No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 29 Disember 2014

Tamu Tuaran Terakhir untuk Tahun 2014

 Hari ke-4 di Sabah, untuk melepaskan mengidam makan seafood yang memang kaya di negeri ini kami ke favourite tamu for syurga penggemar seafood ialah di Tamu Tuaran. Segar-segar tangkapan mereka ada pelbagai pilihan dalam harga yang sangat murah tak dapatlah kalau di Semenanjung Malaysia. Lebih best pula sekarang musim ketam, dalam bahasa Dusun-Kadazan "Tempuyu"-ketam. Hari pertama sampai pun dah big boss masakkan ketam (tahu kami ini hantu ketam). Harga ketiga pun makan ketam.
 Big boss kata masa Tamu Tuaran hujung minggu sebelumnya harga Tempuyu sekilogram RM15.00 . Masa tukang kebun pergi harganya menurun RM13.00 sekilogram. Maknanya makin banyak ketam yang dapat ditangkap musim ini. Kadang kala tak perlu beli ikut timbang pun tak mengapa. Macam tukang kebun tanya se'tompok'/selonggok dalam gambar di bawah dapat offer RM8.00 . Setengah penjual RM10.00 selonggok/setempat. Tips dari Tukang Kebun (@bargain hunter) nak dapat harga murah ialah tengok penjual yang macam nak balik dah. Sebab penjual dekat bawah ni hasil laut yang dijual dah tak banyak mesti dah nak rasa cepat balik kasi habis jualan dah balik modal. Puas hati selonggok macam ini dengan harga RM8.00 . Kalau dekat Semenanjung 2 ekor ketam pun dah lebih RM10.00 . Biasanya bila balik Sabah jelah memang kami berhabisan  makan seafood. Kalau dekat Semenanjung tak de luxury sebegini selalu dalam kepala ingat tunggu bila balik Sabah.
 Kalau ke Tamu Tuaran memang tukang kebun akan menghabiskan banyak masa di tempat menjual hasil laut dan tempat persinggahan pertama. Seronok tengok pelbagai jenis ikan yang jarang sekali didapati dengan mudah di perairan Semenanjung Malaysia. Harga pula murah dan biasanya tak perlu timbang beli ikut longgok mudah nak agak cukup atau tidak dibuat lauk untuk sekeluarga.
 Biasanya udang yang saiz sederhana setompok/longgok adalah dalam harga RM10.00 Yang saiz giant dekat depan kali ini tukang kebun cuma mampu bargain sampai RM37 sekilogram. Dearest hubby mengada-ngada nak makan yang saiz besar. Mula-mula offer RM45. Kalau big boss selalu dapat harga RM30 sekilogram. Rasanya sebab penjual perasan yang suami tukang kebun bukan orang Sabah sebab dia tanya dari mana asal suami. Lagipun muka dearest hubby nampak nak sangat makan. Lain kali dear hubby you stand further away okay so wife can blend in really well with the locals. 
 Penjual di gerai ini pula menjual pelbagai jenis hasil laut yang menarik perhatian jarang didapati di Semenanjung Malaysia. Tukang kebun singgah beli kerang je. Sebab agak ganjil tengok kerang di sini 5 X ganda lebih besar dari Semenanjung Malaysia. Dalam gambar bawah tak berapa jelas sebab dah bubuh dalam plastik dekat 'watermark'. Selamat direbus for lunch semalam, kulit cangkerang besar tapi isi tak besar. Besar sikit jelah isinya macam biasa punya.
  Kebun Bahagia Bersama Team Members mendoakan banjir yang sedang dilalui di beberapa tempat di Malaysia ini akan bertambah surut airnya. Ada sesuatu yang selalu tukang kebun khuatir bila terkenang beberapa minggu sebelum kejadian banjir besar berlaku ialah betapa banyaknya kerang naik ke darat di beberapa persisiran pantai di Pantai Timur. Ada terdetik juga di hati something will come in the coming tide sebab salah satu benda yang luar biasa berlaku. Biasanya hidupan laut ini lebih sensitive dengan perubahan yang berlaku di dalam laut. Malahan semasa Tsunami 10 tahun lalu, ikan pun banyak naik atas darat beberapa hari sebelum berlakunya Tsunami. Pernah juga tukang kebun baca di Jepun di mana dasar laut kekadang kerap mengalami gegeran gempa bumi, sebelum dikesan oleh radar tiba-tiba udang lipan (mantis shrimp) banyak ditangkap pada luar musim di permukaan air cetek. Udang lipan ni biasanya duduk di kawasan air dalam. Kalau kita duduk dengan harmoni bersama-sama makhluk Allah lain, InsyaAllah mereka membantu memberikan kita petanda  lebih awal dari man-made machine devices.
 Salah satu penyebab banjir kali ini disebabkan masa air pasang laut lama dan tidak beberapa ada masa pusingan air laut surut. Sekadar andaian tukang kebun yang entah apa-apa sahaja, tetapi kadangkala seakan petunjuk ada diberikan kepada kita awal untuk persediaan sesuatu akan berlaku. Sebab dah beberapa kali ada kejadian contoh tiba-tiba hidupan laut nak ke darat dengan jumlah luar biasa, datang pula sesuatu yang tidak didugai selepasnya. Tukang kebun pun berdebar-debar meninggalkan Kebun Bahagia Bersama seketika semasa keadaan mudah banjir sekarang. Kasihan kepada yang ditinggalkan sementara dan ditanggungjawabkan menjaga kebun jika kena hadapi dugaan banjir masa kami ini tengah berehat cuti.
 Rupanya isi kerang seperti di atas gambar pun boleh makan (tak cuba kali ini not up to the challenge). Kata penjual: "Rebus dulu, kemudian isinya boleh dikeluarkan dan masak ala goreng." Kalau sesiapa tak nak makan isinya pun, kulit cangkerang pun cantik sebagai hiasan bonus. Lupa dah nama yang diajar.
 Sebelum gerak ke Tamu Tuaran tanya Big Boss nak pesan apa-apa tak? Kalau ada pokok bunga yang menarik sahaja. Tukang kebun tengok takde menarik kali ini. Minggu sebelumnya Big Boss pergi ada pokok bunga agapanthus yang dah berbunga dibawanya balik. Tapi memang penjual tu dah kata tahun depan lepas habis perayaan Christmas baru dia menjual balik. Kali ini kalau peminat orkid memang banyak yang menarik dengan harga sangat murah. Tukang kebun orkid tak berani nak jejak lagi susah nanti susah nak control tambah collection.
 Sayur-sayuran bagi tukang kebun rasanya hari ini lebih mahal berbanding dengan sebelumnya. Mungkin sebab hari ini ramai orang. Tambahan pula masih mood bercuti. Harga sayur-sayuran di Tamu Tuaran hujung minggu lepas mahal sedikit berbanding dengan Tamu Donggongon.
  Yang menarik perhatian Abby di Tamu Tuaran ialah gerai yang menjual live stock di gambar bawah. Menangis ajak balik. Pelbagai jenis comel-comel mama pun geram rasa nak bawa balik. Rupa-rupanya big boss kata kalau ada anak ayam mutiara harga murah pun dia nak bela. Okay nanti kalau terserempak bolehlah bawa balik ayam mutiara untuk Big Boss.

