnya ambil pesanan tu dari pemelihara akuakultur tak datang-datang, dia let go kat Tukang Kebun lah. Jika rajin boleh stim sekejap tiram kasi supaya dia buka cangkerangnya, kemudian keluarkan isi-isinya dan frozen. Sedap juga masak balik bila dikeluarkan dari frozen masih manis rasanya sebab beli segar terus keluarkan isi dan kasi beku lekas-lekas.
 Hehehe...ini gambar-gambar kenangan Tukang Kebun mula berpengalaman cuba masak tiram ya. Masak Tiram ala-ala goreng halia. Pengalaman pertama kawan bagi ilmu nak buka-buka mudah tiram cangkerang kasi keluar isi pun boleh luka-luka juga tangan sebab cangkerangnya tu tajam bergerigi. Sebab harganya murah di Tamu Tuaran, sekarang Tukang Kebun lebih beli yang dah siap buka sahaja. Tapi bila dah ada pengalaman buka cangkerang tiram yang banyak, perasaan menghargai ada masa beli teringat kepada yang dah tolong bukakan isinya tu tau. Lagipun nak tunggu tiram membesar untuk isi besar pun lebih umur 8 bulan. Ayam lagi cepat besar.
 Lepas makan malam di Teluk Matsushima, dah gelap kebanyakkan tempat pelancongan di kawasan ini dah tutup awal dalam pukul lima. Sebab dah mula nak musim salji, masa siang pun dah singkat. Maka kami pun beransur ke stesen keretapi Matsushima-Kaigan.
 Bila keretapi sampai, terkejut juga tak sangka ada keretapi karakter. Tapi karakter kartun manga ini bukan zaman masa Tukang Kebun pandai tengok kartun lagilah dan ada zaman belum lahir lagi. Ini adalah untuk menghargai hasil penulis manga Shotaro Onadera. Yang Tukang Kebun tahu dari hasil manga penulis ini ialah 'Kamen Rider' dan 'Power Ranger' je. Tapi Senseki Line ni landasan yang lalu kawasan kampung penulis manga ini. Di mana kampungnya iaitu dalam daerah bandar Ishinomaki ada sebuah muzium untuk menghargai hasil koleksi-koleksi penulis manga terkenal di Jepun ini. Mungkin siapa yang dah membesar masa tahun 70-an berkesempatan menonton banyak adaptasi kartun dari manga dikarang oleh Shotaro Onadera. Jika anda kesempatan nak melawat kawasan Sendai, boleh juga melawat Mangattan Muzium di bandar Ishinomaki , boleh check website muzium tersebut dalam versi Bahasa Inggeris (Click Here)
 Ilhan tanya mama pun, mama tak kenal karakter-karakter ini cuma yang Kamen Rider dan Power Ranger je la itupun dah tak ingat dah. Nasib baik jugalah dapat merasa naik Magattan Liner ni secara tak dirancang. Setiap hari Ahad pagi jika anda naik keretapi gunakan JR Senseki Line  ke Magattan Muzium ada special train boarding pass diberikan. Further details check this website (Click Here). Ada masa-masa tertentu dia untuk naik Magattan Liner ni.
Murah rezeki anak-anak, lepas dapat rasa naik keretapi Pokemon (related posting klik sini), dapat pula rasa naik keretapi tema Kamen Rider dan Power Ranger. By this time, dah tak larat nak ambil gambar-gambar dah hehehe...lega kaki dah boleh kasi panaskan semula. Nak kumpul tenaga balik sebab lepas sampai Sendai kami kena naik bullet train pula ke negeri lain.

Program Half-Day Lawat Teluk Matsushima (5th Day):
Bot Cruise Teluk Matsushima (Click Here)
Kuil Godaido (Click Here)
Pulau Fukuura (Click Here)
 Bulan March 2018 ini buat promosi untuk pokok bot orkid 2 for RM15 seperti gambar di atas.



More info on Bot Orkid (Click Here).




Yang berminat untuk self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama pada awal bulan March (Please confirm first):

3rd/4th March 2018 Saturday/Sunday morning between 10:00AM-10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Sabtu, 24 Februari 2018

Pulau Fukuura

 Pulau terakhir yang kami lawat pada tahun 2017 adalah Pulau Fuukura di Jepun. Selepas kami melawat Kuil Godaido di Pulau Godaido kami menuju ke Pulau Fuukura pula untuk menikmati alam semulajadi di sini.

 Syukur Alhamdulillah untuk tahun 2017, sekurang--kurangnya sebanyak 8 pulau telah dilawati:

26th June 2017 - Mabul Island (Click Here)
26th June 2017 - Kapalai Island (Click Here)
27th June 2017 - Tatagan Island (Click Here)
27th June 2017 - Bohey Dulang Island (Click Here)
27th June 2017 - Mantabuan Island (Click Here)
27th June 2017 - Sibuan Island (Click Here)
20th November 2017 - Godaido Island (Click Here)
20th November 2017 - Fukuura Island (This Posting)

 Walaupun belum ada perancangan untuk melawat mana-mana pulau pada tahun 2018, semoga ada rezeki juga bagi tahun ini.

 Pulau Fukuura boleh diseberangi dengan hanya menyeberangi menggunakan jambatan merah sepanjang 252 meter. Tidak jauh dari jeti pelancong Matsushima dalam 10 minit berjalan kaki. Bayaran untuk ke Pulau Fukuura ini untuk dewasa ialah 200 Japanese Yen dan kanak-kanak sekolah rendah ialah 100 Japanese Yen.

 Semasa kami explore Pulau Fukuura dah agak lewat petang, matahari dah mula nak terbenam dan suhu mula menyejuk. Kaki Abby pun dah makin berat petanda nak minta dukung. Dugaan betul mama Abby minggu ini, macam-macam kerenah Abby. Senyap-senyap Abby gunting rambut sendiri buat hairstyle sendiri agaknya pengaruh game Hair Saloon. Nak mengangis Mama Abby tengok rambut Abby. Tambahan pula geram dengan sikap papa Abby yang suka manjakan princess dia dengan mainan di smartphonenya. Bila dah terjadi macam ni baru papa Abby terhegeh nak pantau betul-betul. Kalau mama no more games on smartphone. Tab/ipad memang kami takde.


Jika nak explore Fukuura island ambil masa juga dalam sejam lebih nak pusing-pusing sekeliling pulau untuk mengamati keindahan panorama Teluk Matsushima ini yang berbeza-beza. Ada juga itik-itik berenang di Teluk ini.

 Di Pulau Fukuura ini macam natural botanical park, kalau nak ambil gambar tumbuh-tumbuhan yang bercirikan Jepun ada pelbagai angle yang menarik untuk diambil.
 Di Pulau Fukuura ini juga ada sebuah kuil berdekatan dengan tandas.
 Tandasnya pun bentuk pondok yang comel seperti gambar di bawah.
 Walaupun pada mulanya kaki Abby macam berat je nak berjalan, bila tiba di kawasan banyak tumbuh-tumbuhan dah mula mood exploring membuatkan mula ikut pace anak-anak.
 Macam-macam batu, ranting dan bunga berguguran di cari macam treasure hunting.
 Pokok winter rose atau camellia dah mula berputik dan berbunga di Pulau Fukuura yang bunganya lebih besar dari tapak tangan si Rayyan. Rayyan menghiburkan hati mama cari bunga yang berguguran.
 Pokok asal Jepun Camellia japonica ni boleh tumbuh besar juga macam pokok mangga ya. Pelancong domestik Jepun pun baru perasan yang dah mula berbunga pokok camellia di pulau ini bila terlihat anak-anak mengutip bunga yang berguguran di tanah.
 Bila di bawah macam jenis pokok ru pula anak-anak geram kutip acorn pula.
 Kawasan Matsushima ini juga adalah penghasil rumpai laut. Boleh kelihatan rumpai-rumpai laut di dalam air laut.
Sejam lebih jugalah kami teroka Pulau Fukuura ini bersama anak-anak.
 Ada juga pasangan baru berkahwin ambil gambar kenangan di jambatan yang menghubungi Pulau Fukuura.
 Lepas Ilhan semai tabur biji benih Pak Choi di tapak semaian mainan cactus neneknya ingatkan dah hilang benihnya sebab ada binatang buat hal kasi bertaburan pasu-pasu tersebut. Hilang mood seketika dibiarkan sahaja tak ambil peduli.
 Sekali terkejut tengok masa nak sidai baju rupanya ada juga benih pak choi yang terselamat dan dah besar dah sambil menumpang dengan pasu-pasu kecil yang digunakan untuk biak pelbagai jenis tumbuhan macam cactus. Kalau tiada tempat boleh je tabur benih-benih sayur hijau kat pasu pokok lain sebab sayur hijau ni cepat je besar dan tak perlu juga tunggu besar betul baru nak tuai. Yang saiz sederhana kecil lagi manis rasanya. Tanah yang nenek Ilhan guna pun dikorek je dari longkang.
~ 1 pek Pak Choi anggaran 100 biji benih RM1.00 ~