5 ulasan:

Kebun Ibu berkata...

assalamualaikum Diana...wah best nya dpt balik kampung...segar2 ketam tu..murah2 pulak...kalau akak dpt mesti borang habisnya....hehehe...

Kakzakie Purvit berkata...

Waaaahhhh... bestnya kakak yg sekadar membaca dan melihat pun tertarik inikan pula yg depan mata. Ayam-itik hidup tu yg kakak rasa di Semenanjung tak jumpa. Kalau yg dlm reban belakang rumah di kampung adalah. Tapi kat pasar macam tak pernah jumpa kan..

Tanpa Nama berkata...

Dan tiada sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain asin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal berlayar membelah laut supaya kamu dapat mencari karunia-Nya dan supaya kamu bersyukur.

sambil makan jangan lupa pulak kepada pemberi rezeki yang sebenarnya kepada kita.

Leena Salleh berkata...

pengalaman pertama ke tamu di kundasang mmg terpikat...belum lagi ke putatan atau lain lain yang menyediakan makanan segar dari laut...harga memang tak boleh lawan. Berada di KK walau sementara memang bedal c-food memanjang...tak mau dilepaskan peluang keemasan. Lain kali kena tuju tempat tempat yang tak pergi lagi nie.... tapi berminat dengan siput yang besar tu... kulitnya banyak juga dijual di sebagai hiasan kan...kalau dapat tu boleh guna sebagai pasu untuk tanam tumbuhan renek.... :)

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam.

Salam Bahagia Kak Haslinda.

Memang puas kami makan ketam di sini. Makanan seafood di Sabah kawasan berdekatan perairan laut memang mewah.

Salam Bahagia KakZakie.

Anak-anak itik di sini mudah nak dapat dan murah pula harganya berbanding di Semenanjung Malaysia. Kalaulah dapat bawa balik ke KBB.
Cuma angsa di sini teramat mahal. anak baru lahir sepasang RM600.

Salam Bahagia Jafmy.

Allah Maha Adil.
Yang duduk di kawasan pedalaman ada ikan air tawar boleh didapati di sungai atau tasik. Yang duduk berdekatan pantai ada pula Laut yang terbentang luas penuh dengan daging jika rajin sahaja mencari rezeki.

Salam Bahagia Sis Leena,

Kalau di Kundasang tu harga sebenarnya lebih mahal berbanding dengan harga di tamu-tamu lain. Bila ada kesempatan marilah lawat tamu-tamu besar yang lain. Sebab Kundasang dah jadi tumpuan macam di Cameron Highland.
Seafood memang murah di Kota Kinabalu nak makan bersama keluarga jauh berbeza dari Semenanjung Malaysia. Tambahan pula teramatlah segar dan saiz pun besar.
Thank you for sharing idea. Memang betul menarik jika dibuat hiasan siput besar tersebut. Tumbuhan renek juga amat cantik duduk di dalamnya.